Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
pregnancy

Wednesday, October 31, 2007

kisah meninggal dunia

Petang tadi jiran sebelah kanan rumah aku meninggal. Dah lewat petang dah, pukul 6 lebih. Kelam kabut sikit la sebab benda ni terjadi tiba2. Cucu2 dia terjerit-jerit panggil Cikgu Zaini (mak aku ler tu) tapi mak aku takda, pegi kebun kat belakang rumah. Aku tanya budak2 tu apesal nak cari Cikgu Zaini? Diorang cakap mak dah meninggal kat rumah. Aku pelik la, mak dia baru je datang rumah aku semalam, sihat walafiat je, lagipun muda lagi  umur baru 30 kot. Aku pun suruh diorang ikut aku carik mak kat belakang. Terjerit-jerit la aku panggil mak, mak aku lak nun kat hujung kebun. Aku pun cakap la kat mak, "Mak, budak2 ni cakap mak dia dah meninggal'. Mak aku terkejut gak la, tapi mak aku tanya balik kat budak2 tu, "Mak tu Uwan (nenek) kan?". Budak2 tu kata ya. Rupa2nye baru aku tau diorang panggil Uwan (nenek) diorang 'Mak' n mak diorang plak diorang panggi 'Ibu'. Bergegas mak aku pegi tengok. Baru bape orang je yg datang n masing2 tak berani nak sahkan dah meninggal ke blom. Mak aku try check nadi, dah takde tp tangan still panas. Tapi mak aku tengok keadaan, memang dah takda la. Tapi tak berani gak, mana tau kot2 dia pengsan. Mak aku suruh anak dia panggil orang klinik kesihatan, barula diorang sahkan, memang dah meninggal.


Itu citer jiran sebelah kanan, jiran sebelah kiri plak baru je meninggal aritu sebelum puasa. Lagi la kelam kabut time tu. Aku tinggal bertiga dengan adik aku Saza n Kenet. Kenet pegi sekolah. Mak aku pegi kursus 3 hari kat PD. Tengah masak untuk makan tengah hari kat dapur tiba2 kakak nenek yang baru meninggal tu datang rumah aku cakap, "Nenek Esah ko dah takdo laie.. Nenek pun tak perasan, dio duduk yo ateh kusi, bilo panggil2 dah takdo. Nenek sorang yo ni, takdo sapo. Mak ko bilo balik eh? Uwan ko dah balik lom dari kolumpo? (KL)". Aku tak tau nak wat macam mana, dah la nenek tu tinggal berdua je, kesian. Nasib baik Uwan aku dah balik dari KL. Aku call n trus amik Uwan kat umah bawak datang umah aku. Uwan la yang tolong awal2 tu sebelum anak2 nenek tu sampai. Pastu baru aku sms mak, nasib baik mak aku on the way nak balik dah. So sempat la mak aku melawat sebelum kebumi.


Uwan aku cakap, kubur kat sini nak bertiga. Maknanya 3 orang akan meninggal dalam waktu terdekat. Nanti stop lama sikit, pastu bertiga lagi yang meninggal. Kalau ikut ape yang aku alami ni, memang dah cukup 3 orang. Ada sorang lagi minggu lepas. Fuhh.. Gerun gak aku! Tapi aku tak ingat la time arwah abah aku dulu sapa yg lagi 2 orang yang meninggal dekat2 dengan dia. Wallahua'lam.



Monday, October 29, 2007

family day kat Rompin

Assalamualaikum..



Ni br je 4 jam balik dari Summerset Hotel and Villas, Rompin, untuk hari keluarga sekolah mak aku, bekas sekolah rendah aku dulu2, Sek. Keb. Pusat Juasseh. Letih? Blom terasa kot.. Tak letih mana, bukan jauh sangat pun, 2 jam lebih je perjalanan. Sampai rumah pukul 5 petang, tengah2 bawak keluar barang dari beg, nak keluarkan baju kotor ape sume,  datang plak orang beraya. Kelam kabut aku kemas, bawak lari beg (sebab bukak beg kat tengah2 ruang tamu lerr.. hehe..). Buruk tul perangai kan? Hehe.



