Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 30, 2007

fuhh!

Dua hari ni aku busy yg amat mencari no. phone hotel2 kat Melaka. Mestila, nak book bilik dulu. Kang main redah je tak pasal2 tido tepi jalan. Hehe. Sekarang ni kan musim cuti sekolah, lagipun weekend, memang peak giler2 la.. So, petang tadi settle dah. Dah confirmkan hotel tengah2 bandar. So Sabtu ni, exercise banyak2. Jalan kaki!


Cik Ted berjalan ke KL tapi nak balik dah. Pandai die suh aku amik gambar2 byk2 kat Melaka. Hurmm.. Tengokla kalau rajin.. Aku harap die balik dr KL pun ada gambar terbaru. Hehe. Orang yg sedang kat Terengganu yang nak amik exam tu curi2 gak baca blog aku yer.. Dulu kata bila dah balik umah baru nak baca. Haha. Jaga2 duk tepi laut, silap2 ombak besar datang.. Bukan tsunami la, ombak sbb monsun. Baca tengah malam, hantu2 sedang berkeliaran di sekitar anda. Takut? Seronoknye kacau orang....  Hehe. Ampunnn..



Thursday, November 29, 2007

serang!

Arini pagi2 lagi mak aku dah suh bangun mandi nak g serang pejabat JBA. Aku mengantuk btul, tapi slow2 je la bangun g mandi. Malasnye nak bersiap. Tapi takleh malas2, nak pegi menghadap orang kena pakai elok2, lawa2, biar hati diorg lembut walaupun tengok aku marah. Taktik! Hehehe. Takkan nak biar mak aku pegi sorang2, nnti diorg buli mak aku. Aku tau la diorg lelaki, jgn senang2 je pandai rendah kat pompuan. Lagipun aku still igt cmne diorg layan, org pejabat daerah pnh buat mak aku menangis, time tu mak nak uruskan macam2 hal lps arwah abah baru meninggal. Hurmm.. Semalam aku buat pembersihan besar-besaran. Abis tudung2 aku yg trgantung sume aku basuh. So nak kuar pagi ni kena kuar tudung lain, gosok dulu. Lembabnye la aku.. Mak aku dah siap lama, punye lama tunggu aku brsiap n make up segala. Hehe.



Sampai pejabat daerah, panjat lak JBA kat tingkat 2. Motif arini nak serang diorg sebab tak tukar meter air umah aku yg dah lebih setahun rosak pdhal dah call n pesan kat pakcik aku yg keje situ. Pastu bengang sbb mamat baca meter air tu sedap2 je letak kat bil kitorg RM 20.35 selama ni tak ubah2 padahal sebelum meter rosak, bil RM belas2 je. Pdhal sblm ni 6 org tinggal dlm umah, skrg bertiga je. Logik tak? Diorg dah makan duit kitorg byk bulan. Pastu nak sound plak sikap diorg yg dah tau meter rosak tapi tak bgtau kat tuan rumah, just letak simbol kecik kat bil yg aku dulu pun tak phm. Bil dah la tulisan halus. Saje je nak charge mahal2. Camne kalau kena kat orang kg yg tua2? Kena pulak kat yg dah rabun? DIorg ingat sume orang pandai ke baca simbol diorg tu? Nasib kena kat kitorg, kalau kena kat Uwan aku yg tggl sorg tp bil byk, mmg aku nak mengamuk. Ada ke patut, dah sampai pejabat, org pejabat tunding jari lak kat orang yg baca meter. Padahal dua2 terlibat, takde persefahaman. Geram btul aku kat pakcik tu. Nama je ada komputer depan mata tapi tak jalan gak aduan orang. Aku cakap aku nak claim duit berlebih yg dah bayar byk2 kat bil2 tu, diorg taknak pulangkan! Lagi la bengang. Last2 dah malas nak gaduh, "oklah pakcik, nanti saya report masuk paper, senang citer".



Hangin giler, sume tmpat nak kena serang baru jalan keja. Sebut je, TM Point? TNB? JBA? Balai polis? Haha. Sume aku dah redah pejabat diorg. Sume ada masalah. Diorang pun dah muak tengok muka ni. Hehe. Penat la, pagi2 dah hangin, dah la aku tak breakfast. Balik dari JBA teman mak aku g nursery plak. Tengok2 pokok bunga, n beli pasu orkid. Pastu singgah macam2 tempat lagi, beli barang. Last skali pegi pejabat haiwan. Aku buat appointment nak hantar kucing Uwan aku, suh diorg mandulkan. 2 ekor kucing betina, dah cukup umur dah tu, kang tak pasal tiba2 bunting dua2 ekor, bermaharajalela la kucing2 kat umah Uwan tu nanti. Uwan aku pun dah bising2 dah, tiap kali aku g umah die, die mesti ckp cmni, "Kak, ko tanye dah org klinik tu ke blom kak, nak antar Putih dgn Sitam ni? Uwan takut kang beranak plak". So sekarang, "Dah confirm Wan, antar Rabu dpn. Posekan dulu ari Selasa. Uwan jaga diorg jgn bagi dkt2 dgn kucing jantan". Hehe.



Adoi, pening la. Nak g jln2 Melaka mggu ni tapi tak tau nak duk mane. Hotel blom book. Hehe. Salah aku ler tu.. Aku pening nak pilih mane satu.. Ada ke patut Saza suh balik je tido kat umah. Takleh pakai tul klu aku mntk pendapat si minah tu.



Wednesday, November 28, 2007

nak ke mane?

