Hmmm.. Aku dah kembali single. Untuk tempoh setahun kot.. Hihihi. 'cik abg' tu dah bertolak ke Taiwan petang semalam. Aku sayu gak la.. Adik dia Suraya pun sedih gak tu.. Sebab dah berbulan lama abg dia ada kat umah, tiba2 dah tak dapat jumpe setahun. Malam sebelum tu sempat gak lagi kitorang balas dendam gayut lama2. Sambil dia buat 'budget negara', sambil tu gayut dengan aku. Ntah mane satu nak kejar. Hehe. Tapi takdela nak dendam sampai siang kan, pukul 2.30 pagi tu stop la, kesian orang nak siap2 nanti nak bangun awal. Berbakul-bakul la pesanan terakhir yang aku dapat. Huhu. Esoknya kata nak call aku masa dia dah kat KLIA, tapi takde pun.. Busy n kelam kabut melayan anak2 sedara. Takpela, aku pun waktu tu dengan mak aku mengalahkan budak2 bujang. Makan tengah hari kat kedai, pastu kuar berjalan sampai petang, berdua je dengan mak. Hehe. Tau2 je 'cik abg' tu mesej pukul 8.30 malam bagi tau dah turun flight. Tapi transit utk 2nd flight lak. Sambil2 makan, dia sms aku. Pukul 9.30 malam stop, pastu dekat pukul 12 dapat sms lagi bagitau dah sampai hotel, stay situ n arini baru akan naik kapal. Aku pun tak kacau sangatla, kena halau sebenarnya, dia nak tido. Huhu. Jahat! Pastu tengah hari tadi aku tengah masak kat dapur dia call lak. Hehe. Budget aku tak bangun tido lagi la tu, nak mengacau je kejenyer, tapi silap la, aku dah lama bangun. Call pun sebab dah tak tau nak ke mane, tak tau nak watpe. Lama lagi nak kena tunggu naik kapal malam ni. So, jumpe public phone, gayut la. Member dia sorang lagi pun camtu. And masa tengah menaip blog ni, dia sms bagitau dah sampai kat kapal. Tapi tengah rehat2 dulu la, blom start keja.. Tengah malam ni baru mula keja, sampailah pukul 6 pagi esok. sempat lagi main sms tu. Chief engineer suruh naik rehat2, dia g bercinta. Hehe. Aku pesan kat dia, keja baik2 kumpul duit, jangan nak mengabiskan untuk contact aku je.. Aku tau kos tinggi kalau jauh2 ni. Pandai lak dia menjawab, "setakat sms je ape la sangat, n pandai2 la nak buat 'budget negara' nanti". Hehe. Biar je la, takleh cakap lebih2. Nanti aku lak kena marah. Dulu dah penah kena tau, sebab aku cakap dia membazir selalu call aku lama berjam-jam. Dia jawab, "biarla, bukan duit awak pun yang bayar bil". Huhu.. Terkedu aku. Takpela.. Ni sebab still kat tepi daratan lagi, ada signal boleh ar calling2. Esok2 dah tengah2 laut senyap la..
Petang tadi aku buat sauna kat rumah. Ada orang datang rumah bawak alat suana tu sume. So aku, mak, uwan n 2 orang kawan mak pun try la. Bahan ramuan sume semulajadi je, sumenye kitorg ada tanam sendiri kat rumah. Best sangat, banyak btul kuar peluh n ringan je badan. Bleh kurus kalau buat selalu. Kahkahkah. Bukan untuk kurus je la, tujuan utama untuk sembuhkan segala penyakit, kurus tu sampingan je. Hehe. Tapi kalau banyak duit bleh ar beli, RM 3998. Mak aku kata tunggu dia pencen la, bleh buat bisnes. Mak aku ni kan, sume bende die nak lepas pencen nanti. Aritu ada gak dia suh aku tanya Fizah, mesin jahit sulam Apple yang Fizah jual tu bape harganya. Mak cakap boleh la beli bile pencen nanti. Aku cakap kat mak, "Bila masenyer la mak nak menyulam, asik berkebun je..". Tu la dia mak aku. Banyak btul angan2 lepas pencen nanti. Malangnya lama lagi, 4 tahun. Tapi asik cakap kat aku kalau boleh esok je dia nak pencen. Hahahaha.
Tinggal 2 hari je lagi aku nak masuk maktab dah. Lepas ni maybe jarang2 dapat online, tak dapat la nak update blog selalu. Tapi kalau sape2 rindu2 tu, n tau nombor aku, sms je la aku malam2 k.. Insyaallah aku ada je.. K..
p/s: "budget negara' = kira2 duit gaji mane nak support skit2 adik Suraya sambung degree, mane nak bayar bil, mane nak bayar rumah, mane nak bg mak ayah, mane utk simpan, mane utk enjoy, mane utk tunang, mana utk kawin bla bla bla... sumenye ada. hahahaha.. tabik giler belanjawan PM sorang ni. ni baru RMK 10, dia ckp kat aku ada RMK 11 dah. hahaha...
6 comments:
haha, dah single macam si ted dah ek?
nway haz,t dah nak bergelar pelajar dah, musti bizi je. Ada masa t pas orientasipandai2 la update blog."ku sentiasa menunggumu!"hahaha...
biarla abang hang nak calling2 sementara da masa, manja2 sikit t rindu kang nangis.mana aci ni, dalam budjet negara ada tunang n nikah...dengki.hehe
single ted.. bleh ar bermaharajalela. hahaha. tp takleh melampau lak, dah kena warning. hehe.
haz mane leh tinggal internet ni ted, nnti mesti gian punyer la. ntah2 tiap2 minggu balik bertenet. haha. nnti wajib curi2 masa update blog ni.
ape dengki2 ni ted. tu budget die, takleh sibuk2, biarkan je.. hehe.
Budjet negara Rmk 10 dah plan untuk tahun ni...budget Rmk 11 next contrct kpl hee hee jgn jealouss...tu semua dah plan awal2 lagi...alaaa biasa laaa dok kpl pon nak enjoy cam maner tgh laut so simpan duit jerr laaa hee heeee..alaaa dah rezeki masing2 syukur jerr laaa kat tuhan
aik abg.. chatting dgn sy kejap td pun sempat gak menjenguk kat sini? lps ni rindu la nak baca blog sy yer? hehe.
mesti laaa rindu nak baca blog awak ni hee heee
rindu nak mengutuk sy sebenarnye tu.. hehehe..
Post a Comment