Bertolak pegi Rompin semalam ramai2, berape buah kereta ntah, aku tak lak kira. Sampai sana tengah hari, terus check in, bilik dah diuruskan. Masuk bilik rehat2 jap,pastu tukar baju keluar la jalan2 sekitar hotel tu, takkan nak duduk kat bilik, tido plak kan? jalan2 la kat laut yang tengah surut, lepak2 tepi kolam tapi blom nak mandi la sebab lepas tu ade aktiviti. Kang kalau mandi awal2, aku basah2 lak join program. Anak2 cikgu lain, selamat.... Hehe. Tak lama lepas kitorang melepak, kolam mandi yang tadi tenang, trus full dengan kanak2 riang. Kolam kanak2 la, kolam dewasa takde orang lg. Macam2 kereneh. Maklumla, yang lain semuanye budak2. Aku dengan adik aku je yg besar. Mak ayah diorang plak melayan kerenah anak masing2. Ada yg nak terjun kolam dewasa la, ter'tenggelam' la sebab gembira sangat main2, berebut kawan pun ada. Mane tak gelak je kitorang ni tengok diorang..



Tengah syok2 tengok gelagat budak2, golongan cikgu2 kena main pentaque (aku tak confirm ejaannye.. lebih kurang la). Konsep lebih kurang cam boling padang la.. Setiap cikgu berpasangan dengan ahli keluarga masing2 la. Suami dengan isteri ke, dengan anak2 ke. Ada gak cikgu yang pinjam anak cikgu lain sebab pasangan sendiri hilang ntah ke mana. aku dengan mak aku la. Kalah kat suku akhir dengan pasangan lelaki.


Dah abis main balik bilik la siap2 sebab malamnye ada jamuan kat dewan. Aku memang nak makan banyak2 la, watpe membazir mak aku dah bayarkan RM 50 sorang untuk makan malam. Lantakla.. Haha. 2 jam aku makan je kejenye.. Hehe. Balik bilik memang sedap tido, kekenyangan macam ular sawa. Tapi sempat lagi sebelum tu jenguk laut jap, air tengah pasang, ombak pun dah ganas. Angan2 nak ikut orang lelaki pegi tangkap ikan, tapi tak jadi, malas. Tido je la.. Lagipun aku dah bajet nak bangun awal, breakfast awal pastu nak mandi-manda sebelum balik.



Arini bangun  pagi, pegi breakfast pukul 7 lebih. Rupa2nye kanak2 riang lagi awal dari aku, Plan sama cam aku la, nak mandi lepas breakfast. Haha. Tapi tak kisah la kan.. Diorang kolam kanak2. Hehe. Hmmm.. Aku sorang je mandi, adik aku malas. Awal2 terasa gak nak mandi laut sekali, tapi tengokkan gaya ombaknye pagi ni, takut jugak aku kalau2 kena bawak kat ombak sampai Sabah Sarawak. Hehe. Terus tak jadi! Keras rambut2 aku kena klorin, berendam dalam kolam.



Tengah hari check out pastu pegi carik jeti Kuala Rompin. Saje2 la tengok2, ada cikgu2 yang nak borong ikan. Aku dengan family aku tengok2 keadaan jeti je, bukan selalu dapt tengok pun kan.. Lepas pada tu makan tengah hari kat Leban Condong and balik. Ada la singgah Muadzam Shah jap..



Keseluruhannya, hari keluarga kali ni best sangat sebab aku dapat kenal kawan2 mak aku n anak2 diorang. segelintir cikgu2 tu penah mengajar aku gak dulu. Ada antara anak2 diorang yang aku baru jumpe kali ni, penah aku buli masa sekolah rendah (aku pengawas, darjah 6 lak tu.. diorang time tu darjah 1 or tadika je baru.. haha). Walaupun cikgu2 yang lain anak2 diorang kecik2 lagi, tapi seronok la dengan pelbagai ragam. Agaknya aku kecik2 dulu camtu gak. Hehe. Dulu2 mak aku selalu bawak kitorang adik beradik ikut die pegi iring rombongan sekolah. Bayangkan la.. Haha.



Saturday, October 27, 2007

pasal sakit kaki aritu

Aku ada bgtau aritu aku sakit2 kaki kan.. Tapi citer disebaliknya aku blom citer. Hehe. Aku jatuh? Takkk.. Hmmm.. Aku blom rasa nak citer pun, tunggu la lama2 nanti eh.. Hehe.



Oh ye, esok aku nak ke Rompin. Bercuti lerr n nak makan banyak2.. Haha. Nantila, kalau ade gambar best2 aku letak kat sini. Bye..



Friday, October 26, 2007

kucing dengki!

