I love you so much!
Monday, December 29, 2008
it's been a long time...
KPLI dah tamat, KISSM pun dah abis. Exam pun dpt result. Lame dah dpt resultnye Ted oiii... Sebelum abis KISSM aritu lagi dah kuar resultnye. Pointer boleh la.. Hehe. Itupun member sms bgtau result aku. Tuan punye diri busy dating.
Tarikh keramat 21 Disember 2008, aku dpt tau posting kat SARAWAK. Time tgh dating jugak la member bgtau. Rase gelap jap dunia ni. Perasaan bercampur baur. Sedih, keliru, excited sumenyer ade. Keseronokan dating selepas 10 bulan tak dating tiba2 rase dah nak tamat. Air mata takyah cakap ler meleleh byk mane. Nasib baik ade tempat nak mengadu n luahkan perasaan. Aku nangis puas2 sampaikan dah tak larat nak nangis dah. And until now, still blom tau biler tarikh aku akan fly ke Sarawak. Sementara blom ke Sarawak tu, dating puas2. Nanti tak dpt jumpe dah 10 bulan. Huhu. Tedot, kitorg takde tempat dah nak g. Citer terbaru kat wayang pun dah abis kitorg tgk. Hehe.
Barang2 utk ke Sarawak aku dah packing dlm 70%. Limit luggage 20 kilo, setakat ni brg aku dah 16 kilo. Haha. Aku perlukan berat tambahan, aku pasti sgt brg aku mesti lebih dr limit.
Aku harap masih ade mase untuk diluangkan dgn org tersayang.
p/s: Nak ke Melaka naik Eye On Malaysia. Luangkan mase tgk hutan2 batu ni puas2, esok2 kena tgk hutan yg btul2 hutan.
Tuesday, December 02, 2008
hi..
Sekarang ni aku sedang menghabiskan minggu terakhir KISSM (Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia). Sabtu ni (6/12) ade ujian akhir kursus and wajib lulus untuk pengesahan jawatan nanti. Surat perlantikan Guru Sandaran Siswazah Terlatih dan dapat lama dah, tapi tempat posting blom tau lagi. Result exam pun blom tau. Ni tgh berdebar-debar tunggu result posting, ramai yg kata minggu ni akan kuar. Huhu.. Risau gak kalau kena gi Sabah Sarawak. Tapi aku redha je la..
Tak sangka Sabtu ni akan berpisah dgn kawan2 sekelas yg lain. Sejak masuk 14 Januari dulu, byk pahit manis yg telah kitorg lalui bersama. Dengan assignment yg bertimbun, kelas yg full dr pagi sampai ke petang n kdg2 sampai malam, aktiviti dalam maktab dan jugak luar maktab, berkayak tgh laut, meredah hutan, berjemur kat padang, bdk2 KPLI sememangnyer tough. Jauh sgt bezanyer dengan kehidupan kat U dulu. Tak cuba memang takkan tau, korang rase sendiri baru korang pecaye ape yg aku cakap ni.
Tapi okla, minggu terakhir ni takla tension sgt walaupun aku rase kursus dr pagi sampai petang lebih memenatkan berbandingkan kelas biase. Kursus just duduk, tgk n dgr je (plus assignment gak), tapi itu cukup meletihkan mata, telinge n otak. Hehe. Orang yg jauh dah balik sini, so memang tenang je jiwa ni.. Hehehe...
Saturday, November 01, 2008
Monday, October 27, 2008
openhouse nubhan
Plan aku n Baby sejak 2 minggu lepas, arini nak ke umah Nubhan. Mula2 mak aku taknak g, die kate takde pun mak Nubhan ke, makcik die ke or nenek die ajak. Ler, padahal makcik si Nubhan dah ajak aku n sume sepupu g openhouse tu. Ape guna family tree kitorg dlm Geni.com kalau tak contact2 antara sedara-mara. Bagi mak n Uwan aku, kalau org tak ajak guna mulut tu maknanye tak official. Pulakkk! Last2 semalam mak aku terjumpe mak Nubhan kat kenduri, dah org tu ajak barula mak aku caya. Selama ni aku ckp Nubhan nak buat openhouse die tak caya.