Adik aku dah abis SPM, bermakna sume adik-adik aku dah abis skolah. Mak pun tgh cuti tapi macam tak cuti pun. Tiap2 hari kena gi skolah sebab byk sgt keja blom selesai. Lagipun skolah dekat je dgn umah n takde bende kat umah yg nak dikisahkan, so mak lebih suka buat keja kat skolah je, takyah bawak balik byk2. Skit2 aku tolong la kan..





Oh ye, adik aku Baby yg kat matriks tu call mak aku malam tadi, sebok brtanye nak jalan mane kali ni. Hurrmm.. Kitorg pun tak tau nak jalan mane dah. Sume tempat dah pegi. Maybe ke Melaka. Aku tengah survey2 la ni. Nak book hotel mane yang berkenan. Rasanye nak yg btul2 dalam Bandar Melaka je, senang jalan kaki je nak gi mane2.


Lama dah tak ke Melaka. Maksud aku btul2 luangkan hari hanya untuk pegi jalan2. Kalau lalu or pegi certain2 tempat tu bese la. Kalau btul2 makan angin, tahun 2002 kot... Dulu2 Melaka tu tempat main2 aku je. Tak heran pun.. Maklumla penah skolah kat sana time form 4 n form 5 dulu. Hehe. Asal weekend mak, abah n adik2 datang melawat je, mesti jalan2. Sampaikan dah tak tau nak ke mane. Tapi tu dulu. Sekarang ni Bandar Melaka dah banyak berubah. Dah bertambah daya tarikan. So, itu yang kitorg nak explore kali ni. Insyaaallah..



Tuesday, November 27, 2007

some pics








Monday, November 26, 2007

pembawa dulang hantaran

Tadi duk citer pasal anjing, ni pasal kenduri kawin pakcik aku lak semalam. Adik tiri arwah abah aku. Aku panggil dia Pak Poje. Ntah nape la, semalam sepupu2 aku ramai2 yang sebaya aku tak datang, aku sorang je anak dara umur 20-an. Umur 24 dah wei. Bila nak kena bawak hantaran dah tentula anak2 dara kena bawak. Patutnye bagi la budak2 yg belasan tahun ke, aku ni tua dah. Segan giler. Haha. Nak wat camne tak cukup anak dara belasan tahun untuk 2 dulang, aku yang kena. Ceh. Lagi sorang sape lak? Hehe. Lagi sorang sepatutnya Mak Su aku, adik kandung arwah abah aku la, sebab serius takde orang lain dah time tu. Walaupun umur dah 30-an tapi dia blom kawin, kena la jugak. Hahaha. Darurat dah ni nak gi umah pengantin pompuan. Mak Su aku leh lak bg alasan jd driver, kawan baik dia Kak Isyan yang terpaksa jadi  pengganti. Umur sama dengan Mak Su aku la, blom kawin gak lagi. Ok la kan, ada yang lebih tua dr aku. Hehe. Dia terpaksa la geng dengan aku. Bawak dulang nyorok2 kat belakang budak2 ni. Jalan belakang2. Rasa nak angkat je dulang tu sama paras dengan muka. Haha. Dulang paling berat lak tu budak2 ni bagi kat aku. Saje je nak kenakan aku. Haha. Malu wei, yang lain sume budak2, dua orang ni je dah tahap lain. Lagi kesian kawan Mak Su aku tu. Hehe. Lain kali aku nak kena check dulu geng2 aku bila ada kenduri camni. Tak pasal2 aku boleh terkial-kial sensorang jadinya. Tak patut.. Hehe.



Sunday, November 25, 2007

anjing

Nak dijadikan citer, 2 hari lepas, pagi2 la dalam pukul 6 lebih, aku terkejut dengar bunyi sesuatu. Kuat btul bunyi tu, dekat je plak tu dengan bilik aku. Puas aku nak pastikan bunyi ape, kejap2 macam melolong cam bunyi serigala dlm citer kat tv. Kejap2 aku rasa macam bunyi binatang dalam kesakitan, sayu je.. Aku suspek macam2 la sebab kebun belakang umah aku ni memang ada monyet n babi. Tapi babi tak masuk kebun la sebab rumah aku ni dah pagar elok2 keliling, kebun jiran2 memang berleluasa la dia. Monyet takyah cakap la, abis buah betik kat umah ni kena curi. Tapi aku tak penah nampak, mak aku la bgtau or nenek sebelah umah aku ni.



Berbalik pasal bunyi tadi, aku wat tak kisah je, malas nak jenguk ke luar bilik. Tapi tak lama lepas tu, aku dengar dia menyalak. Sah2 la anjing. Heh, sejak bila umah kau ni ada bela anjing? Haha. Yelar, dekat giler bunyi, amau aku pun tak senang duduk. Sedap2 tido dengan aku, trus bangun n dua2 telinga tegak sbb detact binatang lain. Lepas tu bunyi menyalak tu makin jauh n hilang macam tu je. Petang tu aku tanye mak, dengar tak bunyi anjing pagi td? Mak kate tak dengar apepun. Aku pelik gak, bunyi punya kuat, takkan takde orang selain aku yang dengar kot. Nenek sebelah ni pun takkan tak dengar. Bilik aku dengan umah dia tak jauh. Mak aku tak dengar mungkin boleh jadi jugak sebab bilik dah belah lain. Hurmm.. Tak kisahla.



