Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 30, 2006

sleepy...

Hari yg btul2 membosankan. Aku byk tido tp aku still lg mengantuk. Klas mlm sepatutnya ada tp tau2 jer batal biler dah sampai kat dewan kuliah. Ronggeng ke JUSCO lg ler...



malas

Ptg td teman Fizah main bowling utk Kejohanan Bowling Tertutup Kolej 12/13 kat IOI Mall Kulai. Sbnrnye bende ni nak pilih peserta utk wakil kolej dlm SUKAM tp Fizah saje masuk nak test bakat. Lgpun bayaran dier murah jer, 5 ringgit. Yg konpem terer dpt main 4 game. 2 game berpasukan, 2 game individu. Mmg konpem Fizah bleh main 4 game sbb die mmg hebat. Aku plak jadi tukang bagi moral support. Hehe. Lastly, mmg Fizah layak wakil kolej utk SUKAM tp apekan daya, kitorg last sem, so kena bagi peluang kat org lain utk join.





Img_1352 Kat Perfect Bowl IOI Mall Kulai.













Img_1353Even aku tak main tp nak amik gambar gak! hehe...













Img_1357Yg ni plak gambar kat dpn IOI Mall. Air pancut tu lawa tp tak nmpk sgt plak dlm gmbr ni!



Wednesday, March 29, 2006

Management!

Biler nak abis la klas ni... Lecturer tersgt la baik hati. Hehe. Ngantuk btul klas pg ni, ye la klas kul 8. Tido mlm td tak berape lena padahal dah masuk tido kul 11 lebih. Sbnrnye lyn sms dulu, tak perasan sampai kul baper. Ader org mintak tolong kejutkan die utk klas kul 9. Bkn dier takleh bangun tp saje nak manje2. Haha.. Kul 2 lebih sms masuk lg. Begitu jugak kul 3.30 pg. Syok sgt dlm klas, aku terlupa nak kejutkan! Nasib baik dier ok.. Fuhh..



Tuesday, March 28, 2006

last class for TITAS 2. yahooo...

Yeye... Arini last class utk TITAS 2. Starting next week, Monday is freee... But waiting for final exam makes me quite scared. Haha. Nevermind, i gotta get tru this!



* nak gi mkn tgh hari, tp lyn sms jap. sambil mkn pun lyn lg. ader org pesan kat aku jgn lupa mkn. mana bleh aku lupa nak mkn, aku ni jenis pemakan. hehe...



Monday, March 27, 2006

Konvokesyen UTM yg ke-36

Tahniah utk Kak Emi dgn Yana yg konvo arini. Penat tau tgk diorg konvo, dah la dlm keadaan panas, ramai org plak tu. Camne la time aku plak konvo nanti ek? Tp best, seronok sgt sbb dpt jumpa member2 lama yg dah grad. Puas sgt bergambar dgn diorg td. Gambar pun cantik2 tau. Very colourfull! Hehe. Tp part yg paling sedih bila diorg nak balik td. Nak nangis jer rasanye, maybe dah tak akan berkumpul camni lg kat UTM. Huhu... :(



Anyway, hope u r enjoy with some of the pictures ... :)



Img_1327 Aku dgn Kak Emi.















Img_1313 Aku dgn Yana.















Img_1317 Best friends!















Img_1319 Kami berempat dgn Aefa.















Img_1323 Kami berempat dgn Aca.















Img_1330Kami bersama Azroy n Asak. Member yg aku kenal kat Vypress Chat, then jd kamceng sampai main bowling n daytona sesama. Hehe...





------------------------------------------------------------------------------------------------------------



* balik bilik dlm keadaan letih dan penat, mengadu la aper lg. nasib baik dilayan dgn baik sehingga ptg. haha...



Sunday, March 26, 2006

Pesta Konvo

Tak buat aper arini, cuma kuar ptg jer gi tgk ragbi padang UTM. sambil tunggu ptg lepak2 kat bilik tgk VCD. Kul 2 lbh ader org call bgtau dier dah nak gi kompleks sukan n bgtau ptg ni ader match. Haha... Die tak tau aku akan pegi tgk.



Sepatutnye match start kul 5 tp aku dgn kwn2 kul 5.30 lebih baru kuar dr bilik. Saje, segan la dtg awal2. Sampai kat padang org dah mula main. Segan btul nak duduk tgh2. Dlm segan2 pun gerak jugak ke tgh semata-mata nak tgk dgn lebih jelas org yg patut dilihat. Haha... Aku tak la excited, tp Kak emi yg terlebih excited. Tgk saper ntah... Hehe. Kecoh btul kitorg ni tgk ragbi. Bising. Byk mulut, byk komen. Abis jer match ragbi, trus blah, tak nak dilihat. Hehe.



