Cuti seminggu aritu mcm2 aktiviti aku kat umah. Yang paling byk aktiviti mkn2. Hehe. 28hb ptg aku ikut mak, uwan n sedara2 g antar Pak Uda Faizul gi nikah. Esoknyer plak kenduri kat umah pengantin pompuan tp aku tak gi. Aku byk gi lepak2 kat umah uwan aku, borak2 n jumpa sepupu2 serta anak sedara aku. Isnin 30hb kenduri kat umah pihak lelaki, yg ni barula sedara-mara aku ramai pegi. Ptg lps abis kenduri aku dgn mak n adik2 aku datang bertandang kat umah uwan lg, borak2 lg. Hehe. itu yg seronoknyer biler satu family sblh mak aku balik kg, mmg seronok tak terkata. Mcm2 karenah boleh dilihat, byk citer yg nak dikongsi.
Selasa 31 hb, semua family belah mak aku termasuk uwan, pakcik makcik, sepupu2 dan anak sedara seramai 6 org pegi berkelah kat Jeram Tengkek. Sumer2 nye 1 van dan 4 kereta. Haha... Seronok sgt2 sbb dpt pergi ramai2. Dah lame kitorg tak buat reunion ramai2 camni, klu tak dulu2 mase masing2 kecik lg, kitorg selalu berkelah dan bermalam kat Port Dickson pastu mlm2 kuar tangkap ikan n pastu wat barbeku... Mmg seronok. Kat air terjun pu best, aku dgn sepupu2 yg lain sume dah besar2 so byk bende yg kitorg sekepala. Hehe. Berkelah bagai nak rak! Makcik2 aku bawak makanan byk sungguh! Siap termos tu tak tahan... Org lain takde yg bawak beiyer cam kitorg. Hehe.
Rabu 1 hb gi Seremban antar Baby balik Taiping tp lps tu shopping utk sorang adik aku yg nak masuk skolah teknik. aku pun tumpang sekaki ler.. Khamis duk umah, kuar pun g Bahau jer n pasar malam dkt dgn umah. Jumaat 3 hb aku dgn 3 org adik aku gi Mid Valley. Jalan sakan sampai ptg. Shopping pun sakan gak. Bkn aku la, tp Saza. Hehe... Sbnrnyer dua2 pun sama jer... Sabtu lepak kat umah, kemas2 utk balik UTM. Pd Ahad balik ke UTM... Fuhhh!!!