Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 08, 2010

Spongebob itu keju!

Pada suatu hari di dalam kelas Sains Tahun 3, cikgu masuk ke topic baru iaitu “Absorption”. Cikgu menerangkan makna perkataan absorption dalam Bahasa Melayu iaitu ‘penyerapan’. Sampai ke satu tahap, murid-murid diperkenalkan kepada istilah “absorbent” dan “non-absorbent”. Kemudian, sampai pula kepada perkataan “sponge”. Ikuti kisah benar ini..



Cikgu: What is sponge? (sejurus bertanya, berebut-rebut murid yang menjawab)

Murid-murid: Saya tau, cikgu. Span!

Cikgu: Very good… (cikgu pun menyambung pertanyaan). Kamu semua selalu tak tengok kartun Spongebob?

Murid-murid: Selalu ,cikgu. (seorang murid menambah lagi…) Yang kawan dia bintang tu kan cikgu?

Cikgu: Patrick tu bukan bintang la… Ok2.. Takpe.. Kamu tau tak Spongebob tu sebenarnya apa?

Dengan confidentnya seorang murid menjawab, “Spongebob tu keju!!!!”. Hahahahahhahaha… Kat situ jugak aku gelak. Murid-murid yang lain pun pelik.

Cikgu: Hey, Spongebob tu bukan keju tau…!!! Kenapa kamu kata dia keju?


Murid yang confident tadi menjawab, “Sebab saya tengok dia memang macam keju!”.




Kesimpulannya, aku berharap murid-murid dapatlah kaitkan perkataan “sponge” itu dalam “Spongebob” walaupun hakikat sebenarnya Spongebob itu bukanlah span yang macam di dapur kita tu.. Ia adalah sejenis hidupan di laut yang dipanggil 'sea sponge', walaupun dalam kartun tu dia menyerupai 'kitchen sponge'. Rupa-rupanya selama ni mereka semua menganggap bahawa SPONGEBOB ITU KEJU. Aku yakin ramai kanak-kanak di luar sana pun beranggapan begitu… Lawak2… Hahahahaha… At least aku dah memperbetulkan tanggapan mereka yang salah selama ini.. Hehe.

Sunday, July 04, 2010

takde orang yg mati sbb banyak baca buku!




Haha. Ini adalah stok novel yang baru dibeli baru-baru ni selepas balik bercuti selama 3 minggu. Bekalan untuk dibaca sepanjang 2 bulan lebih tak balik semenanjung. Bagus jugak jadi cikgu ni, bila takda kelas je, aku boleh baca buku. Sememangnya hidup aku penuh dengan buku-buku. Tak akan pernah habis. Syukur Alhamdulillah, Allah kurniakan aku minat membaca tak kira apa bahan sekali pun. Paling-paling kurang pun aku akan baca eksiklopedia kat pusat sumber sekolah kalau takda buku cerita yang best. Jika tak pun, paling kurang wajib beli majalah dan surat khabar (Berita Harian semestinya!).

Kalau dibuat kira-kira, memang beratus-ratus aku habiskan dalam sebulan untuk beli bahan bacaan. Aku tak kisah itu semua. Kepuasan yg paling penting dan jugak ilmu yg bermanfaat. Kadang-kadang aku bawak novel ni bila masuk ke kelas. Anak-anak murid ramai juga yg bertanya. "Buku apa yang kamu baca tu cikgu?". "Best ke cerita tu cikgu?". Tak kurang juga yg bertanya macam ni, "Wahh.. Mahalnya buku cikgu beli. Kenapa cikgu beli juga?". "Cikgu paham ke baca Bahasa Inggeris?". "Kenapa cikgu suka baca buku yang tebal-tebal?". Hehehe.. Tak terlayan dengan soalan budak-budak ni. Harapan aku cuma satu je, semoga ia menjadi contoh yang baik kepada anak-anak murid aku. Mesej paling penting ialah tabiat membaca. Aku penah cakap kat diorg, "TAKDE ORANG YANG MATI SEBAB BANYAK BACA BUKU!". Orang yg malas membaca tu la yg rugi besar. Aku penah baca blog seseorang, dia citer pasal seorang tua di Perancis yang hidup biasa2 je, tak penah pun kuar dari tempat dia. Tapi bila penulis blog tu citer pasal Malaysia, dia tau macam-macam. Orang tua tu kata, "Aku mungkin takde duit nak melancong ke bermacam-macam tempat seperti kau, tapi aku masih mampu membeli buku-buku. Melalui buku-buku itulah aku melancong.". See! Orang yg banyak tengok tv pun blom tentu tau kat mana letaknya Malaysia.

Sekarang aku sedang baca 'The Last Song' oleh Nicholas Sparks. Hampir nak habis dah pun.. Nanti bila habis aku akan update pasal citer ni. Boleh je aku Google pasal buku ni, tapi taknak la, aku nak rasa sendiri sampai meleleh air mata. Citer ni sedih... Huhuhu...



p/s: Zaman universiti aku dulu, duit JPA banyak jugak abis ke majalah-majalah hiburan luar negara seperti Smash Hits, Top Of The Pop, MAX, Lime etc.. Betapa gila nyer aku waktu tu.. Huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...