Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 08, 2010

Spongebob itu keju!

Pada suatu hari di dalam kelas Sains Tahun 3, cikgu masuk ke topic baru iaitu “Absorption”. Cikgu menerangkan makna perkataan absorption dalam Bahasa Melayu iaitu ‘penyerapan’. Sampai ke satu tahap, murid-murid diperkenalkan kepada istilah “absorbent” dan “non-absorbent”. Kemudian, sampai pula kepada perkataan “sponge”. Ikuti kisah benar ini..



Cikgu: What is sponge? (sejurus bertanya, berebut-rebut murid yang menjawab)

Murid-murid: Saya tau, cikgu. Span!

Cikgu: Very good… (cikgu pun menyambung pertanyaan). Kamu semua selalu tak tengok kartun Spongebob?

Murid-murid: Selalu ,cikgu. (seorang murid menambah lagi…) Yang kawan dia bintang tu kan cikgu?

Cikgu: Patrick tu bukan bintang la… Ok2.. Takpe.. Kamu tau tak Spongebob tu sebenarnya apa?

Dengan confidentnya seorang murid menjawab, “Spongebob tu keju!!!!”. Hahahahahhahaha… Kat situ jugak aku gelak. Murid-murid yang lain pun pelik.

Cikgu: Hey, Spongebob tu bukan keju tau…!!! Kenapa kamu kata dia keju?


Murid yang confident tadi menjawab, “Sebab saya tengok dia memang macam keju!”.




Kesimpulannya, aku berharap murid-murid dapatlah kaitkan perkataan “sponge” itu dalam “Spongebob” walaupun hakikat sebenarnya Spongebob itu bukanlah span yang macam di dapur kita tu.. Ia adalah sejenis hidupan di laut yang dipanggil 'sea sponge', walaupun dalam kartun tu dia menyerupai 'kitchen sponge'. Rupa-rupanya selama ni mereka semua menganggap bahawa SPONGEBOB ITU KEJU. Aku yakin ramai kanak-kanak di luar sana pun beranggapan begitu… Lawak2… Hahahahaha… At least aku dah memperbetulkan tanggapan mereka yang salah selama ini.. Hehe.

Sunday, July 04, 2010

takde orang yg mati sbb banyak baca buku!




Haha. Ini adalah stok novel yang baru dibeli baru-baru ni selepas balik bercuti selama 3 minggu. Bekalan untuk dibaca sepanjang 2 bulan lebih tak balik semenanjung. Bagus jugak jadi cikgu ni, bila takda kelas je, aku boleh baca buku. Sememangnya hidup aku penuh dengan buku-buku. Tak akan pernah habis. Syukur Alhamdulillah, Allah kurniakan aku minat membaca tak kira apa bahan sekali pun. Paling-paling kurang pun aku akan baca eksiklopedia kat pusat sumber sekolah kalau takda buku cerita yang best. Jika tak pun, paling kurang wajib beli majalah dan surat khabar (Berita Harian semestinya!).

Kalau dibuat kira-kira, memang beratus-ratus aku habiskan dalam sebulan untuk beli bahan bacaan. Aku tak kisah itu semua. Kepuasan yg paling penting dan jugak ilmu yg bermanfaat. Kadang-kadang aku bawak novel ni bila masuk ke kelas. Anak-anak murid ramai juga yg bertanya. "Buku apa yang kamu baca tu cikgu?". "Best ke cerita tu cikgu?". Tak kurang juga yg bertanya macam ni, "Wahh.. Mahalnya buku cikgu beli. Kenapa cikgu beli juga?". "Cikgu paham ke baca Bahasa Inggeris?". "Kenapa cikgu suka baca buku yang tebal-tebal?". Hehehe.. Tak terlayan dengan soalan budak-budak ni. Harapan aku cuma satu je, semoga ia menjadi contoh yang baik kepada anak-anak murid aku. Mesej paling penting ialah tabiat membaca. Aku penah cakap kat diorg, "TAKDE ORANG YANG MATI SEBAB BANYAK BACA BUKU!". Orang yg malas membaca tu la yg rugi besar. Aku penah baca blog seseorang, dia citer pasal seorang tua di Perancis yang hidup biasa2 je, tak penah pun kuar dari tempat dia. Tapi bila penulis blog tu citer pasal Malaysia, dia tau macam-macam. Orang tua tu kata, "Aku mungkin takde duit nak melancong ke bermacam-macam tempat seperti kau, tapi aku masih mampu membeli buku-buku. Melalui buku-buku itulah aku melancong.". See! Orang yg banyak tengok tv pun blom tentu tau kat mana letaknya Malaysia.

Sekarang aku sedang baca 'The Last Song' oleh Nicholas Sparks. Hampir nak habis dah pun.. Nanti bila habis aku akan update pasal citer ni. Boleh je aku Google pasal buku ni, tapi taknak la, aku nak rasa sendiri sampai meleleh air mata. Citer ni sedih... Huhuhu...



p/s: Zaman universiti aku dulu, duit JPA banyak jugak abis ke majalah-majalah hiburan luar negara seperti Smash Hits, Top Of The Pop, MAX, Lime etc.. Betapa gila nyer aku waktu tu.. Huhu..

Wednesday, June 30, 2010

honeymoon

Terpikir gak sejak akhir-akhir. Ni gara-gara si Fizah la ni. Dia yg bertanya kat aku pasal ni waktu aku tengah cuti sekolah aritu. Huhu. Jangan marah, Fizah. The truth is, aku tak terpikir nak pegi ke mana... Any idea?


Ke mana yer????


 Blurrrr....

Monday, June 21, 2010

anger in YOU.. yes, YOU!

Anger is a result of fear,

A result of heartache and tears.

Anger causes pain,

Which in the end will remain.



Hidden in the past,

It all came out last.

For waiting to long,

Would cause the suffering to go on.



And in the end,

Hopefully all the anger will be gone,

And forgiving would be granted.

 
 
 
 
p/s: being angry won't solve anything you know!

Saturday, June 19, 2010

putih suci bersih

Alza Advance Version. Tempahan yg dibuat ketika cuti bulan Mac yg lalu baru sahaja diterima. Itupun setelah aku sms si Fazly (wakil Perodua) tu setiap hari tanya pasal ni. Akhirnya dapat jugak aku merasa sebelum balik ke Sarawak. Rata jugaklah aku dah drive. Baru 4 hari dapat, dah lebih 500 km aku redah. KL n Shah Alam pun dah masuk. Hahaha.. Nombor plat NCJ 7909. Nombor tu sebagai tanda penghargaan kepada seseorang yg sangat penting.

Thursday, June 17, 2010

laptop rosak

Salam semua..

Maaf sebab dah lama tak update. Menyepi seribu bahasa. Laptop rosak. Taklah kronik sampai hilang semua data, tapi agak dikatakan kronik la juga sebab aku tak dapat nak lihat apa-apa pada skrin. Kesimpulannya, SKRIN ROSAK! Nak ganti yang baru, akan makan duit dalam RM 800, so aku decide utk beli yang baru. Cuti kat rumah aku minta belas kasihan adik-adik utk guna laptop diorg utk online. Kesian jugakla aku time takde laptop. Bosan nak kena pinjam brg org. Aku ni bkn jenis yg suka pinjam2 ni. Akhirnya aku beli je la...


Bukan laptop, tetapi NETBOOK. Lebih kecil, ringan, mudah dibawa ke mana-mana, bateri tahan lebih 5-6 jam dan yg paling best, harga lebih murah daripada laptop. Laptop aku yg lama ada lagi kat rumah, sape nak beli sila contact aku yer.. Tapi hard disk dah takde, adik aku dah amik utk ganti dengan hard disk PS3 dia yg dah rosak. Semua data-data dalam tu dapat diselamatkan, aku pindahkan semuanya ke dalam external aku yg sebesar 500 gig. Taktau la nak buat ape dengan external sebesar tu... Letak movie banyak2 pun tak luak lagi space. Jom tengok netbook aku yg baru. Lenovo S10-3.


Ini je yg termampu... Bajet ciput je, bawah RM1500. Huhuhu..


Sunday, May 09, 2010

I will always love you... Happy Mother's Day.

My mother and I at the London Eye, London last year.



My Mother

Who fed me from her gentle breast


And hushed me in her arms to rest,

And on my cheek sweet kisses prest?

My mother.

When sleep forsook my open eye,

Who was it sung sweet lullaby

And rocked me that I should not cry?

My mother.

Who sat and watched my infant head

When sleeping in my cradle bed,

And tears of sweet affection shed?

My mother.

When pain and sickness made me cry,

Who gazed upon my heavy eye

And wept, for fear that I should die?

My mother.

Who ran to help me when I fell

And would some pretty story tell,

Or kiss the part to make it well?

My mother.

Who taught my infant lips to pray,

To love God's holy word and day,

And walk in wisdom's pleasant way?

My mother.

And can I ever cease to be

Affectionate and kind to thee

Who wast so very kind to me,-

My mother

Oh no, the thought I cannot bear;

And if God please my life to spare

I hope I shall reward thy care,

My mother.

When thou art feeble, old and gray,

My healthy arm shall be thy stay,

And I will soothe thy pains away,

My mother

Ans when I see thee hang thy head,

'Twill be my turn to watch thy bed,

And tears of sweet affection shed,-

My mother.

 
During my degree convocation, 4 years ago.


Thursday, May 06, 2010

engkabang


Adakah anda tahu apakah benda ini? Benda ke? Hehe. Entahla... Special. Hanya di Sarawak. Tempat lain takleh dapat. Orang semenanjung mesti tak penah tengok kan? Oklah, aku bagitau. Inilah dia ENGKABANG! "Butter Sarawak".

Pernah dengar? Para guru di Sarawak agak familliar dengan nama engkabang ni. Kerana 'engkabang.net' la kan... Website rujukan guru-guru di Sarawak. Hehehe.. Tapi ni bukan website. Ia sejenis makanan yang berasal dari buah engkabang. Juga buah yang hanya terdapat di Sarawak. Buah engkabang itu tadi ditumbuk halus kemudian dibuat bentuk sedemikian rupa dan diletakkan di dalam buluh. Cara nak buatnya pun agak payah dan disebabkan itulah engkabang ini jarang sangat nak dijumpai. Sebab jarang jumpa, nak beli pun takda harapan la..

Macam mana pulak cara nak makan? Caranya, tenyeh-tenyehkan engkabang ini ke atas nasi yang masih panas. Hasilnya, nasi anda akan menjadi lebih sedap seperti disapu dengan mentega.Unikkan?? Engkabang yang aku pegang ni diberi oleh Cikgu Josephine (dia pun dapat sebab ada orang yang beri) semalam untuk jamuan makan tengah hari di sekolah sempena dengan kedatangan nazir ko-kurikulum ke sekolah. Nazir datang, kenalah jamu yang istimewa. So, benda baru yang aku jumpa semalam, ENGKABANG.

Monday, May 03, 2010

budak-budak mayuh alasan!

*mayuh bererti banyak dalam bahasa Iban.


Kelas Tahun 3

Cikgu: Jacky, dah siap belum pembetulan Sains?

Jacky: (Dengan selambanya dia menjawab).. Belum, cikgu. Takda buku...

Cikgu: Dah bulan berapa dah ni, masih tak ada buku lagi? Dah berapa banyak pembetulan ujian kamu tak buat!!! (marah giler!!!)

Tiba-tiba kedengaran suara di belakang...

Angela: Jacky tidak mahu beli buku, cikgu. Dia tak nak buat kerja rumah....

Jacky: (menjeling Angela...)

Cikgu: Siap kamu Jacky! (kemarahan membuak-buak, tapi cuba bersabar). Baik... Cikgu bagi buku, kamu siapkan kerja dari awal tahun yang masih kamu belum buat. (padan muka ko!)




Kelas Tahun 4


Cikgu: Ha! Kamu  lagi Douglas! Mana pembetulan ujian Sains minggu lepas?

Douglas: Tinggal, cikgu.

Cikgu: Tinggal ke.... atau kamu memang tak buat? Kamu jangan nak tipu cikgu.... Cakap betul-betul, siap ke tidak?

Douglas: (sambil tersengih-sengih menjawab...) Tak, cikgu.

Cikgu: OOOOO... Pandai nak tipu cikgu ye.... Kamu jangan ingat cikgu tak tau yang kamu takda buku... Suka sangat hilang buku, tak pandai langsung jaga barang. Lepas ni kalau kamu hilangkan buku yang cikgu bagi, jaga kamu! Cikgu pulas telinga tu sampai putus!


Kesimpulannya, dah tak sanggup dengar macam-macam alasan berkaitan buku, aku bagi free je la buku kat diorang ni. Buatlah korang pembetulan kertas Sains aku, ulang 3 kali!!!! Tu belum lagi aku sakit jiwa ajar topik "Measurements". Arggghhhh!!!!

Sunday, May 02, 2010

gangguan seksual

Korang ada baca surat khabar Mingguan Malaysia hari ini? Ada satu artikel berkaitan gangguan seksual di dalam pengangkutan awam. Kawan kepada penulis tu naik komuter yang sangat sesak ke Mid Valley. Semasa di dalam komuter itulah kawan dia digesel oleh seorang lelaki daripada belakang. Lelaki tu keluarkan 'barang' dia dan geselkan pada badan kawan tu. Bayangkan dalam komuter? Ambil kesempatanlah sebab orang lain tak nampak. Betul-betul gila punya lelaki. Seronok ke buat macam tu?

Itu satu hal. Aku ingat cerita kawan aku yang seorang ni. Dia penah terkena lebih kurang macam tu jugak, tapi bukan dalam tren, komuter, LRT atau monorail tapi di dalam bas di KL. Dah lama la benda ni berlaku, zaman dia study dulu. Dia cerita yang dia naik bas yang sesak, tapi masih dapat duduk di sebuah tempat duduk yang di tepi laluan tu. Bas penuh sesak, jadi ramailah yang berdiri. So, ada seorang lelaki ni yang berdiri dekat tempat kawan aku ni duduk. Apa dia buat nak tau? Dia menggeselkan 'barang' dia yang sedang mengeras dalam seluar dia tu kat peha kawan aku tu. Dari kiri ke kanan. Maklumlah tempat duduk dalam bas tu tinggi, jadi memang sedang elok je paras peha kawan aku tu dengan 'barang' dia. Memang gila seks betul la... Ni mesti kerja orang asing la ni. Kebanyakannya la... Huh! Tempat sunyi boleh kena rogol. Tempat sesak plak boleh dapat 'touch n go'.

