Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 18, 2012

welcoming muhammad mirza into the world

Born on 16 February 2012 at 11.54 pm.

Thank you Allah for the beautiful gift.

posted from Bloggeroid



Friday, October 14, 2011

my baby... BOY!

Baby boy mummy and daddy. 19 weeks 5 days.

Yup, check-up minggu lepas doc dah confirmkan baby yang bakal lahir ni nanti adalah baby BOY..! Bertambahlah hero dalam dua2 belah family yang selama ni kepupusan lelaki. Hehe. Baby ni aktif sangat2. Sewaktu menunggu nak jumpa doc, dia dah gerak tak henti2. Masa doc tengah scan dia boleh sibuk gerak2 jugak taknak duduk diam. Tapi bagus jugaklah, terus terbukak kaki dan terserlahlah jantinanyer. Haha.

Sekarang dah masuk 5 bulan lebih. Perut pun dah makin berat. Tidur dah mula terganggu. Aku ngantuk nak tido, baby plak mula bergerak. Jadi aku takleh tido, sebaliknya melayan dan menikmati setiap tendangan baby kat dalam perut ni. Kadang2 tu leka plak tengok perut aku yang bergerak macam ombak bila kena tendang. Setakat ni bahagia je rasanya. Tak tau la lepas2 ni bila tulang baby dah makin kuat. Agaknya mau sakit gak bila kena tendang.

Pejam celik pejam celik, tinggal sebulan je lagi sebelum cuti akhir tahun bermula. Kalau cuti tahun lepas sibuk dengan persiapan nak kawin, tahun ni lain plak sibuknya. Kena bersiap untuk sambut orang baru plak. Banyak perkara nak kena pikir memandangkan aku sorang2 kat Malaysia ni, husband balik belayar pertengahan bulan Januari nanti. Jadi terpaksalah berdikari dan usaha lebih untuk melengkapkan persiapan. Takut bila buat lewat2 nanti, tak larat plak nak drive or jalan2 jauh.

Apa2 pun doakan yang terbaik untuk kami yer... Semoga semuanya selamat. Insyaallah.


p/s: Tak sabar plak nak tengok muka baby. Agaknya ikut muka sapa ek? Harap2 boleh nampak waktu check up lagi sekali sebelum raya haji nanti. Kali ni tak nampak semua. Baby malu kot, muka terlindung dengan tangan.

Saturday, October 01, 2011

ini hasilnya selepas 4 bulan bercuti daripada menulis blog. hehe..

Dah lama sungguh tak update blog. Last update sebelum husband balik dari kapal, sekarang ni husband dah naik kapal semula. Banyak perkara yang berlaku sepanjang beberapa bulan tak update tu. Terutama sekali, sekarang ni aku tengah pregnant nak masuk 19 minggu. Hehe. Macam kejap je kan?

Husband cuti lama. Dari pertengahan bulan 5 sehinggalah lepas raya. Lebih kurang 4 bulan jugak la. Syukur sangat2 dapat beraya sama2 tahun ni. Sekarang husband dah belayar semula, kat India. Tapi aku tak perlu risau sangat dengan keadaan aku yang makin sarat dari hari ke hari ni ditambah plak husband jauh dan aku pun jauh daripada family, sebab husband aku boleh dihubungi bila2 masa je setiap hari sebab dia guna broadband memandangkan kapal Maritime Kelly Anne tu duk pusing2 kat India je. Husband belayar 4 bulan, maybe bulan 1 tahun depan dia off, insyaallah sebelum aku bersalin. Huhuhu. Risau jugak sebenarnyer kalau TERbersalin sorang2.

So far so good. Kesihatan aku ok. Baby pun ok. Badan dah rasa sihat semula, cuma masa bulan puasa je lemah skit sebab asyik loya dan muntah2. Disebabkan tu jugak la, terpaksa cuti puasa sebanyak 3 hari. Kira ok la tu.. Taklah banyak nak mengganti. Sekarang perut pun dah makin membesar. Kalau sebelum ni muat lagi pakai jeans yang biasa2 aku pakai, tapi sejak 3 minggu lepas dah rasa sesak nafas dan terpaksa bertukar ke maternity jeans plak.

Turun naik kapal terbang memang macam biasa. Semasa husband cuti, aku terbang balik ke KL setiap 2 minggu sekali, kadang2 ada jugak tiap2 minggu kalau rasa dah nak buat kerja gila. Sekarang ni sebab dah takde sape kat rumah kat Bandar Bukit Puchong 2 tu, aku balik sebulan sekali je la untuk jenguk dan kemas2 rumah termasuk jugak pegi check up skali. Lagipun dah nak cuti akhir tahun dah ni..


