Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
pregnancy

Friday, March 26, 2010

seribu keinsafan

Semenjak aku mengajar kat Sarawak ni, banyak susah perit hidup yang telah aku lihat. Aku bukan mengajar di bandar Sibu yang sememangnya dikuasai oleh golongan Cina, mereka memang kaya raya, rumah banglo macam istana besar tak hengat.. Tetapi aku mengajar di luar bandar Sibu di mana semua anak murid adalah berbangsa Iban dan beragama Kristian. Mereka tinggal di rumah panjang. Hidup sederhana cukup makan dan pakai. Tapi ramai juga yang dihimpit kemiskinan. Rumah mereka dengan sekolah kadang-kadang tu taklah jauh, tapi sebab mereka ni tak ada kenderaan nak berulang-alik tiap-tiap hari, mungkin juga tidak mampu bayar tambang van maka anak-anak akan dihantar tinggal di asrama. Hanya pulang ke rumah pada hujung minggu.

Cuba kita bayangkan adik-adik kita ataupun anak saudara kita sendiri seawal umur 7 tahun dah berdikari tinggal di asrama, basuh baju sendiri dan menguruskan diri dengan sendiri. Mungkin kita di Semenanjung tiada yang mengalami nasib begini. Kalau ada pun tak setabah mereka. Masa kecik dulu mungkin mak yang siapkan kita sebelum ke sekolah. Sikatkan rambut, isikan air dalam botol air, abah pula akan menghantar ke sekolah, ambil bila pulang dari sekolah dan sebagainya. Sebelum pergi sekolah kita dah dibekalkan dengan bekalan makanan ataupun duit belanja. Berlainan dengan anak-anak luar bandar di Sarawak ni. Mereka tidak dibekalkan duit belanja. Mereka makan di dewan makan sekolah hasil daripada duit bantuan kerajaan.

Semua ini membawa keinsafan kepada diri aku sendiri. Ditambah pula dengan cerita Cikgu Lazarus (GPK1) beberapa hari lepas tentang seorang murid kami yang memakai kasut sekolah yang tapaknya sudah hampir tercabut. Baru aku tau kisahnya yang ditinggalkan oleh bapa. Kemudian ibu pula berkahwin lain dan membiarkannya tinggal bersama saudara-mara tanpa bantuan nafkah sedikit pun. Patutlah bila aku mengajar Pendidikan Moral bertajuk Keluarga Bahagia, dia kelihatan seperti kesedihan. Kemudian Cikgu Lazarus juga menceritakan kesusahan hidupnya semasa kecil.

Cikgu Lazarus (CL) : Saya dulu pun miskin Ha. Lebih miskin daripada budak-budak sekolah ni. Tapi saya tak pernah takda pensil dan buku semasa di dalam kelas.

Aku                         : Cikgu ada duit beli tu semua? Mana cikgu dapat?

CL                          : Saya besyukur saya ni murid yang pandai semasa sekolah. Tiap-tiap tahun dapat hadiah. Jadi memang saya tak pernah beli buku dgn pensil itu semua. Saya gunakan saja hadiah yang saya dapat. Nak beli gula-gula pun saya tak mampu Ha. Kalau teringin nak makan gula-gula saya terpaksa kutip botol dulu. Dah dapat 4 biji botol, saya jual, baru dapat 4 sen. Dapatlah beli gula-gula 4 biji.

Aku                         : Ohhh... (insaf... insaf..)

Sedih pun ada bila dengar cerita Cikgu Lazarus. Mulalah aku terfikir tentang tentang betapa bertuahnya aku.


Aku sedih tengok orang lain susah. Aku tak pernah hidup susah macam mereka. Alhamdulillah.. Aku bersyukur dapat kasih sayang dan belaian yang sewajarnya ketika di zaman kanak-kanak. Aku bersyukur walaupun aku anak sulung, aku tak perlu korbankan hidup aku untuk bantu adik-adik aku yang lain. Aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang sangat pentingkan pendidikan dan ilmu. Aku bersyukur dilahirkan sebagai anak mak dan arwah abah di mana kedua-duanya adalah guru.