Jadi, bila KTM buat tren khas untuk wanita baru-baru ni, aku sangat-sangat bersetuju. Sebab nak mengelakkan benda-benda macam ni la.. Nak elakkan diri kami wanita ni daripada diganggu secara seksual oleh orang lelaki yang terdesak dan suka mengambil kesempatan di tempat-tempat awam. Aku biasa sangat naik komuter bila nak ke KL. Memang terlalu sesak bila waktu puncak. Sampai tersepit kat celah-celah ketiak orang lelaki. Kadang-kadang risau juga tak pasal-pasal dapat sexual harassment. Pernah jugak aku naik komuter bertiga dengan adik-adik aku. Tapi sebab terlalu sesak dan berebut-rebut, terpaksa lepaskan sorang adik aku naik dulu. Kami berdua menyusul selepas tu. Kesian jugak tengok dia tersepit di kalangan orang lelaki. Tapi nak buat macam mana... Dengan adanya gerabak khas ni, aku harap keselamatan kami yang wanita ni akan lebih terjamin.

Bila bercakap tentang ni, aku teringat waktu aku sekolah rendah dulu, darjah 6, naik bas sorang-sorang pegi dan balik dari tuisyen. Suatu hari ni aku nak balik ke rumah la, dalam bas ada seorang lelaki yang dah agak berumur duduk sebelah aku. Aku ni duduk tepi tingkap, jadi dia duduk la sebelah tu. Bila bas dah gerak, aku terasa ada jari yang cucuk-cucuk badan aku. Aku tengok la pakcik tu. Dia duduk selamba je berpeluk tubuh. Bila aku berpaling ke arah lain, aku rasa lagi badan aku kena cucuk. Aku dapat rasakan yang mesti tangan pakcik tu sentuh aku. Aku tak sedap hati, dah la budak-budak lagi time tu, tapi nasib baik la fikiran ni bijak. Aku terus bangun dan duduk kat tempat duduk yang betul-betul belakang driver bas. Hahaha. Sejak daripada tu, bila naik bas, tempat first yang aku aim mesti yang belakang driver. Itu yang paling selamat. Apa-apa jadi aku boleh cakap terus kat driver. Dan satu lagi, aku tak akan duduk di tepi tingkap.

Enough!

Friday, April 30, 2010

finally done with Twenties Girl


Finally, I have finished reading this book yesterday. Hahaha. I bought the book last year, but I started to read it on March this year after a novel by Cecilia Ahern. What took me so long? Hehe. Because I only read it when I was free in school. Little by little... and done! Great story! Worth my RM 79.90.

What this book is about? It is about a twenty-something girl Lara Lington who gets visited by a spirit of her great-aunt Sadie. The spirit came into her life when she was attending the funeral of her 105 years old great-aunt. Her great-aunt Sadie has one last request before she can proceed to another world - Lara must find her missing necklace. The necklace is very special to Sadie because it had been in Sadie possession for more than seventy-five years. The journey of Lara and Sadie make a hilarious sparring duo as the mission to find the necklace leads Lara to a new romance. At the beginning, Lara hates to have Sadie in her life. Imagine that other people perspectives when they saw you talking to the air. Haha. That's happened to Lara. But as everything goes day by day, Lara gets along really well with Sadie and Sadie helped her a lot with her company, and made Lara dumped her stupid ex-boyfriend, Josh. At the end, Lara found out the person who was responsible to the lost of Sadie's necklace and sold the old painting of Sadie to the London Potraits Gallery that worth millions nowdays. Another great storyline by Sophie Kinsella.

p/s: I dropped a couple of tears when Lara was about to put the necklace back to her great-aunt Sadie's remains. Powerful bonds of friendship between both of them eventhough they are "twenties" girl came from different set of time.. (melelah air mata kat bilik guru dan kelas. sedih mengenangkan perpisahan mereka. hehe..)


Thursday, April 22, 2010

genap 7 bulan...

We have been engaged for 7 months.

Wow! Pejam celik, pejam celik, hari ini dah genap 7 bulan kami bertunang. Masa berlalu dengan begitu pantas. Umur pun makin meningkat, memang dah patut sangat berkahwin tahun ni. Kalau tunggu lama-lama makin expired pulak. Cik abang aku pernah cakap dulu, "orang perempuan kalau dah masuk umur 27 tu, dah dekat-dekat nak dapat 'title lain' dah tu.."Hehe. Aku tak mahu title tu. Huhu. Seronok tengok kawan-kawan sekolah, kolej, universiti, maktab dan tempat kerja (sekolah) dah ada anak-anak. 'Anak-anak' ok? Bukan 'anak' dah tu... Aku? Bayang pun belum nampak. Tambah pulak dengan 'gerun' nak beranak. Anak tekak dengan anak rambut tu ada la. Hehe.

Sudah 7 bulan kami bertunang, tetapi dah lebih 2 tahun setengah kami berkawan. Boleh dikatakan sepanjang lebih 2 tahun setengah tu, hubungan kami aman damai, tak pernah bergaduh. Kadang-kadang kami ni pelik bila dengar pasangan lain yang selalu bergaduh. Yang kami ni macam takde point apa-apa nak gaduh. Kesian kan? Hehe. Begitulah... Mungkin sebab umur masing-masing yang membuatkan kami berfikir dengan matang. Bukan budak-budak lagi nak gaduh pasal benda-benda yang tak masuk dek akal. Bagi aku, itulah kelebihan memilih pasangan yang lebih tua dari kita. Bila kita ni terganggu dalam bab-bab emosi, dialah yang menjadi penenang. Bila kita dalam keadaan marah, dia masih lagi cool. Bila kita membebel macam-macam, dia masih lagi bersabar. Bila kita berfikiran kebudak-budakan, dia masih lagi boleh melayan. Syukur alhamdulillah aku ada dia. Walaupun kami jauh (kadang-kadang tu bila jumpa balik hujung tahun, segan balik macam awal-awal kenal tu yang tak tahan.. hahaha..) kami masih boleh berkomunikasi dengan baik. Bila dapat gayut memang makan masa hampir 2 jam gak la paling sekejap. Tapi bila dekat, internet yang lebih banyak memainkan peranan sebagai medium perantara. Bagi aku, jarak tu bukan penghalang, yang penting komunikasi. Kalau dekat pun tapi jarang bercakap, jarang berkongsi cerita, tak berkongsi masalah, banyak berahsia dan sebagainya tak guna juga.. Kadang-kadang asik mmengadap muka pun naik menyampah juga, sebab tu start gaduh macam-macam hal remeh-temeh. Baik lagi yang jauh, kumpul rindu banyak-banyak, takda masa nak gaduh.

Cik abang kat tengah laut belum dapat baca post ni so boleh la aku cerita macam-macam.. Hehe. Dalam seminggu lebih lagi dia timbul, mati aku kena komen. Hahaha.. Lantakla cik abang ku sayang.. Memang kamu tu pembaca blog saya sejak dahulu lagi.. So, tak segan pun.. Hehe. Abang, thanks for everything. I love you so much!

Sunday, April 18, 2010

memories


Inilah hasil kerja sepanjang Sabtu. Hehe. Rasa best plak tengok gambar ni. Boleh nampak perubahan dari dulu sehingga sekarang. Tapi slack ar... Gambar-gambar semasa belajar di UTM Skudai banyak yang dah stuck dalam cpu zaman aku study dulu. Dan cpu tu sekarang DAH TAKLEH ON. Huh! Banyak harta karun aku dalam tu yang aku takleh nak access. Gambar-gambar aku enjoy di universiti, gambar jalan-jalan di zaman study, lagu-lagu yang aku download setiap hari (kat bilik ada internet access 24 jam so keja aku mendownload je la..), koleksi video klip, anime dan yang paling best cerita Desperate Housewives season awal-awal pun dalam tu. Assignment dan tesis zaman dulu pun ada dalam tu. Huhuhuhu... Sayangnyaaaaaa.... Tak sempat nak transfer ke laptop, sebab busy sangat time kat maktab. Balik-balik rumah je tengok cpu dah mampus. Cpu tu jugak la aku usung zaman kat utm dulu. Hardisk dia tu dah terer aku bukak and pasang. Hehe. Mesti zaman sekarang ramai yang dah taktau pasang desktop or explore cpu kan? Maklumlah zaman laptop and netbook dah sekarang ni. Bila rosak memang taktau nak betulkan apa. Kalau dulu, cpu buat hal, mula la aku cabut and pasang semula benda-benda dalam tu. Hahaahha... Aku dah merasa itu semua... Hidup ini memang banyak pengalaman...

