Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
pregnancy

Monday, October 29, 2007

family day kat Rompin

Assalamualaikum..



Ni br je 4 jam balik dari Summerset Hotel and Villas, Rompin, untuk hari keluarga sekolah mak aku, bekas sekolah rendah aku dulu2, Sek. Keb. Pusat Juasseh. Letih? Blom terasa kot.. Tak letih mana, bukan jauh sangat pun, 2 jam lebih je perjalanan. Sampai rumah pukul 5 petang, tengah2 bawak keluar barang dari beg, nak keluarkan baju kotor ape sume,  datang plak orang beraya. Kelam kabut aku kemas, bawak lari beg (sebab bukak beg kat tengah2 ruang tamu lerr.. hehe..). Buruk tul perangai kan? Hehe.



Bertolak pegi Rompin semalam ramai2, berape buah kereta ntah, aku tak lak kira. Sampai sana tengah hari, terus check in, bilik dah diuruskan. Masuk bilik rehat2 jap,pastu tukar baju keluar la jalan2 sekitar hotel tu, takkan nak duduk kat bilik, tido plak kan? jalan2 la kat laut yang tengah surut, lepak2 tepi kolam tapi blom nak mandi la sebab lepas tu ade aktiviti. Kang kalau mandi awal2, aku basah2 lak join program. Anak2 cikgu lain, selamat.... Hehe. Tak lama lepas kitorang melepak, kolam mandi yang tadi tenang, trus full dengan kanak2 riang. Kolam kanak2 la, kolam dewasa takde orang lg. Macam2 kereneh. Maklumla, yang lain semuanye budak2. Aku dengan adik aku je yg besar. Mak ayah diorang plak melayan kerenah anak masing2. Ada yg nak terjun kolam dewasa la, ter'tenggelam' la sebab gembira sangat main2, berebut kawan pun ada. Mane tak gelak je kitorang ni tengok diorang..



Tengah syok2 tengok gelagat budak2, golongan cikgu2 kena main pentaque (aku tak confirm ejaannye.. lebih kurang la). Konsep lebih kurang cam boling padang la.. Setiap cikgu berpasangan dengan ahli keluarga masing2 la. Suami dengan isteri ke, dengan anak2 ke. Ada gak cikgu yang pinjam anak cikgu lain sebab pasangan sendiri hilang ntah ke mana. aku dengan mak aku la. Kalah kat suku akhir dengan pasangan lelaki.


Dah abis main balik bilik la siap2 sebab malamnye ada jamuan kat dewan. Aku memang nak makan banyak2 la, watpe membazir mak aku dah bayarkan RM 50 sorang untuk makan malam. Lantakla.. Haha. 2 jam aku makan je kejenye.. Hehe. Balik bilik memang sedap tido, kekenyangan macam ular sawa. Tapi sempat lagi sebelum tu jenguk laut jap, air tengah pasang, ombak pun dah ganas. Angan2 nak ikut orang lelaki pegi tangkap ikan, tapi tak jadi, malas. Tido je la.. Lagipun aku dah bajet nak bangun awal, breakfast awal pastu nak mandi-manda sebelum balik.



Arini bangun  pagi, pegi breakfast pukul 7 lebih. Rupa2nye kanak2 riang lagi awal dari aku, Plan sama cam aku la, nak mandi lepas breakfast. Haha. Tapi tak kisah la kan.. Diorang kolam kanak2. Hehe. Hmmm.. Aku sorang je mandi, adik aku malas. Awal2 terasa gak nak mandi laut sekali, tapi tengokkan gaya ombaknye pagi ni, takut jugak aku kalau2 kena bawak kat ombak sampai Sabah Sarawak. Hehe. Terus tak jadi! Keras rambut2 aku kena klorin, berendam dalam kolam.



Tengah hari check out pastu pegi carik jeti Kuala Rompin. Saje2 la tengok2, ada cikgu2 yang nak borong ikan. Aku dengan family aku tengok2 keadaan jeti je, bukan selalu dapt tengok pun kan.. Lepas pada tu makan tengah hari kat Leban Condong and balik. Ada la singgah Muadzam Shah jap..



Keseluruhannya, hari keluarga kali ni best sangat sebab aku dapat kenal kawan2 mak aku n anak2 diorang. segelintir cikgu2 tu penah mengajar aku gak dulu. Ada antara anak2 diorang yang aku baru jumpe kali ni, penah aku buli masa sekolah rendah (aku pengawas, darjah 6 lak tu.. diorang time tu darjah 1 or tadika je baru.. haha). Walaupun cikgu2 yang lain anak2 diorang kecik2 lagi, tapi seronok la dengan pelbagai ragam. Agaknya aku kecik2 dulu camtu gak. Hehe. Dulu2 mak aku selalu bawak kitorang adik beradik ikut die pegi iring rombongan sekolah. Bayangkan la.. Haha.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...