Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
pregnancy

Monday, April 05, 2010

Apa yang anda tahu tentang Good Friday? Easter Monday?

Kebanyakan sekolah di Sarawak cuti dari hari Jumaat sehingga hari ini, Isnin. Jumaat adalah kerana sambutan Good Friday. Hari ini adalah kerana Easter Monday. Macam kat oversea plak. Hehe. Apa itu Good Friday? Baik sangat ke Jumaat tu? Aku jelaskan sikit. Melalui pembacaan aku dan apa yang aku faham, masyarakat Kristian seluruh dunia yang masih kuat pegangan agama, mereka akan menyambut Easter Sunday. Easter Sunday itu adalah hari memperingati Jesus Christ mereka disalib. Jumaat di mana sebelum Easter Sunday itu pula digelar Good Friday. Hari Jumaat itu mereka anggap hari suci bagi mereka, jadi kebanyakan mereka yang taat akan berpuasa mengikut agama mereka. Itu sedikit sebanyak yang aku tau.

Di kalangan orang Iban, apa yang aku tau sepanjang aku tinggal berhampiran rumah panjang pada tahun lepas, pada hari Good Friday mereka akan melawat kubur saudara-mara dan ahli keluarga di samping membersihkan kubur. Disebabkan perasaan ingin tahu dan excited di tahap yang membuak-buak, aku telah pergi mengikut mereka ke kubur pada tahun lepas. Scary pun ada jugak tapi disebabkan pengalaman sekali seumur hidup yang mungkin tidak dapat dikecapi lagi pada masa akan datang, aku, Kak Farah dan Kak Che telah menyahut cabaran untuk mengikut Lia and family. Kenapa aku kata cabaran? Sebabnya, ia memang sesuatu yang mencabar. Ini yang aku nak ceritakan kali ini.

10 April 2009, pagi-pagi gelap lagi aku dah bangun, dengan hujan yang renyai2, kami bertiga gagahi juga memakai life jacket dan naik bot meredah air sungai yang pada masa itu memang tersangat dalam kerana King Tide. Perjalanan mengambil masa dalam 45 minit, tempat yang dituju sangat-sangat misteri bagi aku. Setelah melalui sungai yang besar, luas kami menempuh pula kawasan sempit melalui hutan paya belukar, pokok menutupi kiri, kanan dan atas kepala kami. Perjalanan memang sukar, kadang kala bot tersekat di dahan dan akar-akar pokok di dalam sungai. Sampai di satu tebing, mula la kami nampak bot-bot orang kampung dah bersusun-susun 'parking'. Kami yang sampai agak lewat ni terpaksa melangkah satu persatu bot yang bersusun itu. Payah bukan kepalang. Nak terbalik pun ada. Kalau terbalik memang jatuh ke dalam sungai yang dalam yang aku pun tak berapa pasti kemungkinan ada wujudnya buaya. Huhuhu. Tapi Alhamdulillah, dengan bantuan anak-anak murid kami berjaya sampai ke tebing sungai.

Mula-mula aku ingat dekat situ je kubur keluarga mereka, rupa-rupanya tidak. Kami terpaksa berjalan lagi ke dalam hutan, meredah semak-samun yang baru ditebas dalam keadaan hujan yang sekejap turun lebat dan sekajap berhenti. Aku kesejukan dah waktu tu. Baju dah basah. Life jacket ketika naik bot tadi pun tak ditanggalkan. Bila masuk hutan ni, satu benda je yang aku risau, PACAT! Nasib baik takde... Jalan punya jalan, akhirnya sampailah ke satu kawasan yang agak meriah dipenuhi dengan orang kampung yang kebanyakannya aku kenali. Kebanyakan mereka ibu bapa anak-anak murid aku juga. Barulah aku nampak kubur-kubur mereka dan aktiviti-aktiviti mereka kat sana. Memang menarik dan pelik, belum pernah aku tengok kat mana-mana. Boleh masuk Misteri Nusantara. Itulah yang dikatakan pengalaman.. Walaupun kita berlainan agama dan budaya, janganlah kita memperlekehkan amalan orang. Sebaik-baiknya kita cuba memahami budaya mereka, maka kita juga akan lebih menghargai budaya dan agama kita.

Syukur Alhamdulillah Islam itu mudah dan tidak menyusahkan umatnya...

 Bersiap-siap nak naik bot.

 Perjalanan kami memang seronok...

 Melangkah bot-bot orang lain untuk sampai ke tebing sungai.

 Upacara mereka di kubur.



2 comments:

AZIZAN & HAFIZAH said...

wahh..menarik2...bestnye dapat lalui pengalaman camtuh.....cam best je kalau suami isteri dapat keje sana kan...(berangan plak..)...

Unknown said...

Bangga sebab tidak semua orang dari Semenanjung yang boleh buat macam itu. Terima kasih kerana sudi belajar agama lain. Cikgu ni kalau pergi mana-mana tempat di Sabah dan Swk tentu diterima oleh masyarakat setempat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...