So tgh hari pegila dlm kul 12.30. Nasib tak g awal dr tu, kalau ikutkan aku nak g kul 10 sbb aku ade program lain arini. Hehe. Tp mak aku kate mak si Nubhan jemput dtg tgh hari, so tgh hari la.. Dtg2 je blom ade org pun. Abah Nubhan ade la duk kat bawah khemah borak2 dgn kawan2 die. Si Nubhan plak tgh nyanyi n layan anak2 buah die.. Kiranye kitorg org paling awal sampai. Sampai2 je sepupu mak aku, Auntie Kama (makcik Nubhan) jemput masuk dalam umah. Masuk la kitorg ke dalam borak2.. Agaknye si Nubhan perasan mak n Uwan aku masuk dlm, so die pun dtg n salam2 dgn kitorg. Trus je die duduk dkt kitorg. Auntie Kama duk borak dgn mak aku psl si Nubhan. Cite cmne Nubhan bleh terjebak masuk AF sampaila ke perkembangan Nubhan skrg ni.
Dalam borak2 tu, Nubhan ade je rehat2 kat blkg kitorg. Auntie Kama suh cepat2 ajak Nubhan amik gambar sebelum ramai peminat yg lain datang. Ape lagi, dpt la kitorg bergambar dgn Nubhan secara personal kat dlm umah. Pemalu Nubhan ni, org borak psl die, die duk tenung je... Tak bukak mulut pun. Lama jugak die duk dlm umah, sampaikan org kat luar tu tercari-cari Nubhan katne, padahal ade je die nyorok dlm umah dgn kitorg. Tak lama lps tu abang ipar die panggil keluar sbb ramai org nak jumpe, baru la die keluar n sambung nyanyi semula. Time dpn org die kena jadi peramah la.. Hehe. Auntie Kama ade citer kat kitorg yg die pesan kat Nubhan jgn tggl bahaso nogoghi die tu, kek kampung kono ckp nogoghi.
Lewat gak kitorg makan tgh hari, leka berborak kat dalam, lagipun biarla org jauh kat luar tu makan dulu. Kitorg yg sedara-mara ni lambat skit pun takpe.. Lepas mkn, kitorg tunggu jap sbb Nubhan ajak member2 AF die dtg gak, si Toi n Faizal. Lepas je diorg sampai, kitorg balikla, lagipun time tu dah pukul 3.30 ptg, aku ade hal lain blom settle. Diorg siap buat game lagi lps tu, byk lagi acara smpai ke 5.30 ptg. Aku tak sanggup nak tunggu.. Huhu. Memang sepanjang majlis tu Nubhan menyanyi macam2 lagu utk tetamu yg datang. Sape2 nak berduet pun die layan sume.. Yang nak bergambar pun takkan kecewa punye la, Nubhan siap bg posing yg best2 lagi tu.. Kesimpulannye, die memang seorg yg low profile, anak Ustaz n bekas imam Masjid Juasseh. Sape sangka anak kampung yg kecik2 dulu slalu lepak2 main kompang sblh umah aku, skrg ni dah ramai peminat cmni. Dulu die gemuk, tak hensem langsung, skrg ni? Hehe. Yang paling best, die dua pupu aku (atuk kami adik beradik). Haha.
Gambar2 sila tgk dlm album friendster sy ye...
P/s: Dua pupu pun still dpt autograf jugak tau... Hehehe..
Sunday, October 26, 2008
kawan bertunang
Program arini g kenduri bertunang Marliza kat Bandar Seri Jempol. Pegi sama2 dengan 5 org rakan sekelas yang lain. Kat sini ade skit gambar.
Selepas bersiap nak ke rumah Mar.
Hantaran.
Hantaran.
Marliza.
Aku, Farhani, Jue and Mar.
PROGRAM ESOK----> OPENHOUSE NUBHAN AF. INSYAALLAH...
Saturday, October 25, 2008
cuti
Aku baru sampai ni, lepas jamuan raya kat umah lecturer trus je balik. Esok nak pegi umah classmate maktab, Marliza nak bertunang. Ahad pun classmate bertunang jugak, yg ni lelaki plak, si Farid. Tapi teringin gak nak beraya umah Nubhan. Ntahla... Bleh ke nak study cuti2 ni ek? Macam asik nak merayap je keje aku. Duk Seremban takde plak aku nak merayap, bile balik umah plak tak duduk diam. Huhuhu.
