Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 29, 2007

bosanla..

Aku dah tinggal sorang kat umah, adik2 sume takde. Bosan giler.. Adik yang bongsu baru je bertolak g PLKN pagi tadi. Dah takde orang kat umah yang aku bleh sakat, gurau, marah n bebel. Hehehe. Mati kutu aku wei.. Sunyi sepi. Paling tak best tu, dah takde sape aku nak berebut barang cam tv ke, makan ke.. Tak best nyer...  Sebab itu semua dah jadi kebiasaan aku selama ni. Huhu. Nak buat macam mane kan, sumenye dah besar2. Suatu masa nanti masing2 akan amik haluan sendiri jugak. Lagi la mak aku ni, anak pompuan 4 orang, sorang je lelaki. Mak aku lepas ni pun akan tinggal sorang2 lepas aku masuk IPRM. Ada masa lagi la nak ajar mak aku survive duk sorang2. Macam2 nak kena ajar ni, kang aku takde, mak plak asik tepon aku tanye macam2. Hehe.



Friday, December 28, 2007

aktiviti hari ini!

Pagi2 tadi aku tinggal sorang kat umah. Mak aku awal2 lagi dah g sekolah, arini ada meeting sbb sekolah dah nak bukak. Tu yang sebelum2 ni banyak jugak la aku tolong mak siapkan macam2 dokumen utk meeting. Pastu dekat pukul 10 adik aku yg baru abis SPM tu plak siap2 nak kuar main bowling dgn kawan2 dia. Nak g enjoy last minute la tu, Sabtu ni dah nak g PLKN dah. Pukul 10.30 lebih kurang cepat2 dia kuar umah, kunci pintu n tunggu bas depan umah. Aku tinggal sorang so lepak minum n tgk tv kat dapur. Ada benda lawak berlaku lepas tu. Tak lama lepas tu adik aku balik jerit2 panggil aku suh bukak pintu. Aku bukak je la pintu, tak tanya pun apesal dia balik semula. Aku anggap dia tertinggal barang je la. Aku pun sambung balik tgk tv kat dapur. Lepas tu aku naik balik tengok adik aku tengah sedap duk depan komputer bertenet. "Hoi, apesal ko ada lagi kat sini! Pegila tunggu bas..", aku cakap kat dia. Adik aku pun jawab, "Lambat lagi, td org ingatkan dah pukul 11.30". Aku pun balas la balik, "Hahahaha.. Ko ni kenape? Dah tak reti tgk jam dah ke? Baru pukul 10.30 la..". Ntah ape2 la adik aku sorang ni. Dekat kul 11.30 lps tu baru la dia kuar tunggu bas semula. Tinggal la aku sorang kat umah. Sunyi sepi je umah, aku pun kuar check peti surat n amik paper. Tengok surat, takde lak surat arini. Masuk umah lepak je la baca paper kat ruang tamu. Tiba2 dgr lak bunyi kuat pokok bergoyang dr arah bilik aku. Amau pun jadi tak tentu arah. Aku tau, mesti ada benda tak kena. Aku tinjau dr tingkap bilik aku, nak tau ape aku nampak? Seekor monyet atas pokok betik kesayangan mak aku. Dah la tu pandang tepat kat aku yg tgh tengok dia. Aku jerit "Oiiii!", terus dia lari. Tak guna punya monyet, dia baru nak mula patah2 kan pucuk2 betik mak aku. Dah la betik tu tengah banyak buah baru blom masak, favourite aku lak tu, saje je simpan nak buat gulai. Nasib baik aku sempat halau. Mak aku balik je pukul 1.30 td, aku citer la pasal adik aku. Mak aku gelak je kate adik aku dah nyanyuk. Hahaha. Pastu aku citer pasal monyet lak, hangin plak mak aku. Hehe.






Pukul 2.30 ptg aku ikut mak aku ajak aku g sekolah dia, pasangkan printer kat ofis n tukar cartridge. Sebenarnya dr hari Selasa aritu lagi mak aku dah cakap, "Kak, esok petang jom g sekolah pasang printer". Aku dah ada program lain ler hari Rabu.. So aku jawab la, "Hehe.. Hari lainlah mak. Esok akak nak kuar berjalan". Mak aku paham ler tu.. So petang tadi lepas pasang printer, macam2 lagi hal yang aku kena buat. Betulkan itu ini, n menaip lagi. Tunggu pulak mak aku abis berborak dengan kerani dia. Macam2 btul citer, aku pun join skali gelak2. Hehe. Oh ye, setem hasil berjumlah RM 50 dah beli sebelum g ofis td. Mak aku la belikan. Hehe. Settle 1 hal. Balik ofis singgah kedai basuh kereta lak. Ni yang best ni, hehe. Dr sebelum raya lagi mak aku suh aku basuh kereta tu petang2. Tapi, aku ni kan petang2 je appointment dgn Spa Q, bila masa la plak aku nak basuh kereta. Haha. Nasib baik time raya aritu musim hujan, ulang-alik g umah Uwan pun asik meredah lecak kat halaman umah Uwan tu. So ada la kebaikan aku tak basuh kereta aritu. Tak la sakit hati aku tgk kereta tu redah lumpur sana-sini. Aku sakit ati tau kalau hasil penat aku dibalas camtu. Hehe. Sebenarnya mak aku g basuh Waja tu sebab esok pagi nak antar kereta tu g servis, mak kata malu la kat orang kedai servis proton tu nanti. Boleh ke camtu? Hahaha. Okla kan.. Kalau tidak, aku yang kena basuh n berus tayar yang berlumpur tu. Hehe.






Balik basuh kereta trus g umah Uwan lak, sebab tengah hari tadi Uwan aku tepon suh datang umah amik ikan sembilang. Camne aku nak pegi, kereta mak guna g sekolah. So, pegi dengan mak la. Balik umah Uwan singgah lak Pasar Malam. Beli makan malam la ape lagi, malas nak ke dapur. Balik umah masih blom terlewat aku layan Spa Q, tertinggal 10 minit awal je. Abis je aku tengok Spa Q, mak aku datang kat aku. "Kau nak tau Kak, pokok betik sebelah bilik kau tu abih dah kono kojo an... Rambutan yang mak balut kat belakang tu pun abih takdo tingga apo dah.. Pisang pun abih.. Monyet tu la tu..". Kuang asam punya monyet! Kitorang sume takde kat umah petang tadi, sedap2 dia balas dendam yer.. Siap la, esok pagi2 aku tunggu ko datang.



