Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
pregnancy
Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Friday, October 14, 2011

my baby... BOY!

Baby boy mummy and daddy. 19 weeks 5 days.

Yup, check-up minggu lepas doc dah confirmkan baby yang bakal lahir ni nanti adalah baby BOY..! Bertambahlah hero dalam dua2 belah family yang selama ni kepupusan lelaki. Hehe. Baby ni aktif sangat2. Sewaktu menunggu nak jumpa doc, dia dah gerak tak henti2. Masa doc tengah scan dia boleh sibuk gerak2 jugak taknak duduk diam. Tapi bagus jugaklah, terus terbukak kaki dan terserlahlah jantinanyer. Haha.

Sekarang dah masuk 5 bulan lebih. Perut pun dah makin berat. Tidur dah mula terganggu. Aku ngantuk nak tido, baby plak mula bergerak. Jadi aku takleh tido, sebaliknya melayan dan menikmati setiap tendangan baby kat dalam perut ni. Kadang2 tu leka plak tengok perut aku yang bergerak macam ombak bila kena tendang. Setakat ni bahagia je rasanya. Tak tau la lepas2 ni bila tulang baby dah makin kuat. Agaknya mau sakit gak bila kena tendang.

Pejam celik pejam celik, tinggal sebulan je lagi sebelum cuti akhir tahun bermula. Kalau cuti tahun lepas sibuk dengan persiapan nak kawin, tahun ni lain plak sibuknya. Kena bersiap untuk sambut orang baru plak. Banyak perkara nak kena pikir memandangkan aku sorang2 kat Malaysia ni, husband balik belayar pertengahan bulan Januari nanti. Jadi terpaksalah berdikari dan usaha lebih untuk melengkapkan persiapan. Takut bila buat lewat2 nanti, tak larat plak nak drive or jalan2 jauh.

Apa2 pun doakan yang terbaik untuk kami yer... Semoga semuanya selamat. Insyaallah.


p/s: Tak sabar plak nak tengok muka baby. Agaknya ikut muka sapa ek? Harap2 boleh nampak waktu check up lagi sekali sebelum raya haji nanti. Kali ni tak nampak semua. Baby malu kot, muka terlindung dengan tangan.

Saturday, October 01, 2011

ini hasilnya selepas 4 bulan bercuti daripada menulis blog. hehe..

Dah lama sungguh tak update blog. Last update sebelum husband balik dari kapal, sekarang ni husband dah naik kapal semula. Banyak perkara yang berlaku sepanjang beberapa bulan tak update tu. Terutama sekali, sekarang ni aku tengah pregnant nak masuk 19 minggu. Hehe. Macam kejap je kan?

Husband cuti lama. Dari pertengahan bulan 5 sehinggalah lepas raya. Lebih kurang 4 bulan jugak la. Syukur sangat2 dapat beraya sama2 tahun ni. Sekarang husband dah belayar semula, kat India. Tapi aku tak perlu risau sangat dengan keadaan aku yang makin sarat dari hari ke hari ni ditambah plak husband jauh dan aku pun jauh daripada family, sebab husband aku boleh dihubungi bila2 masa je setiap hari sebab dia guna broadband memandangkan kapal Maritime Kelly Anne tu duk pusing2 kat India je. Husband belayar 4 bulan, maybe bulan 1 tahun depan dia off, insyaallah sebelum aku bersalin. Huhuhu. Risau jugak sebenarnyer kalau TERbersalin sorang2.

So far so good. Kesihatan aku ok. Baby pun ok. Badan dah rasa sihat semula, cuma masa bulan puasa je lemah skit sebab asyik loya dan muntah2. Disebabkan tu jugak la, terpaksa cuti puasa sebanyak 3 hari. Kira ok la tu.. Taklah banyak nak mengganti. Sekarang perut pun dah makin membesar. Kalau sebelum ni muat lagi pakai jeans yang biasa2 aku pakai, tapi sejak 3 minggu lepas dah rasa sesak nafas dan terpaksa bertukar ke maternity jeans plak.

Turun naik kapal terbang memang macam biasa. Semasa husband cuti, aku terbang balik ke KL setiap 2 minggu sekali, kadang2 ada jugak tiap2 minggu kalau rasa dah nak buat kerja gila. Sekarang ni sebab dah takde sape kat rumah kat Bandar Bukit Puchong 2 tu, aku balik sebulan sekali je la untuk jenguk dan kemas2 rumah termasuk jugak pegi check up skali. Lagipun dah nak cuti akhir tahun dah ni..


Oklah, aku just nak share gambar2 scan baby setiap kali check up. Awal2 dulu rasa confuse tak tau nak kata ape bila suspek yang aku ni pregnant. Punyalah aku suruh husband aku pegi beli UPT kat farmasi untuk test urine padahal memang aku dah rasakan yang memang aku pregnant pun.. Bila buat test tu pun, dah tak terkejut dah dengan resultnyer.. Sebab 2 minggu sebelum tu lagi aku dah cakap kat husband aku yang period aku tak datang, n period aku tak penah tak tepat tiap2 bulan, so memang ada sesuatu telah berlaku. Hehe. Tapi saje tunggu lagi untuk test urine untuk betul2 confirm. Skali test, memang jelas sekali double line tu, bukan samar2 dah. Waktu tu dah nak masuk 7 minggu. Alhamdulilah, sekarang ni rasa syukur sangat2 kerana Allah berikan aku peluang untuk merasai nikmat mengandungkan zuriat sendiri. Semoga aku dapat mengharungi tempoh 40 minggu pregnant dengan jayanya. Amin..


Heh. Kena telengkan kepala nak tengok. 1st time scan masa baru nak masuk 7 minggu. Comel je belum ada bentuk, tapi dah bleh nampak denyutan jantung.


2nd scan. Baru nak masuk 11 minggu. Dah nampak kepala, tangan dan kaki. Baby pun dah bergerak-gerak.



3rd scan. Nak masuk minggu ke-17. Baby dah besar..

Tak sabar untuk scan yang seterusnya... Sabtu ni check up lagi.. Yeay!!!!

Saturday, May 14, 2011

pengalaman melihat tapak tragedi kebakaran

Siapa sangka petang Selasa 10 Mei 2011 yang lalu, cuaca panas sejak pagi tiba-tiba bertukar gelap disertai ribut dan angin kencang serta kilat pada sebelah lewat tengah hari dan berakhir dengan tragedi yang tidak diduga. KEBAKARAN! Walaupun aku tak terlibat, tetapi anak-anak muridku dan keluarga mereka terlibat dalam peristiwa hitam itu. Anak-anak murid yang tinggal di asrama tidak tahu pada awalnya bahawa rumah panjang yg keluarga mereka diami iaitu Rumah Umpang telah hangus terbakar dengan sekelip mata. Pada awalnya jentera Bomba yang sesat masuk ke sekolah disangkakan hanya kesilapan semata-mata, sebaliknya ianya memang realiti cuma ia tersesat masuk jalan yang salah.