Oklah, aku just nak share gambar2 scan baby setiap kali check up. Awal2 dulu rasa confuse tak tau nak kata ape bila suspek yang aku ni pregnant. Punyalah aku suruh husband aku pegi beli UPT kat farmasi untuk test urine padahal memang aku dah rasakan yang memang aku pregnant pun.. Bila buat test tu pun, dah tak terkejut dah dengan resultnyer.. Sebab 2 minggu sebelum tu lagi aku dah cakap kat husband aku yang period aku tak datang, n period aku tak penah tak tepat tiap2 bulan, so memang ada sesuatu telah berlaku. Hehe. Tapi saje tunggu lagi untuk test urine untuk betul2 confirm. Skali test, memang jelas sekali double line tu, bukan samar2 dah. Waktu tu dah nak masuk 7 minggu. Alhamdulilah, sekarang ni rasa syukur sangat2 kerana Allah berikan aku peluang untuk merasai nikmat mengandungkan zuriat sendiri. Semoga aku dapat mengharungi tempoh 40 minggu pregnant dengan jayanya. Amin..


Heh. Kena telengkan kepala nak tengok. 1st time scan masa baru nak masuk 7 minggu. Comel je belum ada bentuk, tapi dah bleh nampak denyutan jantung.


2nd scan. Baru nak masuk 11 minggu. Dah nampak kepala, tangan dan kaki. Baby pun dah bergerak-gerak.



3rd scan. Nak masuk minggu ke-17. Baby dah besar..

Tak sabar untuk scan yang seterusnya... Sabtu ni check up lagi.. Yeay!!!!

Monday, May 16, 2011

he will be home soon...

Suami tersayang dah nak balik daripada belayar... 
Wahh.. Rindu sangat rasanya hampir 5 bulan tak jumpa. 
So, balik nanti nak dating puas-puas...
Weeeee~~!!!!


Saturday, May 14, 2011

makanan eksotik

Mungkin kita di Semenanjung jarang mendengar lebih-lebih lagi melihat makanan eksotik. Biasanya makanan elsotik digemari oleh kaum Cina untuk tujuan perubatan. Berbanding dengan masyarkat di Sarawak iaitu yang berbangsa Iban di mana hidup mereka lebih hampir kepada alam semulajadi, makanan eksotik adalah perkara biasa bagi mereka. Malahan ia hanya dianggap makanan yang biasa sahaja bagi mereka.

Antara makanan eksotik yang dimakan oleh orang Iban yang boleh dikatakan sukar kita dengar di Semenanjung adalah ulat sagu, ular sawa, tenggiling, landak, biawak, monyet dan juga buaya. Baru-baru ini aku didedahkan dengan satu lagi spesies ulat yang menjadi makanan mereka iaitu Lamas. Lamas ini dijumpai pada pokok durian yang telah habis daunnya dimakan Lamas. Lamas ini akan jatuh dari daun-daun atas pokok durian ke atas tanah. Jadi Lamas ini perlu dicari dengan cara menggali sedikit tanah pada pokok durian itu.
Sanggupkah anda makan?

Menurut penggemar Lamas, rasa Lamas ini adalah seperti udang malah ada yang mengatakan ianya lebih sedap daripada udang. Cara untuk makan Lamas adalah dengan menggorengnya seperti biasa dan boleh juga disalai. Harga bagi sekilogram Lamas yang telah disalai mencecah ratusan ringgit.

Ini adalah Lamas yang lebih dewasa. Sebagai tandanya, ia telah mengluarkan tanduk. Menurut penggemar Lamas, Lamas yang bertanduk ini lebih sedap kerana ia lebih gemuk dan berisi. Oh, tidak!!!!