Pukul 5 pagi esoknya, bunyi tu datang lagi. Kat sebelah bilik aku gak. Lagi ganas dari semalam. Ish, anjing sape terlepas ni? Tak cukup makan ke sakit? Aku bleh dengar dia berjalan sepanjang pagar n cuba nak panjat. Last2 biler matahari dah terbit, aku dengar bunyi menyalak kat halaman depan pulak. Dalam hati aku, "ahh sudah, kang tak pasal2 sape kuar umah kena gigit". Tiba2 senyap. Aku citer dengan mak. Mak aku kate anjing, tapi mak aku pun tak sempat nak tengok, dia dah lesap ntah ke mana. Mak pegi check kat pintu pagar, ada kesan dia mencakar nak keluar. Agaknya dah keluar dah kot, maybe dia panjat pintu pagar, sebab dah takde bunyi dah. Boleh ke anjing panjat ek? Ntah..



Petang tu aku keletihan lepas balik kenduri, baring2 nak tido la depan tv. Dah mamai2, sayup2 je ada lagi bunyi anjing menyalak kat belakang umah. Mak aku yang tengah baca surat kabar sebelah aku pun trus pandang aku. Tak jadi aku nak tido. Tak pueh hati macam mana anjing boleh bermalam dalam kawasan umah aku selama 2 hari. Mak aku keluar pegi check pagar kat kebun. Takde ape2. Anjing pun takda nampak, tapi mak aku siap2 bawak kayu la, takut tiba2 kena sergah plak kang. Mane la tau dia dah gila ke sebab lapar sangat. Tak jumpa apepun, lantak ko la anjing. Petang tu aku dengan mak lepak2 berborak kat umah Uwan. Adik aku call tiba2 bgtau anjing tu dah keluar dari persembunyian, tengah pusing2 satu umah tp taknak keluar pdhal gate kitorg dah siap2 bukak. KItorg balik je dah lepas maghrib, takut gak nak keluar kereta, takut anjing gila. Huhu. Abis semua lampu luar keliling umah aku on bg terang nak tengok mane anjing tu menyorok. Mak aku lak bawak galah panjang halau dr belakang. Tiba2 aku jenguk dari tingkap bilik aku, nampak dah anjing tu. Sebijik macam Scooby Doo. Hahahaha... Besar, kaler coklat, btul la macam Scooby Doo, tapi tempang n tak tentu arah, ketakutan. Aku sorak2 dia lari ke belakang. And mak aku pun dah malas nak halau sebab hari dah gelap.



Tak tau la, dah keluar kot ikut kebun. Sebab pagi ni dah aman damai je takda yang menyalak. Agaknya sebelum  ni dia sesat2 masuk kebun kitorang dari celah2 bawah pintu pagar kat kebun belakang. Nasib baik dah takde, kalau ada lagi, aku bela je Scooby Doo tu. Dah taknak balik kan, meh sini aku bela je la. Jaga umah or kawan dengan Amau. Hehe.



Friday, November 23, 2007

Spa Q

Jom petang2 lyn citer ni. Aku tak pnh miss lagi. Klu miss pun, aku akan tengok episod yg aku miss tu dlm website tv3. Jahat btul Fatin tu. Aku taknak jd macam dia. Hehe. Perosak rumah tangga org. Perampas suami org.



Thursday, November 22, 2007

letih jiwa

Tak tau la nak citer macam mana. Sejak Ahad malam jiwa dan perasaan aku terganggu sebab 1 kutukan yang aku takleh terima. Sepanjang malam aku tak tido. Selama ni aku senyap, tapi start daripada tu, aku mula bersuara. Tapi takda respon. Senyap, membisu sepanjang hari Isnin. Aku tunggu2 gak kalau2 dia menjawab tapi takda. Isnin malam pun tak dapat nak lelap sangat tido, 3 jam je dpt tido btul2. Aku sakit perut yang amat sangat. Tak tau kenapa, nak kata salah makan, tak mungkin sebab aku tak makan malam. Hehe. Makan siang tadi, tak kot, orang lain ok je. Agaknye sebab fikiran tengah kusut.



Hari Selasa plak, pagi2 kena antar mak aku pegi sekolah sebab kereta tinggal 1, so kena pandai2 bagi masa. Pukul 10 pagi amik adik balik peksa. Pukul 12 tengah hari amik mak balik sekolah plak. Pukul 1 lebih antar adik pegi peksa balik. Busy giler jadi driver. Hehe. Belah ke petang plak, perang. Tapi cara baik la, bukan nak carik gaduh. Aku nak mintak penjelasan, and jelaskan macam2 yang 1 pihak lagi ingin tau, tu jer. Lagipun aku tak suka and sedih sangat orang kutuk aku belakang2. Alhamdulillah, dah ok kot.  Aku rasa diorang paham. Aku pun dah penat sangat dah pasal ni, so aku  akan biarkan je. Just tunggu.



Malamnya, sebab letih berperang dgn jiwa n perasaan, sebelum pukul 9 aku dah masuk tido. Hahaha. Awal giler. And tertido gak la, pukul 11 lebih terjaga n tak dapat tido. Aku bangun ke dapur, just minum, tak makan. Aku tahan diri dari makan malam. Hehe. Pastu mengelamun lagi atas katil. Terpikir setiap perkara mengenai perang petang tadi. Sedih pun ya. Nak carik tempat mengadu, orang busy plak study untuk exam. So aku layan perasaan sorang2. Tiba2 dapat sms tanye tengah watpe. Orang dah ngantuk lagi disorongkan bantal. Memang tepat pada masanye. Gayut. Bila kena tanye arini watpe, hati mula la sayu, terkeluar jugak air mata. Lagi la bila citer satu2. Sedih giler. Kalau dengar suara pun bleh tau aku tengah macam mana. Aku dinasihatkan supaya lebih banyak bersabar dan jangan kisah kata2 orang yang remeh temeh, asalkan diri sendiri tau jaga diri. Baik, aku cuba. Sayu je malam tadi, tak ceria. Huhuhu.. Takpela, lepas ni ceria balik la.. Haha.