Dengan rasa prihatin dan bertanggungjawab, kami semua staf sekolah telah melawat kawasan kebakaran keesokkan harinya utk meilihat dengan lebih dekat kesusahan akibat bencana yang telah menimpa penghuni-penghuni rumah panjang tersebut.

Jalan ke Rumah Umpang sempit, maka kami hanya kongsi kenderaan supaya tidak mengalami masalah untuk pusing di sana nanti.

Terkejut melihat tiada apa yang tinggal.

Hanya sebuah rumah yang terletak di seberang jalan sahaja yang tidak dimakan api.

Kereta yang tidak sempat dialihkan hangus dijilat api.

Walaupun berpanas terik ditambah haba tempat kebakaran yang masih belum hilang, kami tetap gagahi melawat tapak kebakaran.

Padi yang disimpan turut hangus terbakar.

Paling menyedihkan, padi yang disimpan pada awalnya berjumlah 70 guni tetapi kini hanya tinggal 4 guni. Itupun dikutip dari tempat kebakaran dan telah berbau hangit. Sudah tidak boleh digunakan lagi, tetapi sayang utk dibiarkan begitu saja.

Makcik yang berkemban ni betul-betul hanya tinggal sehelai sepinggang. Hanya kain batik dan tuala yang tersarung pada badannya saja yang tidak dijilat api.

Paling menakutkan, tong gas terbakar. Ada juga tong gas yang telah meletup.

Kebakaran berpunca daripada litar pintas akibat petir dan kilat yang berlaku pada petang tersebut. Kebakaran pada mulanya berpunca dari sebuah bilik yang berkunci kerana penghuninya berada di pasar untuk berniaga, kemudian terus merebak dengan cepat ke bilik-bilik yang lain dibantu dengan ribut dan angin kencang pada waktu tersebut. Ditambah pula dengan jentera Bomba yang lewat tiba akibat tersesat masuk ke sekolah aku, maka semuanya tidak dapat diselamatkan. Mujur tiada kehilangan nyawa, cuma cedera ringan akibat melecur sahaja. 

Sesungguhnya, melihat kejadian ini di depan mata buat pertama kali menimbulkan keinsafan kepada aku tentang kesusahan mangsa akibat bencana. Sedih dan kasihan melihat nasib mereka memandangkan Hari Gawai yag akan disambut 2 minggu lagi. Oleh itu, kami warga sekolah sepakat untuk menghulurkan bantuan sebagai tanda simpati kami kepada mereka pada hari Isnin ini. Semoga Tuhan tabahkan hati mereka yang ditimpa bencana.


Tuesday, April 19, 2011

tips untuk menarik perhatian lelaki untuk suka pada kita



Ini adalah hasil daripada pemerhatian dan pengalaman hidup aku, bukan kajian daripada sesiapa pun. Mari kita tengok bagaimana kalau aku nak menarik perhatian lelaki untuk suka kat aku. Bukan menggoda ok, itu taktik kotor dan tipu semata-mata. Ini adalah tips yang boleh digunakan untuk perempuan yang masih single sebagai usaha mencari jodoh. Mari kita lihat...



1.    Penampilan diri.

Kalau sebelum ni anda tergolong sebagai perempuan yang tidak menitikberatkan penampilan diri, cuba berubah dari sekarang. Kalau sebelum ni tak suka make-up, cuba belajar make-up. Bukan nak over, cuma untuk nampak sedikit kelainan. Kalau sebelum ni suka pakai t-shirt je bila keluar, sila ubah supaya nampak lebih bersifat keperempuanan. Pakailah blouse, dress dan sebagainya. Kalau sebelum ni tak penah pakai handbag, mulakan membawa handbag sekarang. Kalau sebelum ni suka pakai flats je, cuba pakai heels pulak. Ini semua dapat menarik perhatian lelaki. Takde lelaki yang tidak sukakan kepada sesuatu yang cantik dan bergaya. Cuma kita jangan berlebihan sehingga menjadi orang lain.

2.    Luaskan pergaulan.

Cuba untuk berkawan dan mengenali seberapa ramai orang yang boleh. Jangan bersikap terlalu sombong dan jual mahal. Apa salahnya berchatting, berbual di telefon dan bersms tapi tatasusila juga perlu dijaga. Ini semua adalah usaha yang membawa kepada perkenalan dan perhubungan yang baru. Tapi nak jadi friendly pun perlu berpada-pada. Lelaki takut kepada wanita yang terlalu berani. Jangan mudah sangat untuk keluar bertemu lelaki, sepatutnya ambil masa sedikit untuk lebih membiasakan diri ketika berbual dan tahu latar belakang diri masing2. Setelah betul2 selesa, barulah bertemu. Jika tidak rasa tak manis bersendirian, bawalah teman.

3.    Pembawakan diri.

Jangan bersikap kebudak-budakan di depan lelaki. Lelaki tak suka perempuan yang tak matang dan mengada-ngada. Kalau suka pun, mereka hanya berniat untuk buat main-main, bukan untuk serius dijadikan teman. Jadi, tonjolkan kematangan bila bercakap dan bergaul. Mesti ada perbezaan ketika bergaul dengan rakan biasa dan teman istimewa. Tunjukkan yang diri kita ni berpengetahuan. Bukan bercerita hal yang remeh-temeh bila berbual. Sepatutnya kita mesti boleh berbual pelbagai jenis topik ketika bersama dengan lelaki. Barulah lelaki tak bosan, seterusya, mereka menganggap anda sesuai dijadikan teman yang lebih serius. Kejujuran dalam tutur kata itu penting. Jangan berbohong.

4.    Jangan mendesak.

 Lelaki tidak suka ditekan. Mereka lebih suka untuk bebas membuat keputusan. Jadi, sebaik-baiknya janganlah perempuan yang mendesak supaya hubungan menjadi lebih serius dan sebagainya. Sebaiknya, gunakan cara halus sebagai contoh memberi hint2 tertentu. Bukannya dengan cara menyuarakan rasa tidak puas hati. Percayalah, bila lelaki suka, dia akan meluahkannya ataupun memberi hint2 tersendiri. Perempuan perlu lebih aware. Tanpa didesak dan diberikan tekanan, lelaki lebih tenang untuk memikirkan apa yang terbaik untuknya.

5.    Jangan suka mencari kesalahan.

Jadilah orang yang lebih berkompromi dalam segala hal. Jangan terlalu negatif. Kita perlu ingat, tidak semua lelaki tu jahat. Tak baik juga menghukum seseorang berdasarkan pengalaman kita yang lalu. Setiap orang itu berbeza, kita perlu lebih bersikap terbuka untuk menerima dan pandai menyesuaikan diri.

6. Berdikari.

Jangan terlalu bergantung kepada lelaki. Lelaki akan berasa rimas sekiranya segala hal perlu dirujuk kepada mereka. Tetapi jangan terlalu independent sehingga lelaki menganggap diri mereka seakan-akan tidak diperlukan. Sebagai contoh, sekali-sekala mintak tolong mereka ambil atau hantar anda ke sesuatu tempat.