Rakan-rakan Iban yang pernah belajar dan tinggal di Semenanjung mengatakan bahawa mereka lebih selalu dan mudah mendapat makanan eksotik seperti ular sawa dan biawak ketika di Semenanjung. Memang la mudah, sebab takde sape kat Semenanjung yang nak makan binatang tu. Huhuhuhu.. Geli!

pengalaman melihat tapak tragedi kebakaran

Siapa sangka petang Selasa 10 Mei 2011 yang lalu, cuaca panas sejak pagi tiba-tiba bertukar gelap disertai ribut dan angin kencang serta kilat pada sebelah lewat tengah hari dan berakhir dengan tragedi yang tidak diduga. KEBAKARAN! Walaupun aku tak terlibat, tetapi anak-anak muridku dan keluarga mereka terlibat dalam peristiwa hitam itu. Anak-anak murid yang tinggal di asrama tidak tahu pada awalnya bahawa rumah panjang yg keluarga mereka diami iaitu Rumah Umpang telah hangus terbakar dengan sekelip mata. Pada awalnya jentera Bomba yang sesat masuk ke sekolah disangkakan hanya kesilapan semata-mata, sebaliknya ianya memang realiti cuma ia tersesat masuk jalan yang salah.

Dengan rasa prihatin dan bertanggungjawab, kami semua staf sekolah telah melawat kawasan kebakaran keesokkan harinya utk meilihat dengan lebih dekat kesusahan akibat bencana yang telah menimpa penghuni-penghuni rumah panjang tersebut.

Jalan ke Rumah Umpang sempit, maka kami hanya kongsi kenderaan supaya tidak mengalami masalah untuk pusing di sana nanti.

Terkejut melihat tiada apa yang tinggal.

Hanya sebuah rumah yang terletak di seberang jalan sahaja yang tidak dimakan api.

Kereta yang tidak sempat dialihkan hangus dijilat api.

Walaupun berpanas terik ditambah haba tempat kebakaran yang masih belum hilang, kami tetap gagahi melawat tapak kebakaran.

Padi yang disimpan turut hangus terbakar.

Paling menyedihkan, padi yang disimpan pada awalnya berjumlah 70 guni tetapi kini hanya tinggal 4 guni. Itupun dikutip dari tempat kebakaran dan telah berbau hangit. Sudah tidak boleh digunakan lagi, tetapi sayang utk dibiarkan begitu saja.

Makcik yang berkemban ni betul-betul hanya tinggal sehelai sepinggang. Hanya kain batik dan tuala yang tersarung pada badannya saja yang tidak dijilat api.

Paling menakutkan, tong gas terbakar. Ada juga tong gas yang telah meletup.

Kebakaran berpunca daripada litar pintas akibat petir dan kilat yang berlaku pada petang tersebut. Kebakaran pada mulanya berpunca dari sebuah bilik yang berkunci kerana penghuninya berada di pasar untuk berniaga, kemudian terus merebak dengan cepat ke bilik-bilik yang lain dibantu dengan ribut dan angin kencang pada waktu tersebut. Ditambah pula dengan jentera Bomba yang lewat tiba akibat tersesat masuk ke sekolah aku, maka semuanya tidak dapat diselamatkan. Mujur tiada kehilangan nyawa, cuma cedera ringan akibat melecur sahaja. 

Sesungguhnya, melihat kejadian ini di depan mata buat pertama kali menimbulkan keinsafan kepada aku tentang kesusahan mangsa akibat bencana. Sedih dan kasihan melihat nasib mereka memandangkan Hari Gawai yag akan disambut 2 minggu lagi. Oleh itu, kami warga sekolah sepakat untuk menghulurkan bantuan sebagai tanda simpati kami kepada mereka pada hari Isnin ini. Semoga Tuhan tabahkan hati mereka yang ditimpa bencana.


Saturday, April 30, 2011

pokok naga itu sudah berbunga!

Dalam post sebelum ni aku ada cerita pasal pokok naga unik. Kali ni aku nak tunjuk plak perkembangan terbaru pokok naga ni. Sampai2 je kat sekolah pagi semalam terus nampak bunganya sedang berkembang. Apa lagi, terus aku snap gambar cepat2 sebelum ia kuncup. Itupun sekuntum bunga dah kuncup, tinggal 2 je yang masih kembang. Untuk pengetahuan sape2 yang belum tahu, bunga pokok naga ni hanya kembang waktu pagi je.. Oklah, malas nak taip banyak2.. Jom tengok!





--------------------------------------------------------------------









------------------------------------------











--------------------





Musim bunga! hehe..


Tuesday, April 19, 2011

tips untuk menarik perhatian lelaki untuk suka pada kita



Ini adalah hasil daripada pemerhatian dan pengalaman hidup aku, bukan kajian daripada sesiapa pun. Mari kita tengok bagaimana kalau aku nak menarik perhatian lelaki untuk suka kat aku. Bukan menggoda ok, itu taktik kotor dan tipu semata-mata. Ini adalah tips yang boleh digunakan untuk perempuan yang masih single sebagai usaha mencari jodoh. Mari kita lihat...



