Yup, baru je sampai umah selepas 5 hari menghadapi Minggu Pengurusan Pelajar Baru Institut Perguruan Raja Melewar. Banyak benda nak citer sebenarnya ni, tapi bagilah aku masa bernafas jap yek? Penat.. Nanti aku sambung lagi.
on 4.30 pm
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Ok.. Sambung balik. Tadi penat sangat ar, rehat2 dulu pastu sempat gak amik kunci keta, kuar berjalan jap. Hehehe.
Tengah hari tadi baru je abis orientasi, start dari tarikh daftar aritu 14hb, memang takde rehat. Sumenye nak cepat. Aku tido 4 jam je tiap2 hari, padahal penat sangat2 aktiviti dari start solat subuh berjemaah sehinggalah ke taklimat abis dekat pukul 11 malam. Tu blom lagi masa untuk kena brain wash. Aku nak citer la ni pasal KPLI tahun ni seperti yang diberitahu oleh pihak atasan IPRM dalam taklimat. Bilangan yang apply seluruh negara berjumlah 120 000 orang, bilangan yang berjaya masuk hanya 10 200 orang, n yang kat IPRM je 652 orang, intake paling ramai jika dibandingkan dengan semua IPG dalam Malaysia. Intake tahun ni meningkat sekali ganda berbanding biasa.
Hari pendaftaran letih betul la, banyak sangat borang nak kena isi time tu jugak. Manusia yang datang dah la ramai. Parking pun kena jauh2, dah full. Pukul 2 petang lepas daftar tu dah mula orientasi. Pakaian kitorg? Besela, pakaian formal baju putih kain hitam, kasut kulit hitam bertutup keliling plus tumit. Bayangkan la betapa letihnya nak jalan dari asrama ke dewan tiap2 hari dengan kasut bertumit. Nasib baik tak melecet kaki aku, sebab aku pakai stokin tapi sakit tetap ada, yang tu takyah cakap ar.. Memang lenguh!
Dalam setiap taklimat, semua penyampai dah panggil kitorg dengan title 'cikgu' coz nak suh kitorg biasakan diri dengan panggilan tu. Even nak panggil nama kawan2 pun kena letak 'cikgu'. Kadang2 aku rasa kelakar lak dengan panggilan tu. Hehe. Oh ye, umur aku tahun ni 25 tahun, tapi kat sini macam antara yang muda gak la. Rata-rata kawan2 kat sini sumenye atas 27 tahun. And aku terkejut gak dapat tau hampir 2/3 daripada bilangan kitorg ni dah kawin. Aku tak sangka seramai tu, sebab KPLI ni menuntut pengorbanan yang sangat2 tinggi. Yelah, terpaksa tinggalkan family sebab kursus kitorg full time. Plak tu, memang kena lasak la sebab wajib kena gi kem Bina Insan Guru. Pastu nanti dah kuar kena hantar posting jauh2. Selalunya yang bujang2 la sepatutnya rela benda2 camni tapi kali ni memang lain. Aku amik course Pengajian Sains Sekolah Rendah, tapi kitorg dipecahkan kepada 3 kelas. Aku kelas sains 1 seramai 19 orang. Dalam 19 orang tu, 3 yang dah kawin. Umur paling muda 24, n paling tua 30 tahun. Kelas roommate aku lak, course Pengajian B. Melayu 1, 20 orang. Dalam ramai2 tu, just 3 orang je termasuk roommate aku yang tak kawin lagi. Hahaha. Environment betul2 lain la kat sini.
Satu hal lagi, lecturer ume asik pesan suh kitrog ni jaga imej profesion perguruan. Bab tingkah laku n pakaian la paling penting. Pasal pakaian pun nak kena ajar. Kena pakai lawa2, makeup skit. Takleh seksi2 nanti budak tak belajar tapi asik tengok cikgu. Hehehe. Banyak benda nak kena ubahla.. Skit2 la kan.. