Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
pregnancy
Showing posts with label sarawak. Show all posts
Showing posts with label sarawak. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

makanan eksotik

Mungkin kita di Semenanjung jarang mendengar lebih-lebih lagi melihat makanan eksotik. Biasanya makanan elsotik digemari oleh kaum Cina untuk tujuan perubatan. Berbanding dengan masyarkat di Sarawak iaitu yang berbangsa Iban di mana hidup mereka lebih hampir kepada alam semulajadi, makanan eksotik adalah perkara biasa bagi mereka. Malahan ia hanya dianggap makanan yang biasa sahaja bagi mereka.

Antara makanan eksotik yang dimakan oleh orang Iban yang boleh dikatakan sukar kita dengar di Semenanjung adalah ulat sagu, ular sawa, tenggiling, landak, biawak, monyet dan juga buaya. Baru-baru ini aku didedahkan dengan satu lagi spesies ulat yang menjadi makanan mereka iaitu Lamas. Lamas ini dijumpai pada pokok durian yang telah habis daunnya dimakan Lamas. Lamas ini akan jatuh dari daun-daun atas pokok durian ke atas tanah. Jadi Lamas ini perlu dicari dengan cara menggali sedikit tanah pada pokok durian itu.
Sanggupkah anda makan?

Menurut penggemar Lamas, rasa Lamas ini adalah seperti udang malah ada yang mengatakan ianya lebih sedap daripada udang. Cara untuk makan Lamas adalah dengan menggorengnya seperti biasa dan boleh juga disalai. Harga bagi sekilogram Lamas yang telah disalai mencecah ratusan ringgit.

Ini adalah Lamas yang lebih dewasa. Sebagai tandanya, ia telah mengluarkan tanduk. Menurut penggemar Lamas, Lamas yang bertanduk ini lebih sedap kerana ia lebih gemuk dan berisi. Oh, tidak!!!!

Rakan-rakan Iban yang pernah belajar dan tinggal di Semenanjung mengatakan bahawa mereka lebih selalu dan mudah mendapat makanan eksotik seperti ular sawa dan biawak ketika di Semenanjung. Memang la mudah, sebab takde sape kat Semenanjung yang nak makan binatang tu. Huhuhuhu.. Geli!

pengalaman melihat tapak tragedi kebakaran

Siapa sangka petang Selasa 10 Mei 2011 yang lalu, cuaca panas sejak pagi tiba-tiba bertukar gelap disertai ribut dan angin kencang serta kilat pada sebelah lewat tengah hari dan berakhir dengan tragedi yang tidak diduga. KEBAKARAN! Walaupun aku tak terlibat, tetapi anak-anak muridku dan keluarga mereka terlibat dalam peristiwa hitam itu. Anak-anak murid yang tinggal di asrama tidak tahu pada awalnya bahawa rumah panjang yg keluarga mereka diami iaitu Rumah Umpang telah hangus terbakar dengan sekelip mata. Pada awalnya jentera Bomba yang sesat masuk ke sekolah disangkakan hanya kesilapan semata-mata, sebaliknya ianya memang realiti cuma ia tersesat masuk jalan yang salah.

Dengan rasa prihatin dan bertanggungjawab, kami semua staf sekolah telah melawat kawasan kebakaran keesokkan harinya utk meilihat dengan lebih dekat kesusahan akibat bencana yang telah menimpa penghuni-penghuni rumah panjang tersebut.

Jalan ke Rumah Umpang sempit, maka kami hanya kongsi kenderaan supaya tidak mengalami masalah untuk pusing di sana nanti.

Terkejut melihat tiada apa yang tinggal.

Hanya sebuah rumah yang terletak di seberang jalan sahaja yang tidak dimakan api.

Kereta yang tidak sempat dialihkan hangus dijilat api.

Walaupun berpanas terik ditambah haba tempat kebakaran yang masih belum hilang, kami tetap gagahi melawat tapak kebakaran.

Padi yang disimpan turut hangus terbakar.

Paling menyedihkan, padi yang disimpan pada awalnya berjumlah 70 guni tetapi kini hanya tinggal 4 guni. Itupun dikutip dari tempat kebakaran dan telah berbau hangit. Sudah tidak boleh digunakan lagi, tetapi sayang utk dibiarkan begitu saja.

