petikan rencana drpd Berita Harian 25 Julai 2007
Minda Lestari: Jajaran jalan baru Bukit Putus kekal ekosistem
Bersama Prof Dr Zaini Ujang
zaini@utm.my
zaini@utm.my
Jalan Bukit Putus memang terkenal kerana jalan sempit dan berselekoh tajam. Banyak selekohnya dikenal pasti kawasan kemalangan. Pada hujung minggu dan musim perayaan, jalan itu sesak dan masa perjalanan berganda lamanya. Ketika kecil, saya menaiki bas dari Seremban ke Kuala Pilah, atau sebaliknya. Biasanya ibu saya akan muntah dan mabuk ketika perjalanan melalui jajaran Bukit Putus itu. Saya pula sebaliknya, ceria kerana dapat menikmati keindahan dan kehijauan hutan. Sesekali binatang buas muncul.
Minggu lalu, saya melalui jalan itu lagi, tetapi dengan dua kelainan. Pertama saya menaiki kereta tidak menuju Kuala Pilah, sebaliknya ke Istana Besar Seri Menanti untuk upacara penganugerahan darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Ke-85 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sebenarnya tidak banyak pilihan dari Seremban ke Istana Besar Seri Menanti atau Kuala Pilah kecuali terpaksa meredah dan menyusuri Bukit Putus.
Seri Menanti adalah Pekan Diraja dan pusat kegiatan serta penyegaran Adat Pepatih. Sementara itu Kuala Pilah pula adalah bandar pendidikan yang semakin berkembang dengan adanya pelbagai institusi pengajian seperti kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan, Kolej Matrikulasi dan sekolah berasrama penuh.
Tidak lama lagi, seperti kata Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hassan Malek, lebih banyak projek pembangunan berbentuk pendidikan, pelancongan dan pertanian akan dilaksanakan di daerah kelahiran Tun Ghafar Baba, Tan Sri Samad Idris, Za'ba dan Abdullah Sanusi itu.
Kedua, jalan Bukit Putus sedang dalam proses dinaik taraf. Sebahagian jalan berliku akan dipintas menggunakan jambatan dan jalan baru. Cadangan menaik taraf jalan Bukit Putus itu memang sudah lama disuarakan. Pada ingatan saya, isu itu timbul dalam hampir setiap majlis seminar, dialog dan percambahan fikiran dengan pemimpin kerajaan negeri yang pernah saya hadiri sejak hampir dua dekad lalu. Ramai pemimpin pada peringkat Parlimen dan negeri bersilih ganti, namun jalan Bukit Putus tidak banyak berubah.
Beberapa bulan lalu projek pembesaran jalan Bukit Putus dimulakan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan, berkata projek pembinaan jalan empat laluan sepanjang sembilan kilometer dari Senawang sudah 18.6 peratus siap. Projek itu membabitkan pembinaan lima jambatan dan pembesaran jalan sedia ada dengan biaya RM109.5 juta.
Menerusi jalan yang dijangka siap awal 2009 itu, jalan Bukit Putus tidak lagi berliku dan berbahaya. Lebih banyak kenderaan dijangka menggunakan laluan itu sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di bandar kelahiran saya itu. Kuala Pilah akan menjadi seperti Tampin yang lebih sibuk dan sesak (tetapi meriah). Sehubungan itu, Mohamad mengumumkan perancangan kerajaan negeri untuk mencadangkan kepada Kerajaan Pusat membina laluan penguraian sepanjang 20.1km ke Senaling dan Bahau tanpa melalui Kuala Pilah.
Saya mengalu-alukan projek pembesaran jalan untuk kemudahan awam. Memang itulah diharapkan penduduk setempat dan perantau yang sering pulang ke kampung menziarahi ibu bapa dan sanak-saudara. Namun demikian, jalan berliku seperti Bukit Putus itu ada juga nilai dan keunikannya. Setiap kali melalui jalan itu, saya terpaksa mengurangkan kelajuan kereta. Ini mengingatkan saya bahawa hidup ini tidak seharusnya dikejar dan mengejar sama ada masa atau destinasi. Ada kalanya kita perlu bertenang, bersabar, berehat dan bersantai. Bukit Putus memperlahankan rentak kehidupan bagi perantau sebelum menjejak kaki di kampung halaman.