Img_2082_4



Img_2079




Inilah Amau, kucing kesayangan dalam rumah ni. Sekarang dia punya tabiat suka kacau aku nak mengadap komputer. Tau2 je aku tengah syok2 duduk depan komputer dia datang gesel2 mintak aku bagi makan. Kalau malas nak layan dia mengganas gigit2 aku, tak pun pijak2 keyboard. Kang mula la monitor ni kuar macam2 benda. Nak tak nak bagi je la makan banyak2. Kalau dia dah makan banyak dia takan tunjuk muka punya la, dia akan tido atas siling rumah. Hehe. Teruk punye tabiat kucing. Tapi best kan ada kucing? Boleh buat manja2, peluk2, bawak tido, dukung2. Ada seorang hamba Allah ni bertekak dengan aku suruh aku bela ayam. Dia kate ayam banyak kegunaan. Watpe nak bela ayam, bukan leh buat manja2 n bwk tido. Hahaha. Ayam dah la tak mandi. Hehe. Mampos aku kalau dia baca ni. Hehe.



Thursday, October 25, 2007

kucing dengki!

Img_2082_4

Img_2079

Inilah Amau, kucing kesayangan dalam rumah ni. Sekarang dia punya tabiat suka kacau aku nak mengadap komputer. Tau2 je aku tengah syok2 duduk depan komputer dia datang gesel2 mintak aku bagi makan. Kalau malas nak layan dia mengganas gigit2 aku, tak pun pijak2 keyboard. Kang mula la monitor ni kuar macam2 benda. Nak tak nak bagi je la makan banyak2. Kalau dia dah makan banyak dia takan tunjuk muka punya la, dia akan tido atas siling rumah. Hehe. Teruk punye tabiat kucing. Tapi best kan ada kucing? Boleh buat manja2, peluk2, bawak tido, dukung2. Ada seorang hamba Allah ni bertekak dengan aku suruh aku bela ayam. Dia kate ayam banyak kegunaan. Watpe nak bela ayam, bukan leh buat manja2 n bwk tido. Hahaha. Ayam dah la tak mandi. Hehe. Mampos aku kalau dia baca ni. Hehe.



Wednesday, October 24, 2007

sesuatu yg tak disangka!

aku pnh mengenali slh seorg manusia plg teruk. huh!





----------> aku juga ada seorang kawan utk bergosip tentangnye spjg hari. hahaha. kawan tu dulu seorang yg aku paling benci, skrg ni dah mintak maaf byk2 dah.. :)



Tuesday, October 23, 2007

bad person in the world!

aku pnh mengenali slh seorg manusia plg teruk. huh!



----------> aku juga ada seorang kawan utk bergosip tentangnye spjg hari. hahaha. kawan tu dulu seorang yg aku paling benci, skrg ni dah mintak maaf byk2 dah.. :)



sape Sheikh Muszaphar?

Mmg la dia angkasawan pertama kan.. Sume org tau. Sape yg tak tau tu mmg duduk bwh tepurung la kot.. Dia seorang anak Negeri 9. Berasal dr keluarga yg ternama kat Seremban. Mak bapak dia dua2 keturunan Sheikh. Yg paling penting, mak dia tu keturunan Sheikh Ahmad Said (btul ke ek eja? tak pasti la..) seorang orang kuat agama la. Kalau sape2 org Seremban rasenye familliar kot dgn nama tu. Ada sekolah kat sini yg nama Sekolah Menengah Agama Sheikh Ahmad Said. Makam Sheikh Ahmad Said tu pun kat sekitar2 Seremban gak. Mmg golongan ternama la.. Dah mmg dr keturunan dia  dulu2 pun camtu. So tak heran Sheikh Muszaphar pun telah jd golongan ternama cam skrg ni.



Saturday, October 20, 2007

date

Pagi2 lepas seawal pukul 7.00 pagi aku berlepas ke KL untuk date dengan seseorang. Yup, dah janji nak jumpa lepas raya sebab ketika berjumpa di bulan puasa, aku telah pengsan keletihan bila pulang ke rumah. Hehe. Jumpa di KL Sentral kemudian ke KLCC menonton wayang dan makan2. Kemudian ke Convention Centre untuk AIME (Asian International Motor Exhibition). Pastu ke Aquaria KLCC pulak. Best sangat jalan2 hari ni. Thanks for everything! And aku balik sampai rumah dah malam, dia risau betul. Tak nak dikatakan bawak anak dara orang sampai balik lewat malam. Dengan itu aku tau dia seorang yang baik.


Monday, October 01, 2007

1 step further


Yup, i'm taking 1 step further after over 2 weeks
chatting on YM and talking on the phone.
He calls me almost everyday and it last about 1-2 hours.
From his voice, i know i want to know him more.
Yesterday, i met him face to face.
He came to Seremban and we met there.
Watching movie, and talk a lot.
No eating because it is a fasting month.
All i can say, he's really a nice guy.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...