Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
pregnancy

Monday, January 29, 2007

Pesta Flora kat Putrajaya

Erm.. Dah lama btul tak tulis blog. Malas pun ada, sebab tak sihat pun ada. Baru je elok dr kena chicken pox tp itupun blom pulih sepenuhnya. Demam dah takde tp bintat2 tu still ada. Dalam 2 minggu tak sihat ni, aku takde kuar rumah g jalan jauh2. Just kuar dekat2 ni adela, yelah kang org terkejut plak tgk aku yg sakit ni.



Jumaat aritu baru kuar btul2, aku g amik gambar pasport. Nak antar satu borang ni, tiba2 carik gambar tak tau terselit kat mane, tak jumpe. so, pegi je la amik gambar baru. Muka ade chicken pox pun hentam je la. Huhu.. Bile dah amik gambar kat kedai tu, cina tu tanye nak amik pakej yg siap touch-up tak. Aku pun ok je la walaupun harga utk 4 keping gambar 15 hengget. Hasilnye, mmg menakjubkan. sampai aku sendiri tak kenal muka aku. Diorg touch-up sampai muka aku sampai  jadi mcm patung. Haha.. Lantak la..



Semalam lak hari sabtu aku sefamily ke Putrajaya menyahut seruan kerajaan supaya menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2007. Hahaha.. Kitorg pegi tgk Pesta Flora la.. Sebenarnye nak gi tgk perarakan yg pagi tu, tp sorg adik aku skolah lak. So pagi tu tgk kat tv je. Bile adik aku dah balik skolah kul 1.30 ptg, barula kitorg pegi. Itupun dah dekat kul 3 baru bertolak ke Putrajaya. Tak kira, petang pun petang la asalkan dpt tgk kereta berhias tu dekat2. sampai Putrajaya terus beli tiket utk masuk dlm khemah nak tgk kerta berhias. Dah ptg2 pun ramai giler org yg dtg. Mmg puas hati la dpt tgk dekat2. Dapat tgk hasil kreatif diorg hias2 kereta berhias tu. Dah la penuh dgn bunga, mmg geram je aku tgk. Kagum gak diorg leh hias sampai mcm tu sekali. Mmg rumit kejenye. Bile dah tgk dekat2 tu baru tau betapa susah nak buat bende tu. sume hiasan diperbuat dgn bende2 semulajadi, 70% bunga. Memang bestla, dr bunga ros, kekwa, chrisantimum, lily, orkid, sayur2 mcm cili, terung, timun, kobis dgn lobak pun ade. Mmg menarik. Dah la tu, sume bunga2 tu sekarang ni dah ade mcm2 jenis n colour hasil dr perkembangan penyelidikan. aritu mase MAHA dpt la tgk spesis2 baru ni, ingatkan blom meluas lg, rupanye mmg dah byk tanam kat Cameron Highland tu. 



Dah selesai belek setiap satu kereta berhias tu, kitorg pun kuar la. Tak tahan btul duk dlm khemah tu, pasang aircond tak agak2, sejuk giler. Mak aku plak cam besela, kegilaan kat orkid tu mmg takleh dikawal. Byk gak la mak aku beli anak2 orkid yg pelik2 yg blom ade kat umah. Beli kat gerai bunga kat khemah sebelah tu je. Pastu kitorg pusing2 Putrajaya. Sebenarnye rancangan asal kalau adik aku tak skolah hari Sabtu, kitorg nak gi Putrajaya hari Jumaat pastu bermalam kat situ, umah Maksu aku kat situ, dpn Alamanda. Boleh la jln2 Putarajaya puas2, maklumla dah lama gak tak pegi Putrajaya tu. Dulu2 pegi dah melawat Taman Botani, Taman Warisan n main kayuh sampan kat Tasik Putrajaya tp skrg ni dah tambah mcm2 kat situ. Tp time kitog nak pegi umah Maksu aku tu la, die lak nak balik kg n melawat anak die kat asrama Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban. So cancel tido sana. Jalan2 je la serata Putrajaya tu pastu last skali singgah Alamanda. Pastu mkn malam kat Restoran Penang Village. Kul 10 lebih baru kitorg kuar dr Alamanda n balik ke rumah..



Pagi ni lak, Maksu aku tu bertandang ke rumah aku amik buah rambutan. Mmg kecoh la bercerita pasal pesta flora. Yelah, die tgk perarakan tu dekat2, siap duduk atas jalan, pastu gambar siap kuar paper arini. Haha.. Lps kitorg citer pasal tgk kereta berhias tu kat dlm khemah lak, dpt rase, die pun merancang balik nanti nak gi lagi skali tgk yg tu plak. Hehe..


----> Erm.. Najib yg dah 6-7 bulan tak mesej or call tp ptg td tiba2 je mesej n call aku. Mimpi ape la agaknye Najib tu..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...