Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
pregnancy
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, October 14, 2011

my baby... BOY!

Baby boy mummy and daddy. 19 weeks 5 days.

Yup, check-up minggu lepas doc dah confirmkan baby yang bakal lahir ni nanti adalah baby BOY..! Bertambahlah hero dalam dua2 belah family yang selama ni kepupusan lelaki. Hehe. Baby ni aktif sangat2. Sewaktu menunggu nak jumpa doc, dia dah gerak tak henti2. Masa doc tengah scan dia boleh sibuk gerak2 jugak taknak duduk diam. Tapi bagus jugaklah, terus terbukak kaki dan terserlahlah jantinanyer. Haha.

Sekarang dah masuk 5 bulan lebih. Perut pun dah makin berat. Tidur dah mula terganggu. Aku ngantuk nak tido, baby plak mula bergerak. Jadi aku takleh tido, sebaliknya melayan dan menikmati setiap tendangan baby kat dalam perut ni. Kadang2 tu leka plak tengok perut aku yang bergerak macam ombak bila kena tendang. Setakat ni bahagia je rasanya. Tak tau la lepas2 ni bila tulang baby dah makin kuat. Agaknya mau sakit gak bila kena tendang.

Pejam celik pejam celik, tinggal sebulan je lagi sebelum cuti akhir tahun bermula. Kalau cuti tahun lepas sibuk dengan persiapan nak kawin, tahun ni lain plak sibuknya. Kena bersiap untuk sambut orang baru plak. Banyak perkara nak kena pikir memandangkan aku sorang2 kat Malaysia ni, husband balik belayar pertengahan bulan Januari nanti. Jadi terpaksalah berdikari dan usaha lebih untuk melengkapkan persiapan. Takut bila buat lewat2 nanti, tak larat plak nak drive or jalan2 jauh.

Apa2 pun doakan yang terbaik untuk kami yer... Semoga semuanya selamat. Insyaallah.


p/s: Tak sabar plak nak tengok muka baby. Agaknya ikut muka sapa ek? Harap2 boleh nampak waktu check up lagi sekali sebelum raya haji nanti. Kali ni tak nampak semua. Baby malu kot, muka terlindung dengan tangan.

Saturday, October 01, 2011

ini hasilnya selepas 4 bulan bercuti daripada menulis blog. hehe..

Dah lama sungguh tak update blog. Last update sebelum husband balik dari kapal, sekarang ni husband dah naik kapal semula. Banyak perkara yang berlaku sepanjang beberapa bulan tak update tu. Terutama sekali, sekarang ni aku tengah pregnant nak masuk 19 minggu. Hehe. Macam kejap je kan?

Husband cuti lama. Dari pertengahan bulan 5 sehinggalah lepas raya. Lebih kurang 4 bulan jugak la. Syukur sangat2 dapat beraya sama2 tahun ni. Sekarang husband dah belayar semula, kat India. Tapi aku tak perlu risau sangat dengan keadaan aku yang makin sarat dari hari ke hari ni ditambah plak husband jauh dan aku pun jauh daripada family, sebab husband aku boleh dihubungi bila2 masa je setiap hari sebab dia guna broadband memandangkan kapal Maritime Kelly Anne tu duk pusing2 kat India je. Husband belayar 4 bulan, maybe bulan 1 tahun depan dia off, insyaallah sebelum aku bersalin. Huhuhu. Risau jugak sebenarnyer kalau TERbersalin sorang2.

So far so good. Kesihatan aku ok. Baby pun ok. Badan dah rasa sihat semula, cuma masa bulan puasa je lemah skit sebab asyik loya dan muntah2. Disebabkan tu jugak la, terpaksa cuti puasa sebanyak 3 hari. Kira ok la tu.. Taklah banyak nak mengganti. Sekarang perut pun dah makin membesar. Kalau sebelum ni muat lagi pakai jeans yang biasa2 aku pakai, tapi sejak 3 minggu lepas dah rasa sesak nafas dan terpaksa bertukar ke maternity jeans plak.

Turun naik kapal terbang memang macam biasa. Semasa husband cuti, aku terbang balik ke KL setiap 2 minggu sekali, kadang2 ada jugak tiap2 minggu kalau rasa dah nak buat kerja gila. Sekarang ni sebab dah takde sape kat rumah kat Bandar Bukit Puchong 2 tu, aku balik sebulan sekali je la untuk jenguk dan kemas2 rumah termasuk jugak pegi check up skali. Lagipun dah nak cuti akhir tahun dah ni..


Oklah, aku just nak share gambar2 scan baby setiap kali check up. Awal2 dulu rasa confuse tak tau nak kata ape bila suspek yang aku ni pregnant. Punyalah aku suruh husband aku pegi beli UPT kat farmasi untuk test urine padahal memang aku dah rasakan yang memang aku pregnant pun.. Bila buat test tu pun, dah tak terkejut dah dengan resultnyer.. Sebab 2 minggu sebelum tu lagi aku dah cakap kat husband aku yang period aku tak datang, n period aku tak penah tak tepat tiap2 bulan, so memang ada sesuatu telah berlaku. Hehe. Tapi saje tunggu lagi untuk test urine untuk betul2 confirm. Skali test, memang jelas sekali double line tu, bukan samar2 dah. Waktu tu dah nak masuk 7 minggu. Alhamdulilah, sekarang ni rasa syukur sangat2 kerana Allah berikan aku peluang untuk merasai nikmat mengandungkan zuriat sendiri. Semoga aku dapat mengharungi tempoh 40 minggu pregnant dengan jayanya. Amin..


Heh. Kena telengkan kepala nak tengok. 1st time scan masa baru nak masuk 7 minggu. Comel je belum ada bentuk, tapi dah bleh nampak denyutan jantung.


2nd scan. Baru nak masuk 11 minggu. Dah nampak kepala, tangan dan kaki. Baby pun dah bergerak-gerak.



3rd scan. Nak masuk minggu ke-17. Baby dah besar..

Tak sabar untuk scan yang seterusnya... Sabtu ni check up lagi.. Yeay!!!!

Tuesday, February 15, 2011

percutian paling best dan paling mahal aku penah pegi

Semuanya berlaku pada bulan Jun 2009. Aku, mak dan seorang adik aku iaitu Baby menghabiskan cuti selama 2 minggu di UK dan Paris. Pegi UK utk melawat adik aku Saza yang pada waktu masih belajar di  Leeds, tetapi sambil2 dah sampai ke Eropah, jejaklah kaki ke Paris jugak.

Pada masa tu Air Asia X baru dilancarkan jadi kami book tiket ke London pada bulan Disember 2008 dengan harga tiket pergi-balik sebanyak RM 3140 seorang. Oh ye, segala perbelanjaan aku ditanggung dengan duit aku sendiri manakala perbelanjaan mak dan adik aku ditanggung oleh mak aku dan ada jugak Saza belanja skit2. Kami tak bawa cash terlalu banyak, cara kami ialah transfer duit awal2 kepada Saza di Leeds, jadi bila di sana kami hanya perlu guna kad kredit dia jika kami berbelanja lebih daripada cash yang kami bawa. Lagipun segala urusan seperti hotel, tiket masuk ke tempat2 melawat yg best2, tiket2 bas, tiket2 train dan tiket flight ke Paris diuruskan oleh Saza sejak awal lagi menggunakan duit yg dikirimkan. Planning is very important. Utk lebih jimat, planning perlu dibuat berbulan lebih awal, seperti kami ni, 4-5 bulan awal Saza dah susun jadual harian sepanjang 2 minggu kami di sana. Dan dia settlekan book hotel, flight n segala jenis tiket. Jadi, duit cash yang kami bawa tu hanya utk shopping je.. Kalau tak cukup, guna kad kredit Saza.

100 Euro. Bersamaan RM500 pada waktu kami pergi ni. (bulan Mei 2009)

200 pound sterling. Bersamaan RM1200 pada waktu ni. (bulan Mei 2009)

So, penerbangan dengan Air Asia X adalah pada 31 Mei 2008 pada jam 1700 (5 petang waktu Malaysia) dan mengambil masa selama 13 jam utk sampai ke Stansted, London.

Aku duduk di sebelah mat salleh dari Republic Czech. Berborak dengan dia je la sepanjang flight, letih berborak, tido la jawabnye. Bila waktu makan, kami makan sama2 n borak lagi. Dan dia kongsi coklat dia dengan aku. Hehe. 

Mak dan adik aku duduk sebelah mat salleh dari Jerman. Macam2 gelagat dalam flight utk habiskan masa selama 13 jam. Majoriti dalam flight adalah mat dan minah salleh, susah nak tgk orang Malaysia padahal naik kat KL je..

Adik aku sibuk tengok movie n dengar lagu. Sebelah dia tu mat salleh Jerman yang sibuk membelek jam tangan baru kuar dari kotak. Baru beli kat KL kot.. Kadang2 dia join tgk movie dgn adik aku gak. Hihi.

Flight Air Asia X tak sama macam Air Asia yg biasa tu ok.. Ia lebih besar. Kabinnya lebih besar dan selesa. Seat pun lebih selesa. Ok ar RM3140 dua hala nak banding MAS yg RM 7000 sehala tu..

Tiba di Stansted Airport pada jam 0000 waktu London. Jetlag... Masa dah bertukar, badan blom biasa.
Utk ke UK, perlu ada persediaan dan perancangan yang teliti kerana ketika nak cop pasport di kastam kat sana, kemungkinan kita disoal siasat oleh mereka sangat tinggi. So, we need to prepare. Kita perlu tau berapa lama kita akan tinggal di sana (mesti dah siap2 beli tiket balik), di mana kita tinggal (perlu ada alamat tempat tinggal/hotel), berapa duit cash yang dibawa dan sebagainya. Just bersedia, bila disoal kita jawab je. Aku waktu tu siap bawak sebijik fail lengkap semua butir2 percutiaan kami tapi pakcik kastam tu just tanye soalan2 biasa je.. Hihi. Persediaan kena lengkap, jika meragukan jangan hairan kalau korang kena soal siasat dalam bilik khas selama  8 jam ok.. Sistem keselamatan diorang sangat ketat.

Oleh kerana sampai di airport pada pukul 12 tengah malam, kami bermalam di airport sementara menunggu hari siang utk ambil bas ke Victoria Station, London.

Selamba je tido kat sebelah sapa ntah.

Matahari pagi di London.

Mari kita menunggu bas.

Posing sementara tunggu bas sampai.

Alas perut. Makan nasi sambil menunggu bas kedua di Victoria Station plak.

Ini dia bas yang membawa kami ke Leeds. Matahari terik macam panas, tapi sebenarnye sejuk!

Sudah sampai di Leeds.

Kawasan tempat tinggal Saza. Niceee..

Sampai di rumah Saza, kami hanya tidur sahaja. Keesokkan harinya baru kami keluar ronda2 the City of Leeds dan jugak universiti Saza, Leeds University plus shopping di Primark. Hoorey!!!

Anjing jiran Saza. Tiap2 hari aku tgk tuannya garu2 dagu anjing ni sampai meleleh air liur anjing tu. Hehe..

Bangunan di Leeds University.

Mari berjemur. Angin sejuk, jadi cara menyejukkan badan adalah dengan berjemur.

Sekitar kota Leeds.

Leeds Museum. Entrence is free.. Dapat tgk mumia secara dekat kat sini. Tapi tak dpt amik gambar sebab itu kawasan larangan takut merosakkan mumia.

Jalan2 di kota Leeds.

Kacau atuk2 kat situ main chess kejap.

Semua bangunan sangat2 cantik.

Bas macam kat belakang tu adalah satu benda biasa di UK.

Selepas shopping.


Tempat happening utk shopping. Kedai tutup pukul 6, sebab tu semua orang bergegas shopping selepas abis keja. Berbeza kat Malaysia shopping mall bukak sampai pukul 11 malam. Kat sini bila malam tempat lain plak punya turn utk buka seperti pub dan tempat2 hiburan lain.

Kat pasar diorg banyak dijual bunga segar.

Strawberry murah je.. Sangat manis dan besar2. Takde yg masam macam yg dari Cameron Highland tu.

Buah ceri ok..