Makcik yang berkemban ni betul-betul hanya tinggal sehelai sepinggang. Hanya kain batik dan tuala yang tersarung pada badannya saja yang tidak dijilat api.

Paling menakutkan, tong gas terbakar. Ada juga tong gas yang telah meletup.

Kebakaran berpunca daripada litar pintas akibat petir dan kilat yang berlaku pada petang tersebut. Kebakaran pada mulanya berpunca dari sebuah bilik yang berkunci kerana penghuninya berada di pasar untuk berniaga, kemudian terus merebak dengan cepat ke bilik-bilik yang lain dibantu dengan ribut dan angin kencang pada waktu tersebut. Ditambah pula dengan jentera Bomba yang lewat tiba akibat tersesat masuk ke sekolah aku, maka semuanya tidak dapat diselamatkan. Mujur tiada kehilangan nyawa, cuma cedera ringan akibat melecur sahaja. 

Sesungguhnya, melihat kejadian ini di depan mata buat pertama kali menimbulkan keinsafan kepada aku tentang kesusahan mangsa akibat bencana. Sedih dan kasihan melihat nasib mereka memandangkan Hari Gawai yag akan disambut 2 minggu lagi. Oleh itu, kami warga sekolah sepakat untuk menghulurkan bantuan sebagai tanda simpati kami kepada mereka pada hari Isnin ini. Semoga Tuhan tabahkan hati mereka yang ditimpa bencana.


Friday, February 11, 2011

2 bulan sudah berlalu

Macam tak percaya je arini dah genap 2 bulan aku kawin. Tak terasa macam dah kawin pun, sebab masih hidup single. Pegi jalan kat mane2 pun, orang still ingat aku ni blom kawin. Ramai plak orang kat kedai panggil aku ni 'dik' bukannyer 'kak'. Maklumlah aku ni suka shopping sorang2. Hahaha.. Diorang tak tau yang sebenarnya tahun ni umur aku nak masuk 28 tahun dah pun.. Hehe.

Awal tahun ni bila balik ke sekolah, dapat title 'Puan Hazilah' la pulak bila dalam meeting.. Cis! Rasa janggal betul dengan panggilan tu. First time diorang panggil Puan tu memang aku terkejut dan buat muka pelik, pastu barulah sedar diri. Mungkin bunyinya tak berapa best. Dah terbiasa dengan panggilan Cik Hazilah dan ia nampak muda. Tapi nak buat macam mana, kenalah terima hakikat yang masa sudah berlalu.

Tutup bab kawin, tengah menunggu bila la cik abang aku ni nak sambung sms. Tak sampai2 ke Selat Melaka lgi agaknya. Hmmm...

Dah lebih sebulan mulanya sesi persekolahan. Tahun ni aku dapat 3 kelas Sains iaitu Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5. Yang lain2 tu subjek sampingan untuk mencukupkan waktu. Aku suka ajar subjek Sains, tak kisahlah orang bagi banyak kelas pun sebab aku suka bercakap pasal benda yang kukuh berdasarkan fakta. Aku tak suka ajar subjek yang aku perlu bercerita dan berceloteh panjang dalam kelas dan perlukan huraian contohnya macam Pendidkan Moral dan Pendidikan Sivik. Tapi aku suka ajar PJK dan Pendidikan Seni Visual sebab subjek tu santai dan budak2 suka. Walaubagaimanapun, sebagai guru sekolah rendah, semua subjek kita perlu tahu dan bersedia untuk mengajar.

Sebelum cuti aku ada tunjuk gambar2 kawin aku kepada kelas Tahun 6 ketika aku sit in kat kelas tu. Kelas si Aimmie la kalau sape2 ada tengok gambar diorang kat Facebook aku. Tahun lepas aku banyak ajar kelas diorang semasa diorang di Tahun 5, tapi tahun ni, takde satu subjek pun aku ajar Tahun 6. Sebab  tu la diorang selalu merayu-rayu aku masuk kelas diorang, takpun lepak2 dengan diorang bila di perpustakaan. Diorang ni dah macam adik2 aku dah. Tahun ni diorang panggil aku 'Cikgu Bajik'. Bajik dalam Jaku Iban bermaksud cantik. Tiap2 hari kalau terserempak kat mana2 mesti diorang duk menyakat aku, "Cikgu ni semakin hari semakin cantik". Hahaha... Tengoklah perangai budak2, pandai diorang amik hati kita supaya kita ajar dia.

