Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
pregnancy

Wednesday, February 02, 2011

amanah bulan ni dah ditunaikan..

Ketika orang lain tengah kecoh banjir yang melanda 4 buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan yang paling teruk Johor, aku pulang ke Puchong menjenguk rumah kat Bandar Bukit Puchong 2. Pesan suami 2 minggu sebelum aku bercuti, "Balik cuti nanti pegi tengok rumah dengan peti sejuk skali." Tengok tu, peti sejuk besar gedabak yang lebih penting daripada isteri dia sendiri. Hihihi.

Bila balik ke sana, aku ni ada misi lain la pulak. Mana boleh tinggal bab2 shopping ni. Sambil menyelam, minum air la katakan.. Dari tengah hari sampai ke malam melayan nafsu shopping, balik rumah tengok tv kejap pastu terus tido. Esoknya barulah misi kat rumah bermula. Selepas breakfast, aku mula la vacum seluruh rumah atas bawah termasuk bilik2. Selepas vacum, mop lantai plak. Kemudian lipat baju2 suami yang ditinggalkan dalam bakul dan susun dalam almari. Dah abis lipat, kutip plak semua baju2 kotor untuk dibawa balik untuk dibasuh kat umah mak.

Hah? Bawak balik baju kotor? Well, kami memang blom beli mesin basuh. Sebabnya, kami nak beli mesin yang betul2 bagus tahun ni. Taknak main tangkap muat je, nak yang puas hati macam peti sejuk kami jugak. So, sanggup susah sekejap. Sebelum2 ni aku ada la basuh tangan skit2, kadang2 cik abang ajak pegi basuh kat umah mak dia je, takpun bila kitorg balik umah mak aku, memang aku angkut berbakul-bakul baju kotor yang telah terkumpul. Hehe. Bukan malas nak basuh, tapi cik abang yang kata takyah basuh, kumpul je bawak balik sebab memang dah nak balik kampung. Memang sangat2 memahami suami aku tu. Hihi.

Alhamdulillah, tugas bulan ni dah selesai. Bulan depan pun masih ada tugas yang sama. Aku akan pastikan tiap2 bulan aku jaga amanah tu. Maknanya tiap2 bulan la aku terbang balik dari Sarawak.. Takde masalah, aku kan memang suka balik.. Lelap mata je beli tiket kapal terbang.. Huhuhu.

Saturday, January 29, 2011

leceh btul la...

Susah bila tinggal kat banyak tempat ni. Juasseh, Puchong dan Sibu. 3 tempat. Leceh!!! Tadi nak kuar, handbag yang nak dipakai takde kat sini, tapi di Puchong. Baju dan sandal pun sama. Terpaksa pakai apa yang ada. Tapi bila tinggal kat Puchong, barang yang kita nak guna plak ada kat kampung. Macam tu jugak bila balik ke Sibu, ada je yang lupa nak bawak skali. Bila nak pakai je, baru perasan yang barang tu tertinggal kat kampung ataupun umah kat Puchong. Kalau macam ni la gayanya, lepas ni kena beli 3 set la barang2. Baju, tudung, kasut/sandal, jeans, handbag dan sebagainya. 1 letak kat kampung, 1 letak kat umah Puchong dan 1 lagi bawak ke Sibu. Baru puas hati kot.. Hahahaha.. Kopaklah duit aku!!!

Friday, January 28, 2011

rumah yang selesa itu penting

Kenapa aku tiba-tiba nak bercerita mengenai rumah plak arini? Memandangkan mood nak balik kampung sekarang ni, aku terpikir apa yang membuatkan aku sering terpanggil untuk balik ke kampung walaupun kadang2 aku dah tinggal kat tempat yang seronok dan bebas daripada dikongkong oleh sape2? Yup, betul. Aku suka balik rumah mak aku di Juasseh. Kat mana2 pun aku penah tinggal, sama ada di Melaka, JB, Seremban, Sibu Sarawak ataupun yang paling terbaru, Puchong, Juasseh tetap memanggil-manggil aku untuk balik. Padahal boleh je aku enjoy sakan kat mana2, pergi bercuti ke, bukan ke lebih seronok? Tapi bukan camtu, rumah tu macam ada feel yang sangat menenangkan aku.

Bagi aku, rumah mak aku tu adalah tempat yang paling selesa. Selesa kat sini bukan bermaksud rumah tu besar dan serba lengkap tapi suasana kat rumah tu yang penting. Aku percaya, keruntuhan moral anak2 zaman sekarang semuanya bermula di rumah. Suasana di rumah dan keadaan kat rumah yang tak selesa biasanya akan membuatkan anak2 lebih suka menghabiskan masa di luar bersama kawan2. Bila terlalu banyak masa dihabiskan bersama kawan2 tanpa kawalan, mulalah anak2 lakukan perkara yang  di luar dugaan mak bapak.

Macam mana rumah yang selesa? Bagi aku, apa yang mak aku wujudkan kat rumah tu memang terbaik. Keadaan ruang yang selesa, masing2 ada ruang privasi sendiri dan ruang berkumpul untuk lepak sama2. Bilik kami tu bebas kami nak buat dan hias macam mane pun. Mak aku tak kisah.. Sebab tu dulu aku gantung je poster Cristiano Ronaldo besar gedabak kat bilik. Hehe. Majalah2 takyah cakaplah banyaknyer, termasuk kaset2 dan CD. Bilik aku, aku punye suka la nak letak apa. Bilik adik2 aku lantak diorang ler.. Tapi selalu jugak pegi lepak2 kat bilik diorang.