Saza dgn mak beli sayur utk masak dinner.

 
Nak beli ape2 kat pasar, korang jgn gatal2 tangan nak picit2 or sentuh sayur or buah diorg. Diorang pentingkan kebersihan, boleh kena marah dgn penjual. Tangan kita ni byk kuman!



Hari seterusnya kami ke bahagian utara UK iaitu negara Scotland. Perjalanan ke Edinburgh dari Leeds mengambil masa selama 4 jam.

Stesen keretapi diorang sangat selesa, bersih dan canggih, kalah KLIA.

Mari masuk..

Tengok! dalam train pun sangat selesa.. Toilet pun selesa.

Sepanjang perjalanan tu, banyak bandar2 lain yang kami lalui seperti Newcasle, Liverpool dan lain2. Istana yang menjadi sekolah dalam filem Harry Potter pun kami dapat tengok.

Tak sah ke Scotland kalau tak bergambar dengan pemain bagpipe yg memakai kilt (skirt kotak tu ler..).

Abang askar yg sangat hensem berkawal kat dalam Edinburgh Casle.

Pemandangan Edinburgh dari Edinburgh Castle. Macam dalam filem.

Bergambar kat pondok pengawal. Pondok tu utk pengwal berlindung bila cuaca tidak elok.

Dengan baik hatinya seorang mat salleh tolong amik gambar kami sekeluarga.

Kawasan Edinburgh Castle jugak.

Jalan2 di sekitar kota Edinburgh. Kami semua kesejukkan. Petang2 kat sini mmg sejuk sampai tak tahan dibuatnya. Diorang tak bwk sweater sebab kami bajet tak sejuk sbb kat internet kata tak sejuk, tiba2 lain plak jadinyer..

Naik bas ni utk ronda2 mengelilingi kota Edinburgh. Harga 15 pound seorang kalau tak silap.

Bangunan cantik sekitar Edinburgh.

Kesimpulannya, semuanya cantik2 belaka.

 Pukul 6 petang kami bertolak pulang ke Leeds. Keesokkan harinya kami ke York, perjalanan 2 jam dengan menaiki train juga. York ni ada muzium keretapi terbesar di dunia. Semua keretapi antik British dipamerkan di sini. Queen punya gerabak pun ada. Aku rasa berkali ganda besar gerabak keretapi biasa, sangat mewah. Dan kami juga tidak melepaskan peluang melihat sendiri keretapi laju Shinkansen.


Besar kan keratapi zaman dahulu?

Unik!

Ini kat bahagian gerabak2 mewah khas utk the royal family.

Inilah dia Eurotrain. Keretapi yang melalui terowong dasar laut dr England ke Perancis.

Dalam keretapi Shinkansen.

Macam biasa, mengelilingi Bandar York dengan bas merah ini.

Kagum dengan ukiran2 bangunan ni.

Sebuah kubu di York. York ni pada asalnya adalah tempat Viking.

Kat York banyak itik2 berkeliaran sebab York ni dikelilingi oleh sungai.

Ni lah sungainya..

Paling best kat York ada Designer Outlet. Boleh shopping barang berjenama dengan harga yang murah.

Malamnya kami pulang ke Leeds semula. Esoknya kami ke Kota Paris di Perancis. Naik flight selama 1 jam dari Leeds Bradford Airport. Naik flight tambang murah je tapi murah tu dalam duit pound je, bila tukar duit kita tetap mahal nak mampus. 4 hari kami habiskan masa di Paris. Wajiblah pegi Eiffel Tower. Tidak ketinggalan jugak kembali ke zaman kanak2 dengan masuk ke Disneyland Paris.

Pakaian ke Paris lebih tebal sebab ramalan suhu lebih rendah ditambah dengan hujan.

Tambang murah punya flight. Sama macam Air Asia.

Sampai2 Paris, petang tu trus ronda2 sekitar dgn hotel. Yang ni Sacre Cour.

Stesen keretapi berdekatan hotel kami tinggal. Sistem train kat Paris sangat bagus. Boleh pergi ke semua tempat hanya dengan menaiki train je.. 