Tu blom lagi murid2 Tahun 1. Kadang2 aku suka tengok telatah diorang dan dengar perbualan sesama diorang sewaktu aku mengajar Pendidikan Seni Visual. Cute sangat! Walaupun diorang bercakap Bahasa Iban, aku tetap paham.. Pernah suatu hari tu, sedang diorang mewarna lukisan, aku terdengar perbualan diorang bermaksud. "Aku suka cikgu ni sebab cikgu ni pakai gincu". Hahahaha.. Kelakar sungguh. Memang memandang luaran btul budak2 zaman sekarang. Cuba tengok ni gambar curi daripada Cikgu Jennifer.

Cute tak? Hehe. Aku suka tengok budak perempuan paling kiri tu, namanya Peggy.

Cute memanglah cute tapi suka menjerit-jerit tak tentu pasal bila dalam kelas. Bila dah jadi camtu, terus tak cute. Sampaikan nak suruh dia senyap kena cakap dengan dia yang suara dia tak sedap, terus dia tutup mulut. Hahaha. Tahun 1 jugak sekrang ni mencatat rekod paling banyak menghadap Guru Besar sebab terlalu nakal sewaktu cikgu mengajar. Ada yang suka bergaduh sesama sendiri, ada yanh kuat mengejek kawan, ada jugak yang tak mau ikut cakap cikgu. Bila dah mengadap Guru Besar dan di 'reverse psycology' oleh Guru Besar, menangis melalak la diorang. Baru diorang tahu! Akibar bergaduh, GB beri sorang batang penyapu dan sorang lagi pisau potong daging. Pastu GB ajak diorang lawan btul2 dalam pagar Pra Sekolah. Terus melalak budak2 tu taknak bergaduh lagi. Kes satu lagi plak banyak bermain dalam kelas, tak nak ikut belajar. Sampai kat GB, GB trus bagi sehelai borang konon2 tu permohonan berhenti sekolah. Senang citer, sebab tak nak belajar,  terus je suruh berhenti sekolah. Apa lagi, tersedu-sedan budak tu cakap tak nak berhenti sekolah. Hehe.

Macam2 kan? Itulah kisah suka duka awal tahun.

Thursday, May 06, 2010

engkabang


Adakah anda tahu apakah benda ini? Benda ke? Hehe. Entahla... Special. Hanya di Sarawak. Tempat lain takleh dapat. Orang semenanjung mesti tak penah tengok kan? Oklah, aku bagitau. Inilah dia ENGKABANG! "Butter Sarawak".

Pernah dengar? Para guru di Sarawak agak familliar dengan nama engkabang ni. Kerana 'engkabang.net' la kan... Website rujukan guru-guru di Sarawak. Hehehe.. Tapi ni bukan website. Ia sejenis makanan yang berasal dari buah engkabang. Juga buah yang hanya terdapat di Sarawak. Buah engkabang itu tadi ditumbuk halus kemudian dibuat bentuk sedemikian rupa dan diletakkan di dalam buluh. Cara nak buatnya pun agak payah dan disebabkan itulah engkabang ini jarang sangat nak dijumpai. Sebab jarang jumpa, nak beli pun takda harapan la..

Macam mana pulak cara nak makan? Caranya, tenyeh-tenyehkan engkabang ini ke atas nasi yang masih panas. Hasilnya, nasi anda akan menjadi lebih sedap seperti disapu dengan mentega.Unikkan?? Engkabang yang aku pegang ni diberi oleh Cikgu Josephine (dia pun dapat sebab ada orang yang beri) semalam untuk jamuan makan tengah hari di sekolah sempena dengan kedatangan nazir ko-kurikulum ke sekolah. Nazir datang, kenalah jamu yang istimewa. So, benda baru yang aku jumpa semalam, ENGKABANG.

Monday, April 05, 2010

Apa yang anda tahu tentang Good Friday? Easter Monday?