Selain tu, bilangan meja dan kerusi makan mesti cukup dengan bilangan ahli keluarga supaya kita dapat makan bersama-sama, tidak terasing. Waktu makan tu masa berkualiti untuk berbual dengan ahli keluarga, jadi amalkan makan sama-sama. Kami adik-beradik bila makan sama-sama memang kecoh jadinyer. Dulu2 arwah abah memang beli meja makan bulat dan kerusi yang cukup untuk kami semua. Even kami ada tempat tetap bila duduk makan sama-sama. Waktu makan tu la macam2 perangai boleh kita nampak.

Hiburan kat rumah pun penting, mak bapak kalau nak elakkan anak2 melepak kat luar, wujudkan apa saja hiburan di luar rumah tu di rumah anda, yang bersesuaian ler... Rumah aku takde karaoke pun, takde home theater dan takde jugak Astro tapi yang sangat penting dalam famili kami adalah liputan internet wireless yang laju. Ada internet, benda lain dah tak perlu bagi kami adik-beradik. Jimat bil. Dan jugak PS3 bagi adik2 aku yang lain, cuma aku sorang je buta PS3 dalam rumah tu. Huhu. Bagus jugak PS3 ni aku tengok bila main berdua, merapatkan hubungan antara ahli keluarga.

Perkara lain yang paling bagi aku ialah mak bapak itu sendiri, berusahalah untuk wujudkan suasana ceria dan hubungan yang selesa antara anak2. Janganlah mengongkong anak sehingga melampau sangat sampaikan anak2 rasa tak selesa tinggal di rumah. Anak2 nak bergembira dengan kawan2 sekejap itu boleh, pesan kat diorang jaga diri baik2 je cukuplah, tak perlu nak call/sms banyak kali panggil balik ataupun membebel jika anak2 tu dah cukup dewasa. Mak tak halang kami keluar jumpa kawan2 even balik lewat2 pun, tapi mestilah dia kenal dengan kawan kita tu. Bila anak2 dah ada di rumah, mak bapak jangan membebel secara berlebihan sehinggakan anak2 sakit telinga. Jangan terlalu bersoal jawab dengan anak2 secara kasar dan marah2. Komunikasi secara berhemah la skit kalau nak tegur anak2 pun...

Sentiasalah bergurau senda bila bersama ahli keluarga, bila gembira, hati semua pun senang. Mak aku bukan jenis suka membebel tapi bila tegur tu memang tegas la, maklumlah cikgu.. Tapi sejak masing2 dah dewasa ni, mak lebih macam kawan kami sebenarnya, takda marah2 dah... Selesa sangat nak borak apa2 pun. Aku suka borak2 dengan mak aku, lebih2 lagi hal2 sekolah sebab kami bekerja dalam bidang yang sama, dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Kadang2 balik rumah memang borak dgn mak je kat dapur, terlalu banyak benda nak cerita dengan mak.

Apa yang aku cerita kat sini bukan saja terpakai kat rumah mak aku je, tapi jugak di rumah Uwan (nenek) aku. Aku pun selesa dengan suasana kat rumah Uwan termasuklah dengan Uwan aku sendiri. Banyak kasih sayang kat situ yang membuatkan anak2 dan cucu2 suka balik kampung walaupun cuti cuma 2 hari. Aku tengok sekarang ni, husband aku pun sangat selesa dengan Uwan aku. Bila balik kampung je, dia selalu belikan Uwan aku breakfast dan hantar sendiri ke rumah Uwan, kemudian borak2 dengan Uwan, aku tak ikut pun.. Syukurlah, lepas ni bolehlah kami balik ke Juasseh je lepas ni.. Hehe.

Sunday, January 23, 2011

bila rindu

Tiba2 terasa sangat rindu. Terus bukak gambar2 dan video sewaktu nikah kawin aritu. Tengok semula satu persatu. Huhuhu..



Saturday, January 22, 2011

pasal kereta lagi

Ada cikgu kat sekolah tengah bersedih sebab teringatkan kereta lama dia, kancil yang telah dijual untuk membeli Alza. Sape tak sedih, kereta yang telah lama berjasa, si suami tetap nak jual jugak, so sekarang dia nak beli semula kereta dia tu. Macam2...

Kat sekolah aku tahun lepas, 5 orang tukar kereta baru. Sorang tukar dari kancil ke Exora, sorang dari Kenari ke Persona, sorang dari Hyundai Matrix ke Toyota Hilux dan aku berdua dengan cikgu kat atas tadi beli Alza. Teringat plak macam mana aku pegi kedai Perodua masa nak beli NCJ 7909 aku tu. Hehe.Ni yang nak tulis ni. Nanti mugkin dah hilang ingatan, so kat sinilah ibarat diari aku.

Ianya bermula pada cuti sekolah bulan 3 di mana aku buat keputusan nak beli kereta, sebab bila difikirkan, tahun 2010 memang sangat sibuk dan memerlukan sebuah kereta untuk segala urusan. Tak larat dah nak pakai kancil mak tu lagipun adik nak guna pegi sekolah. So, setelah fikir dan berbincang baik buruk dengan tunang (dah jadi suami pun..), pada suatu pagi aku cakap dengan mak aku. "Mak, akak nak beli kereta. Jom kita pegi Perodua." Mestila kena angkut mak aku skali sebab dia berpengalaman dalam hal ni. Adik aku si Saza pun ikut tapi menghasut aku pegi Honda angkut Honda City. Huhu. Tapi aku tak layan, dalam fikiran memang dah ada aim.