1.    Penampilan diri.

Kalau sebelum ni anda tergolong sebagai perempuan yang tidak menitikberatkan penampilan diri, cuba berubah dari sekarang. Kalau sebelum ni tak suka make-up, cuba belajar make-up. Bukan nak over, cuma untuk nampak sedikit kelainan. Kalau sebelum ni suka pakai t-shirt je bila keluar, sila ubah supaya nampak lebih bersifat keperempuanan. Pakailah blouse, dress dan sebagainya. Kalau sebelum ni tak penah pakai handbag, mulakan membawa handbag sekarang. Kalau sebelum ni suka pakai flats je, cuba pakai heels pulak. Ini semua dapat menarik perhatian lelaki. Takde lelaki yang tidak sukakan kepada sesuatu yang cantik dan bergaya. Cuma kita jangan berlebihan sehingga menjadi orang lain.

2.    Luaskan pergaulan.

Cuba untuk berkawan dan mengenali seberapa ramai orang yang boleh. Jangan bersikap terlalu sombong dan jual mahal. Apa salahnya berchatting, berbual di telefon dan bersms tapi tatasusila juga perlu dijaga. Ini semua adalah usaha yang membawa kepada perkenalan dan perhubungan yang baru. Tapi nak jadi friendly pun perlu berpada-pada. Lelaki takut kepada wanita yang terlalu berani. Jangan mudah sangat untuk keluar bertemu lelaki, sepatutnya ambil masa sedikit untuk lebih membiasakan diri ketika berbual dan tahu latar belakang diri masing2. Setelah betul2 selesa, barulah bertemu. Jika tidak rasa tak manis bersendirian, bawalah teman.

3.    Pembawakan diri.

Jangan bersikap kebudak-budakan di depan lelaki. Lelaki tak suka perempuan yang tak matang dan mengada-ngada. Kalau suka pun, mereka hanya berniat untuk buat main-main, bukan untuk serius dijadikan teman. Jadi, tonjolkan kematangan bila bercakap dan bergaul. Mesti ada perbezaan ketika bergaul dengan rakan biasa dan teman istimewa. Tunjukkan yang diri kita ni berpengetahuan. Bukan bercerita hal yang remeh-temeh bila berbual. Sepatutnya kita mesti boleh berbual pelbagai jenis topik ketika bersama dengan lelaki. Barulah lelaki tak bosan, seterusya, mereka menganggap anda sesuai dijadikan teman yang lebih serius. Kejujuran dalam tutur kata itu penting. Jangan berbohong.

4.    Jangan mendesak.

 Lelaki tidak suka ditekan. Mereka lebih suka untuk bebas membuat keputusan. Jadi, sebaik-baiknya janganlah perempuan yang mendesak supaya hubungan menjadi lebih serius dan sebagainya. Sebaiknya, gunakan cara halus sebagai contoh memberi hint2 tertentu. Bukannya dengan cara menyuarakan rasa tidak puas hati. Percayalah, bila lelaki suka, dia akan meluahkannya ataupun memberi hint2 tersendiri. Perempuan perlu lebih aware. Tanpa didesak dan diberikan tekanan, lelaki lebih tenang untuk memikirkan apa yang terbaik untuknya.

5.    Jangan suka mencari kesalahan.

Jadilah orang yang lebih berkompromi dalam segala hal. Jangan terlalu negatif. Kita perlu ingat, tidak semua lelaki tu jahat. Tak baik juga menghukum seseorang berdasarkan pengalaman kita yang lalu. Setiap orang itu berbeza, kita perlu lebih bersikap terbuka untuk menerima dan pandai menyesuaikan diri.

6. Berdikari.

Jangan terlalu bergantung kepada lelaki. Lelaki akan berasa rimas sekiranya segala hal perlu dirujuk kepada mereka. Tetapi jangan terlalu independent sehingga lelaki menganggap diri mereka seakan-akan tidak diperlukan. Sebagai contoh, sekali-sekala mintak tolong mereka ambil atau hantar anda ke sesuatu tempat.



Rasanya, itu je yang mampu aku sampaikan buat masa ni. Ingat, semua ini memerlukan usaha. Jika mahukan sesuatu, kita perlu berusaha. Bukan hanya dengan berserah sahaja kepada takdir untuk menentukan segalanya. Sekian, sila tambah jika ada idea lain k...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...