Oh ye, jom kita sedekahkan Al-Fatihah buat Achik Spin yang meninggal dunia akibat accident kat lebuhraya LEKAS petang semalam. Semoga beliau ditempatkan di sisi orang yang beriman dan beramal soleh. Tersentak juga dengan berita ni. Adik aku si Hazwani Nadiah memang minat lagu Paling Comel dan juga arwah. Aku sampai pernah belikan adik aku CD filem Diari Romeo lakonan Achik Spin. Lagu tu jugak yang popular semasa aku di UTM. Mana taknya, aku yang tak berapa nak dengar lagu or radio Melayu ni pun tau sebab kawan aku Kak Emi peminat setia lagu tu. Apa nak buat, ajal dan maut di tangan tuhan. Kita yang masih hidup ni beringatlah ketika memandu. Termasuklah diri aku jugak. Hehe.

 

Oklah, sudah pukul 7 pagi. Aku mahu jemur baju. Well, today I woke up at 3 in the morning. Chat dengan Cik Abang tersayang yang baru habis kerja, pastu main game dan update blog.. Bahagianya hidupku.. Alhamdulillah..

Ok guys, see you later.. Bubbye...


Saturday, April 17, 2010

good and bad

Syukur dah sampai ke hujung minggu. Minggu ini aku rasa sangat busy dan memenatkan. Ada perkara best dan tak best yang berlaku.

Pertama sekali, sejak minggu lepas hingga ke hari Rabu, kami cikgu-cikgu di SK Sungai Menyan bertungkus-lumus melengkapkan apa yang patut kerana pihak nazir dari Kuching nak datang ke sekolah kami untuk memantau perlaksanaan Ko-kurikulum (KK). Sedia punya sedia, takda pun nazir tu datang Rabu lepas. Kami pun buat KK macam biasa. Kelab bola jaring aku pulak, baru je main 5 minit, hujan pun turun, itu adalah petanda yang menyuruh kami pulang ke rumah. Hehee..

Di samping kesibukan melengkapkan fail-fail dan laporan itu semua, satu benda yang aku buat hal Isnin tu. Siang Isnin baru perasan. Sebenarnya malam Ahad tu lagi dah mula ada problem (Cik abang call, aku tekan-tekan butang call tu tapi phone still berbunyi, last-last aku jawab dengan tekan butang pada handsfree. Mesti dia pelik lama betul nak tunggu aku angkat. Haha.) Ok, back to the story. Balik sekolah Isnin tu aku nak check kredit, tekan punya tekan phone SE aku yang guna nombor maxis, takda apa-apa kesan pun. Try pulak buka menu pastu tekan butang merah, sama jugak tak dapat kembali ke muka depan. Aku pun mula la bengang... Geram..

Keesokan harinya, nak reply sms. Taip laju-laju mestila ada typing error kan? Bila nak erase apa yang aku tulis, bila aku tekan butang C, cursor kat sms tu statik je kat tempat yg sama. Huarggghhh!!!!! Lepas satu, satu lagi masalah timbul. Pastu plak butang shorcut pun kadang-kadang problem jugak. Kadang-kadang ok. Pandai pulak dia ikut mood. Aku ni yang takda mood. So bila orang sms, aku takda mood nak reply guna phone SE ni. Nasib baik aku still pakai jugak nokia aku yang lama tu untuk nombor celcom, so aku tukar je simkad. Huhu. Dalam kepala ni dah berkira-kira nak beli phone yang baru. Dah terbayang-bayang BlackBerry Bold. Tapi gerun gak la.. Bukan tak mampu, memang la mampu, tapi lepas beli kena kurangkan belanja kat benda-benda lain. Huhu. Lagipun tahun ni takda pun aku bajet nak tukar handphone baru walaupun orang lain berlumba-lumba tukar ke iphone or BB. Aku ni bajet untuk kawin je.. Lepas ni dah mula nak bayar kereta pulak. Kesian aku... Ada tak orang yang berhati mulia nak hadiahkan aku BB ek? Hehee... Malam tadi mengadu pada cik abang pasal ni, dia kata, "Beli je la handphone baru, duit gaji kan ada.." Wahh.. Cakap memang senang. Hmm... Minggu depan gaji lagi.

Bosan dah fikir pasal handphone. Ni cerita yang best plak. Minggu ni jugak aku shopping online. Sabtu dan Ahad minggu lepas aku leka tengok baju-baju kat sini. Geram takleh tahan, akhirnya aku sambar 4 pasang. Tadaaaa...! Semalam baju-baju dah sampai ke tangan mak aku. Hihihi.. Aku beli tapi pos ke rumah. Bukan ke rumah la actually, guna alamat sekolah mak sebab takda siapa nak terima parcel kat rumah. So balik cuti nanti boleh la melaram baju baru.. Nak ke mana? Bukan dating pun.. Huhu.. Kesian kat aku ni. Siapa-siapa yang free 28 Mei-20 Jun nanti, boleh je ajak aku jalan-jalan. Aku memang suka.. Hehe. Bestnya perasaan lepas membeli sesuatu yang baru. Takda rasa bersalah pun.. Hahaha..

Minggu ni jugak datang ke sekolah dengan melaram heels hitam 2 inci yang baru. Dah lama nak pakai sejak bawak dari semenanjung lepas cuti Tahun Baru Cina yang lalu, tapi malas nak pakai. Sayang nak pakai sebab aku beli mahal. Akhirnya aku pakai juga.. Lepas ni kalau rosak beli baru je la..

So now it's Saturday morning guys...!!!  I already woke up at 4.30 a.m and start reading my favourite blogs on the net. For the past 2 days, I'm addicted to one blog belongs to a girl.  Girl? She is 23 years old lar.. All I can say is, she is so lucky!

Alright guys. I have to go now.. See you later... Bubbye...!

Friday, April 09, 2010

tubuh badan

Kenapa aku nak bercerita tentang bab sensitif ni plak ek? Sensitif ke? Sensitif jugak la.. Orang perempuan memang mementingkan bab ini. Ok, back to the topic. Aku nak cerita sebab aku tengok kawan-kawan aku di facebook ramai yang mementingkan susuk tubuh masing-masing termasuklah aku. Yelah.. Aku ngaku, sekarang ni memang aku amik kira tentang badan aku. Saat genting ok? Ada kawan aku ni nak sangat jadi gemuk sebab dia terlalu kurus. Tapi yang dah biasa berisi macam aku ni dah semestinyalah nak lebih kurus.