Rasanya, itu je yang mampu aku sampaikan buat masa ni. Ingat, semua ini memerlukan usaha. Jika mahukan sesuatu, kita perlu berusaha. Bukan hanya dengan berserah sahaja kepada takdir untuk menentukan segalanya. Sekian, sila tambah jika ada idea lain k...

Sunday, April 10, 2011

mulakan hari anda dengan bijirin sarapan

Sekarang ni belum lagi waktu sarapan, tapi aku nak bercerita pasal sarapan. Sebabnya, aku tengah online ni sambil makan Jacob's Sunlife Chocolate Flavoured yang sepatutnya dimakan untuk sarapan, tapi aku hentam je buat makan malam. Hehe.

Untuk pengetahuan anda semua, sarapan aku setiap hari sudah semestinya bijirin sarapan Nestle Cornflakes. Sejak dari kecil mak aku dah didik aku serta adik-beradik yang lain untuk bersarapan dengan bijirin/cereals. Terpulanglah bijirin apa pun, ada adik2 aku makan Coco Crunch tapi aku suka yang tak manis sebab aku makan dengan air milo. Kalau Coco Crunch, padanan yang terbaik adalah susu. Kenapa perlu sarapan dengan bijirin?
Ini yang aku suka. Tak manis dan sedap dicampur dengan milo ataupun susu.  Image source: Google

Bijirin ni sangat banyak khasiatnya. Pelbagai zat dan vitamin ada dalam bijirin. Bila dimakan bersama susu, maka lebih banyaklah zat yang diperolehi melalui sarapan. Bijirin juga kurang kolestrol. Korang bayangkan kalau korang bersarapan dengan mee goreng or nasi lemak, banyak kolestrol dan lemak yang korang ambil di waktu pagi, seterusnya boleh menyebabkan otak jadi lembab untuk berfikir dan bekerja.

Bagi aku, zaman kanak-kanaklah penting kepada ibu bapa untuk menjaga pemakanan anak-anak. Pada masa ini sel-sel otak sedang giat berkembang, maka dengan pemakanan yang betul, ia membantu proses perkembangan otak ke tahap yang optimum. Jika tiada kawalan dari segi pemakanan, maka tidak hairanlah jika kemampuan otak anak itu tidak berada pada tahap yang sepatutnya. Contohnya, cuba mak bapak bagi anak-anak makan maggi dari kecik, tengoklah bila anak tu besar nanti mereka jadi macam mana. Adakah boleh menjadi bijak dalam pelajaran? Aku yakin tidak.

Aku masih ingat macam mana mak aku kawal pemakanan kami adik-beradik sewaktu kami masih bersekolah terutama semasa si sekolah rendah. Jangan haraplah kami ni dapat makan maggi kat rumah. Kat rumah memang takda simpan stok maggi. Tak penah jugak mak belikan kami jajan2 macam Twisties, Double Deckers dan sewaktu dengannya. Kami nak beli pun susah sebab mak bagi duit belanja setiap hari cukup2 je untuk makan di kantin sekolah. Memang tak cukup duit nak beli ais krim dan lain2. Tapi kami kadang2 degil jugak, beli jugak makanan tak berkhasiat tu bila balik sekolah, tapi kena makan sebelum sampai rumah sebab takut dimarahi oleh mak. Itupun tak selalu, jarang sangat sebab takut mak dapat tahu.

Macam itulah strictnya mak jaga pemakanan aku dan adik-adik. Setiap pagi mesti minum milo sebelum pegi sekolah. Kalau tak sempat sangat, mak bagi coklat Cadbury yang kecik2 tu untuk ganti sarapan. Bukankah coklat tu sangat baik untuk otak? Yup. Pastu kami memang digalakkan minum susu segar. Mak selalu cakap, orang yang kurang minum susu, dalam kelas nanti akan kurang penumpuan. Berkat ketegasan mak aku ni, kami adik-beradik cemerlang setiap kali peperiksaan sehinggalah sekarang pun. Aku bangga dengan apa yang mak aku telah buat. Bila aku ada anak nanti, aku nak ikut cara mak aku ni.

Image source: Google

Berbalik kepasa Corn Flakes tadi, sehinggalah aku dewasa umur dah nak masuk 28 tahun pun, aku masih amalkan. Payah nak lupakan cereals ni. Tinggallah kat ceruk mana pun, aku mesti pastikan stok Corn Flakes mesti ada berkotak-kotak. Macam tu jugak aku tengok adik-adik aku yang lain. Walaupun masing-masing dah hidup sendiri, aku tengok semua masih ikut apa yang mak aku penah ajar, mesti ambil sarapan (milo+cereals). At least minum milo kalau tak sempat pun.. Tak sempat nak bancuh, standby banyak2 air kotak milo. Mesti kena ada tenaga di waktu pagi, lebih2 lagi jika kita ni masih belajar. Ingat tu, tak ambil sarapan, bererti takda tenaga. Maka kuranglah oksigen disalurkan ke otak maka otak mejadi lembap dan malas berfikir.

Ingat tu pelajar2 atau adik2 sekalian, mesti bersarapan. Dan jaga pemakanan. Ingat, pemakanan kita tu mempengaruhi perkembangan otak kita. Kalau nak jadi pandai, jauhilah maggi dan segala jajan2 dan makanan yang ada MSG/ajinomoto. Buat yang nak ambil peperiksaan penting, makananlah paling perlu dititik beratkan. Jangan makan yang bukan2. Kalau rasa nak lembab belajar, takpe, makanlah... Siapa yang susah nanti? Haaa.. Jawablah sendiri.


p/s: Milo tu minuman kegemaran aku. Hehe. Husband pun dah paham sangat dah, kalau suruh dia beli air, takyah sebut pun air ape, sudah semestinya milo.

Monday, March 07, 2011

what's in my purse?

Dah lama tak kemas purse aku yang dah hampir lunyai ni. Terlalu banyak resit2 bank dan resit shopping yang tak dibuang plus susunan kat dalam tu pun dah berterabur. So, petang tadi mulakan operasi menyusun harta dalam purse. Ni baru purse je ni, blom lagi handbag. Hehe.

MNG purse gave by my sister Syaza 4 years ago. She bought it in the UK while she was studying there. Wow! 4 years I've been using this purse!!! Still in a good condition. Love it because it's black, long shape so I don't have to lipat2 my money and sangat tahan lasak.

Take a look what is in there.. Not so much actually...

Cards. Carlo Rino membership card, The Cocoa Trees, Amway and my mum's expired Cosway membership card so I don't have to ask her membership number everytime I want to but something from Cosway. Driving license (old and new). ATM cards and credit card (just 1 credit card in case of emergency).

Huhu. Tak sangka ada tersimpan skit gambar2 yg lama. Malu!! Hehe. Mula dari atas kiri: darjah 6, forn 5, selepas matrikulasi, lepas grad UTM and the latest kat bawah tu gambar utk sijil dan kad nikah yg amik thn lps. Itulah suami saya.. Baiknyer mukaaa... Hahahaa... Dan tentulah IC saya juga.. IC masih cantik walaupun usia dah bertahun dan banyak kali kuar masuk purse sbb asik turun naik flight. Yang tak cantik gambar kat IC tu je sbb waktu ni sangatlah tembam. Suami pun gelak sakan kalau tgk gambar IC ni. Dia pun terkejut. Huh! Rasa nak g buat IC baru sekarang jugak..