Thursday, December 27, 2007

things to do.. check list!

1. Salinan fotostat n pengesahan:



  • surat tawaran cetakan komputer.


  • IC


  • sijil kelahiran


  • ijazah n sijil SPM


  • surat pengiktirafan ijazah dr JPA


  • keputusan medical check-up


-----> tunggu sekolah bkk la ek, mggu dpn.. nanti suh mak mntk sain Guru Besar (ayah yati) je sahkan. hehe.



2. Beli 5 keping setem hasil RM 10.
-----> erm.. pjbt pos dekat je.. hehe.



3. Buat medical check-up n x-ray.
-----> borang medical check-up blom dpt lagi, cmne nak g hospital? ape doktor tu nak isi nanti? ish!



4. Gambar passport 10 keping.
-----> rasenye malas nak amik gambar baru. cuci je la kan yg aritu nye.. nnti la g kedai gambar, bawak cd je..



5. Duit yuran pendaftaran RM X00.00
-----> mak aku la kena byrkan..



6. Cari 2 penjamin n saksi.
-----> 1 penjamin tu mmg mak aku la. lagi 1 tak tau la sape.. dah takde org la..



7. Kemas barang2 keperluan.
-----> Aku kan dah bese duk asrama, bende2 ni ok je.. kejap je settle. hehe.



Kesimpulannya, satu ape pun tak settle lagi! Huhuhu... Surat oh surat... Cepatlah sampai.. Hmmm... Nampaknya aku kena tunggu pakcik posmen tiap2 hari.


And arini burn 1 episod Spa Q. Tak sempat tgk la, balik lewat skit je dr KL td. Nak tgk kat website tv3, tp diorg blom upload lagi episod terbaru. Bosan la, nak kena tunggu plak.



Sunday, December 23, 2007

update skit la..

Dah lama kan tak update? Mesti ada yang rindu nak baca. Hehe. Busy la, kan raya..





!9/12/2007
Hari ni lepak umah uwan bakat lemang n tunggu sedara mara aku balik. Lemang masak je mula la opearasi makan2. Tapi la kan, aku makan lemang 2 potong kecik je, sekali ni je, lepas tu tak lalu dah, muak. Best tunggu sedara mara balik kampung. Sampai ke tengah malam. Bila dah sampai mula la borak2 sampai tak sudah, tambah plak gelak ketawa ramai2, tu yang riuh rumah tu.





20/12/2007
Hari Raya. Kat sini macam biasa je, cuma orang pegi sembahyang raya je. Lepas tu sume lepak rumah. Rumah uwan aku meriah la, tiap2 kali waktu makan masak macam nak kenduri. Maklumlah ramai. Menu tengah hari tu gulai ikan sungai dalam daun. Macam2 jenis ikan, gulai dalam kawah besar. Ntah ape2 la masak pelik2 makcik2 aku. Adik beradik mak aku je yang berselera makan. Aku, adik2 aku n sepupu2 aku memang tak lalu la. Sume kate pelik. Kecuali sorang je, Kak Long. Haha. Sampai ada sepupu2 aku yang kuar g makan KFC sebab kat umah takde lauk. Tak pun makan je nasi himpit kuah kacang, rendang n lemang pagi tu. Hehe. Anak2 sedara aku yang blom tau ape2 belasah je la lauk tu.. Malam n petang tu dah ada 2 orang sepupu aku balik umah sebab nak keja esoknya.





21/12/2007
Hari ni pun kejenye asik masak je la.. Bergilir-gilir. Ada yang masak lauk2 kat dapur, ada jugak yang menggoreng kelapa satu kawah untuk buat kerisik kat luar. Masak kerisik tau2 je la.. Kena sentiasa nak jaga kalau tidak hangus. Masak pulak guna api kayu. Dah la kelapa sekawah, lenguh tangan nak kacau. Tambah pulak panas. Yang aku ni tiap2 kali datang elok2 wangi, balik umah asik bau asap je la, dah kejenye mengadap asap. Petang tu sepupu aku yang lelaki 2 orang tu Emi n Am duk pujuk sepupu aku Kak Long pegi main bowling amalm nanti. MIntak Kak Long blanja la kan, dah dia tu dulu banyak menang trofi main bowling. Tapi sekarang dah lama bersara la. Anak dah 4 orang. Hehe. Lepas pujuk Kak Long, diorang duk pujuk aku lak ajak join skali untuk meramaikan, dah tu tak cukup ahli. Akhirnya pujukan berjaya. Tapi tiba2 petang tu hujan lebat lebat so Kak Long kate tak jadi pegi. Lagipun dia kan tukang blanja, pastu driver gak, sebab nak pegi naik van dia. Hehe. Then hujan berhenti, so pujukan Emi n Am skali lagi menjadi. Sume pun siap2 la. Sebenarnya Kak Long aku tak tau yang halaman umah uwan aku tu bergenang dengan air paras buku lali. Banjir. Dah siap2 sume baru dia nampak. Hahaha. Dah tu nak wat cmne, dah siap2, so pegi jugak la. Si Am n Emi dukung sorang demi sorang anak2 Kak Long aku bawak naik van. Yelah, tak dukung nanti masing2 main air, dah elok siap lawa2 kan... Kak Long aku pun berdukung gak, dah jadi mak orang pun macam tu lagi perangai. Hehe. So lawan bowling malam tu Am yang menang. Takleh lawan la kan, tangan dia kuat, budak ragbi lagipun.. Kak Long aku pun kalah gak la, dah lama tak main. Aku pun sampai sakit2 tangan n kaki jugak. Dah setahun lebih aku tinggalkan bowling tu, kan dulu aku penah cakap, aku merajuk tak nak main dah sebab Syahril n Farhab duk sakat aku macam2. Hehe. Oh ye, anak2 sedara aku (anak2 Kak Long) rata merayap sambil kitorg main bowling. Asik hilang je. Ada pulak tu selamba je buat muka kesian mintak kacang kat orang. Hehe.