Masuk je Perodua, aku cakap aku nak survey kereta. Maka datanglah sorang mamat bernama Fazly melayan aku. Citer itu ini pasal Alza, pasal payment dan dokumen yang perlu ada, then aku pun cakap, "Oklah, tengoklah esok ke saya datang lagi. Nak balik pikir dan bincang dengan tunang dulu." Nasib baik tunang aku dapat dihubungi time tu. Balik umah je terus bincang dengan dia nak warna ape. Kalau ikutkan aku ni, memang berkenan kat hitam je. Tak abis2 dengan hitam. Senang nampak kotor cik abang aku cakap. Haha. Tapi bila dah bincang2, warna putih la baru sporty skit, lagipun memang nak amik Advance Version.

Esoknya pegi semula ke Perodua bawak salinan slip gaji dan duit down payment. Datang2 je terus cakap, "Saya nak jumpe dengan Encik Fazly. Saya jadi nak beli Alza." Cepat je si Fazly uruskan isi borang2 tu sume. Aku cakap Alza Advance Version warna putih then bayar duit tempahan. Dia kata cuti sekolah bulan 6 tu memang dapat kereta. Simple and easy. Tak sampai seminggu loan dah lulus and Fazly call aku untuk pilih nombor plat. Aku punye la buat senarai 5 nombor bagi kat mak sebab aku dah balik Sarawak. Nombor2 cantik top 5 yang aku nak sume orang dah book. So terpaksa la amik nombor yang lain. Akhirnya, aku pilih 7909 dengan bayaran bape ratus pun aku tak ingat dah, sumenyer mak yang tolong uruskan.

Bila balik cuti bulan 6 tu, seminggu cuti takde gak khabar berita pasal kereta. Last2 minggu terakhir tu aku call si Fazly bgtau yang aku dah nak abis cuti dah, so bila kereta nak sampai? Esoknya dia bgtau kereta dalam perjalanan. Sehari lepas tu dia call aku untuk datang amik kereta. Dapat lenjan kereta dalam 6 hari, pastu kena balik ke Sarawak. Kereta ditinggalkan kat mak, dan dah ajar mak pasal selok belok Alza. Kami sume dah biasa drive auto, so takde masalah la cuma Alza ni guna pedal break je.. Takde hand break. Dan pesan jugak kat mak supaya ajar cik abang aku skit bila dia balik nak amik kereta nanti sebab dia tak penah bawak auto. Penah la aku ajar dia bawak kancil mak aku tu, itu pun dia tak biasa lagi. Kaki kanan dia tekan minyak, kaki kiri tekan break. Ada ke camtu? Hehe.

Bulan 7 bila cik abang balik, dia datang umah dengan member untuk amik kereta. Tinggal kereta dengan mak pun bukan ada sape2 guna, so bila cik abang dah balik, serah kat dia la untuk jaga memandangkan aku kat Sarawak ni. Mujur mak aku kata tak payah nak ajar sangat, cik abang aku try bawak slow2 la mula2 tu. Risau jugak aku ni sebab dia tak biasa. Tapi bila aku balik bulan puasa, cik abang datang amik kat airport. Naik2 je kereta, mak aiiii laju dia bawak. Dah terer rupanyer. Hehe.

Tapi aku ni cerewet skit. Bukan skit, tapi banyak. Hehe. Sebelum balik memang pesan cukup2 la supaya jaga kereta baik2. Bila dia drive, kalau dia tak neutralkan gear pun, aku mula la bising. Huhu. Parking kereta pun siap pesan jangan bagi berhujan dan berpanas. Cerewet bukan ape, sayang duit oooiii.. Banyak tu aku bayar setiap bulan. Blom lagi duit servis. Sekarang ni dua2 dah takde kat semenanjung, kereta terpaksa dihantar balik ke rumah mak. Serah kat mak dan adik suh jaga. Itupun aku cerewet gak. Hehe. Aku tak bagi adik aku guna bawak pegi sekolah kalau takde tempat parking berbumbung. Pastu siap pesan seminggu skali kena antar basuh dan vacum kat carwash. Sumenye claim bila aku balik kampung.

Nak buat camne.. Aku ni memang cerewet pasal hal2 tertentu... Huhu. Tapi seronok duduk sebelah, ada orang lain tolong drive. :p

Friday, January 21, 2011

cerita malam new year



Takde plan pun nak kuar di malam tahun baru, baru2 ni. Balik dari kampung pun dah petang, singgah umah Maksu kat Putrajaya lagi, pastu singgah plak umah kakak ipar. Dah maghrib baru sampai umah kat Bandar Bukit Puchong. Mandi, solat n makan jap ape yg ada kat umah, pastu trus kuar menghala ke KL. Encik Mail taknak kuar sebenarnya, tapi dah aku ni muka muncung semacam asik cakap bosan duk umah je, terpaksalah dia bawak jugak aku g jalan2. Dah tau jalan sure jam tak hengat tapi nak jugak masuk KL malam tu. Target ke KLCC. Kuar dari Smart Tunnel, amik kau jalan jam teruk tak gerak2! Sbb ada jalan yg ditutup untuk sambutan new year. So kitorg parking je la kat parking lot dekat2 dengan Ampang Park tu dgn bayaran RM10. So, berjalan kaki la kami berdua ke KLCC. Jauh jugak la, penat. Tapi sebab pegi dgn cik abang, teruas terubat kepenatan. Hehe. Ku redah jua walaupun sakit kaki.