From above left: ATM's receipts (all from Maybank), matric cards (UTM and maktab) and moneyyy!! RM and Singapore Dollar. Sing Dollar tu baki masa pegi sana, byk tak abis belanja, menyesal tak abiskan! Huhu.  Nasib baik tak simpan Pound Sterling kat sini skali sbb duit pound byk dlm bentuk syiling. Saya tak suka simpan syiling dalam purse, semua syiling masuk tabung.

My husband and I punya Touch n Go card. Dua2 ada isi. Bila satu dah kurang baki, tukar yg satu lagi. Sangat penting sbb banyak guna Smart TAG kat highway. Memang tak ditinggalkan kat dalam Alza, sebab nanti adik2 dengan senang-lenang guna. Saya ni sangat berkira dgn adik-beradik. Hehe. So bila diorg nak pegi mane2, boleh guna Smart TAG tu, tp guna kad sendiri. Hahaha.

Stamps. Yup, I always have stamps in my wallet. In case I want to post anything, I don't have to queue at the post office. I've been doing this since I was in MRSM. Maklumlah, duk asrama dulu2 selalu tulis surat kat kawan2..

Ape ni? Hahahaha. Kenangan 1st time pergi menunaikan kewajipan sebagai seorang warganegara Malaysia yang bertanggungjawab. Keluar mengundi oiiiii.... Malu la duduk kat Malaysia kalau korang tu masih blom mendaftar sebagai pengundi.

Sentiasa tersimpan rapi. Duit raya daripada seorang rakan karib di alam maya. Dia bagi kad raya, dalam tu ada duit ni. Walaupun hanya RM1 tapi ianya amat bernilai bagi aku. Dah ler tulisan dalam kad tu punyer la cantik, tak sangka itu adalah tulisan seorang lelaki. Hehe. Mula chatting dengan dia sejak blom masuk UTM lagi, tapi blom penah jumpe walaupun dah naik muak tgk gambar dalam Friendster dan Facebook. Haha. Saya tahu kamu mesti baca ni wahai Encik Khairul Nizam... :P Tahun bila awak bagi kad raya tu ek? Saya tak ingat dah, nampak sangat dah lama, kad pun ntah ke mane tapi jangan risau, duit tu masih blom dibelanjakan. Hahahahaha....

Husband and wife... <3 <3 <3


Sunday, March 06, 2011

to do list for this school break

1. Bayar insurans suami.
2. Update buku EON Bank suami.
3. Balik tengok rumah kat Puchong.
4. Amik wedding album kat umah mertua kat Puchong.
5. Amik wedding album kat Nilai.
6. Jalan2 ke Melaka.
7. Shopping utk diri sendiri.
8. Betulkan setting for my beloved Android.
9. Collect online shopping items and try sampai puas hati.
10. Makan sekerap mungkin kat umah mak. (bising la suami aku kalau dia tau)
11. Lenjan kereta puas2.
12. Planning for my family trip to Bandung.
13. Shopping, shopping, shopping sampai pengsan!

mintak izin

Perbualan kat YM dgn my beloved husband malam tadi...

Hubby: Esok buat ape?
Me: Duk umah je.. Tidooo!
Hubby: Tak pegi jalan2 ke?
Me: Taklah.. Budak baik, abg tak bagi jalan2 so sy duduk umah.. Hehe. Pagi tadi dah kuar sampai petang la.
Hubby: Baik sangat la tu....
Me: Hehehe. Baik laaa.. Tapi minggu depan cuti seminggu sy nak kuar merayap setiap hari? Boleh kan? Awal2 dah mintak izin ni..
Hubby: Nak pegi shopping la tu...
Me: Takleh ker? Kalau camtu duk umah je la...
Hubby: Boleh.. Tapi jimat2 skit duit tuu..
Me: Yer2... Sy tau..

Walaupun dua2 berjauhan aku masih mintak izin suami kalau nak pegi mane2. Kadang2 tu terpaksa mintak izin in advance 2, 3 minggu sbb takut takleh nak contact/inform. Tapi husband aku ok je.. Tu yang sayang sangat kat dia!

Wednesday, March 02, 2011

Detox Program


Hampir 2 minggu dah aku tamat program detox Juvanex ni. Sebab ape aku cuba detox ni? Saje ngade2.. Hehe. Saje nak rasa ape rasanya bila buat detox ni. Alhamdulillah, takde plak kesan sampingan pelik dalam seminggu aku makan Juvanex ni walaupun dalam panduan program tu ada disenaraikan macam2 kesan. Semua macam biasa malahan banyak kesan positif yang aku alami. Sejak hari pertama program ni sehingga sekarang ni (dah hampir 2 minggu), aku rasa bertenaga petang2 walaupun selepas balik dari sekolah. Dah 2 minggu jugak aku tak tido petang. Badan rasa segar je. Pastu bila tido malam memang lena dan nyenyak tanpa gangguan. Esoknya bila bangun pun taklah liat macam dulu nak kena amik masa untuk mata ni celik dan baru bangun. Defecation pun lancar setiap hari. Hehehe.

Sape2 yang rasa nak buang toksin dalam badan dan ingin bertenaga semula, disarankan anda menjalani program detox sebanyak 2-3 kali setahun. Cubalah Juvanex ni, walaupun harganya agak mahal (RM120++ untuk kegunaan seminggu) tapi kesannya amat memberangsangkan. Aku bukan nak promote jual Juvanex ke ape, aku citer sebab aku dah cuba dan rasai sendiri kesannya. Lagipun aku beli kat Guardian je benda ni time promotion. Hehehe..

Monday, February 28, 2011

realitinya.. aku....

Seorang yang kuat menangis. Huhuhuhu. Ramai yang tak tau, sebabnya aku ni bukannya jenis yang menangis depan orang. Depan orang lain aku memang nampak kuat tapi hakikatnya bila dengan orang tertentu, aku lepaskan semua yang terbuku di hati. Kadang2 rasa kelakar dan tak patut pulak. Hehe.

Al-kisahnya, sewaktu aku kecik, aku memang kuat menangis dan memberontak. Waktu kecik, aku ni suka nangis lama2 dan susah nak dipujuk dan memang degil tahap ape pun aku tak tau. Kalau aku tak suka dengan orang, aku memang akan terus nangis dan tarik tangan arwah abah dan ajak balik. Memang tak makan pujuk punya... Macam tu lah karenah aku waktu kecik. Mak aku pun pening taktau macam mana nak buat. Sampaikan nenek aku penah jumpa dukun mintak tawarkan air supaya aku berhenti nangis. Hahahaha..