Dahla, letih tulis blog ni lama berjam-jam sebab sambil2 melayan sms si Ted. Hehe. Ok Ted, sekarang ni perang psikologi, berdiam diri n banyakkan sabar sebab selama ni aku dengan ko dah hampir2  nak jadi PSIKO. Hehehe.



Wednesday, November 21, 2007

letih jiwa n perasaan

Tak tau la nak citer macam mana. Sejak Ahad malam jiwa dan perasaan aku terganggu sebab 1 kutukan yang aku takleh terima. Sepanjang malam aku tak tido. Selama ni aku senyap, tapi start daripada tu, aku mula bersuara. Tapi takda respon. Senyap, membisu sepanjang hari Isnin. Aku tunggu2 gak kalau2 dia menjawab tapi takda. Isnin malam pun tak dapat nak lelap sangat tido, 3 jam je dpt tido btul2. Aku sakit perut yang amat sangat. Tak tau kenapa, nak kata salah makan, tak mungkin sebab aku tak makan malam. Hehe. Makan siang tadi, tak kot, orang lain ok je. Agaknye sebab fikiran tengah kusut.


Hari Selasa plak, pagi2 kena antar mak aku pegi sekolah sebab kereta tinggal 1, so kena pandai2 bagi masa. Pukul 10 pagi amik adik balik peksa. Pukul 12 tengah hari amik mak balik sekolah plak. Pukul 1 lebih antar adik pegi peksa balik. Busy giler jadi driver. Hehe. Belah ke petang plak, perang. Tapi cara baik la, bukan nak carik gaduh. Aku nak mintak penjelasan, and jelaskan macam2 yang 1 pihak lagi ingin tau, tu jer. Lagipun aku tak suka and sedih sangat orang kutuk aku belakang2. Alhamdulillah, dah ok kot. Aku rasa diorang paham. Aku pun dah penat sangat dah pasal ni, so aku akan biarkan je. Just tunggu.


Malamnya, sebab letih berperang dgn jiwa n perasaan, sebelum pukul 9 aku dah masuk tido. Hahaha. Awal giler. And tertido gak la, pukul 11 lebih terjaga n tak dapat tido. Aku bangun ke dapur, just minum, tak makan. Aku tahan diri dari makan malam. Hehe. Pastu mengelamun lagi atas katil. Terpikir setiap perkara mengenai perang petang tadi. Sedih pun ya. Nak carik tempat mengadu, orang busy plak study untuk exam. So aku layan perasaan sorang2. Tiba2 dapat sms tanye tengah watpe. Orang dah ngantuk lagi disorongkan bantal. Memang tepat pada masanye. Gayut. Bila kena tanye arini watpe, hati mula la sayu, terkeluar jugak air mata. Lagi la bila citer satu2. Sedih giler. Kalau dengar suara pun bleh tau aku tengah macam mana. Aku dinasihatkan supaya lebih banyak bersabar dan jangan kisah kata2 orang yang remeh temeh, asalkan diri sendiri tau jaga diri. Baik, aku cuba. Sayu je malam tadi, tak ceria. Huhuhu.. Takpela, lepas ni ceria balik la.. Haha.


Dahla, letih tulis blog ni lama berjam-jam sebab sambil2 melayan sms si Ted. Hehe. Ok Ted, sekarang ni perang psikologi, berdiam diri n banyakkan sabar sebab selama ni aku dengan ko dah hampir2 nak jadi PSIKO. Hehehe.



Sunday, November 18, 2007

kenali sejarah

Aritu aku cakap nak pegi melawat sepupu hari Sabtu kan? Tak jadi. Jumaat petang je dah trus pegi Lubuk Cina. Tak tido sana la, petang tu balik umah semula. Uwan aku sorang je tido sana, hari Ahad baru balik. Sepupu aku tu macam tu je la, still takleh bergerak sangat sebab kepala cam berat skit. Cakap pun macam malas, tak tau la, penat kot dia berfikir nak mulakan percakapan tu. Bila kita tanye je baru dia menjawab tapi kalau nak harapkan dia borak2 happy2 macam dulu2, still blom takleh. Takpela, maybe akan makan masa sebab cedera kat kepala.



Oh ye, sepanjang perjalanan ke Lubuk Cina tu, aku menikmati la alam sekeliling. Sebab tu la jalan dulu aku slalu ulang-alik ke JB. Dari Kuala Pilah melalui jalan Tampin pastu masuk tol kat Alor Gajah trus ke Skudai. Sebenarnye aku cuba nak carik kat mane Gunung Datuk. Haha. Sebabnya, ada seorang kawan ni tanya kat mane gunung tu. Aku tau gunung tu kat Rembau tapi n9 belah2 sana aku tak berape
tau sebab tak penah pegi. Hehe. Adik aku yg last ni penah 2 minggu masuk skolah teknik kat sana, tapi apakan daya, aku kat UTM time tu. Bila aku balik nak melawat je, mak aku cakap adik aku dah balik umah, nangis2 taknak skolah sana. Hehe. So sepanjang perjalanan tu aku mencari sign board ke Gunung Datuk.