22/12/2007
Arini kurang sesi masak memasak kat umah uwan aku. Sebabnye sebelah umah tu ada kenduri. So, dapat la skit2 lauk kenduri. Takde bende nak buat sangat, keje aku tengok tv je la. Pastu terlelap. Kang terbangun trus g dapur carik makanan. Hehe.





23/12/2007
Arini sume sedara mara nak balik dah.. Sorang demi sorang balik n lastly tinggal la uwan aku sorang2. Kitorg pun takde makan tengah hari umah uwan aku la, balik umah sendiri  je masak.



Bape lama je lagi ni dapat duk umah. Lepas ni tinggal la Spa Q aku yang petang2 tu.. Aduh.. Hurmm.. Macam2 nak kena buat la. Fotostat itu ini, banyak lak tu salinan diorang nak. Gambar pasport lagi. Medical check up pun ntah biler nak buat. Malas btul la kalau bab2 nak kena buat x-ray.. Dah la sekarang ni asik cuti je.. Surat jawapan aku pos aritu ntah bila nak sampai ek..



Tuesday, December 18, 2007

syukur Alhamdulillah...





 

SUKACITA
            DIMAKLUMKAN ANDA BERJAYA DITAWARKAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM KPLI ATAU
            KPLI-SR LPBS j-QAF AMBILAN JANUARI 2008
MAKLUMAT
      TAWARAN ADALAH SEPERTI BERIKUT


       
         
         
         
            
             
             
             
            
            
             
             
             
            
            
             
             
             
            
            
             
             
             
            
            
             
             
             
            
            
             
             
             
            
            
             
             
             
            
            
             
             
             
NOMBOR
                KAD PENGENALAN
:83051505****
NAMA:HAZILAH AINI BINTI MOHD GHAZALLI
KURSUS:PENGAJIAN
                SAINS (SEKOLAH RENDAH)
TEMPAT:INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR
               
 :JALAN SIKAMAT
                70400
 :SEREMBAN
                , NEGERI SEMBILAN
TARIKH
                LAPOR DIRI DI IPG
:14-JANUARI-2008
MASA:8.30
                PAGI

Hehe. Macam tak pecaya. Yang bestnye tu kat Seremban je, tempat g interview aritu gak. Dekat, senang aku nak balik umah. Tak berkembangnyer la.. Hehe. Ape2pun aku syukur sangat2, sebab berbaloi jugak aku menunggu sebegini lama. Yang paling banyak bersabar mak aku la kot.. Hehe. Best jugak sebab junior aku kat UTM, Yati pun dapat sama dengan aku. Anak Guru Besar sekolah mak aku mengajar ni je.. Tak berpisah btul aku dengan si Yati ni. Sejak kenal dia masa sama2 amik lesen keta, pastu dia masuk lak UTM, jadi junior amik course sama dengan aku. Aritu nak interview pun kitorg berdua ni la kecoh ape nak study. Tapi aku interview awal sehari dari dia, dia dah dapat soalan bocor dari aku. Haha. So, tak lama lagi nak masuk maktab dah ni. Tak dapat la nak bertenet menggila cam sekarang ni. Nak kena study rajin2. Aku rasa otak aku macam dah beku je ni. Hehe. Tak kot.. Banyak lagi ilmu boleh masuk ni, nak taknak je kan? So, sape2 yang dapat sama batch dengan aku KPLI kali ni, congrats k..



Malam ni boleh la tido dengan lena sebab minggu ni asik risau je terpikir result KPLI nak kuar. Huhu. Yup, happy btul nak raya. Esok nak bakar lemang. Tadi rendang dah siap sedia untuk dimakan. Aku dah kenyang meratah rendang dah pun.. Hehe. Kepada semua yang membaca blog ni, aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.




Ted kawanku sayang, Haz akan merinduimu selalu.. Haha..



raya haji dah dekat..

Bape hari je lagi nak menyambut raya haji. Tahun ni raya haji aku akan lebih meriah daripada raya puasa. Sebabnya, raya puasa aritu family kitorg tak cukup ahli. Ramai sedara-mara tak balik kampung beraya kat KL sebab sepupu kitorg accident n tinggal kat HKL. Sampaikan kitorg pun beraya kat hospital aritu. Tak penah2 dibuat beraya kat hospital. Sayu je. So raya haji ni sepupu aku dah balik umah and dia teringin balik kampung. So, Uwan aku beriyer nak bakar lemang and masak rendang tu sume.Tak lupa jugak sup tulang and masak nasi himpit dan jugak ayam pengat untuk pagi raya. Mengalahkan orang pantai timur lak nak beraya. Hehe. Biasanya orang pantai barat ni tak raya sangat pun kalau raya haji, just sembahyang raya pastu duk umah je. Kali ni je kitorg lain skit.



So, pagi tadi ikut mak aku ke pasar beli barang2 nak masak raya. Banyak giler la. Daging, tulang and ayam sume, macam nak kenduri. Berkilo-kilo maklumlah sedara mara aku ramai.  Pakcik makcik, sepupu-sepupu n anak2 sedara. Busy pulak tu kat pasar, jem. Kena la parking jauh2. Mula2 tu ikut mak aku beli ayam. Memang tempat biasa mak aku beli la, diorg dah kenal pun. Tapi aku jarang masuk, tak suka sebab busuk giler. Haha. So tadi aku pun masukla, saje nak tengok2. Terkedu budak2 muda yang jual ayam tu, nak buat keja pun tak tentu arah nampak aku. Ntah ape2 la diorg tu.. So aku malas la nak tunggu lama2, cam menyemak je kan. Lagipun budak2 tu dah start tegur aku macam2. Giler, depan2 mak aku lak tu tunjuk perangai camtu. So aku keluar la jauh skit, berdiri depan pintu pasar, tayang muka je. Hahaha. Lagi teruk pulak kena kacau depan pintu pasar tu. Budak2 jual ayam tu keluar masuk duk mengacau aku. Ada yang siap perkenalkan diri plak tu, hampeh btul.. Aku tak sanggup dah, terus je pegi kat mak aku, angkat ayam yang dah siap and blah tunggu kat keta. Pastu tak ikut dah mak aku beli yang lain2. Agak2 mak aku dah selesai beli barang, aku bawak keta dekat2 pasar and angkut barang.