Esok nak pegi Seremban kejap kot.. Ade misi yg blom tercapai! Hehe.
p/s: Pagi Isnin lepas TERbangun lambat. Haha. Slalunye pukul 6 pagi dah bertolak balik maktab, kali ni dkt nak pukul 6 baru bangun. Ape lagi, macam lipas kudung la bersiap n drive ke Seremban nak kejar perhimpunan.
Monday, October 20, 2008
all in one
Minggu ni tersangat la bosan. Gi maktab tak bape belajar pun, aku ni plak dah makin malas di saat2 akhir. Dah takde motivasi diri kot.. Hehe. Abis tu takde sape nak tolong bagi motivasi utk aku, nak wat camne kan?
Dalam kelas Khamis lepas, 2 orang rakan sekelas buat pengumuman. Jemputan ke majlis pertunangan diorg hari Sabtu n Ahad minggu dpn. Aduh, cam seronok plak tgk diorg. Selepas pengumuman tu satu kelas plak kecoh bertanya antara satu sama lain biler plak giliran yg lain2. Sume duk mengusik la. Pastu bercerita pulak pasal kawin. Ramai kawan2 sekelas dah bertunang, akan bertunang dan disebabkan tu jugak la sume dah berebut cuti sekolah tahun dpn untuk nikah. Saat dah abis praktikum ni aku tgk kawan2 sekelas aku sume makin happy je dgn hidup diorg. Yg dah kawin, yg akan dpt baby baru, yg dah bertunang, akan bertunang, yg dah merancang majlis kawin, merancang nak bertunang n macam2 lagi la. Muka sume tgh bahagia je.. Hehe. aku pun tumpang sekaki la..
Aku ade aim minggu ni. Nak shopping sesuatu. Hehe. Takleh jadi, nak kena beli gak. Jumaat aritu gi window shopping sorang2. Geram btul tgk handbag. Tapi minggu ni aim aku bkn handbag, takkan nak beli handbag lagi, yg Elle aku beli bln 7 aritu pun blom kuar dr cover die. Kasut or sandal? Tak jugak.. Carlo Rino satu tu blom pakai lagi. Make up? Tiap2 minggu ade je yg aku beli, tak pnh puas. Hehe. Mungkin orang yg tak kenal akan rase aku ni macam boros tapi tidak sebenarnye. Aku ni kalau beli brg bkn trus amik n bayar. Aku survey n pikir byk kali. Kalau btul2 tak lena tido dibuatnye tu, baru la aku beli. Tak baik membazir, duit bkn senang nak dpt. Lain la kalau kaya raya, takyah nak pikir byk.
Aku tengah kecewa ni, bf call tapi aku tak sempat nak jawab. Bkn taknak jawab, aku tgh drive tadi, on the way nak balik dr Melaka. Ingatkan budak2 saje2 call, balik2 tgk no pelik. Sah2 la org penting. Frustnyer... Harap2 die call balik nanti. Malam ni aku tido kat umah lagi, malasla nak balik Seremban. So esok lepas Subuh aku balikla n trus pegi kelas je.
K la, aku nak siap2 masuk barang dalam kereta. Senang esok pagi takyah nak angkut barang dah, start keta trus jalan je. Hehe. Jumpe weekend dpn ye.. Aku cuti Deepavali 5 hari (25-29 Okt). Hehehe.. Best2! Korang cuti bape hari? Hehe.
Sunday, October 19, 2008
rindu
Kadang2 susah nak tido malam.
Asik teringat macam2.
Terngiang-ngiang ayat2 biase drpd kawan2.
"Ha, pakwe dah balik?"
"Kak Ha, bf akak balik tak raya aritu?"
"Camne la akak leh sabar ye? Kalau kite mesti takleh punye."
"Lamanye tak jumpe..."
Tu sume ayat biase yg aku dengar.
Aku tetap sabar, dugaan memang banyak, tak terkira.
Saham makin naik plak. Heh, perasan.
Tapi aku still ok.
Ape aku buat bila rindu?
Aku baca sms2 DIA kat aku.
Aku baca mesej2 DIA kat sini.
Aku belek satu per satu gambar.
Itu je la yg termampu...
Tapi dah akhir2 ni makin tak sabar la pulak nak DIA balik cepat.
Aduhh... Sakit jiwa dah ni..