Disneyland, Paris. Bayaran masuk ialah 65 Euro. Darab 5 utk dpt nilai dalam ringgit pada tahun 2009. Kalau sekarang ni darab 4 je..


Dalam Disneyland jugak. Ko duduklah dalam Disneyland tu main sepuas-puasnya dari pagi sampai ke malam. Mmg best!

Balik dari Disneyland, kami melawat ke Kota Paris tengok2 bangunan moden dan canggih. Oh lupa plak. Waktu ni dah malam ni tapi masih lagi terang. Pada musim panas, waktu siang di sini lbh panjang. Pukul 3 pagi dah cerah, tapi pukul 10 malam baru nak gelap.

Keesokkannya naik ke Eiffel Tower dengan bayaran 13 Euro seorang (rasanyer la.. tak ingat dah..) utk naik ke tingkat paling atas. Tapi beratur punya la panjang, nasib baik kami datang awal, barisan taklah terlalu panjang.

Kawasan di Eiffel Tower best utk picnic. Romantik giler kat sini, nampak ramai orang bercium. Haha.

Notre Dame.

Monumen terkenal berhampiran tempat shopping terhebat di Paris.

Di Paris pun ada Factory Outlet. Tempat utk shopping!!!

Esoknya balik ke Leeds naik flight lagi. Sampai di Leeds, rehat seharian dan jalan2 pun kat Leeds je seperti shopping lagi kat Primark dan makan ni Subway halal. Esoknya, kami ke Manchester. Naik bas je selama 2 jam dari Leeds. Kalau ke Manchester, wajiblah ke Old Trafford. Dari bandar Machester kita perlu naik tram utk ke Old Trafford. Kalau dah ke Old Trafford, wajiblah masuk museum tour untuk melihat dengan lebih dekat stadium bagi pasukan bola sepak ternama di dunia iaitu Manchester United. Dengan bayaran 15 pound, anda akan dibawa masuk mengelilingi stadium dan tempat2 khas utk pemain dan merasai sendiri pengalaman di lounge dan changing room pemain2 Manchester United termasuklah boleh cium sendiri jersi2 pemain kesayangan anda. Hahahaha.. Old Trafford ni sgt sunyi bila takde game, macam suasana kampung je, tapi sape sangka diorg ada kelab bola sepak yg hebat?

Wajib bergambar depan ni!

Kalau nak beli barang2 Manchester yang betul2 original, wajib masuk ke MU Megastore.

Koleksi piala yang telah dimenangi.

Khusyuk mendengar cerita berkenaan stadium. Fakta: Tiket menonton bola di sini mmg akan sold out, tak penah ada seat kosong. Bilik VIP berharga 68 000 pound sterling pun sold out. Mereka ada section khas untuk orang2 cacat menonton bola. Tiket paling murah berharga 60 pound. Harga tiket diorang sentiasa meningkat setiap tahun padahal tiket kelab lain semakin turun.

Pakcik ni la yg memberi penerangan dan bawak kami melawat ke seluruh bahagian stadium.

Tak tergambar perasaan berada di Old Trafford. Kalau tengok bola live kat sini lagi tak terkata. Sewaktu kami datang ke sini, musim bola dah tamat jadi mereka dalam proses menukar rumput utk musim baru yang akan bermula 2 minggu selepas tu.

VIP Lounge. Tempat isteri2 dan gf2 pemain lepak2 sambil menonton suami/bf diorang main. Ada bar juga di sini.

Players Changing Room. Sapa kata jersi diorg tu pakai buang? Tidak. Setiap kali lepas main, jersi diorg akan dihantar dobi dan kemudian digantung di dalam bilik ni. Kalau rasa nak cium ada bau peluh ke tidak, boleh juga... Hehe.

Hot seat. Bukan hot seat dalam flight Air Asia. Tempat duduk ni utk memanaskan badan pemain. Disebabkan cuaca mereka sejuk, pemain perlu duduk di kerusi panas ni utk kekalkan kepanasan badan sebelum bermain.

Di bawah stadium. Banyak restoran2 dan kemudahan toilet. Sangat selesa dan bersih.

Balik dari Old Trafford, maka bershoppinglah kami di bandar Manchester. Kat sini ramai orang Malaysia. Asik terserempak dengan orang Malaysia je..