Alahai.. Lubuk Cina umah makcik aku tu sempadan Rembau dengan Melaka sebenarnya. Maknanye Lubuk Cina tu ada bahagian yang dalam n9 n ada dalam Melaka. Tapi makcik aku ni yang side Melaka la. Nama je dalam Melaka tapi orang sini tau je cakap n9. Rupa-rupanye simpang ke Gunung Datuk tu masuk ke kanan dari jalan ke Rembau. Nak ke umah makcik aku lak masuk kiri, jalan ke Astana Raja. Hehe. Selama ni aku ingatkan bukit kat tepi tu ape, rupenye tu la dia Gunung Datuk.









Aku : La mak.. Kat sini rupenye Gunung Datuk, ingatkan jauh sangat la kat Rembau          tu.
Mak : Gunung Datuk tu sebelah2 dengan Seri Menanti. Orang zaman dulu daki                   gunung tu la nak pegi istana Seri Menanti.
Aku : Oh ye ke.. Maknanya Bukit Putus pun sebelah sana tu jugak la kan..
Mak : Yelah tu..





Uwan aku lak menyampuk.. Hehe.





Uwan : Sebab tu la nama Seri Menanti, sebab orang sebelah sana tu menanti je                    orang belah sini datang.
Mak : Yelah, dulu2 kan istana Yamtuan kat Astana Raja, muzium yang kita penah              pegi tu, pastu raja pindah pegi Seri Menanti, dengan mendaki bukit tu la.
Aku : Ooo... Patutla..









Tempat yang penuh dengan sejarah. Aku tau skit2 sejak melawat Muzium Raja Melewar yang terletak dalam perjalanan nak gi umah makcik aku tu tahun lepas. Kalau tak aku pun tak tau sangat pasal asal usul orang n raja n9 ni. Korang tau ke sejarah tanah tumpah darah korang? Rajin2 kan la diri melawat muzium atau tempat bersejarah... Hehe. Macam aku ni, zaman skolah dulu aku benci sangat2 blaja sejarah sebab baca buku pasal benda2 yang dah tak wujud. So tak heranla kalau sejarah aku susah dapat A, asik dpt B. Hehe. Tapi sekarang ni ilmu tu datang balik skit2 biler banyak melawat tempat2 bersejarah yang buatkan kita nampak serba sedikit kewujudan ape yang penah dicerita dalam buku.



Kawanku yg di Perak, tempat awak tu lagi banyak kisah sejarah. Tau ke? Hehe. Takyah gi jauh2 la, tanye sejarah tempat paling dekat je la, Menara Condong Teluk Intan tu je.. Tau? Hehe.



Friday, November 16, 2007

byk sgt makan skrg ni

Hurmm.. Dalam minggu ni aku asik makan je kejenye. Mane taknye, minggu ni minggu penutup sekolah, so mak aku banyak jamuan. Bila jamuan tu, mesti banyak makanan berlebih, so mak akan bawak balik macam2. Memang rezeki aku la kan? Jamuan makan KFC pun ada tu. Mewah tak mewah la budak sekolah zaman sekarang. Sume nak menghabiskan duit akhir tahun ni. Banyak makan tu blom termasuk lagi hujung minggu pegi makan kenduri. Hehehe. Lagi la makan rendang segala. Agak2 berat aku berape yer? Sebelum raya aritu cecah berat zaman sekolah menengah. Haha. Dah lama tak dapat berat camtu. Mane taknye, duk UTM asik makan2. Siang, pagi, petang, malam, lepas tengah malam, sume nye makan. Kat umah, kawan2 aku cakap aku macam tak cukup makan. Hehe. Ni dah lepas raya, naik 1 kilo. Haha. Camne la nak tahan diri dari makan malam ni ek? Asik lapar je.. Tak tau apesal. Huhu. Takleh camni, aku kena jaga makan. Motivasi diri. Nak kurus macam ada seorang ni. Hehe. Berlagak la dia sebab kurus. Tapi takleh kurus sangat la, aku ni tinggi, kang ntah macam ape pulak orang lain tengok.


Oh ye, sepupu aku Rozi yang accident aritu dah kuar hospital, sekarang tunggu pulih kat umah je. Tak perlu dah nak ulang alik ke HKL melawat dia. Sabtu ni melawat dia kat umah je, kat Lubok Cina, Melaka. Semoga duk umah lagi cepat sembuh!



Wednesday, November 14, 2007

Kesian kat 2 orang kawan aku malam tadi. Sorang tu Angah, n sorang lagi Ted. Yang Angah ni miskol aku pukul 10 lebih. Aku tak perasan so tak layan la. Pastu sms lak dekat pukul 11, pun aku tak dengar gak. Pastu si Ted plak sms pukul 11 lebih. Sama jugak la, aku tak perasan sebab handpon kat dalam bilik. Sebenarnya kredit dah expired sejak hari Ahad sebab tu handpon dibiarkan merata-rata. Hehe. Kredit banyak tapi nak wat camne, expired la bila lama2, pagi tadi baru topup balik.  Sorry yer kawan2, sedar2 ada sms n miskol dah pukul 1 lebih, logiknye orang lain tido, aku je burung hantu. Hehe.




Angah sure pelik la aku senyap, dia tau aku ni jenis tido pukul baper. Haha. Pelik la kalau tak reply miskol dia. Yang dia tau aku ni kredit tak penah putus, tapi kalau dah expired, putus gak sekali sekala. Hehe. Yang Ted plak, siannye kat dia, aritu  sebelum aku ke Penang dia tengah sakit2. Ted, jangan la kata Haz taknak kawan dengan kamu dah. Kalau down ke ape ke, carik je..