Wednesday, October 15, 2008
jadual utk saat2 akhir kat maktab
Ni jadual yang aku dapat.. Gambaran ape yg akan aku tempuhi buat beberapa minggu yang tinggal lagi ni.
30-31 November --->Taklimat BTN/ KISSM
3-5 November --> Exam
6-10 November --> BTN
11-12 November --> Kursus Anti Dadah
13-14 November --> Kursus JAPEIM
17- 6 Disember --> KISSM (Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia)
Selepas 6 Disember --> CUTTTIIIIIII !!!!!!!! Tunggu posting plak..
Tak sangka masa sebenarnya sungguh pantas berlalu. Baru je rasenye aku masuk maktab 14 Januari awal tahun ni, skrg dah nak abis dah.. Alhamdulillah... Doakan aku rajin2 nak study ye.. Sebabnye skrg ni tersangat la malas. Huhu..
Monday, October 13, 2008
guess what?
Aktiviti hari ni? Makan kat openhouse lagi. Kali ni kat umah Fizah yg kat Kuala Dioh plak. Disebabkan aku baru je breakfast pukul 12 tgh ari, so aku makan nasi himpit je kat umah Fizah tadi. Tapi makanan sume best2 la aku tgk, cuma aku je dah takleh nak masuk dah.
Bf? Dia baru je call tgh hari tadi dari tengah laut yg tidak dpt dipastikan kat mane. Haha. Btul la, aku tanye kat mane, dia kate kat tgh laut, tak tau kat area mane tapi kat Lautan Pasifik. Call baru lps abis keje. Tengah bosan n dah tak sabar nak balik katenye sbb dah lama sgt belayar.. Padan la muka.. Hehe. Ape taknye, dah nak dekat 10 bulan belayar. Aku pun ape lagi, best je menjeleskan die pasal beraya, jln2 g openhouse n makan2 yg best. Hahaha. Dia lak mengejek aku sbb kena pegi belajar balik esok. Ade 1 benda lawak, dia tanye aku kat sini pukul bape, aku ckp la dkt nak pukul 1, dia pun ckp lbh kurang je waktu dgn dia. Pastu bleh plak dia tanya aku esok hari Ahad nak g mane. Haha. Aku pun, "Hari ni la hari Ahad cik abg!". Dia jawab, "Hari ni Ahad ke? La, lupa la cik kak, kat sini Sabtu malam."
Hehehe.. Itulah dia gara2 dah lama sangat duduk atas kapal. Waktu la bab yg memeningkan. Dia nak call aku kena pandai pilih mase supaya tak kena time aku kuliah or tgh lena tido. So pandai2 la dia.. Insyaallah akhir bulan ni atau awal bulan dpn dia balik la. Aritu kate tgh bulan dpn, maybe kalau bleh dia nak awal lagi. Katenye dah rindu sgt kat tanah daratan Malaysia. Aku tak kisah, yg penting dia balik sini plg lewat pun dalam bulan dpn. Aku dah bosan n buntu ni, dah lama tak g jalan. Lebih2 lagi tak lama lagi aku akan abis exam. So waktu ni la nak enjoy sebelum posting.
p/s: Bila la leh dpt jumpe hang ni Ted? Duit elaun nak abis dah ni, tak jugak jumpe2.. Abg Mail balik ni sure dia gelakkan kita.
Sunday, October 12, 2008
bosan
Tengah hari tadi g kenduri n openhouse umah Kak Siti, guru pembimbing English aku utk praktikum aritu. Pegi dgn mak n Uwan aku sebab cikgu Siti tu kira cam ade kena-mengena gak la dgn family aku. Kak Ina n Kak Ja pun datang tapi lambat skit la sbb diorg dr Seremban. Ramai cikgu SK Kuala Pilah yg aku jumpe kat situ. Tak kurang jugak anak2 murid mase praktikum. Ade jugak yg datang tegur n salam dgn bekas cikgu2 diorg ni. Gembira semacam je bila nampak teacher diorg ade kat tempat kenduri tadi.