Baru pukul 10.45 malam tapi sekitar KLCC dah full. Kat taman tu lagi la.. Dah takde ruang. Masing2 dah amik port nak tengok bunga api. Ramai yang datang dengan famili, bawak anak2. Yang bawak anak kecik naik stroller pun ada. Tak dapat aku bayangkan camne budak tu rasa dalam lautan manusia yg penuh sesak n panas. Mat salleh n Arab pun ramai jugak.


Sambil tunggu tengah malam, layan je la pertunjukan air ni. Takleh lawan la Songs of The Sea kat Sentosa Island, Singapore. Kat sana jauh lebih hebat tak terkata kekagumannya. Nak tengok, sila selak video dalam facebook aku.





Kalau nak tengok video bunga api new year tu, sila tengok kat facebook je la yer.. Malas nak upload kat sini la, file besar sangat. Huhu.

Lepas tengok bunga api, tunggu keadaan reda and lengang jap sebelum berjalan keluar dari Taman KLCC. Manusia terlalu ramai, pegang tangan laki aku kuat2 pun still rasa nak terlepas gak sebab berhimpit-himpit dgn orang. So, biarkan je orang lain balik dulu. Yang kami ni, meronda tengok2 apa yang boleh dibeli.

Encik Mail beli tanduk setan ni and ada satu lagi perhiasan lampu untuk letak kat umah. Berapa banyak perhiasan lampu kat umah daa...

Lepas tu kami pun mula berjalan kaki balik la.. Kereta parking jauh plak tu.. Huhuhu.. Ooopss.. Belum lagi.. Tak sah kalau tak cuci mata malam2 new year ni.. Wajiblah ke tempat2 yang happening untuk tengok gelagat2 manusia. Hobi kami la tu tengok orang.. So, berjalan kaki la kami dari KLCC ke Jalan Sultan Ismail, terus ke Jalan Bukit Bintang. Best bila jalan kaki ni, macam2 orang yang kami nampak dari dekat. Cerah bijik mata. Haha. Sesaje je jalan2 tengok orang gila pegi clubbing. Tengok sejauh mana warga KL ni rosak. Hard Rock Cafe, Zouk, Aloha n ntah ape2 lagi club sepanjang jalan tu. Banyak! Pengunjung pun ramai. Bau arak sepanjang jalan. Adeh, rosak2 orang zaman sekarang. Selama ni tengok dari dalam keta je, arini kami betul2 jalan sebelah club tu, just tak masuk je. Tapi sebab kat situ open, memang nampak la ape yang berlaku kat dalam. Tapi mujur la yg kami nampak tu takde yang Melayu. Mungkin tak nampak sgt muka melayu. Cina n mat salleh la yg ramai. Dah tempat pun jenis high class, bukan calang2 orang yang dapat masuk.

Itulah gelagat manusia di malam new year. Ada yang datang dengan family bawak anak2 bersiar-siar tengok bunga api tu memang bagus la. At least ia aktiviti sihat yang merapatkan hubungan kekeluargaan. Tapi bila aku tengok  gelagat budak2 umur belasan tahun belum abis sekolah berkepit dengan awek n pakwe masing2, tu yg sangat menyakitkan mata. Pandai2 la kita semua nak bezakan baik buruk, apa yang patut dan tak patut dibuat. Semua yang aku lihat tu patut dijadikan iktibar supaya ianya tidak berlaku pada ahli keluarga kita. Insyaallah..

Thursday, January 20, 2011

nazir oh nazir

Sekolah aku terpilih sebagai antara 14 calon Sekolah Berprestasi Tinggi untuk Sibu. Bagaimana aku terpilih? Berdasarkan kepututsan UPSR tahun lepas, sekolah aku melonjak ke kedudukan yang jauh lebih tinggi daripada tahun sebelum ni, jadi berdasarkan NKRA sekolah aku layak diberikan ganjaran yang setimpal sekiranya berjaya dipilih sebagai sekolah berprestasi tinggi.

Apa ganjarannya? Haaa... Ganjaran tu untuk guru-guru sahaja. Guru Besar RM 7500, 5 orang guru yang terlibat secara terus dengan UPSR RM 1500 setiap seorang manakala guru-guru lain akan menerima RM 900. Sebab tu la 2 hari ni aku kerja lebih masa, balik lewat petang dan tido pun lewat. Sebab kemaskini fail2 dan buku rekod persediaan mengajar. Semuanya dinilai oleh nazir yang datang ke sekolah pada hari Rabu. Mereka juga mencerap pengajaran 2 orang guru. Alhamdulillah, nazir yang datang semalam semuanya ok. Sangat2 berpuas hati dengan sekolah kami, terutamanya asrama. Mereka kata 80% sudah dalam genggaman kami. Semoga Allah makbulkan rezeki bagi kami. Amin...

Wednesday, January 19, 2011

excited nak balik kampung.

Macamlah ada husband yang menunggu kat umah tu kan? Hehe. Takde, husband aku dah selamat belayar 8hb yang lalu. Sekarang ni dia kat mana pun aku tak tau. Tapi Jumaat lepas di India dan Ahad di Pakistan. Sekarang ni hidup seperti orang tak kawin semula. Single.