Pasal blog tu, jangan amik serius sangat, memang dia nak orang lain sakit hati sebab tu dia tulis camtu. Abiskan exam dulu yer, nanti emosi nak amik exam terganggu plak. Lepas exam ni cuti nak nangis puas2 pun takpe. Jauh hati? Elok jugak tu, campakkan dia jauh2. Satu benda yang boleh kita harapkan, akan ada balasan yang setimpal untuk orang yang menyakiti orang lain.


Oh ye, SPM dah 2 hari bermula. Adik aku yang paling last pun amik SPM gak. Tiap2 petang aku pegi amik dia balik sekolah. Bila tanya camne peksa, dia cam nak taknak je jawab apa kakak dia tanya. Tapi arini dia cakap susah. Ntah ler.. Aku pun tak tengok kertas soalan dia. Banyak lagi paper yang sedang menunggu. Kalau BI n Sejarah pun dah susah, camne dengan sume paper aliran sains cam Fizik, Kimia, Biologi n Add Math? Heh, aku lak yang risau.. Ish!


Seorang lagi hamba Allah yang nak exam bulan depan tu cmne pulak? Agaknya mesti dia lama tak online pasni. Boleh la aku mengumpat dia cukup2 sementara tengah aman ni. Hehehe.



Tuesday, November 13, 2007

aspalela

Tajuk lagu Apek yang tengah hangat kat radio. Kelakar kalau dengar selalu. Aku jarang dengar radio melayu, aritu dalam kereta nak gi Penang baru first time dengar lagu tu. Sampai2 lak kat Penang, sorang sepupu aku ni baru darjah 2 nyanyi buat sorang lagi sepupu lelaki nama Asfar. Punya la dia duk ulang banyak kali Aspalela tu kat hotel. Aku yang baru je menghayati lagu tu pagi tu memang gelak la dengan gelagat budak2 tu. Asfar dah jadi Aspalela. Nak panggil Asfar je nyanyi Aspalela. Hehe. Budak Asfar ni aku dah lama tak jumpa, dia dah lama tak balik kampung. Dulu kecik lagi, sekarang dah sekolah. Ingatkan dah tak kenal aku dah, tapi lalu depan aku duk senyum sengih2 kat aku.



Kenduri kat Penang makan lauk kari la jawabnya. Nasi kandar takleh lari. Pak Lang aku orang Penang, memang asik promote nasi kandar favourite die je la. Sepupu aku ni kawin dengan lelaki yang dari keturunan mamak Penang tapi dah menetap kat Ampang. Bapak lelaki tu orang Penang, mak orang Johor. Sepupu aku lak bapak orang Penang, mak orang N9. Best gak kenduri ni, dapat jumpa pakcik makcik belah arwah abah yang tak balik kampung raya aritu. Time kenduri ni la berkumpul ramai2 kat umah Mak Lang.



Sebenarnya aku ada sejarah best pasal family belah abah. Hehe. Dulu masa kecik2 aku tak suka dengan orang especially pakcik2 belah abah. Diorang kuat menyakat. Aku ni suka berkepit dengan abah. Pak Lang aku dulu2 suka menyakat aku, aku kuat nangis. Asal menangis je aku tarik abah aku, mengamuk macam2. Sampaikan masa kecik2 dulu aku tak suka gi Penang umah Mak Lang sebab nanti jumpa Pak Lang. Kalau Pak Lang balik kampung pun aku tak suka abah aku balik kampung. Kalau balik pun, nak naik rumah aku tahan abah aku tak bagi naik. Hehehe. Tu la perangai aku kecik2 dulu. Sampai sekarang pun kena sakat lagi. Tapi dah tak berapa ingat pasal dulu2 sebab masa tu aku kecik sangat lagi. Ingat ni pun sebab pakcik2 yang kuat menyakat aku tu duk ulang2 cerita kat aku tiap2 kali jumpa. Cerita kat adik2 aku la sebenarnya. Perrrgghh.. Letih aku nak dengar. Sekarang aku dah tak takut dah dengan diorang. Hehe. Sorang lagi pakcik aku tu , aku panggil dia Uncle, asal jumpa aku je mesti nak sakat pasal dulu2, suka sangat panggil aku 'along' pastu peluk2 aku. Hahaha. Dalam family aku tak panggil along2 ni, sume panggil kakak. Mak abah pun takde peluk aku. Hehe. Tapi dengan Uncle aku tu, bese sangat dah.. Hehe.




Ni ada skit gambar...



Img_2192
Pelamin dengan kek kat depannya.



Img_2197
Katil pengantin.



Img_2201



Sepupu aku Kak Adib yg comel.




Img_2209



Mak aku menepung tawar pengantin.








Img_2215
Antara hantaran utk pengantin perempuan.




Img_2194



Antara hantaran utk pengantin lelaki.



Img_2195



Antara hantaran utk pengantin lelaki.



Img_2216



Makan2. Auntie aku yg kat sblh pengantin perempuan.



Img_2217



Inilah Uncle yg aku citer td tu.. Khusyuk btul mkn dgn pengantin. Hehe.




Friday, November 09, 2007

penang here i come again..

Hurmm.. Dah pukul 11.45 malam tapi aku blom pun mula berkemas untuk ke Penang pagi esok. Untuk apa ke Penang? Sepupu aku belah arwah abah nikah malam esok n kendurinye pulak hari Sabtu. Pegi pun berdua dengan mak aku je, tambah Mak Long aku kat Desa Pandan sorang, maknanye bertiga pompuan satu kereta. Gilir2 la drive dengan mak. Adik2 tinggal dengan Uwan sebab yang sorang tu nak SPM Isnin ni, takutla kang jalan jauh sangat tiba2 balik demam lak, nak peksa besar lak tu kan...