Berapa ukuran badan yang ideal bagi korang? 36-24-36? Perfect! Aku pun nak macam tu jugak la... Huhuhu. Tapi sekarang jauh betul daripada tu.. Berapa ukuran badan aku sekarang? Oklah, aku reveal kan.. Aku baru ukur minggu lepas. Hahaha... 34-26-38. Aduhhh... Bahagian punggung sangat besar. Begitu juga bahagian peha yang berisi. Tak suka betul la.. Inilah yang terjadi gara-gara aku hidup sendiri, makan sendiri. Sejak kat maktab dah mula makan tak teratur ikut suka hati je. Sebab bila study akan tension, so bila tension kena la makan. Bila hujung tahun, "haaa, amik kau!". Aku suka cuti lama duduk kat rumah. Bila kat rumah aku tak makan. Banyak benda lebih menarik selain daripada makan. Biasanya sehari tu sekali je aku makan, itupun lunch pukul 5 petang. Hahahah..

Bukannya aku tak suka dengan badan aku ni ok? Ada yang aku suka. Aku bersyukur sangat Allah dah beri aku ketinggian yang lebih daripada orang lain. Bila tinggi, lambat skit la nak nampak gemuk. Tapi dah tinggi pun pakai sandal or kasut tumit tinggi jugak lagi.. Hehe. Masih tak cukup tinggi ke? Dulu mak aku selalu bising bila aku beli kasut yang terlalu tinggi. Tapi lama-lama mak aku pun dah lali kot... Aku suka sandal or kasut yang bertumit tinggi skit sebab, bila kita pakai kasut or tumit yang tinggi ni, peha and punggung akan lebih menarik. Cuba la korang try.. Mesti ada perbezaan. Tapi ada orang tak biasa pakai tinggi-tinggi. Aku ok je jalan jauh-jauh dengan sandal bertumit tapi jangan la carik nahas pakai sampai 5 inci tu.. Nanti sakit pinggang plak yang dapat.

Aku suka bahu aku yang dah sedia terletak. Kalau buat baju kurung, taknak  letak span pun ok. Tapi inilah manusia, tak pernah cukup. Bila buat baju kurung or kebaya mesti wajib jugak letak span. Rasa tak sempurna bila baju takde span. Hehe. Untuk lebih realistik, aku nakkan semula body seperti sebelum aku belajar kat maktab. Waktu tu aku rasa memang dah perfect dah, dengan berat 53kg. Huhu. Aku taknaklah terlalu kurus sampai takda bentuk... Perempuan mestilah ada bentuk-bentuk yang tertentu, dah wajib. Kalau kureng nanti nampak macam lelaki plak, tak best jugak. Takkanlah dada nak flat je.. Or punggung terlalu kecik takde isi. Kesian plak kat laki aku nanti. Hahahahah... Cukuplah sekadar mengecilkan sedikit peha dan punggung yang besar ni. Dan juga lemak-lemak di perut. Aduh, malunyer... Hehe..

Apa caranya nak mencapai target? Bukan main2 ni... Dah 3 bulan lebih aku tak makan malam ni wei... Makan tengah hari lepas balik sekolah pun jarang bila kat sekolah aku dah makan nasi pagi tu. Boleh dikatakan sekarang ni sekali je makan nasi dalam sehari or TAKDE langsung nasi. Tiap-tiap hari Rabu kalau ada ko-kurikulum kat sekolah, aku mesti nak main bola jaring dengan anak murid yang semestinya lebih laju dan lincah. Ini menggalakkan aku berlari dan mengeluarkan peluh. Kadang-kadang tu main tak smpai pun 30 minit, tapi disebabkan kelincahan budak2 ni, letihnya macam main lama pulak. Tu yang seronok. Budak-budak pun mestilah suka cikgu main skali dalam team diorang.. Minggu depan aku nak ajak budak2 ni lari keliling padang pulak. Hahahahhah...

Dapat yang macam ni pun dah ok..

Yang ni pun... Huhuhu...


Monday, April 05, 2010

Apa yang anda tahu tentang Good Friday? Easter Monday?

Kebanyakan sekolah di Sarawak cuti dari hari Jumaat sehingga hari ini, Isnin. Jumaat adalah kerana sambutan Good Friday. Hari ini adalah kerana Easter Monday. Macam kat oversea plak. Hehe. Apa itu Good Friday? Baik sangat ke Jumaat tu? Aku jelaskan sikit. Melalui pembacaan aku dan apa yang aku faham, masyarakat Kristian seluruh dunia yang masih kuat pegangan agama, mereka akan menyambut Easter Sunday. Easter Sunday itu adalah hari memperingati Jesus Christ mereka disalib. Jumaat di mana sebelum Easter Sunday itu pula digelar Good Friday. Hari Jumaat itu mereka anggap hari suci bagi mereka, jadi kebanyakan mereka yang taat akan berpuasa mengikut agama mereka. Itu sedikit sebanyak yang aku tau.

Di kalangan orang Iban, apa yang aku tau sepanjang aku tinggal berhampiran rumah panjang pada tahun lepas, pada hari Good Friday mereka akan melawat kubur saudara-mara dan ahli keluarga di samping membersihkan kubur. Disebabkan perasaan ingin tahu dan excited di tahap yang membuak-buak, aku telah pergi mengikut mereka ke kubur pada tahun lepas. Scary pun ada jugak tapi disebabkan pengalaman sekali seumur hidup yang mungkin tidak dapat dikecapi lagi pada masa akan datang, aku, Kak Farah dan Kak Che telah menyahut cabaran untuk mengikut Lia and family. Kenapa aku kata cabaran? Sebabnya, ia memang sesuatu yang mencabar. Ini yang aku nak ceritakan kali ini.

10 April 2009, pagi-pagi gelap lagi aku dah bangun, dengan hujan yang renyai2, kami bertiga gagahi juga memakai life jacket dan naik bot meredah air sungai yang pada masa itu memang tersangat dalam kerana King Tide. Perjalanan mengambil masa dalam 45 minit, tempat yang dituju sangat-sangat misteri bagi aku. Setelah melalui sungai yang besar, luas kami menempuh pula kawasan sempit melalui hutan paya belukar, pokok menutupi kiri, kanan dan atas kepala kami. Perjalanan memang sukar, kadang kala bot tersekat di dahan dan akar-akar pokok di dalam sungai. Sampai di satu tebing, mula la kami nampak bot-bot orang kampung dah bersusun-susun 'parking'. Kami yang sampai agak lewat ni terpaksa melangkah satu persatu bot yang bersusun itu. Payah bukan kepalang. Nak terbalik pun ada. Kalau terbalik memang jatuh ke dalam sungai yang dalam yang aku pun tak berapa pasti kemungkinan ada wujudnya buaya. Huhuhu. Tapi Alhamdulillah, dengan bantuan anak-anak murid kami berjaya sampai ke tebing sungai.

Mula-mula aku ingat dekat situ je kubur keluarga mereka, rupa-rupanya tidak. Kami terpaksa berjalan lagi ke dalam hutan, meredah semak-samun yang baru ditebas dalam keadaan hujan yang sekejap turun lebat dan sekajap berhenti. Aku kesejukan dah waktu tu. Baju dah basah. Life jacket ketika naik bot tadi pun tak ditanggalkan. Bila masuk hutan ni, satu benda je yang aku risau, PACAT! Nasib baik takde... Jalan punya jalan, akhirnya sampailah ke satu kawasan yang agak meriah dipenuhi dengan orang kampung yang kebanyakannya aku kenali. Kebanyakan mereka ibu bapa anak-anak murid aku juga. Barulah aku nampak kubur-kubur mereka dan aktiviti-aktiviti mereka kat sana. Memang menarik dan pelik, belum pernah aku tengok kat mana-mana. Boleh masuk Misteri Nusantara. Itulah yang dikatakan pengalaman.. Walaupun kita berlainan agama dan budaya, janganlah kita memperlekehkan amalan orang. Sebaik-baiknya kita cuba memahami budaya mereka, maka kita juga akan lebih menghargai budaya dan agama kita.