Kitorg dalam umah ni dah makin malas nak masak la. Tadi pun aku berdua dengan mak makan kat kedai je. Hehe. Adik aku sorang tu g umah kawan celebrate birthday. So aku dengan mak aku memang sempoi je la, makan kat mane2 yang teragak, senang  balik umah takyah susah2 ke dapur. Kahkahkah. Petang lak g umah Uwan, dia dah siap2 kumpul kelapa sume untuk buat lemang ngan rendang.
So esok lusa aku dengan mak akan tolong Uwan masak la memandangkan sedara-mara aku sume balik petang n malam raya. Diorang tu balik mengenyangkan perut je.. Hehe. Petang tadi ada satu nombor semalam yang miskol aku lagi. Banyak kali plak tu. Aku sms panggil 'gila' trus dia senyap. Hehe.



Monday, December 17, 2007

miskol

Arini je ada 3 nombor yang tak dikenali miskol aku. Bila aku tanye sape, tak menjawab plak. Sape agaknye ni yang suka main2 kan aku, kacau aku macam2? Aku tak berminat langsung cara camtu. Lagi menambah sakit ati je.. Minggu lepas pun ada 1 nombor ni call aku malam2. Bila aku angkat cakap hello, dia tak cakap apepun. Aku dengar bunyi bising kecoh2 je kat belakang, tak lama pastu die letak. Umat mane la yang punye keje sesuka ati bagi nombor aku kat orang ni!



Oh ye, tengah hari tadi pegi makan kenduri. Jumpa lagi Uncle aku yang rambut cam Alleycats tu. Kena peluk lagi la aku... Hahaha.



Sunday, December 16, 2007

bilik dah terang semula

Petang tadi aku panjat repair lampu bilik aku tu la. Aku sendiri angkut tangga dari stor. Pastu mintak mak aku tolong pegangkan tangga. Takutla, kang tak pasal2 tangga melorot, sia2 je aku patah riuk. Hehe. Dah ok dah, terang benderang. Kalau tak, aku nak tengok cermin pun gelap gelita. Lepas berjaya tukar mentol dalam bilik, mak aku suh pulak tukar mentol lampu kat ruang tamu, sebab dah malap. Huhu. Lagi tinggi giler la siling kat situ. Aku buat jugakla walau gayat2 pun. Pening gak berdiri atas tangga tinggi2. Berpeluh pun ada, risau. Amau pun ikut aku panjat tau. Huhu. Tapi Alhamudulillah la, berjaya buat semua tu tanpa bantuan insan yang bernama LELAKI. Hehehe...



Saturday, December 15, 2007

hari ini?

Lepas2 subuh je dapat berita mengejut. Trus dah takleh tido. Aku lak yang lebih2. Hehe. Ted, ko jangan bagi Haz berita mengejut lagi Ted oi, mau dapat sakit jantung lak nanti. Huhuhu... Tapi okla, lupa kejap citer tu sebab mak aku ajak berjalan ke Seremban. Shopping. Pegi nursery beli bunga2 n tanah, beli kain n shopping kat JJ. Mak sibuk pilih kain, aku ni sms dengan Ted. Sempat lagi aku ni duduk rehat2 kat bangku JJ tu sambil sms si Ted tapi tak lama la.  Balik umah malam baru sms puas2. Lega dah..



Oh ye, selesema dah kurang dah tapi masuk tempat aircond memang aku takleh tahan la, ntah bape ratus kali dah bersin je.. Batuk pun skit je lagi. Ntah nape la ada orang yang mengata aku tak makan ubat la, tak makan buah la. Aku makan ubat la, aku ni seorang yang rajin makan ubat. Buah plak ikut mood aku la, aku ni senang batuk kalau makan buah. Tengok buah jugak la. Kadang2 bila mula makan je sure tekak rase perit. Baru2 ni makan buah pe.. Durian. Hehe. Petang2 tiap2 hari aku abiskan setengah bungkus roti Gardenia makan cicah dengan kuah durian. Layan pulak Spa Q sambil2 tu. Best giler! Hehe. Sebab tu sakit kot.. Hahaha. Sekarang ni kenyang pulak makan Fisherman's Friend. Tapi tadi makan aku sapu je Pepsi sejuk2 pun.. Huhu.



Waaa.. Bilik aku bergelap la dah 2 malam. Tekan suis lampu takmau menyala. Mentol la tu punye pasal. Rumah dah la takde lelaki, sape nak panjat tolong tukar mentol? Tinggi plak tu. Huhu. Hurmmm.. Takde orang lain dah, aku jugak la yang kena panjat esok ni, nak kena angkut tangga lagi.. Doakan aku berjaya, selamat naik n selamat turun. Hehe.



Pssstt.. Aku dah bese panjat tangga tinggi2 amik buah kelapa depan umah. Hehe. Orang laki takde, yang pompuan ada pun tak berani, aku je la yang sanggupnyer.. Hahaha.. Kalau nampak kat orang anak dara memanjat ni, ntah ape diorg ckp ek? Kahkahkah.. Tapi, pokok kelapa tu tak la setinggi siling umah ni.. Aduh..



Friday, December 14, 2007

badan

baru je balik dr pasar malam dekat dgn umah ni. tgh jln2 td terserempak lak dgn classmate masa skolah rendah dulu, mimi. 2-3 thn lepas ade terserempak gak, kat pasar malam yg sama jugak la. hehe. jumpa2 je cmni die ckp, "eh, nape badan dah makin kecik, diet ke?". hahahahaha. adoi.. ramai btul asik tanye pasal ni, tak larat nak menjawab la. nampak sangat ke perubahan? mmg la dulu zaman sekolah2 aku ni kurus je, sampai ada kwn aku ckp takut nak pegang tgn aku sbb takut patah. haha. tp lps sekolah jd kuat makan. duk kat utm lagi la asik makan je kejenye. aku ni plak jenis mkn nasi, mane heran jajan2 ke ape ni. mee ke tak main la klu waktu mkn utama. mesti nak nasi. sbb tu kat utm dulu pun dlm bilik aku mmg takde simpan makanan sbb aku tak minat bende lain selain dr makan nasi. tu yg badan jd sedap2 je tu. haha. baru2 ni ada tunjuk ic aku kat org, buat masa thn 2005 rasenye, punye la tembam muka aku. malu btul la. nasib baik tunjuk lesen tak tembam sgt. sbb lesen dah lama, blom tembam sgt time tu. plg tembam tahun 2005 tu la, ntah ape yg aku mkn. huhu. start dr tahun lps, berat dah mula menurun taktau apesal. tiba2 je pdhal aku mkn cam bese. tu yg sejak tu bersemangat skit nak jaga makan. aku makan bile lapar je, takde tahan2 pun. tp bile tak lapar, aku mmg tak mkn especially malam. tp kalau dah lapar sgt, hentam jugak. n banyakkan minum air kosong. yg penting skali tiap2 hari mesti timbang berat badan. hehe. kalau jarum gerak ke kanan tu, pandai2 la beringat. kurangkan makan pastu asik skipping je la. huhu. yg tak bestnye skrg, jeans n baju sume dah longgar, pdhal aku ni suka pakai yg ketat2. hehe. sekian..