Tapi bila dah makin besar dan bersekolah, sikap suka menangis tu hilang. Mungkin sebab adik-adik pun dah ada, jadi aku jadi seorang kakak yang kuat dan jadi contoh yang baik pada adik2. Masuk sekolah sorang2 pun tak menangis langsung. Waktu tu, adik aku yang paling kecik plak suka buat perangai memberontak baling2 barang bila menangis. Susah nak tengok aku nangis dah waktu tu. Even waktu arwah abah aku meninggal pada tahun 2002 pun aku nangis skit je. Kalau orang ungkit pasal tu pun, aku tak rasa apa. Tiba2 aku jadi macam orang yang takde perasaan. Tengok citer sedih ke, seram ke, memang takde effect. Pelik...

Tapi lain plak jadinya bila sudah melepasi umur 25 tahun. Sekarang ni mudah tersentuh dengan cerita2 sedih. Air mata senang je mengalir. Bila aku terlalu marah, aku berkurung dalam bilik dan menangis sepuas hati. Bila teringat kenangan silam pun sama, mulalah menangis. Benda yang pada dahulunya aku takda perasaan pun dapat buat aku menangis sekarang ni. Bezanya waktu kecik aku menangis dan lepaskan depan orang, sekarang ni aku menangis dengan berkurung dalam bilik.

Sehinggalah aku mendapat seseorang yang boleh dianggap 'a shoulder to cry on'. Pakwe, tunang dan akhirnya menjadi suami aku sekarang ni. Dialah tempat aku menangis tak kira masa. Malah kemarahan, ketidakpuasan hati, jiwa memberontak, semuanya aku lepaskan pada dia dengan air mata. Huhu. Sekarang ni makin sensitif la pulak.. Skit je silap dah mula terasa. Tapi bukan terasa dengan orang lain la, terasa dengan suami sendiri je.. Kalau orang lain lantak ape korang nak buatlah, aku ni jenis yang tak amik kisah sangat. Tapi bila suami sendiri, mintak maaf lerr... Benda kecik pun nampak besar bagi aku dan nangisnya nanti mesti tersedu-sedan sampai semput nak bernafas. Hahahaha..

Beberapa bulan sebelum nikahlah paling banyak nangis sebab sensitif dengan benda2 kecik. Lepas kawin pun sama, sebelum nak tido boleh lagi aku ni gi bantai nangis dulu... Nasib baiklah suami aku tu pandai pujuk. Lega rasanya bila lepas nangis. Mungkin sebab tu rasa seronok bila nangis sebab ada orang yang melayan. Hehehe. Tapi aku menangis bukan sebab masalah je. Rindu pun boleh buat menangis jugak.. Kat airport masa antar suami nak ke Penang untuk naik kapal, tanpa mengira orang sekeliling, aku melalak sampai balik tu takleh nak drive. Teruk betul! Kena g shopping dulu baru jiwa tenteram and dpt balik dengan aman. Pastu mengadu balik kat suami yg aku letih dan pening kepala sebab banyak sangat menangis. Hahaha. Semalam mengadu dengan suami yg aku ni menangis malam2 bila tido kat umah kami di Puchong, bila lipat baju2 dia dan jugak terlihat brg2 dia kat umah. Hahahaha.. Apa lagi, sah2 ler kena bahan dengan suami sendiri... Dia suka kata perangai aku ni macam budak2. Kahkahkah.. Mungkin jugak, tiba2 rasa macam ngade2 je. Tapi nasib baiklah dapat suami yg tua 4 tahun dari aku dan sanggup melayan karenah aku. Kalau muda or sebaya tak dapat ler nak ngade2 camni. Huhu. Terima kasih kerana bersabar...

Tak sabar plak rasanyer nak menangis sama2. Agaknye camne lah rupa dia nangis.. Hahahaha..


Friday, February 25, 2011

contact lenses

Aku dan contact lens sudah tidak dapat dipisahkan. Kami sudah bersama sejak dari tahun 2001. Sudah 10 tahun tuu.. Aku teringat lagi pada waktu tu, aku tak suka pakai spek sbb mengganggu bentuk tudung dan muka berubah jadi lain. Jadi, aku jarang pakai spek sbb power tak tinggi, bila waktu kuliah je aku pakai itupun bila duduk kat blkg sbb tak berapa nak nampak.

Lama kelamaan, power yg pada awalnya 50 naik jadi 100 sbb jarang pakai spek dan suka memaksa mata fokus walaupun mata tu dah kureng. Aku buat keputusan nak pakai contact lens walaupun pada waktu tu contact lens blom popular macam skrg ni. Pasa awalnya aku bertanya dengan sorang rakan sekelas yg turut memakai sontact lens. Seterusnya aku pergi ke kedai dan membeli contact lens buat pertama kalinya. Disebabkan blom ada pengalaman memakai contact lens, aku telah diajar oleh optometrist di situ cara2 memakai dan menanggalkan contact lens dengan betul seterusnya cara2 mencuci dan penyimpanannya.

Aku sedar kos memakai contact lens tak murah seperti spek. Walaupun spek berharga ratusan ringgit, bisanya lebih 500 ringgit tetapi spek boleh digunakan utk jangka masa yg lama. Bertahun-tahun. Kalau power naik pun, hanya perlu tukar kanta je. Spek takde cara penjagaan yg khusus. Berbanding dengan contact lens, kita perlu menukarnya setiap bulan sekiranya kita menggunakan contact lens yg bertahan hanya sebulan. Kita perlukan cecair khas (solution) utk mencuci dan menyimpannya. Solution pun bukannya murah. Memang kosnya lebih tinggi berbanding spek tetapi ianya sangat berbaloi. Kelebihan memakai contact lens ialah, penglihatan kita seperti normal, tiada blind spot seperti ketika memakai spek. Maka, power kita susah nak naik. Contact lens juga lebih sesuai utk orang yg aktif seperti bersukan dan sebagainya. Tiada halangan nak bersukan berbanding dengan memakai spek yg menghadkan aktiviti kita. Kita bebas seperti manusia lain yg mempunyai penglihatan yg normal.

Itu kisah 10 tahun dulu. Ketika awal2 dan terkial-kial nak memakai contact lens. Alah bisa, tegal biasa. 10 tahun dah berlalu, aku sekarang ni expert dengan penggunaan contact lens. Tanpa melihat cermin, dengan mudah aku boleh memakai dan menanggalkan contact lens. Zaman pun turut berubah, kalau dulu tak banyak contact lens yg berwarna, sekarang ni berlambak contact lens yg berwarna. Siap ada macam2 design. Sesuai utk orang yg suka bergaya dan menjaga penampilan diri. Kita hanya perlu pandai pilih jenama dan harga yg sesuai dengan kehendak kita. Harga contact lens pun dah murah sekarang ni. Begitu jugak solution, dah banyak pilihan yg ada. Waktu aku mula2 pakai contact lens dulu, aku diperkenalkan dengan contact lens jenama Bausch & Lomb dan solution RENU Bausch & Lomb. Sehingga ke arini, aku masih setia menggunakan jenama yg sama utk solution manakala contact lens juga dari Bausch &Lomb iaitu SoftLens. Aku dah cuba macam2 jenama, tetapi aku selesa dan sukakan kualiti pada Bausch & Lomb. Jenama lain yg aku penah cuba selalunya tidak berapa selesa bila dipakai, kering dan mudah terkoyak bila dicuci dengan kasar. That's why I will always stick to SofLens.