Mlm nyer slps Maghrib, siap2 utk ke pesta konvo. Tgh sibuk bersiap dpt msg kata thanks sbb dtg tgk ragbi ptg td. Terasa mmg cukup dihargai la plak. Hehe. Tp itu diketepikan, nak gi pesta konvo ni, lapar nak mkn. Ramai giler org kat sana. Full. Panas. Kitorg jalan dr satu gerai ke satu gerai. Stop kat tempat SPR, kitorg daftar sebagai pengundi. Sbnrnye dah lama nak daftar tp tak buat2 gak. Umur pun dah nak 23 thn ni, dah tua! Hehe. So, sedar2 la diri, mari mendaftar sebagai pengundi yg sah. Nak mengundi atau tak lps ni lain citer.



Then, singgah kat gerai mkn jap n pastu sambung jln2 lg. Last skali tgk performance kat bas Xfresh. Group cam boyband nama aper ntah yg wat persembahan, aku tak kenal tp diorg nyanyi lagu Puteri Santubong tu ler... Aku tgk ramai student2 UTM yg lelaki tak berape suka. Biaser ar... Yelah, everyone in UTM is based on science, benda yg tak berkaitan ni ntah aper2 jer. Tp kalau Battle Of The Band mmg mendpt sambutan giler2 punyer! Haha... Majority kat UTM ni kan lelaki, so kena la paham...



Saturday, March 25, 2006

jom jln2!

Program slps tgh hari, kitorg gi jln2 kat AEON Tebrau City. Bawak Yana n Kak Emi jln2 kat sini. Lgpun Yana nak beli kasut utk konvo, yg lain2 bleh tumpang cuci2 mata n window shopping. Haha! Rata pusing Jusco ni yg besar giler2. Tempat paling favourite bg Yana ialah Vincci. Aku dgn Kak Emi plak busy try kasut. Tak kisah ar maner2 jer yg ader kasut, sumer kitorg try. Huhu lawanye kasut tu biler pki dgn jeans... Tp tak berhasrat nak beli sbb klu aku beli, biler aku nak pki ek? Kang aku pki mesti nmpk lain dr org lain. Kasut tu sumer high heels. Klu aku pki sumer org kan kalah dgn ketinggian aku. Haha. Takpe, dah keja nanti aku beli sumernyer.



Dah penat berjln, mesti berenti jap urut kaki kat mesin urut kaki Osim. Bagus btul style JUSCO ni yg mesra pelanggan. Biler kaki dah ok, sambung jln2 lg! Hehe. Biler dah rasa lapar, kitorg berenti jap kat Secret Recipe, high tea kat situ mkn cheese cake. Bestnye cheese cake... Rase nak lg. Dah kenyang barula beli barang. Ada satu benda wajib yg mesti kitorg beli klu pegi JUSCO. Tak sah klu tak beli bende ni. Kat tempat lain mmg takleh dpt. Ape dier? Hah! Itu rahsia kami... Hehe... Sambil tunggu Kak Emi dgn Fizah solat, aku dgn Yana round seluruh JUSCO lg. Hebat btul kitorg... Tak penat2! Masuk Watson, aku terfikir dah baper lama aku tak beli alat2 make-up. Aritu dah beli bedak dgn blusher tp dah lama btul aku tak beli eyeshadow baru. Nak beli, tp tak tau nak beli color aper. Rasenyer byk color yg aku dah ader. Tp nak beli gak! Huhu..



Balik slps Maghrib, trus gi Taman U mkn mlm. Then, ke Skudai Parade utk bowling. Kali ni Syahril, Farhan dgn Mad join skali. Aku yg dah umumkan persaraan dr arena bowling ni tiba2 ok plak biler main mlm ni. Ntah apesal ntah... Agaknyer klu aku nak main bowling kena pakai baju dgn jeans yg ketat2 kot mcm mlm ni. Hahaha.. Giler!







Img_1263 Sape nak cheese cake???







Img_1270 Urut kaki dulu, pastu sambung jln2 lagi.







Img_1276 Lawanye kasut2 ni...







Img_1295a Kenangan kat tempat bowling.



Friday, March 24, 2006

bla bla bla...