Thursday, December 13, 2007

sukan

lama dah tak update ek? 3 hari. hehe. bukan ape la, malas nak menaip. tengah selesema ni susah la, tak selesa. hingus ni asik nak meleleh je.. huhu. buat ape musim ujan ni? duduk dlm umah la kan, nak keluar kang makin sakit lak.



oh ye, sekarang kan musim Sukan Sea, favourite aku la tu. petang2 je dah tercongok dpn tv dgn mak aku tgk Sukan Sea. minat sangat tengok sukan2 ni especially olahraga la. nape? dah terbiasa sebenarnye disogokkan dgn bende2 ni. sebab dr kecik dah biasa ikut arwah abah turun padang n pegi stadium. arwah abah aku dulu cikgu PJK n dia pun slalu terlibat jadi pengadil macam2 acara sukan. so kalau ada sukan, mmg dia terlibat la. lebih2 lagi kalau dlm n9. n dia jugak pengadil bola baling peringkat kebangsaan. sebut je ape acara sukan, arwah abah aku master. just anak2 dia je takde yg mewarisi bakat dia. hehe. adik aku saza tu pnh la masuk olahraga skolah2 dulu. aku ni takleh la olahraga, bola jaring n bola baling boleh la.tu pun zaman skolah dulu je, lama2 dah malas. pnh aku lawan bola baling dgn skolah lain, tiba2 tgk arwah abah aku jadi referee. sabar je la. takut aku nak main. haha.



so kitorg adik beradik dr kecik slalu ikut arwah ni g sukan especially sukan sekolah arwah ni mengajar la, skolah menengah. mane2 ada acara yg boleh kitorg menyelit, kitorg masuk la. kadang2 arwah ni saje buat acara sukaneka yg pelik2 utk anak2 dia masuk n bolot hadiah. haha. arwah abah aku ni setiausaha sukan sekolah, so acara sukan n padang tu sume dia yg uruskan. so kitorg ni mmg tiada tandingan la, lagipun 5 beradik kan, ramai. hehe. pastu nanti bila penyampaian hadiah, arwah abah aku gak yg jd juruacara, umumkan pulak nama anak2 die sorg demi sorg. sume binti n bin mohd ghazalli. hehe. slalunya org mmg jeles la, asik anak die je dpt. haha.



kalau sukan kat luar skolah lak, kalau kat stadium pun kitorg suka ikut. zaman kecik2 dulu suka sgt sbb kalau acara sukan je mesti ada milo free. kenyang minum milo je. haha. sampai skrg minat sgt minum milo. hehe. arwah abah aku mmg busy jadi pengadil atas padang la, aku dgn adik2 duk tepi la jadi penonton n tukang sorak. best, seronok. kalau acara sukan besar lak, Sukan Komanwel 1998 dulu, arwah abah bwk gak g tgk walaupun arwah tak terlibat ape2. time tu bagi aku adalah sukan yg paling best sbb rasa bangga sgt malaysia jadi tuan rumah n jadi tumpuan pelancong. jalan2 kat sekitar bukit jalil tu pun rase bangga je.. hehe. pastu tahun 2001 malaysia jadi tuan rumah sukan sea 2001.  3 bulan sblm arwah ni meninggal dunia. kitorg pegi tgk acara olahraga. mmg dah rancang dah nak tgk acara akhir. part paling best adalah kitorg tgk nurherman majid lari buat kali terakhir sblm bersara n dia menang emas. perak plak time tu muhd faiz, dua2 anak negeri 9. sampai ke hari ni takde sape dpt pecahkan rekod nurherman majid tu. kitorg ni sorak mcm nak gila la. arwah abah aku lagi la kuat bersorak. mood bile dlm stadium tu mmg lain. time lagu negaraku tu, mmg best giler la. semangat sgt nak nyanyi kuat2 sebab rasa bangga yg amat sangat. n tak lama lps tu arwah abah meninggal 18 januari 2002.



sume tu tak berakhir setakat tu je. tahun 2004, negeri 9 jadi tuan rumah Sukma plak. yg ni pun lagi la kitorg pegi tgk sbb dalam n9 je. mak plak yg bawak. macam2 acara yg kitorg tgk. renang, tinju. olahraga n konsert penutup pun tgk gak. haha. tu aku la tu, gila sgt nak tgk Ruffedge. hehe. yg paling best tgk final bola sepak Sukama la malam2. negeri 9 lwn ape ntah, dah lupa. penuh giler stadium. hampir2 je aku dpt sakit jantung sbb byk aksi mendebarkan. nasib baik menang. haha. 1st time tgk aksi bdk2 kembar tu la, aidil zafuan n zaquan adha. time tu diorg br awal2 main bola, bakat diorg pun dicungkil time ni. awal2 aku tgk diorg kat padang pun aku dah tau dah muka tu mesti femes nanti, tup2 skrg ni melampau plak femesnye sampai ada gosip dgn rita rudaini? ceh.



hurmmm.. itulah suka dukanya.. sumenye akan tetap jadi kenangan. lain kali kalau ada sukan besar2 lagi yg malaysia jadi tuan rumah, nak g tgk. yg luar malaysia, tgk kat tv je la.. tp aku still tak miss la kalau olimpik ke sukan asia ke. walaupun aku bukan atlit, tapi aku minat tgk tu sume. hehe.



