Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
pregnancy
Showing posts with label home. Show all posts
Showing posts with label home. Show all posts

Monday, February 07, 2011

bakal adik ipar

4 Februari yang lalu, keluarga kami buat kenduri lagi. Kali ni adalah majlis pertunangan adik aku si Syaza dengan Nazeer. Seronok bila kenduri ni, sedara-mara aku yang ramai2 tu semuanya berkumpul dan sangat meriah. Tak sampai pun 2 bulan lepas kenduri kawin aku, ni dah kenduri bertunang plak. Rezeki family aku nak dpt orang baru lagi la ni... Insyaallah aku bakal dapat adik ipar bulan September nanti. Wahhh.. Kenduri lagi!!!! Penat tu memang akan penatla lagipun waktu tu tengah raya puasa. Tapi nak buat macam mana, jodoh masing2 dah sampai.

Inilah dia Nazeer, bakal adik ipar aku.

Pagi tadi dapat sms dari husband tercinta di atas kapal. Dia berada berdekatan India katanya, dalam perjalanan ke China. So, lagi 5 hari sampailah dia ke Selat Melaka. Semoga kami dapat bergayut sekejap nanti. Hehe. Dia tanya aku cerita sensasi sekarang ni, aku bgtaulah yg Syaza nak kawin bulan 9 ni. Terkejut jugaklah dia, katanya lagi, cepat betul adik aku tu dah nak kawin. Hehe. Dipendekkan cerita setelah beberapa sms, dia rasa macam nak balik untuk majlis tu nanti. Nak rasa beraya kat kampung katanya dan jugak nak merasai kemeriahan majlis kawin dalam family kami yang sangat meriah ni.. Harap2 dapatlah dia balik dalam puasa nanti. Kalau husband aku ada, lagi la meriah, aku pun suka. Hehehe.

Wednesday, February 02, 2011

amanah bulan ni dah ditunaikan..

Ketika orang lain tengah kecoh banjir yang melanda 4 buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan yang paling teruk Johor, aku pulang ke Puchong menjenguk rumah kat Bandar Bukit Puchong 2. Pesan suami 2 minggu sebelum aku bercuti, "Balik cuti nanti pegi tengok rumah dengan peti sejuk skali." Tengok tu, peti sejuk besar gedabak yang lebih penting daripada isteri dia sendiri. Hihihi.

Bila balik ke sana, aku ni ada misi lain la pulak. Mana boleh tinggal bab2 shopping ni. Sambil menyelam, minum air la katakan.. Dari tengah hari sampai ke malam melayan nafsu shopping, balik rumah tengok tv kejap pastu terus tido. Esoknya barulah misi kat rumah bermula. Selepas breakfast, aku mula la vacum seluruh rumah atas bawah termasuk bilik2. Selepas vacum, mop lantai plak. Kemudian lipat baju2 suami yang ditinggalkan dalam bakul dan susun dalam almari. Dah abis lipat, kutip plak semua baju2 kotor untuk dibawa balik untuk dibasuh kat umah mak.

Hah? Bawak balik baju kotor? Well, kami memang blom beli mesin basuh. Sebabnya, kami nak beli mesin yang betul2 bagus tahun ni. Taknak main tangkap muat je, nak yang puas hati macam peti sejuk kami jugak. So, sanggup susah sekejap. Sebelum2 ni aku ada la basuh tangan skit2, kadang2 cik abang ajak pegi basuh kat umah mak dia je, takpun bila kitorg balik umah mak aku, memang aku angkut berbakul-bakul baju kotor yang telah terkumpul. Hehe. Bukan malas nak basuh, tapi cik abang yang kata takyah basuh, kumpul je bawak balik sebab memang dah nak balik kampung. Memang sangat2 memahami suami aku tu. Hihi.

Alhamdulillah, tugas bulan ni dah selesai. Bulan depan pun masih ada tugas yang sama. Aku akan pastikan tiap2 bulan aku jaga amanah tu. Maknanya tiap2 bulan la aku terbang balik dari Sarawak.. Takde masalah, aku kan memang suka balik.. Lelap mata je beli tiket kapal terbang.. Huhuhu.

Saturday, January 29, 2011

leceh btul la...

Susah bila tinggal kat banyak tempat ni. Juasseh, Puchong dan Sibu. 3 tempat. Leceh!!! Tadi nak kuar, handbag yang nak dipakai takde kat sini, tapi di Puchong. Baju dan sandal pun sama. Terpaksa pakai apa yang ada. Tapi bila tinggal kat Puchong, barang yang kita nak guna plak ada kat kampung. Macam tu jugak bila balik ke Sibu, ada je yang lupa nak bawak skali. Bila nak pakai je, baru perasan yang barang tu tertinggal kat kampung ataupun umah kat Puchong. Kalau macam ni la gayanya, lepas ni kena beli 3 set la barang2. Baju, tudung, kasut/sandal, jeans, handbag dan sebagainya. 1 letak kat kampung, 1 letak kat umah Puchong dan 1 lagi bawak ke Sibu. Baru puas hati kot.. Hahahaha.. Kopaklah duit aku!!!