Arini aku jadi driver untuk adik2 aku. Petang tadi bawak je la ke mane diorang nak pegi. Sorang tu nak pegi gunting rambut, pastu sorang lagi rindu nak pegi Watson. Hahaha. Bleh ke rindu ke Watson? Hehe. Tu tempat wajib singgah kalau pegi shopping mane2. Last skali kedai buku. Tu pun tempat wajib adik aku yang last tu lebih2 lagi kalau Popular. Tiap2 kali kalau pegi kedai camtu mesti aku nampak dia beli pemadam, pen n pembaris. Aku pelik dengan adik aku yang sorang ni, tak pandai jaga barang, selalu hilang. Aku dulu time sekolah beli pembaris masa form 2, sampai sekarang pembaris tu ada lagi n aku guna sepanjang kat matrik n UTM. Macam tu jugak pensel mekanikal Pilot. Memang aku sayang sangat, itulah pensel yang aku guna dari dulu sampai sekarang. Korang bayangkan betapa aku sayang sangat2 kat barang2 aku. Kalau hilang memang sedih giler. Itu namanye sentimental value. Lagipun zaman tu aku tau bukan senang nak dapat sesuatu. Adik aku? Aku rasa dia tak penah tau apa itu sentimental value. Semua barang pakai kejap je, bila dah tak suka, tinggal or buang. Susah nak menasihatkan anak bongsu sorang ni. Aku dengan mak aku memang dah boleh target apa dia akan beli kalau kat tempat alat tulis. Tapi hari ni aku bleh terima sebab dia nak exam minggu depan, kalau tidak, memang panas telinga dia dengar aku membebel.



Hari ni kat rumah tak hujan pun tapi aku pegi jalan2 dengan adik aku kat Bahau, memang hujan lebat. Kitorang redah je, ape nak kisah. Asalkan tak basah kuyup naik kereta. Hehe. Balik rumah apa lagi, kenala basuh kereta mak aku tu. Kan esok nak berjalan jauh.. Hurmm.. Tak best sebab adik2 aku takda, aku takde geng! Huhu.




Hurmm.. Terpaksa la tak online untuk beberapa hari. Rasa-rasanye ada ke yang rindu? Hehe.



Thursday, November 08, 2007

lovely quote

“Girls are like apples...the
best ones are at the top of the trees. The boys don't want to reach for
the good ones because they are afraid of falling and getting hurt.
Instead, they just get the rotten apples that are on the ground that
aren't as good, but easy. So the apples at the top think there is
something wrong with them, when, in reality, they are amazing. They
just have to wait for the right boy to come along, the one who's brave
enough to climb all the way to the top of the tree...”



Wednesday, November 07, 2007

lovely quote

“Girls are like apples...the best ones are at the top of the trees. The boys don't want to reach for the good ones because they are afraid of falling and getting hurt. Instead, they just get the rotten apples that are on the ground that aren't as good, but easy. So the apples at the top think there is something wrong with them, when, in reality, they are amazing. They just have to wait for the right boy to come along, the one who's brave enough to climb all the way to the top of the tree...”



Buka2 paper je arini ada citer Dr. Sheikh nak kawin tahun depan. Pergghh, hancur luluh hatiku! Hahaha. Takde la, memang la aku minat kat dia tu kan, kagum dengan pencapaian dia tapi bukan la minat sampai frust dapat tau dia nak kawin. Giler ape. Tu berangan jauh sangat tu. Apesal ramai sebut topik kawin minggu ni? Sume nak kawin dah ke? Huhu.



Oh ye, sekarang ni sensitif btul la dengan ayam. Ni gara2 berdebat pasal ayam n kucing dengan seseorang tu la. Sampai tengok ayam pun aku tak lalu, nak gelak. Hahaha. Ikut dia pegi nursery beli baja taik ayam pun bleh lagi tambah hujah2 kebaikan ayam. Hehe. Sabar je la aku. Tu blom lagi kalau makan ayam, memang takleh citer, kalau tak, tambah lagi hujah. Pasal ayam jugak la minggu lepas aku kena marah dengan mak. Huhu. Ayam nak bertelur rosakkan pokok2 bunga mak aku yang dalam pasu, aku yang kena sebab tak halau ayam tu. Ntah ayam sape la datang bertandang, umah aku mane ada bela ayam langsung. Dah la aku nak halau dia bleh lagi pandai sembunyi sampai aku tak nampak. Nasib baik bleh halau je, kalau dapat tangkap, aku sembelih bagi senyap. Hehe.



Tuesday, November 06, 2007

mengarut jap

Buka2 paper je arini ada citer Dr. Sheikh nak kawin tahun depan. Pergghh, hancur luluh hatiku! Hahaha. Takde la, memang la aku minat kat dia tu kan, kagum dengan pencapaian dia tapi bukan la minat sampai frust dapat tau dia nak kawin. Giler ape. Tu berangan jauh sangat tu. Apesal ramai sebut topik kawin minggu ni? Sume nak kawin dah ke? Huhu.