Monday, December 10, 2007

selesema

uwaaa.. aku dah start bersin2 tgh hari td.. macam mane tak mula bersin2, dah hujan asik turun je tak nak stop. tido malam pun sejuk giler. tambah lak malam tadi balik dr kl aku mandi basuh rambut skali. hehe. padan muka aku. pastu ptg td makin teruk lak bersin, agaknya sbb aircond dlm keta ptg td la. td antar Baby balik matrik, minah tu tak nak dgr ckp aku suh tutup aircond, dia bukak aircond kuat2, smpai kesejukan aku yg drive ni. dah la ujan lebat, aku yg drive ni asik bersin2 je spjg jalan. balik umah trus hingus pun dah meleleh kuar. huhu. tak best btul la selesema..



Friday, December 07, 2007

hujan

Hujan sejak petang semalam. Tapi semalam ada jugak stop2 kejap. Arini, dari pagi tak berenti pun.. Sejuknya takyah cakap la. Nak tido pun tak selesa, sebab rasa macam tak cukup selimut je. Hehe. And lagi satu masalahnya kalau musim2 hujan ni, aku malas mandi!Haha. Serius ni aku cakap. Baru je sentuh air basuh muka dah rasa menusuk ke tulang satu badan, blom lagi mandi. Kalau mandi memang menggigil la, boleh sakit2 badan jadinya. Silap2 kena hypothermia. Hehehe. Kalau dah tak tahan sejuk sangat terpaksa la mandi air panas. Melambung la bil elektrik musim2 hujan ni guna air panas. Apa salahnya kan, asik Amau je mandi air panas, mana aci..



Tunggu hujan berenti, tak nak berenti gak tengok gayanya. Sedang aku mengadap internet ni, mak aku pun tanya, "Kak, ko nak gi Bahau kak? Jom kak, pegi jalan2 carik barang. Tunggu hujan ni memang takan berenti la. Lepas Asar la kita pegi". Hehe. Hujan2 pun nak kuar berjalan dengan mak aku. Sebenarnya  mak aku dah target pagi tadi lagi nak kuar tapi sebab hujan lebat sangat, tunggu je la.. Lebat btul hujan. Sejuk giler. Kita kuar, lagi lebat lak dia turun, sabar je la. Yang aku ni berjalan dengan jeans lipat tinggi2 macam orang nak ke sawah, selamba je. Pakai pulak selipar Jepun. Hehe. Kalau jumpa sape2 memang buat malu btul la. Lantakla, dah  nama pun hujan kan? Ingatkan hujan2 ni tak ramai la orang kuar. Rupa-rupanya ramai gak. Family dengan anak2 kecik pun best je berhujan aku tengok. Tak kisah apa pun.



Melihatkan keadaan camni, memang Johor akan banjir la.. Sungai2 kat sini dah melimpah2 dah ni, and sungai2 ni sume mengalir ke Johor. Jaga2 la orang Johor.. Bersiap la menghadapi banjir. Nasib baik pagi semalam cerah. Dapat jugak aku settlekan macam2 hal sepanjang hari. Pagi, hantar mak pegi meeting kat sekolah pastu g umah Uwan aku amik 2 ekor kucing bawak ke klinik haiwan untuk dimandulkan. Dah hantar tu balik umah semula. Pukul 10 kuar balik, kali ni amik Baby kat matrik bawak g klinik gigi lak, ada appoinment sbb pakai braces. Pastu hantar balik. Then balik umah, tunggu mak tepon pastu amik mak lak. Petang  kuar balik amik jemput kucing n sambil2 tu hantar mak g pejabat pos, jual saham ASN.  Citer pasal saham ni, ASN tengah naik sekarang ni. Yang mak aku jual ni saham 10 tahun dulu yg arwah abah aku beli. Lepas arwah ni beli, ekonomi gawat, saham turun harga, so semalam mak aku decide nak jual je sementara harga tengah ok, penat dah tunggu bertahun tak untung2 banyak pun. Sebelum dia turun balik, baik jual je then masuk ASB. Harga seunit semalam 0.9604. Pastu tadi dalam berita tengok harga dah cecah  0.99 pulak. Beza banyak tu.. Mak aku heboh plak rugi RM300 sebab jual semalam. Hehe. Agaknya kalau orang yg serius main saham tu, ntah macam mana gila diorg kan? Haha.



Hurmm.. Malam ni aku takyah mandi la, jimat gak air. Hehe. Eh, siang tadi aku mandi ye, bukan tak mandi langsung arini.. Aku ni cakap je malas tapi kang tiba2 aku terus je mandi. Hehe. Tengok sekerat je Spa Q tadi, balik lambat. Makin seronok lak citer tu kan...



Tuesday, December 04, 2007

adoi...

aku rasa nak tukar tempat blogging la. sbb kat sini ruang aku dah hampir full. smlm dah export sume post2 aku dr blog friendster ni ke satu tempat baru. nanti bila dah ready sumenye, aku bgtau url k..



cuti2 di Melaka (2nd day)

Okay, sambung balik citer g Melaka utk second day plak. Nanti aku letak skali gambar2 yg aku tak upload dlm frenster.