Jadi, kepada sesiapa yg berminat utk memakai contact lens, silakan. Tapi pastikan anda menjaga kebersihan ketika mengendalikan contact lens dan mengamalkan penjagaan dan penyimpanan yg betul dan bersih. Jika anda seorang yg malas, tak perlu risau, guna saja daily contact lenses. Dah pakai, terus buang. Esoknya guna yg baru. Tak perlu nak cuci dan simpan. Ok? Senang kan? Tapi jgn plak tinggalkan trus cermin mata anda. Cermin mata masih perlu ada kerana contact lens tidak elok dipakai terlalu lama. Berilah peluang kepada mata kita utk bernafas. So, elakkan memakai contact lens melebihi 8 jam sehari. Insyaallah jika semua ini diberi perhatian, kita tak perlu risau mata kita mendapat jangkitan ataupun menjadi buta. Kalau ada duit lebih lagi, buat rawatan laser je mata tu. Terus jadi nomal semula.

Tuesday, February 22, 2011

jelousy

Suamiku di Taiwan. 
Selepas ni akan ke China. 
Mungkin lepas ni belayar ke US plak. 
Wahhh!!! Alangkah bestnyer kalau dapat ikut skali naik kapal...


Ini gaya orang yang naik kapal bulan lepas. Tapi sebelum naik kapal laut, kena naik kapal terbang dulu. Hehe.


Saturday, February 19, 2011

cisss! diorg kata aku dah lama tak bayar bil air!

Hubungan yang sangat mesra dengan rakan2 sekerja membuatkan kami sering bergurau senda yang kadang-kala dianggap melampau dan tak patut oleh orang lain. Kebanyakannnya gurauan yang berbaur lucah. Memandangkan kami memang dah biasa begitu setiap hari, jadi semuanya menjadi bahan ketawa setiap hari tanpa ada sedikit pun rasa kecik hati.

Sebagai contohnya hari ni, aku yang menjadi mangsa. Sebenarnya dah jadi mangsa sejak aku lepas kawin ni. Ada je benda yang nak dikaitkan dengan aku. Mentang-mentanglah suami aku takda dengan aku dan kami berjauhan untuk jangka masa yang lama, arini diorang kata aku ni dah lama tak bayar 'bil air'. "Ha (nama panggilan aku)  ni dah lama tak bayar bil air. Berbulan-bulan!". Hampeh giler... Huhuhu. Tahun lepas ayat tu kena kat orang lain, aku gelak sakan tahun lepas. Tahun ni kena kat aku plak. Giler btul..! Hahaha... Dah la orang yang mengeluarkan ayat tu ialah lelaki. Ni yang nak pegi mengadu cepat2 kat suami aku ni. Abang!!! Diorang kata saya dah lama tak bayar bil air! Ada ke patut?!!! Aku dah tau dah jawapan suami aku nanti, confirm dia kata camni, "Ala, biasa la tu gurau2..".


p/s: sape2 yang tak paham tu, korang carik sendiri la makna 'bil air' tu yer.. hehe.

Monday, February 14, 2011

angan-anganku

Harap2 ia akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. Kesan daripada perbualan tepon @ gayut sebelum subuh pagi tadi dengan encik suami yang bercerita tentang kawan2 di atas kapal yang ramai membawa isteri masing2, dalam fikiran aku ni dah mula terbayang dan berangan-angan. Hahahaha... Nak tau apa angan-angan aku? Boleh dikatakan impian la jugak ni.. Selepas aku tukar balik ke semenanjung, aku nak amik cuti tanpa gaji selama setahun. Setahun? Ya! Nak buat apa cuti pastu takde duit? Aku nak ikut suami aku naik kapal... Hahahahaha.. Biar suami aku yang bayar gaji aku plak. Hehe.

Perkara ni dah lama disebut-sebut sejak sebelum kami berkahwin pun lagi. Jadi, tibalah masa untuk membuat tuntutan. Hehe. Tak kisahlah suami aku naik kapal tangki pun, bukan kapal persiaran, asalkan makan free dan dapat merasa naik kapal dia kerja. Hahahaa. Tapi suami aku tu selalu sebut yang dia takut aku bosan. Tapi aku tak kira, bosan pun bosanlah, asalkan dapat merasa. Bila lagi kan? Esok2 dia dah taknak belayar dah, melepas la aku nak naik kapal! Tapi kapal persiaran pun nak naik gak. Bila ada duit lebih nanti, nak jugak aku bersiar-siar dengan cara yang lain daripada yang lain ni. Naik kapal terbang dah naik muak dah, nak naik kapal laut plak @ Star Cruise. Walaupun perjalanan dari Singapore ke Langkawi pun takpe, asalkan dapat. Alangkah bestnyer...

Angan2 bermula...  


Jauh sangat angan2 aku ni. Padahal setakat ni nak naik kapal tangki je.. Hihihi..

Friday, February 11, 2011

2 bulan sudah berlalu

Macam tak percaya je arini dah genap 2 bulan aku kawin. Tak terasa macam dah kawin pun, sebab masih hidup single. Pegi jalan kat mane2 pun, orang still ingat aku ni blom kawin. Ramai plak orang kat kedai panggil aku ni 'dik' bukannyer 'kak'. Maklumlah aku ni suka shopping sorang2. Hahaha.. Diorang tak tau yang sebenarnya tahun ni umur aku nak masuk 28 tahun dah pun.. Hehe.

Awal tahun ni bila balik ke sekolah, dapat title 'Puan Hazilah' la pulak bila dalam meeting.. Cis! Rasa janggal betul dengan panggilan tu. First time diorang panggil Puan tu memang aku terkejut dan buat muka pelik, pastu barulah sedar diri. Mungkin bunyinya tak berapa best. Dah terbiasa dengan panggilan Cik Hazilah dan ia nampak muda. Tapi nak buat macam mana, kenalah terima hakikat yang masa sudah berlalu.

Tutup bab kawin, tengah menunggu bila la cik abang aku ni nak sambung sms. Tak sampai2 ke Selat Melaka lgi agaknya. Hmmm...

Dah lebih sebulan mulanya sesi persekolahan. Tahun ni aku dapat 3 kelas Sains iaitu Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5. Yang lain2 tu subjek sampingan untuk mencukupkan waktu. Aku suka ajar subjek Sains, tak kisahlah orang bagi banyak kelas pun sebab aku suka bercakap pasal benda yang kukuh berdasarkan fakta. Aku tak suka ajar subjek yang aku perlu bercerita dan berceloteh panjang dalam kelas dan perlukan huraian contohnya macam Pendidkan Moral dan Pendidikan Sivik. Tapi aku suka ajar PJK dan Pendidikan Seni Visual sebab subjek tu santai dan budak2 suka. Walaubagaimanapun, sebagai guru sekolah rendah, semua subjek kita perlu tahu dan bersedia untuk mengajar.