Bukit Putus juga menyediakan warna dan suasana cukup menenangkan. Menyusuri Bukit Putus membangkitkan nostalgia saya merentasi jalan berliku dari Welshpol, melalui Aberystwyth ke Swansea di Wales. Begitu juga perjalanan dari Newcastle melalui Carlie, Penrith, Glenridding dan Windermere di sekitar Taman Negara Lake District di England. Saya juga terimbau dengan kenangan manis dalam perjalanan dari Milan menyusuri jalan berliku di sekitar Tasik Como menuju kampus Yayasan Rockefeller di Belagio, Itali.
Malah Bukit Putus itu juga mengingatkan saya kunjungan ke Tasik Biwa, tasik terbesar di Jepun, melalui jalan sempit berliku dari Kyoto. Demikianlah sinonim Bukit Putus bagi saya.
Dari perspektif lain, Bukit Putus adalah kawasan tadahan hujan yang menyediakan bekalan air kepada penduduk sekitar Ulu Bendul dan Tanjung Ipoh menerusi loji kecil di atas bukit di Ulu Bendol. Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana memastikan jajaran jalan baru yang sedang dibina terletak di hiliran maka tidak menjejaskan fungsi tadahan hujan.
Selain itu, Bukit Putus juga akan kekal sebagai hutan simpan untuk pelestarian kehijauan dan kedinginan iklim setempat. Ekosistem hutan itu mengekalkan keseimbangan oksigen dan karbon dioksida. Dari perspektif yang lebih romantis, kehijauan Bukit Putus walaupun dengan jalan baru akan tetap mengingatkan perantau tentang suasana lalu dan persekitaran hijau yang menenangkan. Binatang liar akan terus sesekali muncul, walaupun tidak lagi membahayakan pengguna jalan raya.
Pada setiap 19 Julai tahun mendatang, jalan Bukit Putus akan direntasi kenderaan laju dengan kehadiran kerabat dan penerima darjah kebesaran menuju Seri Menanti. Demikian Bukit Putus yang sejak lama dulu memartabatkan Seri Menanti sebagai Pekan Diraja.
Khamis lalu, saya dapat berasakan betapa Seri Menanti ‘menanti’ kunjungan kerabat dan tetamu yang terpaksa bersusah-payah menempuh jalan kecil penuh liku semata-mata untuk menzahirkan kesyukuran dengan rahmat Allah ke atas kemuliaan dan kelanjutan usia Yang di-Pertuan Besar. Junjung kasih Tuanku!
Datuk Prof Dr Zaini Ujang ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Kata-kata daripada Hazilah Aini...
- Jika dulu aku takut melalui Bukit Putus sebab hutan dan jalan berselekoh, sekarang ni dah berani. Teruja sebab nak tengok monyet dan beruk kat tepi jalan. Haha.
- Kalau dulu pegi Seremban lalu Bukit Putus sama ada mak, adik lelaki atau arwah abah yg drive tapi sekarang aku sendiri yg drive. Selamba je kat situ even malam yg gelap gelita pun aku hentam gak.
- Dulu-dulu selalu pegi mandi air terjun kat Uu Bendul tu tapi skrg tak lagi. Dah dekat 10 tahun kot.. Tiap-tiap kali lalu Ulu Bendul tu mesti terfikir, "apesal la ramai sgt org pegi Ulu Bendul ni.." Haha. Serius aku ckp! Kalau ada acara peringkat kebangsaan mesti camping kat situ, aku curious la kan, sbb aku dah lama tak pegi. Tahun lps camping pengakap, baru2 ni kadet polis, dua2 peringkat kebangsaan. 9 tahun dulu masa Sukan Komanwel 98, camping Pandu Puteri n Renjer Puteri Negara Komanwel. Dahsyat gak Ulu Bendul ni.
- Kuala Pilah ni bukan bandar pun, tapi trafic jam dia, mak aii.. Jaga2 la kalau menghala ke KL bila hari Ahad. Nak antar adik aku balik matrik pun kena kuar awl sbb takut tak sempat sampai. Tu blom lagi musim perayaan. Confirm trafic jam dari tol Senawang sehingga spnjg jln ke Kuala Pilah sampai la dkt umah aku yg jaraknya 12 km ke pekan Kuala Pilah.
- Kawan2 yg 1st time lalu Bukit Putus penah bgtau takut, rasa nak muntah, gerun dan macam2 lagi. Malah ada antara diorg akan pastikan diri diorg tidur sebelum sampai Bukit Putus.
Macam-macam kisah Bukit Putus ni,maklumla hutan tambah plak citer2 org pasal org bunian n kejadian aneh kat situ. Tapi, inilah sebahagian dr Kuala Pilah.