Img_2127
Utk second day, memang bercadang nak melawat muzium la n tempat2 yg bersejarah itupun kalau larat nak cari. So pagi lps minum trus ke Stadhuys. Kat situ tempat perhentian bas panorama yg paling dkt dgn kitorg la. Pagi2 lg kawasan tu dah ramai org. Pelancong asing sume sibuk bergambar kat situ. Yg kitorg ni plak mmg sebenarnye nak g muzium2 kat Bandar Hilir tu, tp mak aku pagi2 sblm kuar hotel dah baca segala buku2 pelancongan yg hotel tu bg, trus hajat di hati nak tgk makam ape saje Hang2 yg ada kat sini. Trus tukar program, tunggu basImg_2129 plak. Tunggu bas punye lama takde pun bas panorama yg lalu. Bas persiaran byk la.. Adik aku 2 org ntah ke mane hilang beli souvenir, mak jalan2, aku sorang tunggu bas bawah pokok dgn pelancong ramai2. Sbnrnye nak naik bas panorama yg double decker tu, bas tu satu je.
Mlm td dah jumpa, nak naik dpn Mahkota Parade, kitorg kena tinggal sbb lmbt sgt melintas jln. Haha. Lama btul la menunggu, puas bergambar dah. Adik2 aku dtg bwk macam2. Dari semalam nak beli topi, arini baru  dpt beli. Tengah sibuk Img_2132
membelek topi, bas pun muncul. Alhamdulillah bas 2 tingkat yg dtg. Hehe. Naik2 je aku ckp kat pakcik drebar tu, "Pakcik, ni hentian no. 5, kitorg nak pegi makam Hang Jebat, nak turun hentian no 3. Kang pakcik turunkan kitorg kat situ ye?". Pakcik tu pun jawab, "Ok, lama lagi nak pusing ni, kang dah sampai pakcik berenti.". Ok. Patutla pakcik tu kate lama lagi, rupanya dr hentian no.5 punye jauh kitorg pusing sampai hentian no. 23 pastu br start balik no. 1. Jauh btul merayau naik bas double decker duduk kat bahagian atas yg tak berbumbung, tengah2 panas terik matahari pukul 11 lebih plak tu. Tapi best byk angin sampai nak terbang topi aku. Hehe. Img_2137
Pemandangan pun best je sebab dr tempat tinggi. Sume tempat bersejarah bas tu lalu, terpulang kat kita la nak turun katne. Sampai ke Melaka Sentral n TESCO kitorg pusing, jauh tu dgn Bandar Hilir. Akhirnya aku nampak hentian no. 2 so kitorg akan turun hentian slps ni. Aku pun turun tingkat bwh stanby sblh pakcik drebar tu. Sempat borak2 jap dgn pakcik tu. "Jap lagi sampai, nanti pakcik bgtau. Nanti pakcik tunjuk jalan kalau nak balik. Kang kalau nak balik kalau bas takde, lambat ke, awk jln trus je ikut bukit dpn tu, nanti awk sampai la kat tempat bangunan merah tmpt awk tunggu bas td", pakcik tu bgtau aku. Aku lak " Lorr.. Ye ker pakcik? Dekat je la sbnrnye..". Hehehe. kalau tau td takyah tunggu bas, jalan kaki je ikut jambatan rentas sungai.



Img_2144
Turun kat Jonker Street, ataupun Chinatown. Memang kawasan orang Cina la, kedai lama2, macam2 jenis barang antik boleh jumpa. Lalu kedai jual terompah, mak aku beli 2 pasang. Dapat tgk terompah gergasi yg tak dijual, besar gedabak. Hehe. Pastu tanya Cina kedai tu jalan nak g makam. Diorang kate tak jauh ikut jalan tu je. Tak lama lps tu nmpk la Makam Hang Kasturi celah2 di antara kedaiImg_2145
Cina. Stop tgk jap pastu trus jalan lg. Jumpe pulak org berniaga barang antik kat atas jalan, tanya kat mane Makam Hang Jebat. Diorang ckp la masuk kiri simpang Masjid Kg. Keling, pastu masuk kanan, jumpe simpang lagi masuk kiri, pastu masuk kanan dah bleh  nampak dah. Perggghh! Byk tul belok2. Kitorg jalan je la slow2. Akhirnya jumpe gak Makam Hang Jebat, puas hati. Hehe. Jalan balik lak, iku je arah Bukit St. Paul. Memang tak payah naik bas sepatutnya, dekat je seberang sungai. Tapi okla, dapat gak ronda2 Melaka walaupun panas terik.



Lepas tu baru la berjalan balik ke Bandar Hilir utk melawat muzium2 yg dah tutup semalam. Sampai turn Muzium Kecantikan tu aku sorang je tak masuk, aku menghilang sorang diri ke Dataran Pahlawan beli air kat Guardian n menyejukkan badan dalam tempat aircond. Hehe. Lepas dah beli air aku datang balik la, masing2 tunggu aku datang bawak air sejuk. Lepas tu sambung pulak pegi Muzium Kesultanan Melaka. Pastu trus balik ke hotel, makan n bertolak balik. Kali ni tak ikut highway, ikut jalan kampung je, nak makan angin tgk tempat orang la katekan. And dalam perjalanan ni la, dah dekat nak sampai Tampin, aku nampak satu accident btul2 dpn mata aku. Lembu berlari melintas jalan n melanggar sebuah motor. Lembu tu jatuh bergolek pastu bangun n trus lari. Tapi motor tu jatuh bergeser ke tepi jalan tapi orgnya tak gerak2. Aku terkejut giler. Kitorg je blkg motor tu walaupun jauh. Aku suh mak aku stop tepi n bunyi hon kuat2 biar org kg tlg tgkkan. Cina tepi kedai tu buat tak tau je padahal dia yg halau lembu tu td. Kitorg ni sume pompuan dlm keta, mane dpt buat apepun. Akhirnya kuar bdk2 bujang pegi tgkkan. Aku ni still terkejut, aku tutup muka dgn tangan n taknak tgk org tu mcm mane. Aku takut kalau aku tertgk bende2 yg ngeri. Sampaikan mak aku nak sambung jln pun aku tak bg sblm org kg kuar. Aku takut nak lalu sebelah org tu n takut giler kalau ape2 jadi kat dia. Bila tgk orang kg dah ramai tolong, kitorg sambung balik perjalanan. Tp spjg jalan jantung aku ni mcm nak terkeluar teringatkan ape yg aku nampak tu. Tiba2 teringat ape yg jadi dkt sepupu aku Rozi. Ish! Aku fobia btul bab2 ni.



Sampai rumah dah nak senja, itupun lepas hantar adik aku si Baby trus balik matrik. Memang penat la sbb byk berjalan. Tapi tak tido awal gak aku ni. Hehe. Hari ni bangun ok je takde lak sakit2 kaki. Miracle. Hehe. Kalau nak dibandingkan la dgn berjalan seharian ke KLCC lps raya aritu, baru tawaf KLCC, Aquaria, Convention Centre tp sakit kakinya melampau-lampau lak. Nape ek? Hehe. Kan dah bocor citer nape aku sakit kaki aritu.. Hahaha..



cuti2 di Melaka (1st day)

Yup, aku baru balik dr Melaka petang semalam. Puas betul buat exercise dgn berjalan kaki sepanjang 2 hari 1 malam kat sana. Tapi itu la kepuasan. Celah2 lorong pun abis diredah kalau jalan kaki ni.