Berbalik kepada balik kampung, memandangkan Cuti Tahun Baru Cina selama 9 hari, so aku memang confirm la akan balik, tiket memang dah siap beli awal2. Walaupun baru je balik masa husband aku nak belayar, aku tetap bersemangat. Bukan senang nak balik umah mak selalu. Waktu husband takde ni je la dapat balik sana. Bila husband ada, kena ikut dia balik umah sendiri dan jarang dapat balik Juasseh. Sejak kawin, tak sampai seminggu pun tinggal kat kampung. Banyak masa dihabiskan di Puchong.

Cuti ni adik aku plak nak bertunang. Makan kenduri lagi la kami nanti. Tak sabar plak rasanya nak jumpa lagi dengan sedara-mara. Seronok berkumpul ramai-ramai, bila bergelak ketawa tak hengat dunia tu yg paling best. Best jugak tak lama lagi nak ada adik ipar. At least husband aku taklah rasa janggal sangat bila balik umah mak. Sekarang ni kami semua pompuan2 je kat umah tu, kesian kat cik abang aku tu, takde geng. Adik aku yg laki sorang tu memang pemastautin la kat Penang sana. Jarang sangat balik umah kalau takde hal penting.

Cuti nanti pun kena plan nak jenguk sekejap umah kat Puchong. Husband dah amanahkan suruh kemas dan ada baju2 yang belum dilipat dan belum dibasuh disebabkan tergesa-gesa kena naik kapal. Aku yang tengok dia berkemas pun rasa letih sebab suntuk sangat masa yang ada. Mujur aku balik time tu, dapat jugak tolong hantar pegi airport. Kalau tidak, lagi la kalut. Masa dia nak berlepas tu memang la sedih sangat2, membayangkan yang kitorg akan berpisah lama, memang air mata rasa tak tertahan. Minggu sebelum tu pun camtu gak, bila dia hantar aku kat airport untuk balik ke Sibu. Tapi yang ni lagi teruk. Nak drive balik pun kena tunggu menenangkan diri, pastu trus shopping. Bila dah balik ke Sarawak ni, keadaan jadi ok semula. Perkara kecik je semua tu. Dah lebih 3 tahun macam ni, dah memang rutin dah. Yang penting, asalkan dia ada contact bila ada line.

Tahun 2011 masih baru bermula. Hidup sebagai orang baru pun baru je bermula. Sekarang perlu tingkatkan diri untuk jadi yang lebih baik dan melaksanakan amanah dan pesan suami tersayang. Insyaallah...

Sunday, January 16, 2011

hari bayar kereta

Tiba-tiba terpandang tarikh kat laptop yg esok adalah 17hb. Uwaaa! Nape 17hb pada setiap bulan menakutkan aku? Huhuhu.  Mane tak takut, sejak bulan Julai tahun lepas, 17hb adalah hari membayar hutang kereta. Bukan kena pegi bank utk bayar pun, Maybank buat auto debit je dari akaun aku. Tak nampak pun duit terbang tapi nampak la perubahan nombor kat statement online banking tu. Kalau kena pegi bayar, mau menggigil jugak kot dalam keadaan sesak camni. Nak buat macam mane, bila dah pakai kereta, terpaksa la bayar hutang tiap2 bulan.

Sebelum kawin memang kaya-raya, tak terasa duit kurang. Best je shopping. Sempat dengan baik hati pegi beli peti sejuk besar gedabak untuk umah. Hehe. Sebab sebelum ni blom pakai kereta, kumpul plak duit gaji setahun dan tak pegi melancong ke luar negara sepanjang tahun 2010. Bila dah abis majlis ni, duit kurang dengan mendadak. Lebih2 lagi dah beli kereta, kurang la menyimpan. Adeh.. Tapi alhamdulillah.. Sesak-sesak pun, banyak jugak aku bantu husband aku..

Tahun ni dah aim nak g oversea lagi.. Bosan la tahun lepas tak pegi mane2.

Friday, January 14, 2011

a new year, a new me!

It's been 6 months since my last blog update. I was quite busy before this, busy with my wedding preparation. Well now, it's such a relief when everything is over. Not my marriage, it's just getting started. I mean the wedding ceremony, it was the most tired and busy day in my life. But marriage, it is the happiest day of my life!

Syukur Alhamdulillah, now I am married! Married to the best man I've ever known in my life. A man with full of patience, especially a few month before our wedding. Hehe. He know what i mean. I love you so much, abang!

Eventhough we are far but deep down in our heart, we both know how much we love each other. Happy sailing to my beloved husband.

Thursday, July 08, 2010

Spongebob itu keju!

Pada suatu hari di dalam kelas Sains Tahun 3, cikgu masuk ke topic baru iaitu “Absorption”. Cikgu menerangkan makna perkataan absorption dalam Bahasa Melayu iaitu ‘penyerapan’. Sampai ke satu tahap, murid-murid diperkenalkan kepada istilah “absorbent” dan “non-absorbent”. Kemudian, sampai pula kepada perkataan “sponge”. Ikuti kisah benar ini..



Cikgu: What is sponge? (sejurus bertanya, berebut-rebut murid yang menjawab)

Murid-murid: Saya tau, cikgu. Span!

Cikgu: Very good… (cikgu pun menyambung pertanyaan). Kamu semua selalu tak tengok kartun Spongebob?