Mlm td mmg sms tak ingat dunia. Hahaha. Ade org ajak tgk ragbi kat padang Sabtu ptg ni. Aku tak confirm sgt nak pegi ke tak sbb aku merasakan die hanya 'ajak2 ayam'. Hehe. Tp die ckp btul, siap buat ayat kater ni game last utk sem ni, lg pun aku ni dah nak abis blaja dah. Huhu.. Tiba2 trus tergerak hati nak pegi gak tgk sbb tak pnh lg tgk die main. Slalu dgr citer jer.. Ckp kat kwn2, diorg pun ok jer ajak tgk ragbi. Aku paham sgt bdk2 ni... Hehe..





Kak Emi dah sampai dkt tgh hari td. Amik die kat Sri Putri pastu balik UTM mkn jap kat Meranti. Then kitorg kuar gi Plaza Kotaraya sbb nak gi Maxis Centre, Kak Emi nak btulkan sim card yg kena reject. smabil tu aku dgn yg lain2 amik pelunag daftar nombor. Alang2 dah gi Maxis Centre ni, baik settlekan sumer. Selesai jer, trus balik UTM, letih ar. Panas.





Malamnyer lps mkn, pegi main bowling plak. Ini aktiviti wajib kitorg klu berkumpul ramai2. Mula2 ingat nak lwan dgn team lelaki tp diorg busy lak, so kitorg main sesama kitorg jer. Abis main bowling, lepak plak kat Dangabay. Dah lama tak tgk Arshad nyanyi, so dpt la tgk sekejap. Pastu jln2 jap, diorg sibuk nak tgk port aku. Hahaha... Ntah aper2 la.. Pastu amik gambar byk2, duduk kat pondok sambil cerita mcm2. Best sgt mlm ni...



Thursday, March 23, 2006

hehehe...

Amik Yana kat sri Putri. Dier baru jer sampai JB ptg td. Kak Emi plak kat umah lg, tak bertolak lg. Tgh tension sbb balik dr KL carik kad matirk kat umah tp tak jumpe. Penting tu kad matrik, klu takde nanti klu balik lewat kena scan, susah la... Tak pasal2 Pak Guard tak kasi masuk UTM.



Hehe.. Balik dr amik Yana lalu kat padang UTM, nmpk bdk2 main ragbi. Aku ckp kat Fizah, Fizah kater nanti nak lalu situ nak tgk seseorg tp sblm tu gi bilik lecturer jap, amik 'case study'. Balik tu lalu la kat padang lg, takde plak org yg dicarik. Huhu... Trus balik tp ajak Fizah lalu dpn blok bdk tu plak. Hehehe.. Dah nmpk dah keta die... Dr jauh pun bleh nmpk. Punyerla menyerlah. Mlm ni ader la modal nak borak. Hahaha..



Wednesday, March 22, 2006

Excited sgt nih!

Tak sabar sgt tunggu Kak Emi n Yana dtg UTM utk konvo Ahad ni. Diorg dah janji nak dtg Rabu ptg, so aku dah sebok countdown hari. Hehe. Rindu sgt kat diorg sumer, dah baper bulan tak jumpe ni... Kak Emi dah keja, Yana plak still bercuti kat Kuantan. Hehe. Jgn risau Kak Emi, lps org abis org nak gi KL gak keja kat sana. Bleh kita berkumpul lg, wat havoc giler2 kasi pecah satu KL. Hahaha..





Begitu dahsyatnye kitorg bila dah berkumpul ramai2. Org lain pun kitorg tak kisah dah. Kalau kat UTM ni, mane kitorg pegi mmg senang org nak kenal. Sbb ape ek? Haha... Sbb gaya kot... Paling menonjol. Maybe gak sbb senang bergaul. Takde kwn pompuan lain, selain sesama kitorg, tp kwn lelaki teramat la ramai. Kwn lelaki satu fakulti setakat biaser2 jer, tp kwn lelaki yg lain fakulti terlalu baik dan rapat. Peliknye kitorg ni... Hehe.. Tp dr pengalaman, kwn dgn lelaki lg best dr kwn dgn pompuan. Haha.





Hurmm... Ade org tanye dah tgk blom keta die yg dah mcm baru. Hehe. Tak tgk lg... Tak pnh nmpk lg dalam UTM ni.. Huhu.. Biler nak tgk ni? Tgh excited ni.. Anyway, td lepak minum2 kat Aliff dgn Farhan, Mad n adik2 diorg. Sms dgn org tu mcm nak gaduh plak. Tp balik bilik sambung sms lg, sumenyer ok jer.. Happy jer.. :)



Monday, March 20, 2006

jeles nye wak...

Sehari-harian aku dijeleskan oleh En. Khairul Nizam yg dpt pegi tgk F1 free2. Dengki ar, dr mlm td dah sms bgtau dah nak bertolak. Siap dah pasang angan2 nak bergambar dgn gadis litar. Ade satu lg, nak kim salam aku kat Schumi plak! Tak nak. Org tetap sokong Kimi. Tapi arini Kimi tersingkir awal la.. Takpe, byk race lg. Yg penting Schumi pun tak menang gak! Wahahaha...