Img_2085
Sampai Ayer Keroh dalam 11 pagi hari Sabtu. Sebab ikut highway, tu yg singgah Ayer Keroh dulu. Lagipun mak aku dah sebut2 nak g Taman Botani sbb Jumaat aritu kuar kat tv yg Pak Lah datang melawat, lgpun ada gerai2 orkid kat situ. Tempat wajib utk pencinta orkid macam mak aku. Rupa-rupanya Taman Botani tu dulu Hutan Rekreasi Ayer Keroh yg aku penah g. Kat sana ada Canopy Walk yg sgt menguji ketahanan mental bg org yg gayat tmpt tinggi. Aku dgn Baby mmg nak naik. Tp mak dgn adik taknak, sbb takut tinggi sgt. Aku pujuk, last2 naik gak sume 4 org. Hehe. Sampai atas tu, mak dgn adik aku kecut perut sbb time tu angin kuat giler. Pokok2 bergoyang, dgn titian tu pun berayun-ayun gak. Kalau adik aku Syaza la kot, mmg meraung la nak patah balik turun kat tmpt naik td. Itupun jalan slow2 je dgn jarak 5 meter antara satu sama lain. Aku paling belakang.



Img_2080_1
Ada monyet yg dengki, aku jalan ke dpn, dia dtg lg dekat dgn aku, bkn dia nak undur ke blkg ke, lari ke. Aku dah la kat tgh2 Canopy Walk tu. Pelantar tmpt stop kejap pun jauh lg. Monyet dah makin dekat. Aku takut kalau monyet jantan, takut dia gigit. Last2 mmg takleh jadi, monyet tu mmg nak datang kat aku ikut kabel tmpt aku berpegang. Risau wei, org lain jauh kat dpn. Aku trus mencangkung, tunduk kepala senyap2 sambil doa harap monyet tu lalu je, jgn sentuh aku. Adik aku plak lg bgtau aku yg monyet tu stop dkt atas aku. Nasib baik kejap je, pastu dia lompat kat pokok sblh. Mencabar gak Canopy Walk tu, jarak 200 meter lbh terasa mcm lama sgt2 nak abis. Turun dr Canopy Walk, jalan2 la kat sekitar taman tu. Last skali, mak aku wajib la beli anak2 orkid..



Dalam pukul 1.30 ptg gerak ke Bandar Melaka sbb aku dah janji masa booking hotel, nak check in pukul 2 ptg. Tak susah pun carik hotel tu, btul2 tengah bandar, dpn dgn balai polis. Masuk letak brg n solat jap, trus kitorg kuar balik. Org hotel tu pun tunjukkan arah mana kitorg nak jalan. Oh ye, kitorg blom mkn tgh hari lg. 3 minit jalan kaki dah sampai kat Stadhuys. Ramainya org kat situ. Dgn gerai2 souveniernya, beca2, n pelancong asing yg lepak2. Aku tanya kat pakcik beca tu kat mane nak naik River Cruise n pakcik tu ckp just seberang jln tu je, btul2 tepi sungai. Tunggu punye tunggu bot tak lalu2 pun. Dah la lapar, blom makan. Puas dah bergambar, jalan2 tepi sungai pun dah. Aku ni siap jd cameraman 1 couple cina ni nak bergambar tepi sungai tp bot tak gak lalu. Mak aku suh aku tunggu bot. Dia dgn adik aku sedap2 je mkn cendol n pisang goreng kat gerai atas tebing. Takleh jadi, aku malas dah nak tunggu, aku lapar. Join la makan pisang goreng.
Img_2100
Tengah syok2 makan, bot lalu. Aku dgn Baby pegi dulu tinggalkan mak n adik yg blom abiskan cendol diorg. Hehe. Byk sgt bot nak berenti, ramai yg nak turun kat situ so bot lg 1 ni berenti kat tmpt yg takde tangga. Pakcik bot tu tegur aku, suh aku naik bot dia. Aku tak kisah, yg mane peramah aku layan la. Tp pakcik tu takleh nak rapatkan sgt bot dia, besar jugak jaraknya dia suh aku lompat. Aku dgn Baby lompat la ape lagi.. Hehehe. Agaknya family2 lain dlm bot tu mesti mengata aku kan?  Ape jenis pompuan la ni.. Haha. Ala, selamba je.. Yg mak dgn adik aku yg sorang lg lak, org dah dlm bot, dia baru nak tinggalkan gerai. Cendol dah la blom abis, sume main tinggal je. Pastu nak naik bot satu hal, muda2 cam aku boleh la selamba lompat, kalau mak aku takkan nak lompat gak kot.. Hehe. Nasib baik pakcik tu memahami. Dia rapatkan bot tu btul2 sampai mak aku bleh naik. Ces, pakcik tu saje je td suh aku lompat2 tak tentu pasal. Haha.
Img_2101
Pukul 3.30 naik bot. Perjalanan lama gak la, sampai Kg. Rempah. Kat situ bot stop jap 15 minit amik penumpang lagi, pastu patah balik ke tempat yg kitorg naik td. Kitorg tak nak turun situ, aku ckp kat pakcik tu aku nak turun dpn lagi nak nampak laut, pakcik tu senyum je. Hehe. Kitorg turun kat Quayside. Turun bot trus makan kat Quayside Retaurant. Pukul 5 lebih baru nak makan tgh hari. Lps makan, berjalan ke Bandar Hilir, tak jauh, sebelah bukit je.. Dah ada macam2 muzium kat situ. Muzium Islam, Muzium Setem, Muzium UMNO, Muzium Kecantikan pun ada. Sebab dah dkt pukul 6 ptg, muzium sume dah tutup. So jalan2 je la n bergambar. Bukit St. Paul tu pun dah malas nak daki sbb dulu2 dah penah naik, sama je kan.. Esok baru melawat muzium plak. Then trus je la masuk ke tempat Shopping Dataran Pahlawan n then seberang jalan ke Mahkota Parade. Lepak shopping n jalan2 kat sana sampai malam. Pastu malamnya nak balik ke hotel dah malas nak jalan, so naik BECA dr Bandar Hilir ke hotel 10 ringgit 1 beca. Nasib baik beca yg bukan main lagu dangdut Indon. Haha. Taknak aku klu lagu dangdut Indon tu, malu org sume tgk. Hehe. Beca aku naik lagu Jujur Radja. Tak abis lagu dah sampai hotel.
Img_2119Img_2121





Nanti aku sambung citer utk 2nd day plak ye.. Aku nak stop tgk Spa Q dulu. Hehe.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...