Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 21, 2009

boleh ke tercapai?

Tahun baru Hijrah dah pun masuk hari ke-4. Tahun baru Masihi hanya minggu depan je lagi... Sume orang ada azam masing2. Azam tahun ni dah tercapai ke? Yup, azam aku boleh dikatakan hampir semua tercapai untuk tahun ni. Untuk tahun yang baru ni plak, aku ada azam yg sgt besar. Hahahaha.. Besar tu... Huhu... Memerlukan pengorbanan yg sgt2 besar. Tahun depan ni kena kurangkan enjoy sakan. Banyakkan menyimpan duit. No more overseas. Alamak, Brunei camne yer? Hahahaha.. Azam aku ialah, simpan RM2000 setiap bulan. Aduh! Memang sakit. Tapi mesti dibuat jugak. Boleh ke tercapai? Insyaallah.. Korang doakan la aku ni kuat semangat skit.. Aku ni bukan la boros tapi biler berduit tu terlalu senang hati je nak beli macam2. Huhuhu... Sokongla usaha murni aku ni. Dah sebut kat mak, so kena buat. Usaha tangga kejayaan. Kebahagian memerlukan pengorbanan. Sekian...

Thursday, December 17, 2009

tik tok tik tok...

Ape yg ko buat tak tido lagi ni hazilah? Huhu. Dah pukul 4.15 pagi, tapi mata aku ni masih cerah, terang benderang. Dah taktau nak buat ape, so aku kemaskini blog aku yg dah berkurun ni. Gabungkan kedua-dua blog yg aku ade kepada 1 je.. And this is it! Tahun ni takde masa sgt nak menulis blog. Tak macam tahun2 sblm ni. Agaknye sbb busy dgn keja2 sekolah kot.. Hahaha.. Mulai hari ni aku akan cuba merajinkan diri semula utk menulis. Taknak la stop camtu je setelah bermula dari tahun 2005, lama tuu... Kalau imbas balik ape yg aku tulis, mmg best sgt sume kenangan2 tu.




Well, dah nak akhir tahun 2009 pun. Byk perkara dah berlaku tahun ni. Aku pun dah selamat jadi tunangan org. Doakan la semoga aku selamat mendirikan rumah tangga plak tahundepan. Cepat betul masa berlalu.. Umur pun dah nak masuk 27 tahun. Alamak, tuanye bunyinyer... 27 tu nombor yg agk byk jugak tu. Walauapepun, terpaksa redha. Inilah kitar hidup namanye. Dalam sains pun blajar jugak kan 'life cycle'. Masa takkan berhenti menunggu kita, so kita perlu nikmati hidup ini sebaik yang mungkin.



Ape azam tahun dpn? Azam aku? Hehe. Ni yg lawak nak citer ni. Konon2 nak kurus cam dulu la sebelum kahwin. Hahaha.. Ini kalau cik abg baca mmg kena kutuk abis-abisan la ni. Sabar2.. Lagi satu, spend my money wisely. Nak kawin ni, kena simpan duit. Lagi ape ek? Oh ye, perbaiki diri sebaik yg boleh. Kena tanam dalam otak yg umur dah nak masuk 27. Adehh...



Okla, rase macam dah mengantuk pulak mata ni. Baik tido sekarang sebelum mood ni lari. Hehe. Good night kawan2.. *morning dah pun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...