Waktu nak balik ade satu hal plak berlaku. Keta Kak Ina kena selongkar. Dia parking tepi jalan yg sibuk, sama gak dgn keta2 org lain, tapi taktau nape keta tu yg menjadi pilihan. Pdhal keta orang lain jauh lbh hebat. Abis sume brg dlm keta tu kena selongkar tapi nasib takde ape yg hilang, sbb kawan aku ni pun jenis yg berhati-hati, mmg takkan tggl barang berharga dlm keta. Tapi satu hal plak lagi, keta tak bleh start. Kak Ja call cikgu Safiril, cikgu lelaki yg baik dgn kitorg time praktikum. Dah datang Safiril, dia pun tak tau ape masalah. Pastu datang plak cikgu Maksom bawak jumper, pun tak menjadi. Akhir sekali mak aku dtg bawak mekanik. Dah check2, rupe-rupenye wayar suis kena potong. Memang kurang ajar sape yg buat keje tu. Tak dapayt barang, dia mendengki plak. Kitrong rase mesti org tu nak curi keta tu n bwk lari tp maybe tak sempat sbb ramai org lalu. Takpela, kawan aku takde nak panjangkan citer. Bile keta dah bleh start trus je diorg beraya umah aku plak.
Aku rindu dgn suasana sekolah n anak2 murid. Dah lama tak jumpe diorg. Ramai yg sms tiap2 hari mengadu rindu. Aku plak suka tgk gambar2 diorg n melayan sume sms2 tu. Hehe.
Kat bawah ni salah 1 video yg aku rakam mase praktikum. Budak paling cute dalam video ni bernama Faizal, favourite aku mase praktikum sbb die malas, sgt nakal, suka merepek tapi antara ramai2 dia yg paling bergaya! Hahaha.. Selalu kena marah dgn aku si Faizal ni dulu tp biler dah abis praktikum dia plak yg dulu sms2 aku tiap2 hari tanye kabar. N dia jugak yg bersemangat bawak kwn2 dtg beraya umah aku. Dah dtg beraya, buat spot check kat umah aku n main handset aku, selamba je suh cikgu dia ni hantar balik. Aku lak sgt baik hati tolong hantar diorg balik. Hehe.
Saturday, October 11, 2008
family tree
Friday, October 10, 2008
terasa seperti dipermainkan
Tgh hari ni nak pegi openhouse guru pembimbing praktikum aritu. Openhouse n kenduri skali sbb dia baru je dpt baby. 26hb ni openhouse umah Nubhan... Aku dpt invititation! Korang mesti tak tau kan? Aku dgn Nubhan adalah dua pupu. Hahahaha.. Nantila, kalau aku g openhouse tu aku amik gambar dgn die ek.. Pastu upload kat sini. Ramai ni yg suh kirim salam terutama budak2 bwh umur. Hehe.
aku kembali!
So now I'm home.. Dah nama pun weekend, aku wajib balik mengangkut baju2 kotor utk dibasuh kat umah. Duk umah fizah aku tak membasuh langsung! Oh ye, aku sekarang ni dah abis praktikum and kembali semula ke maktab utk 3 minggu sebelum exam final. Sekarang aku dah tak tinggal kat asrama maktab dah, aku duk luar kat umah Fizah kat Paroi Jaya, btul2 sebelah Stadium Paroi. So tiap2 hari berulang ke maktab yang terletak kat Sikamat. Tak la jauh sangat...
Banyak bende yang dah berlaku, lama btul aku tinggalkan blog ni. Btul2 rindu nak bercerita. Bulan puasa dah lepas.. Praktikum pun dah ditamatkan dgn jayanye. Anak2 murid sms tiap2 hari ckp rindu kat aku, suh aku datang melawat diorg kat skolah. Tak kurang jugak yg datang beraya aritu. Tahun ni beraya dgn lebih bermakna. Cuma satu je la tak lengkap, bf kat tgh laut.. Malam raya pertama dia call dari Panama utk wish Selamat Hari Raya. Sekarang aku tengah menghitung hari utk berdating bulan depan, lepas aku abis exam. Hehe.
Tedot, aku sangat jeles dgn ko!
Saturday, August 30, 2008
sambutan merdeka
Hari ni best je g sekolah sebab aku takyah buat lesson plan malam tadi. Hehe. Sebabnye hari ni ade sambutan merdeka kat sekolah, so budak tak belajar. Meriah budak2 g sekolah hari ni sebab pakai pakaian tradisional yang penuh dengan warna warni. Part paling best biler time nyanyi lagu patriotik. Bersemangat sungguh budak2 kalau bab2 nyanyi ni. Suruh ulang banyak kali pun sanggup. Agakye bergegar PPD kat sebelah sekolah tu dengar budak2 nyanyi. Hehe. Aku dah upload gambar, leh tgk kat sana. Nak kutuk seseorang n letak gambar die kat sini tapi akaun aku dah over limit plak untuk upload gambar dlm blog. Tension tul.. Nak kutuk sorang cikgu ni, sebab die suka menyakat aku. Aku siap dah amik gambar candid dah pagi tadi. Haha. Tapi sebab tak dapat upload, aku simpan je la citer tu. Hehe.