Murid-murid: Selalu ,cikgu. (seorang murid menambah lagi…) Yang kawan dia bintang tu kan cikgu?

Cikgu: Patrick tu bukan bintang la… Ok2.. Takpe.. Kamu tau tak Spongebob tu sebenarnya apa?

Dengan confidentnya seorang murid menjawab, “Spongebob tu keju!!!!”. Hahahahahhahaha… Kat situ jugak aku gelak. Murid-murid yang lain pun pelik.

Cikgu: Hey, Spongebob tu bukan keju tau…!!! Kenapa kamu kata dia keju?


Murid yang confident tadi menjawab, “Sebab saya tengok dia memang macam keju!”.




Kesimpulannya, aku berharap murid-murid dapatlah kaitkan perkataan “sponge” itu dalam “Spongebob” walaupun hakikat sebenarnya Spongebob itu bukanlah span yang macam di dapur kita tu.. Ia adalah sejenis hidupan di laut yang dipanggil 'sea sponge', walaupun dalam kartun tu dia menyerupai 'kitchen sponge'. Rupa-rupanya selama ni mereka semua menganggap bahawa SPONGEBOB ITU KEJU. Aku yakin ramai kanak-kanak di luar sana pun beranggapan begitu… Lawak2… Hahahahaha… At least aku dah memperbetulkan tanggapan mereka yang salah selama ini.. Hehe.

Sunday, July 04, 2010

takde orang yg mati sbb banyak baca buku!




Haha. Ini adalah stok novel yang baru dibeli baru-baru ni selepas balik bercuti selama 3 minggu. Bekalan untuk dibaca sepanjang 2 bulan lebih tak balik semenanjung. Bagus jugak jadi cikgu ni, bila takda kelas je, aku boleh baca buku. Sememangnya hidup aku penuh dengan buku-buku. Tak akan pernah habis. Syukur Alhamdulillah, Allah kurniakan aku minat membaca tak kira apa bahan sekali pun. Paling-paling kurang pun aku akan baca eksiklopedia kat pusat sumber sekolah kalau takda buku cerita yang best. Jika tak pun, paling kurang wajib beli majalah dan surat khabar (Berita Harian semestinya!).

Kalau dibuat kira-kira, memang beratus-ratus aku habiskan dalam sebulan untuk beli bahan bacaan. Aku tak kisah itu semua. Kepuasan yg paling penting dan jugak ilmu yg bermanfaat. Kadang-kadang aku bawak novel ni bila masuk ke kelas. Anak-anak murid ramai juga yg bertanya. "Buku apa yang kamu baca tu cikgu?". "Best ke cerita tu cikgu?". Tak kurang juga yg bertanya macam ni, "Wahh.. Mahalnya buku cikgu beli. Kenapa cikgu beli juga?". "Cikgu paham ke baca Bahasa Inggeris?". "Kenapa cikgu suka baca buku yang tebal-tebal?". Hehehe.. Tak terlayan dengan soalan budak-budak ni. Harapan aku cuma satu je, semoga ia menjadi contoh yang baik kepada anak-anak murid aku. Mesej paling penting ialah tabiat membaca. Aku penah cakap kat diorg, "TAKDE ORANG YANG MATI SEBAB BANYAK BACA BUKU!". Orang yg malas membaca tu la yg rugi besar. Aku penah baca blog seseorang, dia citer pasal seorang tua di Perancis yang hidup biasa2 je, tak penah pun kuar dari tempat dia. Tapi bila penulis blog tu citer pasal Malaysia, dia tau macam-macam. Orang tua tu kata, "Aku mungkin takde duit nak melancong ke bermacam-macam tempat seperti kau, tapi aku masih mampu membeli buku-buku. Melalui buku-buku itulah aku melancong.". See! Orang yg banyak tengok tv pun blom tentu tau kat mana letaknya Malaysia.

Sekarang aku sedang baca 'The Last Song' oleh Nicholas Sparks. Hampir nak habis dah pun.. Nanti bila habis aku akan update pasal citer ni. Boleh je aku Google pasal buku ni, tapi taknak la, aku nak rasa sendiri sampai meleleh air mata. Citer ni sedih... Huhuhu...



p/s: Zaman universiti aku dulu, duit JPA banyak jugak abis ke majalah-majalah hiburan luar negara seperti Smash Hits, Top Of The Pop, MAX, Lime etc.. Betapa gila nyer aku waktu tu.. Huhu..

Wednesday, June 30, 2010

honeymoon

Terpikir gak sejak akhir-akhir. Ni gara-gara si Fizah la ni. Dia yg bertanya kat aku pasal ni waktu aku tengah cuti sekolah aritu. Huhu. Jangan marah, Fizah. The truth is, aku tak terpikir nak pegi ke mana... Any idea?


Ke mana yer????


 Blurrrr....

Monday, June 21, 2010

anger in YOU.. yes, YOU!

Anger is a result of fear,

A result of heartache and tears.

Anger causes pain,

Which in the end will remain.



Hidden in the past,

It all came out last.

For waiting to long,

Would cause the suffering to go on.



And in the end,

Hopefully all the anger will be gone,

And forgiving would be granted.

 
 
 
 
p/s: being angry won't solve anything you know!