Syukur Alhamdulillah Islam itu mudah dan tidak menyusahkan umatnya...

 Bersiap-siap nak naik bot.

 Perjalanan kami memang seronok...

 Melangkah bot-bot orang lain untuk sampai ke tebing sungai.

 Upacara mereka di kubur.



Sunday, March 28, 2010

aku juga banyak pengalaman tengok bola kat kedai mamak

Sepupu-sepupu yang lelaki bercakap pasal bola. Kawan-kawan lelaki di universiti dulu pun bercakap pasal bola. Kawan-kawan di facebook pun cerita bola juga. Semuanya bola. Gaduh pun pasal bola. Aku? Aku dah tak amik tau pasal bola. Era itu sudah berlalu. Aku dapat tunang yang langsung tak berminat dengan bola.

Sungguh berbeza pada zaman aku di UTM Skudai dulu. Dahulu aku suka ikut member-member lelaki keluar menonton bola di skrin besar di kedai-kedai mamak sekitar Taman Universiti, Skudai. Masalahnya bukan tengok di siang hari ok? Ada ke EPL siang hari? Hehe. Biasanya aku keluar pukul 2 pagi. Kawan-kawan yang perempuan dah nyenyak tidur, tapi aku ni setia menemani member. Hahaha.

Kat UTM dulu, kawan-kawan perempuan yang aku betul2 rapat ialah Kak Emi, Fizah dan Liyana. Yang lain tu, kami ni suka berkawan dan lebih rapat dengan lelaki. Masalahnya kawan-kawan lelaki tu bukannya dari course kami sendiri. Sangat berbeza fakulti kami ni. Biasanya budak2 engineering, tak pun Science Comp. Ntahla, bagi aku, orang lelaki ni sempoi. Tak berkira. Tak mudah amik hati. Berfikian terbuka, open dalam semua benda. Kalau bergurau pun memang sangat kasar. Itu yang aku suka. Kalau perempuan, hati sangat lembut, susah skit nak jaga.

So, disebabkan ramai kawan2 lelaki, makan malam aku pun bersama dengan mereka ni la. Kadang2 tu aku dengan Fizah je perempuan, yang lain semua lelaki. Seronok ok? Hehe. Aku rindu zaman itu. Disebabkan orang lelaki minat bola, aku yang tak minat ni pun sentiasa update dengan bola sebab mendengar cerita dari diorang ni. Aku jugak la menjadi mangsa untuk menemani mereka menonton bola pagi2 buta. Biasanya waktu makan malam diorang ni dah inform aku yang pagi nanti ada bola. Nanti pukul 2 pagi camtu diorag sms aku mintak aku tunggu diorang amik kat blok kolej kediaman. Biasanya aku sorang je perempuan yang ikut, Fizah tak minat. Then apabila diorang sampai, kami pun pergi naik kereta diorang. Bila lalu kat pak guard, cakap je keluar tengok bola. Biasanya kami tengok kat Restoran Aliff sambil2 pekena teh tarik n roti canai. Penah sekali aku ikut diorg ni tengok bola, aku satu-satunya perempuan kat situ. Segan giler time tu. Restoran Aliff tu biasanya penuh dengan student UTM lelaki kalau ada match EPL. Kalau ada perempuan pun yang menemani pakwe diorang je.. Yang aku ni bukan teman pakwe ye, semua tu kawan-kawan rapat aku. Teman makan dan melepak. Nasib baik kawan-kawan aku tu pandai cover aku, tak bagi kena kacau. Huhuhu.  Ada sebab budak lelaki suka ajak aku tengok bola. Diorang cakap aku ni suka menjawab kalau diorang cerita bola, so biler tengok bola tu, kami ni boleh bertikam lidah. Memang la aku suka melawan, diorang selalu mengutuk orang yang aku minat. Aku ni memang minat yang muka hensem dan cute je. Macam Cristiano Ronaldo tu la.. Kalau tengok Arsenal, ada gak budak cute, Van Persie. Hehe. Memang tiap2 team aku cari yg menarik je atas padang tu. Kahkahkah... Orang lelaki lak tengok bola mesti nak mengutuk, sakit telinga aku. Tapi layankan aje.. Bila gol lagi la bingit telinga ni. Alah bisa, tegal biasa. Bila dah hari-hari ikut, dah paham sangat dah perangai peminat bola... Then abis bola biasanya nak dekat Subuh, selamba jugak la lalu kat pintu gerbang UTM tu nak balik kolej. Kadang-kadang pak guard tahan kitorang yang suka keluar malam ni. Kalau kena tahan, kena la stop dulu scan barcode matric card, maka masuklah dalam sistem UTM muka-muka yang balik lewat. Haahahaha... Tapi kalau nasib baik pak guard tanya, jawab je la baru balik tengok bola. Hehe.

Aku rindu masa dahulu. Zaman menjadi student kat UTM memang tersangatlah seronok. Part yang best sebab tiap2 hari kuar merayap. Hampir setiap malam melepak di Danga Bay. Kemudian meronda seluruh JB sampai ke Stulang. Tapi satu je tempat tak penah sampai waktu tu, Singapore. Pasport takde maa time tu. Kalau ada pasport la, aku rase mau abis duit biasiswa aku untuk berjalan sahaja. Hahaha. Tu belum lagi aku bukak cerita ketagihan main bowling setiap malam waktu tu.. Dengan geng-geng ADAM juga...

Ini cerita aku. Jangan pelik kalau aku senang rapat dengan lelaki. Sejak tahun 2002 sampai sekarang pun aku masih ada seorang teman rapat lelaki di sms. Bukan tunang tersayang, tunang aku ni aku kenal tahun 2007.

Oklah, takde elektrik plak ni... Gelap gelita. Mau mandi. Hujan plak lebat di luar sana, nasib baik...

Friday, March 26, 2010

seribu keinsafan

Semenjak aku mengajar kat Sarawak ni, banyak susah perit hidup yang telah aku lihat. Aku bukan mengajar di bandar Sibu yang sememangnya dikuasai oleh golongan Cina, mereka memang kaya raya, rumah banglo macam istana besar tak hengat.. Tetapi aku mengajar di luar bandar Sibu di mana semua anak murid adalah berbangsa Iban dan beragama Kristian. Mereka tinggal di rumah panjang. Hidup sederhana cukup makan dan pakai. Tapi ramai juga yang dihimpit kemiskinan. Rumah mereka dengan sekolah kadang-kadang tu taklah jauh, tapi sebab mereka ni tak ada kenderaan nak berulang-alik tiap-tiap hari, mungkin juga tidak mampu bayar tambang van maka anak-anak akan dihantar tinggal di asrama. Hanya pulang ke rumah pada hujung minggu.

Cuba kita bayangkan adik-adik kita ataupun anak saudara kita sendiri seawal umur 7 tahun dah berdikari tinggal di asrama, basuh baju sendiri dan menguruskan diri dengan sendiri. Mungkin kita di Semenanjung tiada yang mengalami nasib begini. Kalau ada pun tak setabah mereka. Masa kecik dulu mungkin mak yang siapkan kita sebelum ke sekolah. Sikatkan rambut, isikan air dalam botol air, abah pula akan menghantar ke sekolah, ambil bila pulang dari sekolah dan sebagainya. Sebelum pergi sekolah kita dah dibekalkan dengan bekalan makanan ataupun duit belanja. Berlainan dengan anak-anak luar bandar di Sarawak ni. Mereka tidak dibekalkan duit belanja. Mereka makan di dewan makan sekolah hasil daripada duit bantuan kerajaan.