Oklah, minggu ni last boleh makan dgn senang lenang. Next week dah mula puase. Weekend ni sume adik2 aku berkumpul ramai2 kat umah. Yg kat Melaka, Shah Alam n Penang sumenye ade untuk sambut Ramadan sama2. So kat sini aku nak ucapkan SELAMAT BERPUASA untuk semua pembaca blog aku ni.
Monday, August 18, 2008
cuti sekolah
Yahooo!!!! Saat yang ditunggu-tunggu, cuti sekolah dah tiba. Walaupun hanya seminggu tapi itu lebih baik daripada takde cuti langsung. Seminggu ni aku haramkan diri aku nak tengok lesson plan. Hahaha. Penat wei hari2 asik menulis lesson plan so seminggu ni ape salahnya bercuti dgn tido sepuas-puasnye or pegi berjalan.
Oh ye, cakap pasal berjalan, semalam aku ke KL umah Mak Long aku kat Desa Pandan. Lepak la kat sana dari tengah hari sampai petang. Petang tu balikla, bukan pegi buat ape pun, hantar buah rambutan n manggis yg banyak sangat kat umah ni je. Pastu lepak2 melayan anak2 buah. Petang tu nak balik tiba2 tersalah jalan masuk highway baru ke Putrajaya plak. Ape lagi, time tu dah Maghrib, trus je la g Masjid Putrajaya solat Maghrib n pastu lepak kat Dataran Putra tunggu bunga api pukul 9.30 malam. Hehe. Itu semua tidak dirancang, dah alang-alang masuk jalan ke Putrajaya, trus je la g tgk bunga api kan? Lagipun semalam pertunjukan bunga api dari negara China. Memang menarik la. Takde pun singgah umah Mak Su aku kat situ, just bgtau die je kitorg ade kat Putrajaya, tersilap masuk jalan n trus tgk bunga api. Time nak balik alhamdulillah kitorg tak terperangkap dlm jam sebab kitorg parking jauh skit, depan pejabat Pak Lah. Sampai umah malam tadi lebih pukul 1 pagi dah.
p/s: Malam ni jom bagi sokongan padu kat Lee Chong Wei!
Sunday, August 10, 2008
5 more weeks to go!
Aku bukan tak suka praktikum, suka sangat2. Tapi kepenatan berpikir n buat lesson plan tu yg buat aku tak sabar nak tamatkan praktikum ni. Kan best kalau terus je jadi cikgu takyah praktikum. Takyah nak tulis lesson plan 6 muka surat buku rekod tu tiap2 hari. Takyah nak buat report itu ini. Takyah kena tulis refleksi tiap2 kali lepas mengajar. Hurmmm... Insyaallah tahun depan. Takyah tahun depan, bulan 12 kot..
Kali ni nak citer pasal anak murid aku. Kembar. Tapi kembar ni special skit. Nape special? Hehe. Diorang ni penah jadi anak saudara Rita Rudaini. Sebenarnya diorg ni anak saudara si Akhbar, pengacara Scoreboard kat TV3 dulu tu.. Yang ade kembar tu.. Ayah diorang abang kepada si Akhbar dgn kembar die tu. Ayah anak2 murid aku ni keja kat pejabat sekolah aku tu je.. Akbar tu plak kan penah kawin dengan Rita Rudaini. Hehe. So anak murid aku 2 orang ni penah la ade makcik nama Rita Rudaini. Pasangan kembar ni mmg ade gen kembar yg kuat dalam famili diorg. Adik2 diorg pun kembar gak, darjah 1 kat sekolah yang sama. Bila aku tanya ade bape pasang kembar dalam famili, diorang cakap dah tak terkira sebab ramai sangat. Bestnye kan ade kembar? Ade kawan. Hehe.