Mlmnyer die wat report ala2 Karam Singh. Lg la jeles, die bgtau dier duk kat Grang Stand, tiket btul harga RM1000. Cisss! Mmg berjaya wat aku jeles. Tak kira, tahun dpn aku nak gi plak! Abis blaja ni nak keja n kumpul duit byk2 utk enjoyyy... Hahaha..



Friday, March 17, 2006

nothing

Takde watpe.. Bosan... Rindu... Ade org nak balik umah minggu ni. Aku jeles. Ptg td die call setelah sekian lama. Ye ker lama? Hehe. Ade org lain plak nak gi tgk F1 kat Sepang weekend ni. Yg tu pun aku jeles gak! Mane tak nye... Die dpt tgk free... Tak aci la En. Khairul Nizam... Hehehe...



Tuesday, March 14, 2006

UTM lagi...

Huh!!! Dah berada semula kat UTM. Balik lps subuh, sblm tgh hari dah sampai. Punyerla rajin nak gi klas kul 3 ptg, last2 sampai kat kelas ade notis yg kuliah batal. Ape lg, balik bilik tido la... Letih ar.. Mlm td aku susah nak tido. Huhu...



Monday, March 13, 2006

F1 bermula. Kegilaanku kepada Kimi Raikonnen pun bermula. Haha...

Hari terakhir kat umah ni, pagi esok dah nak balik UTM. Memang arini mengharagai saat terakhir macamla tak akan balik umah lg lps ni. Mlm ni kitorg adik beradik duduk dpn tv menonton F1 Grand Prix kat Bahrain. Sememangnye kitorg adik beradik minat sgt tgk F1. Tp yang paling tak best, dlm 5 org adik-beradik tu, aku sorang jer yg sokong McLaren Mercedez n Kimi. adik2 yg lain sumer sokong Micheal Schumacher n Ferari. Terpulangla, Schumi dah makin slow skrg ni. Aku tetap setia dgn Kimi. Hahaha... Keputusanyer 1st Alonso, 2nd Schumi n 3rd Kimi. Tak kisah ar, baru 1 race, musim baru bermula. Lgpun Kimi mula dr belakang tau, tak macam Schumi yg mula kat petak 1st tp akhirnya dpt no. 2. Hahahaha... Ada org bengang aku kutuk Schumi, padan muka die, aku nak kutuk gak! Hahaha...



Friday, March 10, 2006

bored!

Seharian jd budak baik duduk kat umah! Najib tepon pun ejek aku pasal bende ni. Hahaha... Takde watpe arini, lepak jer la dpn tv menonton rancangan kegemaran. Lgpun pg2 aku tinggal sorang sbb Mak dgn Kenet gi sekolah. Biler diorg dah balik baru meriah skit tgk tv same2. Tgk muzik2. Tetamu undangan arini, Jericho Rosales! Walaupun aku tak kenal sgt sbb tak layan citer Filipina, tp... Best gak mamat Filipina ni nyanyi lagu Gadis Melayu ek! Hahaha... Ooops! Lupa plak! Tgh ari td Pak Uda aku antar kucing die 3 ekor Ciko, Mok n Debab) sbb die nak gi Setiawan, Perak selama seminggu. 2 ekor kucing tu selamat je sbb dah biaser tinggal umah aku tp si Debab menghilangkan diri. Tido mlm die bkn dlm sangkar, tak tau die lari maner. Mlm plak tgk citer Valentine same2 dgn mak n Kenet. Giler ganas citer tu! Ngeri! Potong2, bunuh2, pecah2 kepala... Huhu! aku mmg tak tahan citer ngeri!



Thursday, March 09, 2006

tak tido semalaman sbb balik kg punye pasal. Haha!

Pagi Selasa, pegi klas Management pukul 8 pg smpai 10 pg. Mmg seronok klas ni, lecturer aku Cik Riza tersgtlah baik kepada kami. Sayang sgt kat die. Bygkan Khamis minggu lps sepatutnya ader klas mlm tp die batalkan sbb student lain mintak batalkan klas sbb diorg ader test OB esoknyer n kena antar assignment. Aku dgn Fizah yg tak dpt info klas batal pegi jer la klas mlm tu. Cik Riza dtg semata-mata nak antar kitorg balik. Susahkan die jer sbb kitorg dtg dgn transport sendiri, Cik Riza ingat kitorg dtg naik bas tu pasal die dtg klas gak. Hehe. Alamak! Melalut jauh plak aku. Back to the story, klas pg td Cik Riza membebel sbb presentation one group ni tak menepati kehendak die. Nasib baik die membebel jam yg kedua kalau tidak, lagi lambat nak abis kot. Haha. Jahatnyer aku…