Sebelum cuti aku ada tunjuk gambar2 kawin aku kepada kelas Tahun 6 ketika aku sit in kat kelas tu. Kelas si Aimmie la kalau sape2 ada tengok gambar diorang kat Facebook aku. Tahun lepas aku banyak ajar kelas diorang semasa diorang di Tahun 5, tapi tahun ni, takde satu subjek pun aku ajar Tahun 6. Sebab  tu la diorang selalu merayu-rayu aku masuk kelas diorang, takpun lepak2 dengan diorang bila di perpustakaan. Diorang ni dah macam adik2 aku dah. Tahun ni diorang panggil aku 'Cikgu Bajik'. Bajik dalam Jaku Iban bermaksud cantik. Tiap2 hari kalau terserempak kat mana2 mesti diorang duk menyakat aku, "Cikgu ni semakin hari semakin cantik". Hahaha... Tengoklah perangai budak2, pandai diorang amik hati kita supaya kita ajar dia.

Tu blom lagi murid2 Tahun 1. Kadang2 aku suka tengok telatah diorang dan dengar perbualan sesama diorang sewaktu aku mengajar Pendidikan Seni Visual. Cute sangat! Walaupun diorang bercakap Bahasa Iban, aku tetap paham.. Pernah suatu hari tu, sedang diorang mewarna lukisan, aku terdengar perbualan diorang bermaksud. "Aku suka cikgu ni sebab cikgu ni pakai gincu". Hahahaha.. Kelakar sungguh. Memang memandang luaran btul budak2 zaman sekarang. Cuba tengok ni gambar curi daripada Cikgu Jennifer.

Cute tak? Hehe. Aku suka tengok budak perempuan paling kiri tu, namanya Peggy.

Cute memanglah cute tapi suka menjerit-jerit tak tentu pasal bila dalam kelas. Bila dah jadi camtu, terus tak cute. Sampaikan nak suruh dia senyap kena cakap dengan dia yang suara dia tak sedap, terus dia tutup mulut. Hahaha. Tahun 1 jugak sekrang ni mencatat rekod paling banyak menghadap Guru Besar sebab terlalu nakal sewaktu cikgu mengajar. Ada yang suka bergaduh sesama sendiri, ada yanh kuat mengejek kawan, ada jugak yang tak mau ikut cakap cikgu. Bila dah mengadap Guru Besar dan di 'reverse psycology' oleh Guru Besar, menangis melalak la diorang. Baru diorang tahu! Akibar bergaduh, GB beri sorang batang penyapu dan sorang lagi pisau potong daging. Pastu GB ajak diorang lawan btul2 dalam pagar Pra Sekolah. Terus melalak budak2 tu taknak bergaduh lagi. Kes satu lagi plak banyak bermain dalam kelas, tak nak ikut belajar. Sampai kat GB, GB trus bagi sehelai borang konon2 tu permohonan berhenti sekolah. Senang citer, sebab tak nak belajar,  terus je suruh berhenti sekolah. Apa lagi, tersedu-sedan budak tu cakap tak nak berhenti sekolah. Hehe.

Macam2 kan? Itulah kisah suka duka awal tahun.

Monday, February 07, 2011

bakal adik ipar

4 Februari yang lalu, keluarga kami buat kenduri lagi. Kali ni adalah majlis pertunangan adik aku si Syaza dengan Nazeer. Seronok bila kenduri ni, sedara-mara aku yang ramai2 tu semuanya berkumpul dan sangat meriah. Tak sampai pun 2 bulan lepas kenduri kawin aku, ni dah kenduri bertunang plak. Rezeki family aku nak dpt orang baru lagi la ni... Insyaallah aku bakal dapat adik ipar bulan September nanti. Wahhh.. Kenduri lagi!!!! Penat tu memang akan penatla lagipun waktu tu tengah raya puasa. Tapi nak buat macam mana, jodoh masing2 dah sampai.

Inilah dia Nazeer, bakal adik ipar aku.

Pagi tadi dapat sms dari husband tercinta di atas kapal. Dia berada berdekatan India katanya, dalam perjalanan ke China. So, lagi 5 hari sampailah dia ke Selat Melaka. Semoga kami dapat bergayut sekejap nanti. Hehe. Dia tanya aku cerita sensasi sekarang ni, aku bgtaulah yg Syaza nak kawin bulan 9 ni. Terkejut jugaklah dia, katanya lagi, cepat betul adik aku tu dah nak kawin. Hehe. Dipendekkan cerita setelah beberapa sms, dia rasa macam nak balik untuk majlis tu nanti. Nak rasa beraya kat kampung katanya dan jugak nak merasai kemeriahan majlis kawin dalam family kami yang sangat meriah ni.. Harap2 dapatlah dia balik dalam puasa nanti. Kalau husband aku ada, lagi la meriah, aku pun suka. Hehehe.

Wednesday, February 02, 2011

amanah bulan ni dah ditunaikan..

Ketika orang lain tengah kecoh banjir yang melanda 4 buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan yang paling teruk Johor, aku pulang ke Puchong menjenguk rumah kat Bandar Bukit Puchong 2. Pesan suami 2 minggu sebelum aku bercuti, "Balik cuti nanti pegi tengok rumah dengan peti sejuk skali." Tengok tu, peti sejuk besar gedabak yang lebih penting daripada isteri dia sendiri. Hihihi.

Bila balik ke sana, aku ni ada misi lain la pulak. Mana boleh tinggal bab2 shopping ni. Sambil menyelam, minum air la katakan.. Dari tengah hari sampai ke malam melayan nafsu shopping, balik rumah tengok tv kejap pastu terus tido. Esoknya barulah misi kat rumah bermula. Selepas breakfast, aku mula la vacum seluruh rumah atas bawah termasuk bilik2. Selepas vacum, mop lantai plak. Kemudian lipat baju2 suami yang ditinggalkan dalam bakul dan susun dalam almari. Dah abis lipat, kutip plak semua baju2 kotor untuk dibawa balik untuk dibasuh kat umah mak.

Hah? Bawak balik baju kotor? Well, kami memang blom beli mesin basuh. Sebabnya, kami nak beli mesin yang betul2 bagus tahun ni. Taknak main tangkap muat je, nak yang puas hati macam peti sejuk kami jugak. So, sanggup susah sekejap. Sebelum2 ni aku ada la basuh tangan skit2, kadang2 cik abang ajak pegi basuh kat umah mak dia je, takpun bila kitorg balik umah mak aku, memang aku angkut berbakul-bakul baju kotor yang telah terkumpul. Hehe. Bukan malas nak basuh, tapi cik abang yang kata takyah basuh, kumpul je bawak balik sebab memang dah nak balik kampung. Memang sangat2 memahami suami aku tu. Hihi.

Alhamdulillah, tugas bulan ni dah selesai. Bulan depan pun masih ada tugas yang sama. Aku akan pastikan tiap2 bulan aku jaga amanah tu. Maknanya tiap2 bulan la aku terbang balik dari Sarawak.. Takde masalah, aku kan memang suka balik.. Lelap mata je beli tiket kapal terbang.. Huhuhu.

