Hari ni adalah hari terakhir untuk tahun 2007. Esok akan bermula tahun baru 2008 dan bermakna umur pun akan meningkat. Yup, tahun 2008 umur aku akan menjadi suku abad, 25 tahun. Ahhhh.. Tak best nyer.. Terasa dah tua. Hehe. Banyak benda yang berlaku tahun ni. Tapi tak sangka setahun tu bukannye lama mane, sekejap je. Pejam celik pejam celik dah masuk tahun yang lain pulak. Pantasnye masa itu berlalu menunjukkan tanda dunia akhir zaman.
So ape perancangan korang untuk tahun 2008? Yang pastinye semua orang ingin memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik. Tak kurang juga ada yang mahu memulakan hidup baru dan melupakan kisah silam yang amat perit. Untuk aku, tahun 2008 akan mengembalikan aku ke zaman kuliah. Aku suka kembali belajar tapi sangat2 la benci ujian or exams. Macam mane yer? Hehe. Tapi aku pasti suasana baru ni nanti akan lebih menyeronokkan. Mane tak seronoknyer, orang cakap masuk KPLI ni best tau sebab banyak aktiviti2 luar yang lasak, so aku sangat2 excited ni. Hehe. Biar la penat macam mane pun, semoga ia dapat menguruskan badan lagi. Haha. Dan pesan mak aku jugak, waktu kat maktab ni la masa nak belajar segala ilmu perguruan, so kena study betul2 n yang paling penting jangan ponteng semua aktiviti. So bila dah ke sekolah, tak ada masalah. Aku blom nak pikir sangat hal lepas setahun tu nanti. Macam mane la kalau kena posting ke Sabah Sarawak ek? Percentage tinggi tu, sebab dalam sebelum interview dah setuju. Huhu. Takpela, lagi setahun baru pikir. Hehe.
Oh yer, Insyaallah tahun depan nak jumpa Ted. Kita g makan2 yer Ted.. Hehe. Tapi Ted berazam tahun baru ni nak puasa selama setahun. Aku sokong dia. So, makan2 bila Ted tak puasa la.. Hehe. Untuk seorang lagi yang mintak belanja ais krim tu, lambat lagi.. Tunggu turun kapal la... Hehe.
Goodbye 2007.. Welcome 2008 !!!
p/s: Tahun baru esok kena g kenduri kawin sedara 3 pupu kat Bangi. Best je dia pilih tarikh kan? Senang la nak sambut wedding anniversary. hehe..
3 comments:
ingat janji tetap janji hehh hehhhh...belanja ais krim tu dah rezeki pak cik hehh hehhh
eleh.. ingat ker nanti? hehehe..
bab tua ni yang tak tahan ni..hehe.dalam kelas buat2 muka innocent umur 21..hahahaahhaha...
nway, selamat tahun br haz, brape hr je lg duk umah ek?selamat belajar tau
Post a Comment