Friday, January 28, 2011

rumah yang selesa itu penting

Kenapa aku tiba-tiba nak bercerita mengenai rumah plak arini? Memandangkan mood nak balik kampung sekarang ni, aku terpikir apa yang membuatkan aku sering terpanggil untuk balik ke kampung walaupun kadang2 aku dah tinggal kat tempat yang seronok dan bebas daripada dikongkong oleh sape2? Yup, betul. Aku suka balik rumah mak aku di Juasseh. Kat mana2 pun aku penah tinggal, sama ada di Melaka, JB, Seremban, Sibu Sarawak ataupun yang paling terbaru, Puchong, Juasseh tetap memanggil-manggil aku untuk balik. Padahal boleh je aku enjoy sakan kat mana2, pergi bercuti ke, bukan ke lebih seronok? Tapi bukan camtu, rumah tu macam ada feel yang sangat menenangkan aku.

Bagi aku, rumah mak aku tu adalah tempat yang paling selesa. Selesa kat sini bukan bermaksud rumah tu besar dan serba lengkap tapi suasana kat rumah tu yang penting. Aku percaya, keruntuhan moral anak2 zaman sekarang semuanya bermula di rumah. Suasana di rumah dan keadaan kat rumah yang tak selesa biasanya akan membuatkan anak2 lebih suka menghabiskan masa di luar bersama kawan2. Bila terlalu banyak masa dihabiskan bersama kawan2 tanpa kawalan, mulalah anak2 lakukan perkara yang  di luar dugaan mak bapak.

Macam mana rumah yang selesa? Bagi aku, apa yang mak aku wujudkan kat rumah tu memang terbaik. Keadaan ruang yang selesa, masing2 ada ruang privasi sendiri dan ruang berkumpul untuk lepak sama2. Bilik kami tu bebas kami nak buat dan hias macam mane pun. Mak aku tak kisah.. Sebab tu dulu aku gantung je poster Cristiano Ronaldo besar gedabak kat bilik. Hehe. Majalah2 takyah cakaplah banyaknyer, termasuk kaset2 dan CD. Bilik aku, aku punye suka la nak letak apa. Bilik adik2 aku lantak diorang ler.. Tapi selalu jugak pegi lepak2 kat bilik diorang.

Selain tu, bilangan meja dan kerusi makan mesti cukup dengan bilangan ahli keluarga supaya kita dapat makan bersama-sama, tidak terasing. Waktu makan tu masa berkualiti untuk berbual dengan ahli keluarga, jadi amalkan makan sama-sama. Kami adik-beradik bila makan sama-sama memang kecoh jadinyer. Dulu2 arwah abah memang beli meja makan bulat dan kerusi yang cukup untuk kami semua. Even kami ada tempat tetap bila duduk makan sama-sama. Waktu makan tu la macam2 perangai boleh kita nampak.

Hiburan kat rumah pun penting, mak bapak kalau nak elakkan anak2 melepak kat luar, wujudkan apa saja hiburan di luar rumah tu di rumah anda, yang bersesuaian ler... Rumah aku takde karaoke pun, takde home theater dan takde jugak Astro tapi yang sangat penting dalam famili kami adalah liputan internet wireless yang laju. Ada internet, benda lain dah tak perlu bagi kami adik-beradik. Jimat bil. Dan jugak PS3 bagi adik2 aku yang lain, cuma aku sorang je buta PS3 dalam rumah tu. Huhu. Bagus jugak PS3 ni aku tengok bila main berdua, merapatkan hubungan antara ahli keluarga.

Perkara lain yang paling bagi aku ialah mak bapak itu sendiri, berusahalah untuk wujudkan suasana ceria dan hubungan yang selesa antara anak2. Janganlah mengongkong anak sehingga melampau sangat sampaikan anak2 rasa tak selesa tinggal di rumah. Anak2 nak bergembira dengan kawan2 sekejap itu boleh, pesan kat diorang jaga diri baik2 je cukuplah, tak perlu nak call/sms banyak kali panggil balik ataupun membebel jika anak2 tu dah cukup dewasa. Mak tak halang kami keluar jumpa kawan2 even balik lewat2 pun, tapi mestilah dia kenal dengan kawan kita tu. Bila anak2 dah ada di rumah, mak bapak jangan membebel secara berlebihan sehinggakan anak2 sakit telinga. Jangan terlalu bersoal jawab dengan anak2 secara kasar dan marah2. Komunikasi secara berhemah la skit kalau nak tegur anak2 pun...

Sentiasalah bergurau senda bila bersama ahli keluarga, bila gembira, hati semua pun senang. Mak aku bukan jenis suka membebel tapi bila tegur tu memang tegas la, maklumlah cikgu.. Tapi sejak masing2 dah dewasa ni, mak lebih macam kawan kami sebenarnya, takda marah2 dah... Selesa sangat nak borak apa2 pun. Aku suka borak2 dengan mak aku, lebih2 lagi hal2 sekolah sebab kami bekerja dalam bidang yang sama, dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Kadang2 balik rumah memang borak dgn mak je kat dapur, terlalu banyak benda nak cerita dengan mak.

Apa yang aku cerita kat sini bukan saja terpakai kat rumah mak aku je, tapi jugak di rumah Uwan (nenek) aku. Aku pun selesa dengan suasana kat rumah Uwan termasuklah dengan Uwan aku sendiri. Banyak kasih sayang kat situ yang membuatkan anak2 dan cucu2 suka balik kampung walaupun cuti cuma 2 hari. Aku tengok sekarang ni, husband aku pun sangat selesa dengan Uwan aku. Bila balik kampung je, dia selalu belikan Uwan aku breakfast dan hantar sendiri ke rumah Uwan, kemudian borak2 dengan Uwan, aku tak ikut pun.. Syukurlah, lepas ni bolehlah kami balik ke Juasseh je lepas ni.. Hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...