 Balik dari Manchester dah malam. Kami terus berkemas sebab esoknya kami akan bertolak ke London dengan menaiki bas. Banyak jugak tempat menarik yang kami lawati di London.

Mudah nak berjalan di London. Hanya cari simbol Underground ni yang bermakna stesen keretapi bawah tanah dan naik train yg betul utk ke destinasi. Salah naik train tak sampai ler... Sbb keretapi bwh tanah diorg ni terlalu byk jenis, yg membezakan diorg hanyalah huruf atau nombor.
Sapa tak tau? Inilah dia muzium lilin.

Bergambarlah dengan orang ternama yg anda suka. Semua ada. Pelakon Hollywood? Bollywood? Pemimpin2 dunia? Ahli sains? Cuba cari mereka di setiap celah muzium ni. Tak larat nak letak semua gambar, yg ni dgn Drew Barrymore.


Picadilly Circus. Tempat hapenning utk cuci mata.

Trafalgar Square.

Berjalan kaki di sekitar kota London dan menghirup udara segar di sekitar Sungai Thames.

The symbol of democracy. The Big Bent.

Hari ke-2, breakfast di Sara's Hotel B&B milik pasangan muslim. Tak ingat dah berapa sewa utk 2 malam kat sini tp mmg style di sini harga ikut kepala, so semua mesti ada katil.

Selepas breakfast kami naik train utk ke Stadium Chelsea. Hahaha.. Lawak btul gambar ni.. Aku sorang yg kaki terkeluar. Hehe.

Bahagian depan stadium.

Diorang pun ada stadium tour gak tapi kitorg tak masuk sbb dah masuk MU punya stadium tour. Tapi diorang punye stadium lebih murah drpd MU, sbb tak mendapat sambutan kot.. Hehe.

Kemudian kami cepat2 naik train lagi utk amik tempat kat depan istana Buckingham sebab nak tgk upacara 'changing guards' yg sangat popular tu.. Tapi sampai je kami kat sana, orang dah penuh dpn pagar. Terpaksalah menyelit celah2 ketiak mat salleh yg wangi. Yes, kat sana sume orgnye wangi2 belaka. Mungkin sbb branded perfume sgt murah bg diorg.

Upacara berlangsung selama 30 minit. Sangat menarik!

Seterusnya naik train lagi dan beratur nak naik London Eye. Mahal jugak nak naik ni, tapi lupakan saja pasal duit, dah sampai tempat orang, kita kena rasa semua benda!

Luas sungguh 1 kapsul ni. Dapat memuatkan lebih 20 orang dengan selesa.

Dari London Eye, kami berjalan kaki sepanjang Sungai Thames dan tiba di jambatan yg famous ini. London Tower Bridge. Bukan London Bridge ok? Ramai yg salah anggap bahawa ini adalah London Bridge. London Bridge tu jambatannya buruk je..

Menyeberangi Sungai Thames melalui London Bridge. Kagum!

Akhir skali sebelum balik ke hotel, shopping di Harrods yg dahulunya kepunyaan bapak Dodi Al-Fayed. Hehe. Memang tempat mewah kat Harrods ni. Cara susunan barang dan suasananya mmg terlalu mewah, tak dapat aku gambarkan. Pakaian pekerja2 pun smart giler. Pengawal kat pintu masuk lagi la smart macam bodyguard.

Goodbye Sara's Hotel... Dah nak balik ni, tunggu teksi datang amik kami hantar ke Victoria Station. Dari Victoria Station, naik plak bas ke Stansted Airport.

Setelah hampir 3 hari berada di Kota London, kami terbang pulang ke KL menaiki Air Asia X di Stansted Airport. Percutiaan yg sangat best dan mungkin sekali seumur hidup juga. Perbelanjaannya mungkin korang boleh buat anggaran sendiri tapi sangat2 berbaloi dengan pengalaman yg aku dapat. Insyaallah aku akan kembali ke bumi UK ini lagi.

Untuk lihat lebih banyak gambar, sila klik link di bawah:
Leeds
Edinburgh, Scotland
York
Paris, France
Manchester
London



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...