Saturday, January 29, 2011

leceh btul la...

Susah bila tinggal kat banyak tempat ni. Juasseh, Puchong dan Sibu. 3 tempat. Leceh!!! Tadi nak kuar, handbag yang nak dipakai takde kat sini, tapi di Puchong. Baju dan sandal pun sama. Terpaksa pakai apa yang ada. Tapi bila tinggal kat Puchong, barang yang kita nak guna plak ada kat kampung. Macam tu jugak bila balik ke Sibu, ada je yang lupa nak bawak skali. Bila nak pakai je, baru perasan yang barang tu tertinggal kat kampung ataupun umah kat Puchong. Kalau macam ni la gayanya, lepas ni kena beli 3 set la barang2. Baju, tudung, kasut/sandal, jeans, handbag dan sebagainya. 1 letak kat kampung, 1 letak kat umah Puchong dan 1 lagi bawak ke Sibu. Baru puas hati kot.. Hahahaha.. Kopaklah duit aku!!!

Friday, January 28, 2011

rumah yang selesa itu penting

Kenapa aku tiba-tiba nak bercerita mengenai rumah plak arini? Memandangkan mood nak balik kampung sekarang ni, aku terpikir apa yang membuatkan aku sering terpanggil untuk balik ke kampung walaupun kadang2 aku dah tinggal kat tempat yang seronok dan bebas daripada dikongkong oleh sape2? Yup, betul. Aku suka balik rumah mak aku di Juasseh. Kat mana2 pun aku penah tinggal, sama ada di Melaka, JB, Seremban, Sibu Sarawak ataupun yang paling terbaru, Puchong, Juasseh tetap memanggil-manggil aku untuk balik. Padahal boleh je aku enjoy sakan kat mana2, pergi bercuti ke, bukan ke lebih seronok? Tapi bukan camtu, rumah tu macam ada feel yang sangat menenangkan aku.

Bagi aku, rumah mak aku tu adalah tempat yang paling selesa. Selesa kat sini bukan bermaksud rumah tu besar dan serba lengkap tapi suasana kat rumah tu yang penting. Aku percaya, keruntuhan moral anak2 zaman sekarang semuanya bermula di rumah. Suasana di rumah dan keadaan kat rumah yang tak selesa biasanya akan membuatkan anak2 lebih suka menghabiskan masa di luar bersama kawan2. Bila terlalu banyak masa dihabiskan bersama kawan2 tanpa kawalan, mulalah anak2 lakukan perkara yang  di luar dugaan mak bapak.

Macam mana rumah yang selesa? Bagi aku, apa yang mak aku wujudkan kat rumah tu memang terbaik. Keadaan ruang yang selesa, masing2 ada ruang privasi sendiri dan ruang berkumpul untuk lepak sama2. Bilik kami tu bebas kami nak buat dan hias macam mane pun. Mak aku tak kisah.. Sebab tu dulu aku gantung je poster Cristiano Ronaldo besar gedabak kat bilik. Hehe. Majalah2 takyah cakaplah banyaknyer, termasuk kaset2 dan CD. Bilik aku, aku punye suka la nak letak apa. Bilik adik2 aku lantak diorang ler.. Tapi selalu jugak pegi lepak2 kat bilik diorang.

Selain tu, bilangan meja dan kerusi makan mesti cukup dengan bilangan ahli keluarga supaya kita dapat makan bersama-sama, tidak terasing. Waktu makan tu masa berkualiti untuk berbual dengan ahli keluarga, jadi amalkan makan sama-sama. Kami adik-beradik bila makan sama-sama memang kecoh jadinyer. Dulu2 arwah abah memang beli meja makan bulat dan kerusi yang cukup untuk kami semua. Even kami ada tempat tetap bila duduk makan sama-sama. Waktu makan tu la macam2 perangai boleh kita nampak.

Hiburan kat rumah pun penting, mak bapak kalau nak elakkan anak2 melepak kat luar, wujudkan apa saja hiburan di luar rumah tu di rumah anda, yang bersesuaian ler... Rumah aku takde karaoke pun, takde home theater dan takde jugak Astro tapi yang sangat penting dalam famili kami adalah liputan internet wireless yang laju. Ada internet, benda lain dah tak perlu bagi kami adik-beradik. Jimat bil. Dan jugak PS3 bagi adik2 aku yang lain, cuma aku sorang je buta PS3 dalam rumah tu. Huhu. Bagus jugak PS3 ni aku tengok bila main berdua, merapatkan hubungan antara ahli keluarga.

Perkara lain yang paling bagi aku ialah mak bapak itu sendiri, berusahalah untuk wujudkan suasana ceria dan hubungan yang selesa antara anak2. Janganlah mengongkong anak sehingga melampau sangat sampaikan anak2 rasa tak selesa tinggal di rumah. Anak2 nak bergembira dengan kawan2 sekejap itu boleh, pesan kat diorang jaga diri baik2 je cukuplah, tak perlu nak call/sms banyak kali panggil balik ataupun membebel jika anak2 tu dah cukup dewasa. Mak tak halang kami keluar jumpa kawan2 even balik lewat2 pun, tapi mestilah dia kenal dengan kawan kita tu. Bila anak2 dah ada di rumah, mak bapak jangan membebel secara berlebihan sehinggakan anak2 sakit telinga. Jangan terlalu bersoal jawab dengan anak2 secara kasar dan marah2. Komunikasi secara berhemah la skit kalau nak tegur anak2 pun...

Sentiasalah bergurau senda bila bersama ahli keluarga, bila gembira, hati semua pun senang. Mak aku bukan jenis suka membebel tapi bila tegur tu memang tegas la, maklumlah cikgu.. Tapi sejak masing2 dah dewasa ni, mak lebih macam kawan kami sebenarnya, takda marah2 dah... Selesa sangat nak borak apa2 pun. Aku suka borak2 dengan mak aku, lebih2 lagi hal2 sekolah sebab kami bekerja dalam bidang yang sama, dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Kadang2 balik rumah memang borak dgn mak je kat dapur, terlalu banyak benda nak cerita dengan mak.

Apa yang aku cerita kat sini bukan saja terpakai kat rumah mak aku je, tapi jugak di rumah Uwan (nenek) aku. Aku pun selesa dengan suasana kat rumah Uwan termasuklah dengan Uwan aku sendiri. Banyak kasih sayang kat situ yang membuatkan anak2 dan cucu2 suka balik kampung walaupun cuti cuma 2 hari. Aku tengok sekarang ni, husband aku pun sangat selesa dengan Uwan aku. Bila balik kampung je, dia selalu belikan Uwan aku breakfast dan hantar sendiri ke rumah Uwan, kemudian borak2 dengan Uwan, aku tak ikut pun.. Syukurlah, lepas ni bolehlah kami balik ke Juasseh je lepas ni.. Hehe.

Sunday, January 23, 2011

bila rindu

Tiba2 terasa sangat rindu. Terus bukak gambar2 dan video sewaktu nikah kawin aritu. Tengok semula satu persatu. Huhuhu..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...