Kebanyakan sekolah di Sarawak cuti dari hari Jumaat sehingga hari ini, Isnin. Jumaat adalah kerana sambutan Good Friday. Hari ini adalah kerana Easter Monday. Macam kat oversea plak. Hehe. Apa itu Good Friday? Baik sangat ke Jumaat tu? Aku jelaskan sikit. Melalui pembacaan aku dan apa yang aku faham, masyarakat Kristian seluruh dunia yang masih kuat pegangan agama, mereka akan menyambut Easter Sunday. Easter Sunday itu adalah hari memperingati Jesus Christ mereka disalib. Jumaat di mana sebelum Easter Sunday itu pula digelar Good Friday. Hari Jumaat itu mereka anggap hari suci bagi mereka, jadi kebanyakan mereka yang taat akan berpuasa mengikut agama mereka. Itu sedikit sebanyak yang aku tau.

Di kalangan orang Iban, apa yang aku tau sepanjang aku tinggal berhampiran rumah panjang pada tahun lepas, pada hari Good Friday mereka akan melawat kubur saudara-mara dan ahli keluarga di samping membersihkan kubur. Disebabkan perasaan ingin tahu dan excited di tahap yang membuak-buak, aku telah pergi mengikut mereka ke kubur pada tahun lepas. Scary pun ada jugak tapi disebabkan pengalaman sekali seumur hidup yang mungkin tidak dapat dikecapi lagi pada masa akan datang, aku, Kak Farah dan Kak Che telah menyahut cabaran untuk mengikut Lia and family. Kenapa aku kata cabaran? Sebabnya, ia memang sesuatu yang mencabar. Ini yang aku nak ceritakan kali ini.

10 April 2009, pagi-pagi gelap lagi aku dah bangun, dengan hujan yang renyai2, kami bertiga gagahi juga memakai life jacket dan naik bot meredah air sungai yang pada masa itu memang tersangat dalam kerana King Tide. Perjalanan mengambil masa dalam 45 minit, tempat yang dituju sangat-sangat misteri bagi aku. Setelah melalui sungai yang besar, luas kami menempuh pula kawasan sempit melalui hutan paya belukar, pokok menutupi kiri, kanan dan atas kepala kami. Perjalanan memang sukar, kadang kala bot tersekat di dahan dan akar-akar pokok di dalam sungai. Sampai di satu tebing, mula la kami nampak bot-bot orang kampung dah bersusun-susun 'parking'. Kami yang sampai agak lewat ni terpaksa melangkah satu persatu bot yang bersusun itu. Payah bukan kepalang. Nak terbalik pun ada. Kalau terbalik memang jatuh ke dalam sungai yang dalam yang aku pun tak berapa pasti kemungkinan ada wujudnya buaya. Huhuhu. Tapi Alhamdulillah, dengan bantuan anak-anak murid kami berjaya sampai ke tebing sungai.

Mula-mula aku ingat dekat situ je kubur keluarga mereka, rupa-rupanya tidak. Kami terpaksa berjalan lagi ke dalam hutan, meredah semak-samun yang baru ditebas dalam keadaan hujan yang sekejap turun lebat dan sekajap berhenti. Aku kesejukan dah waktu tu. Baju dah basah. Life jacket ketika naik bot tadi pun tak ditanggalkan. Bila masuk hutan ni, satu benda je yang aku risau, PACAT! Nasib baik takde... Jalan punya jalan, akhirnya sampailah ke satu kawasan yang agak meriah dipenuhi dengan orang kampung yang kebanyakannya aku kenali. Kebanyakan mereka ibu bapa anak-anak murid aku juga. Barulah aku nampak kubur-kubur mereka dan aktiviti-aktiviti mereka kat sana. Memang menarik dan pelik, belum pernah aku tengok kat mana-mana. Boleh masuk Misteri Nusantara. Itulah yang dikatakan pengalaman.. Walaupun kita berlainan agama dan budaya, janganlah kita memperlekehkan amalan orang. Sebaik-baiknya kita cuba memahami budaya mereka, maka kita juga akan lebih menghargai budaya dan agama kita.

Syukur Alhamdulillah Islam itu mudah dan tidak menyusahkan umatnya...

 Bersiap-siap nak naik bot.

 Perjalanan kami memang seronok...

 Melangkah bot-bot orang lain untuk sampai ke tebing sungai.

 Upacara mereka di kubur.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...