Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
pregnancy

Thursday, September 21, 2006

Aku yg kuat berjalan! Hehe..

Tajuk tu bunyi nye cam aku ni jahat sgt la pulak! Kaki merayap. Hehe. Tp itu sume bkn kehendak aku tau, walaupun sbnrnye aku suka sgt jln2 ni. Tp kalau dah tiap2 hari berjalan sampaikan aku pun dah takde mase duk umah, pastu aku pun rindu mkn kat umah sbb kalau aku merayap, dah tentu aku makan kat luar. Huhu. Cam complicated plak. Hehe.



Sebenarnye camni, aku nak cite sebyk mane yg aku merayap dlm 2-3 minggu  kebelakangan ni. 3 minggu sblm ni, family aku busy sgt2 uruskan adik aku Saza nak ke UK. Bayangkan la segala persiapan die dan perbelanjaan die. Mmg tiap2 hari ade je hal nak diselesaikan. Dan hampir tiap2 hari tu jugak aku dgn adik aku ke Seremban atau mane2 saje utk shopping brg2 die uruskan dokumen.



And then 2 minggu sblm ni, rumah aku pulak buat kenduri. Byk jugak kena buat persiapan. Pastu kena amik adik aku yg blaja kat Taiping tu lg. Nasib baik amik kat Seremban je. Setiap hari pegi Seremban. Dah naik muak. Then Jumaat lps 15hb, g KLIA antar Saza naik flight. Sabtu tu boleh relax la jugak. pastu Ahad aku ke Sunway plak temankan Hairi g interview. Sambil tunggu die aku merayap la ke Sunway Pyramid sorg2. Ntha bape kali Sunway Pyramid tu aku tawaf. Sampai dah hafal la ceruk2 butik tu kat mane. Korang nak g butik mane? Levi's? Padini? Aku boleh bgtau kat wing mane n tingkat bape. Hebat tak? Hehe. Bile letih berjln, aku duduk jap kat bangku batu tgk2 org. Ataupun aku tgk bdk2 main ice skating kat bwh tu. Teringat plak time aku adik-beradik main ice skating kat situ gak tahun lps. Ntah mcm mane la org lain tgk kitorg jatuh agaknye.. Hehe. Last skali lps adik aku abis interview, kiotg mkn tgh hari buffet kat Hatrz. Time ni plak, ingat zaman aku study kat MRSM Jasin dulu. Kalau outing ke Mahkota Parade, tak sah kalau tak mkn kat Hartz. Sampai nak pecah perut mkn buffet ayam selama 2 jam. Kalau zaman tu harga die RM13.90 utk dewasa, sekarang ni dah 6 tahun berlalu harganye RM17.90 plak.



Dan hari ini plak, aku ke Shah Alam. For the same reason, temankan Hairi g interview. Aku yg kebosanan ni melepak la kat tempat yg paling dekat, TESCO. Bosan giler! So, skrg ni aku dah pandai dah selok belok kat Sunway n Shah Alam. Tak sesat punyela! Maybe lps ni aku nak ke Bukit Kiara plak. Utk ape? Nanti2 aku cite lg k.. Bubbye!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...