Oh ye, sekarang ni sensitif btul la dengan ayam. Ni gara2 berdebat pasal ayam n kucing dengan seseorang tu la. Sampai tengok ayam pun aku tak lalu, nak gelak. Hahaha. Ikut dia pegi nursery beli baja taik ayam pun bleh lagi tambah hujah2 kebaikan ayam. Hehe. Sabar je la aku. Tu blom lagi kalau makan ayam, memang takleh citer, kalau tak, tambah lagi hujah. Pasal ayam jugak la minggu lepas aku kena marah dengan mak. Huhu. Ayam nak bertelur rosakkan pokok2 bunga mak aku yang dalam pasu, aku yang kena sebab tak halau ayam tu. Ntah ayam sape la datang bertandang, umah aku mane ada bela ayam langsung. Dah la aku nak halau dia bleh lagi pandai sembunyi sampai aku tak nampak. Nasib baik bleh halau je, kalau dapat tangkap, aku sembelih bagi senyap. Hehe.



teman gosip terer menjejak aku

Kah kah kah.. Tau2 je die aku ke mane yer.. Terkejut aku dpt sms, kantoi. Hahaha.. Takpe2.. Takde rahsia antara kita. Hehe. Ala.. Dah sememangnye kamu tu hebat sejak zaman dahulu kala lagi.. Sejak zaman kamu tidak mengenali siapa itu Hazilah Aini. Hehe. Pandai kan kita menyorok? Hehe.




Ooo.. Ada orang nak nikah yer? Silakan.. Aku? Lambat lagi kot.. Teman gosip aku nampaknye nak tunggu Brad Pitt. Sampai kiamat la kawan ku.. Hehe.



Saturday, November 03, 2007

date

Hari ni kuar berdating lagi. Ke KL jugak. Kali ni tempat sasaran 1 Utama. Makan kat Pandan Leaf Restaurant pastu tengok wayang citer Stardust. Best gak citer ni. Romantik n komedi, sume ada. Lepas tu jalan2 pusing satu 1 Utama and then balik. Hehe. Blom lagi, singgah macam2 tempat sebab dia nak beli baja untuk pokok2 kat rumah baru. Lagipun arini dia dah cakap nak antar aku balik sampai rumah. Aku ni ikut je la, tak turun dari kereta pun. Last2 dia kata ajak singgah rumah mak dia jap, dia nak antar baja n solat dulu. Oh, tidak. Aku segan la. Kang mak dia tanya macam2, apa aku nak jawab? Huhu. Redha je la, masuk rumah mak dia layan macam tetamu datang beraya. Tapi tanya macam2 gak la, tp aku try la jawab. Mak dia pun banyak bercerita, macam2 pasal dia mak dia cerita. Hehe. Pastu dia lak dalam keta duk tanya aku apa mak dia citer. Haha.


Lepas singgah umah mak dia, singgah plak umah baru dia. Letak baja kat pokok yang dia tanam aritu. Pokok pisang n rambutan. Beriyer btul dia tanam. Dengan rumput2 karpet pun letak baja, memang gemuk2 la rumput tu! Lepas tu barula bertolak balik. Itupun dah pukul 5 lebih, tambah2 lak jam sana sini kat area KL tu, pukul 6 baru btul2 kat highway. Sampai umah dekat pukul 8. Aku paksa dia singgah sebab aku dah singgah rumah dia. Hehe. Lagipun bleh tumpang solat Maghrib kat umah aku je. Padan muka dia jugak, kena berborak dengan mak aku plak. Hehe. Tapi tak lama la, dia nak cepat balik KL, nak amik adik dia balik keja pulak.


Kesimpulannya hari ni best sangat2. Sebab banyak habiskan masa dengan dia. Lagipun bukan selalu, lepas ni dia sibuk study untuk exam and tak lama lepas tu berbulan-bulan tak jumpa.


Thursday, November 01, 2007

hebat kwn bergosip aku sorg ni..

Petang2 dah miskol, rupa-rupanye tengah bosan. Nak ajak bergosip ler tu.. Hehe. Pagi ni die nak exam ni.. Katanye dah abis study, malam2 duk karaoke je. Wahhh.. Hebat btul! Aku dulu time2 study tak penahnye abis study sampaila masuk ke dewan. Haha. Hebatnye Ted. Kitorg bergosip tak ingat dunia, sume hal nak citer. Sedap btul melyn Ted, sampaila die tertido. Tengah hari ni bergosip kat YM plak tu.. Agaknye semput orang yg kitorg gosipkan tu kan? Ada aku kesah? Hahaha.



huh!

tengah syok2 chatting mlm td tiba2 aku teringat nak check nombor fon sorg minah ni. aritu tak tgk sgt, trus save je. rupe-rupenye nombor die sblh2 dgn nombor jantan tu. beli nombor sepasang rupenye.. bengang aku! walaupun dah tak kisah psl die, tp aku sakit hati sbb ditipu!






*****************************************************************************************************




Hehe. Family mane plg ramai main frenster ek? Family aku kot, cucu2 Meriam (atau nama femes di kalangan sepupu2 aku--> Uwan Meri). Haha. Mane taknye, sume 5 beradik aku ade frenster. Tambah lagi 3 org sepupu setakat yg aku tau. Paling tak tahan tengok frenster sepupu aku yg jambu giler Emi. Jambu wei.. Ramai peminat kot aku rase bdk sorg ni. Cuba korang tgk. Aku pun minat gak kat die tp sayang la, muda sgt. Haha. Dulu die suka kacau miskol2 aku pastu aku bg no die kat kwn2 aku lak, suh diorg kacau balik. Best ooo.. Hehe. Pastu die tukar no lain, raya baru2 ni start miskol aku blk guna no lain. Bile aku tanye tak ngaku, tanye kat sepupu2 yg lain, mmg btul die. Kena lepuk skali dgn aku, suka sgt sakat aku. Hehe.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...