Aku baru balik dr maktab ni. Pagi tadi pukul 7 lebih gi maktab sebab ade 'debriefing' praktikum. Hari ni jugak ade sekolah ganti, tapi memandangkan maktab paggil balik, kitorg dikecualikan la gi sekolah hari ni. Hari ni jugak la teman sepermainan mase sekolah rendah n kawan sekelas kawin. Tapi aku tak dapat pegi. Busy yg teramat sangat sekarang ni. Bersusah payah ayah dia hantar kad ke umah aku, tapi tak dpt nak pegi.Yusnordiana, Selamat Pengantin Baru, semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amir pun beriyer call aku pagi tadi time aku kat maktab, dia ingat bleh la jumpe aku arini kot.. Tapi tak dapat... Kepada kawan2 lain yang berhasrat nak jumpe aku tadi, mintak maaf sgt2 tak dapat nak dtg kenduri n jumpe korang. Memang bertahun tak jumpe, sejak aku meninggalkan sekolah rendah. Dalam 13 tahun jugak la.. Insyaallah umur panjang kite berkumpul ramai2.
Friday, August 01, 2008
lawa ker?
Pejam celik pejam celik, dah abis lagi 1 minggu praktikum. Minggu depan dah masuk minggu ke-6 plak. TInggal 6 minggu je lagi tempoh praktikum, rase macam sekejap je. Maybe sebab aku dah mula rase seronok mengajar budak2 sekolah rendah ni. And maybe jugak aku terlampau busy sampaikan tak sedar masa berlalu dengan pantas.
Semalam ada lagi kata2 pelik dari anak murid aku. Kalau aritu aku ada citer pasal diorg tegur tangan teacher lembut, semalam benda lain plak dah. Yang ni budak dari kelas yang sama, darjah 5 tapi dr sorang murid India nama Yashini. Kawan Yashini ni cakap kat aku sebelum kelas aku tu masuk makmal semalam. Dia cakap camni,
Girl : Teacher, Yashini kan, dia cakap kan...
Aku : Dia cakap ape?
Girl : Dia cakap dia sayang kat teacher, dia suka teacher.
Aku : Oh ye ker? Kenape?
Girl : Dia kata teacher cantik, lawa.
Aku : Lawa ker? Kenape? Teacher lain tak lawa ker?
Hahahaha.. Si Yashini yang berdiri kat sebelah kawan die tu pun tersipu-sipu malu sebab kawan dia bgtau aku ape yang die cakap. Aduh, macam2 citer mengajar budak2 ni kan? Aku dah terbayang dah ni kad2 raya yang akan aku terima dekat nak raya nanti. Sebab ramai sangat peminat. Padahal garang tu kat kelas. Hehe. Nasib baik birthday aku dah lepas, kalau tak mesti banyak gak dapat hadiah. Sebabnya ramai budak2 tanye birthday aku, puas plak aku menjawab yang birthday teacher ni dah lepas.
Wednesday, July 30, 2008
aktiviti terbaru kat sekolah
Sekarang ni kalau free petang kena stay kat sekolah lukis mural. Huh! Mengganggu waktu rehat aku btul la.. Selalunye balik2 je sekolah aku mesti ganti tido aku sebab malam sebelumnye aku besenyer tido lambat kadang2 sampai pukul 3,4 pagi sebab mengadap lesson plan pastu nak menyiapkan teaching aid. Bile dah kena lukis mural, dapat ganti tido kejap je la.. Tu pun harap2 cuti hujung minggu aku tak diganggu. Sebabnyer? Sebabnyer aku ni hujung minggu je mesti nak kuar berjalan. Bosan ar kalau tak g mane2. Asik2 duk ingat buku rekod mengajar je, tensen gak. So, seboleh-bolehnye mmg akan g jalan. Al-maklumla aku tgh ade geng skrg ni, adik aku si Saza. Hehe. Penghalangnye adalah duit. Nak g mane2 kena kongsi duit minyak dgn adik aku ni. Kitorg berdua ni berkira skit. Hahaha. Oh ye, aku kena mula kumpul duit ni sebenarnye. Insyaallah tahun depan kalau berduit, aku nak temankan mak aku g UK sebelum adik aku grad. Nak g jalan2 kat sana la. So utk percutian yg selesa tambah shopping, I need RM 5K. Banyaknye wei... Kadang2 terpikir plak dengan duit sebanyak tu macam2 aku bleh beli. Hehe.