Walaupun arwah abah aku pergi ketika itu umur aku baru nak mencecah 19 tahun, sedang belajar di matrikulasi pada masa tu. Masa tu hampir nak menduduki peperiksaan akhir plak tu, dah la amik subjek susah Fizik, Kimia n Biologi tapi aku masih mampu dapat keputusan yang bagus. Lepas tu dapat plak masuk ke UTM Skudai. Sama dengan adik aku yang lelaki, cuma lain fakulti. Aku di Fakulti Sains, manakala dia di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, degree in electric n electrical engineering. Aku bersyukur aku tak perlu meminjam dengan PTPTN (kawan2 aku yg amik ni panggil PTPtipu... hahahaha..). Result matrikulasi melayakkan aku mendapat tajaan biasiswa dari JPA. Begitu juga adik aku yang lelaki. Result SPM die hebat, sebab tu dapat masuk U awal, lepas SPM (ekspress MARA). Dia pulak dapat tajaan MARA. Jadi kami tak berhutang dengan mana-mana agensi. Sekarang ni adik yang lelaki ni sedang sambung master di USM Penang dalam bidang elektronik juga, aku pun tak ingat dah nama course tu, complicated gila. Biarkan lah, dia memang minat dalam bidang reka cipta cip ni. Kalau dia tunjuk kat aku litar cip tu, aku memang pening la.

Begitu juga dengan adik aku yang ketiga, Syaza. Result SPM pun power gak.. Masuk matrikulasi sebulan je pastu dapat tawaran tajaan Kementerian Pelajaran untuk program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke universiti terkemuka di UK. Balik-balik memang jadi guru la sebab tajaan KPM. Sapa taknak belajar di UK kan? So dia buat A-Level di INTEC Uitm selama 2 tahun, then buat degree Biologi di Universiti of Leeds, UK selama 3 tahun. Dapatlah aku, mak dan adik melancong ke sana selama 2 minggu tahun lepas. Sekarang ni dia sedang praktikum di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah. Bakal posting bulan Ogos ni kot.. Yang jeles sangat tu, dia dah jelajah seluruh Eropah. Huhu.

Then adik aku yang keempat plak, Hajar Izzati. Result SPM bagus gak. Sekarang ni kat Uitm Shah Alam dah nak abis Tahun 2. Dia ambil Sains Komputer. Dia ni sorang la berhutang dengan kerajaan Negeri Sembilan sebab ambil pinjaman Yayasan Negeri Sembilan (takda interest). Kihkihkih.. Yang aku tabik sangat kat adik aku ni, tahun lepas lecturer dia suruh masuk pertandingan menulis esei berkenaan Program Komputer Untuk Menyelesaikan Masalah Sosial di Kalangan Remaja. Esei in English la sebab itu pertandingan worldwide. Habislah dengan aku, abg n kakak dia yang sorang tu kena menyumbang idea untuk esei. Akhirnya bulan Oktober tahun lepas dia bagitau aku yang dia menang bagi ketegori perempuan dalam Malaysia. Kategori lelaki pula dimenangi oleh seorang budak Cina dari MMU. Hanya dua pemenang sahaja yang terpilih mewakili setiap negara. Hadiahnya? Seminggu ke Geneva, Switzerland untuk menghadiri ITU Telecom World 2009. Flight, makan dan tempat tinggal semua ditanggung! Sapa nak bagi weiii? Seminggu dia di sana, aku kirim t-shirt swiss je dan balik tu aku hanya dapat tengok gambar2 dan mendengar cerita tentang pertemuan dia dengan pakar-pakar bidang komputer dan IT seluruh dunia. Pengalaman yang tidak dapat dijual beli.

Adik aku yang terakhir pulak, bakal jururawat. Yang seorang ni lain skit la sebab anak bongsu. Hehe. Sekarang dia sedang mengikuti Diploma Kejururawatan di Kolej Jururawat, Melaka. Ada jugalah nanti orang yang dapat menjaga aku ketika sakit. Kenapa pilih jururawat? Sebab pekerjaan dah terjamin lepas habis belajar nanti, dan semasa belajar pun dah dibayar gaji. So takyah pening-pening nak cari kerja lepas ni. Confirm dah kerja kerajaan. Tidak berhutang, tu yang paling penting.

Kesimpulannya, hidup kami hampir sempurna. Aku bersyukur tidak hidup melarat. Aku bersyukur diberi peluang melihat tempat orang yang membawa seribu keinsafan kepada diriku akhirnya. Pengalaman itu mematangkan kita. Tanpa seorang lelaki bernama BAPA tidak pernah mematahkan semangat kami adik-beradik. Malahan kami lebih bersungguh-sungguh kerana terhutang budi dengan mak yang merupakan satu-satunya tempat kami bergantung. Kami nak gembirakan mak. Kami tak mahu menyusahkan dia. Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan kami sekeluarga.

2 comments:

AZIZAN & HAFIZAH said...

aku plak sedih baca citer budak2 iban tu...

Anonymous said...

Cikgu, Sibu di kawal oleh Barisan Nasional, Barisan Nasional yang sama dengan Barisan Nasional di Putrajaya. Bukan semua Cina kaya raya. Buka semua Melayu miskin. Tengok UMNO, semua kaya raya. Itu Melayu pun party. Sebagai pendidik, awak harus lebih objektif.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...