Saturday, June 19, 2010

putih suci bersih

Alza Advance Version. Tempahan yg dibuat ketika cuti bulan Mac yg lalu baru sahaja diterima. Itupun setelah aku sms si Fazly (wakil Perodua) tu setiap hari tanya pasal ni. Akhirnya dapat jugak aku merasa sebelum balik ke Sarawak. Rata jugaklah aku dah drive. Baru 4 hari dapat, dah lebih 500 km aku redah. KL n Shah Alam pun dah masuk. Hahaha.. Nombor plat NCJ 7909. Nombor tu sebagai tanda penghargaan kepada seseorang yg sangat penting.

Thursday, June 17, 2010

laptop rosak

Salam semua..

Maaf sebab dah lama tak update. Menyepi seribu bahasa. Laptop rosak. Taklah kronik sampai hilang semua data, tapi agak dikatakan kronik la juga sebab aku tak dapat nak lihat apa-apa pada skrin. Kesimpulannya, SKRIN ROSAK! Nak ganti yang baru, akan makan duit dalam RM 800, so aku decide utk beli yang baru. Cuti kat rumah aku minta belas kasihan adik-adik utk guna laptop diorg utk online. Kesian jugakla aku time takde laptop. Bosan nak kena pinjam brg org. Aku ni bkn jenis yg suka pinjam2 ni. Akhirnya aku beli je la...


Bukan laptop, tetapi NETBOOK. Lebih kecil, ringan, mudah dibawa ke mana-mana, bateri tahan lebih 5-6 jam dan yg paling best, harga lebih murah daripada laptop. Laptop aku yg lama ada lagi kat rumah, sape nak beli sila contact aku yer.. Tapi hard disk dah takde, adik aku dah amik utk ganti dengan hard disk PS3 dia yg dah rosak. Semua data-data dalam tu dapat diselamatkan, aku pindahkan semuanya ke dalam external aku yg sebesar 500 gig. Taktau la nak buat ape dengan external sebesar tu... Letak movie banyak2 pun tak luak lagi space. Jom tengok netbook aku yg baru. Lenovo S10-3.


Ini je yg termampu... Bajet ciput je, bawah RM1500. Huhuhu..


Sunday, May 09, 2010

I will always love you... Happy Mother's Day.

My mother and I at the London Eye, London last year.



My Mother

Who fed me from her gentle breast


And hushed me in her arms to rest,

And on my cheek sweet kisses prest?

My mother.

When sleep forsook my open eye,

Who was it sung sweet lullaby

And rocked me that I should not cry?

My mother.

Who sat and watched my infant head

When sleeping in my cradle bed,

And tears of sweet affection shed?

My mother.

When pain and sickness made me cry,

Who gazed upon my heavy eye

And wept, for fear that I should die?

My mother.

Who ran to help me when I fell

And would some pretty story tell,

Or kiss the part to make it well?

My mother.

Who taught my infant lips to pray,

To love God's holy word and day,

And walk in wisdom's pleasant way?

My mother.

And can I ever cease to be

Affectionate and kind to thee

Who wast so very kind to me,-

My mother

Oh no, the thought I cannot bear;

And if God please my life to spare

I hope I shall reward thy care,

My mother.

When thou art feeble, old and gray,

My healthy arm shall be thy stay,

And I will soothe thy pains away,

My mother

Ans when I see thee hang thy head,

'Twill be my turn to watch thy bed,

And tears of sweet affection shed,-

My mother.

 
During my degree convocation, 4 years ago.


Thursday, May 06, 2010

engkabang


Adakah anda tahu apakah benda ini? Benda ke? Hehe. Entahla... Special. Hanya di Sarawak. Tempat lain takleh dapat. Orang semenanjung mesti tak penah tengok kan? Oklah, aku bagitau. Inilah dia ENGKABANG! "Butter Sarawak".

Pernah dengar? Para guru di Sarawak agak familliar dengan nama engkabang ni. Kerana 'engkabang.net' la kan... Website rujukan guru-guru di Sarawak. Hehehe.. Tapi ni bukan website. Ia sejenis makanan yang berasal dari buah engkabang. Juga buah yang hanya terdapat di Sarawak. Buah engkabang itu tadi ditumbuk halus kemudian dibuat bentuk sedemikian rupa dan diletakkan di dalam buluh. Cara nak buatnya pun agak payah dan disebabkan itulah engkabang ini jarang sangat nak dijumpai. Sebab jarang jumpa, nak beli pun takda harapan la..

Macam mana pulak cara nak makan? Caranya, tenyeh-tenyehkan engkabang ini ke atas nasi yang masih panas. Hasilnya, nasi anda akan menjadi lebih sedap seperti disapu dengan mentega.Unikkan?? Engkabang yang aku pegang ni diberi oleh Cikgu Josephine (dia pun dapat sebab ada orang yang beri) semalam untuk jamuan makan tengah hari di sekolah sempena dengan kedatangan nazir ko-kurikulum ke sekolah. Nazir datang, kenalah jamu yang istimewa. So, benda baru yang aku jumpa semalam, ENGKABANG.

Monday, May 03, 2010

budak-budak mayuh alasan!

*mayuh bererti banyak dalam bahasa Iban.


Kelas Tahun 3

Cikgu: Jacky, dah siap belum pembetulan Sains?

Jacky: (Dengan selambanya dia menjawab).. Belum, cikgu. Takda buku...

Cikgu: Dah bulan berapa dah ni, masih tak ada buku lagi? Dah berapa banyak pembetulan ujian kamu tak buat!!! (marah giler!!!)

Tiba-tiba kedengaran suara di belakang...