Semua ini membawa keinsafan kepada diri aku sendiri. Ditambah pula dengan cerita Cikgu Lazarus (GPK1) beberapa hari lepas tentang seorang murid kami yang memakai kasut sekolah yang tapaknya sudah hampir tercabut. Baru aku tau kisahnya yang ditinggalkan oleh bapa. Kemudian ibu pula berkahwin lain dan membiarkannya tinggal bersama saudara-mara tanpa bantuan nafkah sedikit pun. Patutlah bila aku mengajar Pendidikan Moral bertajuk Keluarga Bahagia, dia kelihatan seperti kesedihan. Kemudian Cikgu Lazarus juga menceritakan kesusahan hidupnya semasa kecil.

Cikgu Lazarus (CL) : Saya dulu pun miskin Ha. Lebih miskin daripada budak-budak sekolah ni. Tapi saya tak pernah takda pensil dan buku semasa di dalam kelas.

Aku                         : Cikgu ada duit beli tu semua? Mana cikgu dapat?

CL                          : Saya besyukur saya ni murid yang pandai semasa sekolah. Tiap-tiap tahun dapat hadiah. Jadi memang saya tak pernah beli buku dgn pensil itu semua. Saya gunakan saja hadiah yang saya dapat. Nak beli gula-gula pun saya tak mampu Ha. Kalau teringin nak makan gula-gula saya terpaksa kutip botol dulu. Dah dapat 4 biji botol, saya jual, baru dapat 4 sen. Dapatlah beli gula-gula 4 biji.

Aku                         : Ohhh... (insaf... insaf..)

Sedih pun ada bila dengar cerita Cikgu Lazarus. Mulalah aku terfikir tentang tentang betapa bertuahnya aku.


Aku sedih tengok orang lain susah. Aku tak pernah hidup susah macam mereka. Alhamdulillah.. Aku bersyukur dapat kasih sayang dan belaian yang sewajarnya ketika di zaman kanak-kanak. Aku bersyukur walaupun aku anak sulung, aku tak perlu korbankan hidup aku untuk bantu adik-adik aku yang lain. Aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang sangat pentingkan pendidikan dan ilmu. Aku bersyukur dilahirkan sebagai anak mak dan arwah abah di mana kedua-duanya adalah guru.

Walaupun arwah abah aku pergi ketika itu umur aku baru nak mencecah 19 tahun, sedang belajar di matrikulasi pada masa tu. Masa tu hampir nak menduduki peperiksaan akhir plak tu, dah la amik subjek susah Fizik, Kimia n Biologi tapi aku masih mampu dapat keputusan yang bagus. Lepas tu dapat plak masuk ke UTM Skudai. Sama dengan adik aku yang lelaki, cuma lain fakulti. Aku di Fakulti Sains, manakala dia di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, degree in electric n electrical engineering. Aku bersyukur aku tak perlu meminjam dengan PTPTN (kawan2 aku yg amik ni panggil PTPtipu... hahahaha..). Result matrikulasi melayakkan aku mendapat tajaan biasiswa dari JPA. Begitu juga adik aku yang lelaki. Result SPM die hebat, sebab tu dapat masuk U awal, lepas SPM (ekspress MARA). Dia pulak dapat tajaan MARA. Jadi kami tak berhutang dengan mana-mana agensi. Sekarang ni adik yang lelaki ni sedang sambung master di USM Penang dalam bidang elektronik juga, aku pun tak ingat dah nama course tu, complicated gila. Biarkan lah, dia memang minat dalam bidang reka cipta cip ni. Kalau dia tunjuk kat aku litar cip tu, aku memang pening la.

Begitu juga dengan adik aku yang ketiga, Syaza. Result SPM pun power gak.. Masuk matrikulasi sebulan je pastu dapat tawaran tajaan Kementerian Pelajaran untuk program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke universiti terkemuka di UK. Balik-balik memang jadi guru la sebab tajaan KPM. Sapa taknak belajar di UK kan? So dia buat A-Level di INTEC Uitm selama 2 tahun, then buat degree Biologi di Universiti of Leeds, UK selama 3 tahun. Dapatlah aku, mak dan adik melancong ke sana selama 2 minggu tahun lepas. Sekarang ni dia sedang praktikum di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah. Bakal posting bulan Ogos ni kot.. Yang jeles sangat tu, dia dah jelajah seluruh Eropah. Huhu.

Then adik aku yang keempat plak, Hajar Izzati. Result SPM bagus gak. Sekarang ni kat Uitm Shah Alam dah nak abis Tahun 2. Dia ambil Sains Komputer. Dia ni sorang la berhutang dengan kerajaan Negeri Sembilan sebab ambil pinjaman Yayasan Negeri Sembilan (takda interest). Kihkihkih.. Yang aku tabik sangat kat adik aku ni, tahun lepas lecturer dia suruh masuk pertandingan menulis esei berkenaan Program Komputer Untuk Menyelesaikan Masalah Sosial di Kalangan Remaja. Esei in English la sebab itu pertandingan worldwide. Habislah dengan aku, abg n kakak dia yang sorang tu kena menyumbang idea untuk esei. Akhirnya bulan Oktober tahun lepas dia bagitau aku yang dia menang bagi ketegori perempuan dalam Malaysia. Kategori lelaki pula dimenangi oleh seorang budak Cina dari MMU. Hanya dua pemenang sahaja yang terpilih mewakili setiap negara. Hadiahnya? Seminggu ke Geneva, Switzerland untuk menghadiri ITU Telecom World 2009. Flight, makan dan tempat tinggal semua ditanggung! Sapa nak bagi weiii? Seminggu dia di sana, aku kirim t-shirt swiss je dan balik tu aku hanya dapat tengok gambar2 dan mendengar cerita tentang pertemuan dia dengan pakar-pakar bidang komputer dan IT seluruh dunia. Pengalaman yang tidak dapat dijual beli.

Adik aku yang terakhir pulak, bakal jururawat. Yang seorang ni lain skit la sebab anak bongsu. Hehe. Sekarang dia sedang mengikuti Diploma Kejururawatan di Kolej Jururawat, Melaka. Ada jugalah nanti orang yang dapat menjaga aku ketika sakit. Kenapa pilih jururawat? Sebab pekerjaan dah terjamin lepas habis belajar nanti, dan semasa belajar pun dah dibayar gaji. So takyah pening-pening nak cari kerja lepas ni. Confirm dah kerja kerajaan. Tidak berhutang, tu yang paling penting.

Kesimpulannya, hidup kami hampir sempurna. Aku bersyukur tidak hidup melarat. Aku bersyukur diberi peluang melihat tempat orang yang membawa seribu keinsafan kepada diriku akhirnya. Pengalaman itu mematangkan kita. Tanpa seorang lelaki bernama BAPA tidak pernah mematahkan semangat kami adik-beradik. Malahan kami lebih bersungguh-sungguh kerana terhutang budi dengan mak yang merupakan satu-satunya tempat kami bergantung. Kami nak gembirakan mak. Kami tak mahu menyusahkan dia. Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan kami sekeluarga.

Sunday, March 21, 2010

The End of The Week

Cuti aku kali ni tersangatlah full. Hampir setiap hari ada je benda nak kena buat dan aku sendiri tak lekat kat rumah. Nak kahwin punya pasal macam inilah jadinya. Terkejar sana sini, banyak guna otak berfikir, banyak guna tenaga dan paling tak tahan, BANYAK GUNA DUIT!