Malamnye kuar mkn dgn Fizah kat payung. Mula2 ajak Farhan dgn Syahril join skali sbb dah lama sgt tak mkn sama dgn diorg tp diorg tak nak mkn plak. So kitorg mkn berdua jer la. Tp tgh mkn bdk 2 org tu dtg kat payung. Aper lg, borak2 la… Farhan jemput aku dgn Fizah join celebrate birthday Mad kat KRP mlm nanti. Kitorg on jer and stanby tunggu kat KRP kul 10.30 mlm mcm yg Farhan bgtau . Tunggu punye tunggu, bdk2 lain tak sampai lg. Laily ajak kitorg lepak bilik die n menyibuk tgk diorg masak bihun goreng utk parti tu. Hehehe. Kul 11.30 baru la sumer bende siap n kitorg turun kat pondok. Pukul 12 mlm jer drama mengenakan Mad pun bermula. Sian Mad, bdk2 ni baling telur kat die. Slps tu masing2 menjamu bihun goreng dgn kek. Seronok gak mlm ni sbb ramai yg dtg, Farhan budget 20 org. Aku dgn Fizah plak dpt kenal2 dgn adik2 yg satu course dgn Farhan n Mad. Macam biase la, kitorg dipanggil kakak di kalangan diorg sume ni. Huhu!











Hampir pukul 1.30 pg kitorg lepak kat KRP borak2 kat pondok. Bdk2 lain ramai yg dah balik. Tiba2 Syahril n Farhan pujuk aku gi tgk bola kul 3 pg, Chelsea lwn Barcelona. Tanpa mengecewakan diorg, aku pun pegi la..  Fizah tak gi sbb pg nnti lps subuh die kena drive utk kitorg balik kg. Hehe. Tgk bola kat Aliff, dtg slps pukul 3.30 pg, so Aliff sudah dipenuhi dgn student2 lelaki UTM. Huhu… Ramai tak tarkata, segan giler aku! Rasenyer aku sorang jer pompuan yg menyelit masuk tgh2 diorg, tp nasib baik duduk kat blkg, klu tgh2 mau segan sampai tak tgk bola. Keputusannye, Barcelona menang! Ronaldinho sgt hebat! Balik UTM dah lps subuh dah pun, aku trus mandi n siap2 balik umah dgn Fizah. Bertolak dr Skudai pukul 7 pg. Aku tak tido semalaman, dlm perjalanan, sampai la ke rumah!





----------------------------------------------------------------------------------------------------------------







Sampai umah pukul 10.30 pg. Rehat2 jap, bagi kucing kesayangan aku Amau mkn n slps tu aku pun carik bende nak mkn. Hehe. Pastu lepak dpn tv tgk video klip. Pukul 1 tgh hari masuk dapur utk masak. Lps tu sambung lepak dpn tv. Hans Isaac kat 8tv promote citer terbaru "Persona Non Grata" yg bermaksud org yg tidak boleh dipercayai. Lawak la Hans, btul2 mcm org Melayu dah die ni! Hehehe. Mak balik dkt pukul 2 ptg, lps mak mkn aku teman mak pegi Seremban plak. Panas terik btul! Settle hal kat pejabat pelajaran trus balik tp mak aku nak singgah Giant plak beli brg2 dapur. Layan jer la... Sampai umah ptg tu trus pengsan sampai dkt nak maghrib. Mlm ni tido awal, abis tgk tv kul 12 trus tido. Najib call pun aku tak layan sbb btul2 tak larat dah. Haha...









Monday, March 06, 2006

help me! bosan tahap aper ntah...

Ei... Bermasalah betul biler banyak sangat masa terluang kat UTM ni. Sampai dah tak tau nak watper n tak tau nak gi maner lg kat JB ni. Haha... Cam bagus jer, macam la sumer tempat kat JB kitorg dah redah. Huhu!!! Rasenyer Singapore jer lg yg still tak jejak. Nak 4 tahun duk JB pun blom gi Singapore??? Tu la ayat mak aku kalau aku citer yg aku dah bosan jalan2 kat JB. Hehe... Anyway, minggu ni nak balik umah. YAHOOO....



Sunday, March 05, 2006

hye there!

just nak cuba blogger jugak.
aku juga ada blog di Friendster sejak bulan Mei 2005.
so, welcome to me. hehe.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...