Angela: Jacky tidak mahu beli buku, cikgu. Dia tak nak buat kerja rumah....

Jacky: (menjeling Angela...)

Cikgu: Siap kamu Jacky! (kemarahan membuak-buak, tapi cuba bersabar). Baik... Cikgu bagi buku, kamu siapkan kerja dari awal tahun yang masih kamu belum buat. (padan muka ko!)




Kelas Tahun 4


Cikgu: Ha! Kamu  lagi Douglas! Mana pembetulan ujian Sains minggu lepas?

Douglas: Tinggal, cikgu.

Cikgu: Tinggal ke.... atau kamu memang tak buat? Kamu jangan nak tipu cikgu.... Cakap betul-betul, siap ke tidak?

Douglas: (sambil tersengih-sengih menjawab...) Tak, cikgu.

Cikgu: OOOOO... Pandai nak tipu cikgu ye.... Kamu jangan ingat cikgu tak tau yang kamu takda buku... Suka sangat hilang buku, tak pandai langsung jaga barang. Lepas ni kalau kamu hilangkan buku yang cikgu bagi, jaga kamu! Cikgu pulas telinga tu sampai putus!


Kesimpulannya, dah tak sanggup dengar macam-macam alasan berkaitan buku, aku bagi free je la buku kat diorang ni. Buatlah korang pembetulan kertas Sains aku, ulang 3 kali!!!! Tu belum lagi aku sakit jiwa ajar topik "Measurements". Arggghhhh!!!!

Sunday, May 02, 2010

gangguan seksual

Korang ada baca surat khabar Mingguan Malaysia hari ini? Ada satu artikel berkaitan gangguan seksual di dalam pengangkutan awam. Kawan kepada penulis tu naik komuter yang sangat sesak ke Mid Valley. Semasa di dalam komuter itulah kawan dia digesel oleh seorang lelaki daripada belakang. Lelaki tu keluarkan 'barang' dia dan geselkan pada badan kawan tu. Bayangkan dalam komuter? Ambil kesempatanlah sebab orang lain tak nampak. Betul-betul gila punya lelaki. Seronok ke buat macam tu?

Itu satu hal. Aku ingat cerita kawan aku yang seorang ni. Dia penah terkena lebih kurang macam tu jugak, tapi bukan dalam tren, komuter, LRT atau monorail tapi di dalam bas di KL. Dah lama la benda ni berlaku, zaman dia study dulu. Dia cerita yang dia naik bas yang sesak, tapi masih dapat duduk di sebuah tempat duduk yang di tepi laluan tu. Bas penuh sesak, jadi ramailah yang berdiri. So, ada seorang lelaki ni yang berdiri dekat tempat kawan aku ni duduk. Apa dia buat nak tau? Dia menggeselkan 'barang' dia yang sedang mengeras dalam seluar dia tu kat peha kawan aku tu. Dari kiri ke kanan. Maklumlah tempat duduk dalam bas tu tinggi, jadi memang sedang elok je paras peha kawan aku tu dengan 'barang' dia. Memang gila seks betul la... Ni mesti kerja orang asing la ni. Kebanyakannya la... Huh! Tempat sunyi boleh kena rogol. Tempat sesak plak boleh dapat 'touch n go'.

Jadi, bila KTM buat tren khas untuk wanita baru-baru ni, aku sangat-sangat bersetuju. Sebab nak mengelakkan benda-benda macam ni la.. Nak elakkan diri kami wanita ni daripada diganggu secara seksual oleh orang lelaki yang terdesak dan suka mengambil kesempatan di tempat-tempat awam. Aku biasa sangat naik komuter bila nak ke KL. Memang terlalu sesak bila waktu puncak. Sampai tersepit kat celah-celah ketiak orang lelaki. Kadang-kadang risau juga tak pasal-pasal dapat sexual harassment. Pernah jugak aku naik komuter bertiga dengan adik-adik aku. Tapi sebab terlalu sesak dan berebut-rebut, terpaksa lepaskan sorang adik aku naik dulu. Kami berdua menyusul selepas tu. Kesian jugak tengok dia tersepit di kalangan orang lelaki. Tapi nak buat macam mana... Dengan adanya gerabak khas ni, aku harap keselamatan kami yang wanita ni akan lebih terjamin.

Bila bercakap tentang ni, aku teringat waktu aku sekolah rendah dulu, darjah 6, naik bas sorang-sorang pegi dan balik dari tuisyen. Suatu hari ni aku nak balik ke rumah la, dalam bas ada seorang lelaki yang dah agak berumur duduk sebelah aku. Aku ni duduk tepi tingkap, jadi dia duduk la sebelah tu. Bila bas dah gerak, aku terasa ada jari yang cucuk-cucuk badan aku. Aku tengok la pakcik tu. Dia duduk selamba je berpeluk tubuh. Bila aku berpaling ke arah lain, aku rasa lagi badan aku kena cucuk. Aku dapat rasakan yang mesti tangan pakcik tu sentuh aku. Aku tak sedap hati, dah la budak-budak lagi time tu, tapi nasib baik la fikiran ni bijak. Aku terus bangun dan duduk kat tempat duduk yang betul-betul belakang driver bas. Hahaha. Sejak daripada tu, bila naik bas, tempat first yang aku aim mesti yang belakang driver. Itu yang paling selamat. Apa-apa jadi aku boleh cakap terus kat driver. Dan satu lagi, aku tak akan duduk di tepi tingkap.

Enough!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...