Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
pregnancy

Monday, December 21, 2009

boleh ke tercapai?

Tahun baru Hijrah dah pun masuk hari ke-4. Tahun baru Masihi hanya minggu depan je lagi... Sume orang ada azam masing2. Azam tahun ni dah tercapai ke? Yup, azam aku boleh dikatakan hampir semua tercapai untuk tahun ni. Untuk tahun yang baru ni plak, aku ada azam yg sgt besar. Hahahaha.. Besar tu... Huhu... Memerlukan pengorbanan yg sgt2 besar. Tahun depan ni kena kurangkan enjoy sakan. Banyakkan menyimpan duit. No more overseas. Alamak, Brunei camne yer? Hahahaha.. Azam aku ialah, simpan RM2000 setiap bulan. Aduh! Memang sakit. Tapi mesti dibuat jugak. Boleh ke tercapai? Insyaallah.. Korang doakan la aku ni kuat semangat skit.. Aku ni bukan la boros tapi biler berduit tu terlalu senang hati je nak beli macam2. Huhuhu... Sokongla usaha murni aku ni. Dah sebut kat mak, so kena buat. Usaha tangga kejayaan. Kebahagian memerlukan pengorbanan. Sekian...

Thursday, December 17, 2009

tik tok tik tok...

Ape yg ko buat tak tido lagi ni hazilah? Huhu. Dah pukul 4.15 pagi, tapi mata aku ni masih cerah, terang benderang. Dah taktau nak buat ape, so aku kemaskini blog aku yg dah berkurun ni. Gabungkan kedua-dua blog yg aku ade kepada 1 je.. And this is it! Tahun ni takde masa sgt nak menulis blog. Tak macam tahun2 sblm ni. Agaknye sbb busy dgn keja2 sekolah kot.. Hahaha.. Mulai hari ni aku akan cuba merajinkan diri semula utk menulis. Taknak la stop camtu je setelah bermula dari tahun 2005, lama tuu... Kalau imbas balik ape yg aku tulis, mmg best sgt sume kenangan2 tu.




Well, dah nak akhir tahun 2009 pun. Byk perkara dah berlaku tahun ni. Aku pun dah selamat jadi tunangan org. Doakan la semoga aku selamat mendirikan rumah tangga plak tahundepan. Cepat betul masa berlalu.. Umur pun dah nak masuk 27 tahun. Alamak, tuanye bunyinyer... 27 tu nombor yg agk byk jugak tu. Walauapepun, terpaksa redha. Inilah kitar hidup namanye. Dalam sains pun blajar jugak kan 'life cycle'. Masa takkan berhenti menunggu kita, so kita perlu nikmati hidup ini sebaik yang mungkin.



Ape azam tahun dpn? Azam aku? Hehe. Ni yg lawak nak citer ni. Konon2 nak kurus cam dulu la sebelum kahwin. Hahaha.. Ini kalau cik abg baca mmg kena kutuk abis-abisan la ni. Sabar2.. Lagi satu, spend my money wisely. Nak kawin ni, kena simpan duit. Lagi ape ek? Oh ye, perbaiki diri sebaik yg boleh. Kena tanam dalam otak yg umur dah nak masuk 27. Adehh...



Okla, rase macam dah mengantuk pulak mata ni. Baik tido sekarang sebelum mood ni lari. Hehe. Good night kawan2.. *morning dah pun..

Tuesday, June 02, 2009

khabar dari UK

Aku sekarang berada kat Leeds. Semalam menempuhi flight selama 14 jam dr LCCT ke Stansted, London. Sampai Stansted, lepak tido2 dulu kat airport sbb sampai sini dlm pukul 12 tgh malam, nak kena tunggu plak bas ke Victoria Station pukul 7 pagi. Tak lena pun tido, seat sume penuh, aku menyelit kat seat sebelah lelaki mat salleh sorg ni. Die baring amik 3 seat, aku plak baring 2 seat kat kepala die. Kat sini siang panjang, pukul 4 pagi dah siang. Malam plak pukul 9 lebih. Suhu waktu malam 14 darjah Celsius. Sejuk jugak la jalan2 kat luar airport malam tadi. Ni dah tengah hari, matahari memang memancar terik tapi suhu still sejuk gak. Dari Victoria Station, kitorg naik bas pukul 10.30 pagi ke Leeds. Perjalanan selama 4 jam. Sampai kat Leeds, tinggal umah adik aku Saza yang tak jauh pun  dr City of Leeds. Program arini rehat2 je. Esok baru start jalan2 sekitar sini. Okla, nanti sambung lagi.

Thursday, March 19, 2009

school holiday

Cuti seminggu, tak terasa ape pun... Sekejap sgt. Balik sini hari Sabtu, hari Ahad g Melaka, Isnin lepak kat rumah, dating seharian hari Selasa n arini dah Rabu. Khamis, Jumaat, Sabtu n Ahad kena balik Sibu semula. Huhu.

Excited nak cuti seminggu sbb cik abg blom naik kapal lagi, so bleh dating.. Tapi kegembiraan tu sekejap je, ptg td dpt berita die dah nak tinggalkan Malaysia lusa. Sedih sgt2 sbb ade org nak tingalkan aku kat sini. So, back to single again. Takde la gayut berjam-jam or sms malam2 buta lps ni. Hidup sunyi balik, takde yang menyakat. Takleh nak mengadu dah.. Argghhh.. Sgt tak best. Tp ape boleh buat, keja punye pasal...

Abis cuti seminggu ni, aku akan mula countdown utk cuti bln 6 nnti plak. Kenapa yer? Sebab aku akan bercuti ke UK n Paris selama 2 minggu time cuti tu nanti. Hehe. Melawat Saza sambil melancong skali. Aku dah terbayang-bayang dah ni London, Eiffel Tower, Disneyland n macam2 lagi la. Duit pun lebur la.. Tp takpe, peluang ni datang skali je seumur hidup, bkn slalu kan?

So far, hidup kat tempat baru di Sibu, Sarawak bkn la seburuk yg disangka. Seronok kat sana. Sape sangka dpt tinggal btul2 tepi Sungai Rajang yg selama ni aku tgk hanya dlm buku Geografi. Mengajar plak anak2 Iban yg bahasa mereka asing bg aku pd mulanya. Skrg ni dah paham dah skit2... And tak disangka dpt menjejakkan kaki kat umah pjg yg real. Aktiviti petang pun seronok, leh mandi sungai, memancing, main2 air n mcm2 la. Kat sini cikgu sgt2 dihormati. Aku suka cara bdk2 kat sini hormat pada cikgu. Walaupun diorg bkn Islam, diorg tetap salam n cium tgn aku.

Nanti sambung lagi yer.. nak g bergayut. hehe.

Friday, January 02, 2009

given by HIM



Thursday, January 01, 2009

i'm going to Sibu

MAKLUMAT PENERBANGAN GURU KPLI SEKOLAH RENDAH
KE SARAWAK, SABAH DAN LABUAN SEPERTI BERIKUT




























NAMA
:
HAZILAH AINI BT MOHD GHAZALLI
NO. KP
:
83051505****
NEGERI ASAL
:
N. SEMBILAN
KAWASAN PENEMPATAN
:
SIBU
NO. PENERBANGAN
:
MH2718
TARIKH PENERBANGAN
:
04-Jan-09
BERTOLAK
:
1830
TIBA
:
2140
SEKTOR
:
KUL-SBW


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...