Turun je kapal terbang Jumaat lepas terus survey butik pengantin.Tapi alhamdulillah, pada petang Sabtu, aku berjaya mendapatkan khidmat Abg Din yg disyorkan oleh Mak Uda aku sendiri. Abg Din ni dah banyak berkhidmat dengan anak-anak saudara dan rakan-rakan makcik aku tu. Dia pun selalu jugak makeupkan personaliti TV3. So, aku rasa dia memang orang yang boleh dipercayai. Disebabkan makcik aku tu kawan baik dengan Abg Din ni, (diorg penah kerja di bank yang sama), so Abg Din cuba la buat yang terbaik untuk aku. Tarikh majlis aku tu pun sebenarnya Abg Din dah ada pelanggan lain, tapi Abg Din bagi tu kat member dia. Untuk aku, dia nak buatkan baju yang baru. Yang belum dipakai oleh orang lain, aku yang rasmikan. Kalau orang lain memang dia caj la sebab kena buat/jahit baju yang lain. Untuk aku dia kira harga biasa. Lagipun aku ambil khidmat dia untuk 3 majlis (nikah, bersanding dan majlis di rumah lelaki). Pelamin dan menghias bilik tidur pun aku serah kat dia. Malas aku nak pening-pening, dah la aku ni tak kreatif.

Untuk katering, Abg Din jugak syorkan Mirazy Catering. First impression sangat bagus. Mak aku call nak tanya berkenaan pakej catering dan lauk-pauk, terus je Big Boss diorg Dato' Mizi cakap nak datang bincang kat rumah petang tu jugak. Kami ni tunggu punya tunggu, akhirnya memang betul dia sampai kat rumah aku ni dengan orang2 kuat dia 3 orang plus isteri n cucu dia yang masih baby. Bayangkan la buat keputusan terus nak datang dari Batu Caves sana. Bincang punya bincang, kami pun setuju ambil pakej RM12 seorang tu. Dah tambah itu ini lebih skit je la.. Okla tu, nak banding katering tempat aku ni, RM16 seorang. Kalau 1000 tetamu tak ke RM16000 untuk makan? Beribu aku boleh jimat tu.. So, catering hari persandingan dah settle. Just hari nikah tu je belum, tapi memang nak amik katering jugakla.. Tak settle lagi menu apa nak jamu waktu petang tu nanti.

Bab2 kekemasan rumah takyah cakapla... Banyak nak kena buat ni. Nak repair dinding rumah, dinding bilik aku, pastu nak cat semua. Duit ohhhh duit... Untuk itu, 3 hari jugak la menyimpan barang2 masuk kotak and alihkan perabot2. Itupun yang terlalu berat tu tak dapat nak angkat. Huhu.

Ok, tu hal kahwin. Ada lagi satu yang makan duit jugak. Beli kereta. Tengah sibuk nak kahwin ni la aku nak beli kereta yer? Hahaha.. Nak buat macam mana, keperluan masa kini dan masa depan jugak kan... Sehari guna untuk survey and test drive. Esoknya terus aku datang tempah. Hehe. Cepat betul buat keputusan. Sebenarnya malas nak pikir lama-lama nanti makin bertambah serabut. Bayar duit tempah je memang la tak terasa sangat. Lepas ni keta sampai, "Hah, amik kau!!!!". Nampak gaya duit gaji akan berkurangan dengan banyak. Kalau sebelum ni aku dapat simpan 2K, lepas ni 1K lebih skit je la... Sedih2.... Tapi aku ni kan taat dan mendengar kata, orang mintak tolong so aku pun tersangatlah murah hati menolong. Hehe.. Dahla, perit je citer pasal duit ni. Aku nak kurangkan shopping. Aku akan simpan semua keinginan shopping aku untuk beli kat barang2 hantaran nanti.

Cukuplah tu imbasan perkara-perkara penting sepanjang seminggu bercuti ni. Petang nanti akan terbang ke Sibu semula. Sambung lagi memberi ilmu kepada anak-anak bangsa yang sangat suka pada cikgu diorg ni. Aku sangat diminati di sekolah itu ok.. Hehe. Satu perbezaan yang amat besar antara murid-murid di Semenanjung dan Sarawak, rasa hormat mereka terhadap guru.

Dahla. Aku mau tido. April Fool nanti aku nak isi borang tukar main2. Lokasi pertukaran? RAHSIA....

Thursday, March 18, 2010

check list!!!!!

Sebagai permulaan, inilah perkara-perkara yang dapat aku fikirkan buat masa ni. Banyak!!!!! Bila dah buat check list ni lagi bertambah gerun pulak. Ya Allah, permudahkanlah segalanya....


HANTARAN DIA


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Cukupla banyak tu kan? Nanti banyak pulak nak guna duit. Bulan Ogos baru nak shopping ok tak?

HANTARAN AKU

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Yang ni pun shopping bulan Ogos nanti je la... Kumpul duit lagi...

URUSAN PERNIKAHAN

1. Kursus Kahwin - untuk aku, dah booked 12 & 13 Jun cuti sekolah nanti. Yang lelaki aku taktau la dia nak amik lagi sekali ke tidak. Dia balik nanti pandai2 la..
2. Ujian HIV - belum.
3. Ambil Borang - belum.
4. Lengkap Borang (L) - belum.
5. Lengkap Borang (P) - belum.
6. Hantar - belum.



BATAL AIR SEMBAHYANG

1. Cincin je kot...



MAJLIS

1. Katil++ - belum! Selagi bilik belum cat tak dapat nak beli katil.
2. Kad Kahwin  - rasanya awal lagi ni...
3. Andaman - dah booked Abg Din untuk 3 majlis (nikah, kenduri belah perempuan, kenduri belah lelaki).
                    - dah bayar deposit.
4. Photography - maybe ambil sekali pakej dgn andaman, tak confirm lagi.. Kalau sekali dengan andaman, tambah RM2000 lagi.
5. P.A System - Mak nak amik sekali dengan kumpulan Cak Lempong. Semuanya termasuk sekali dengan muzik Cak Lempong, penyanyi, juruacara, silat dsb. Ramai taknak ada karaoke or nyanyi2, bingit telinga.
6. Catering - tengah survey lagi ni.. Pening dengan harga yg mahal.
7. Pakaian
- family - pikir2 dulu.. tengok kalau ada bajet lebih.
- pengapit - pikir2 dulu...
8. Rumah
- Belum kemas. Belum cat. Belum segalanya, serabut..
- CAT - minggu depan akan bermula proses membaiki rumah dan cat (dalam umah+bilik pengantin+luar rumah skit)
- LANGSIR BILIK PENGANTIN - lepas cat baru settlekan. Harap2 cuti bulan 6 nanti boleh settle.
- HIASAN - lepas kemas semua.



9. Doorgift + Etc

- bunga telur + telur - untuk bunga pahar. Masih survey..
- doorgift lain2? Hmmm.. Masih dalam proses berfikir. Nak bagi ape ek?



LAIN-LAIN

1. Penanda Arah - kemudian.
2. Guest List ~in progress~ Mak punya tetamu je dah 800 orang. Huhuhu... Belum aku punya lagi..
3. Banner & Bunting - kemudian jugak..
4. Bunga Manggar - Mintak tolong family2 buat kot nanti..
6. Pewangi bilik pengantin - Huh! Lain kali aku pikir la..
7. Kompang - tak payah dah ni.. Kalau Cak Lempong tu ada,t ak perlu kompang dah.

Ada apa lagi yang aku tak terfikir ek? Pening dah ni.... Sila komen or bagi cadangan yer... Thank you...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...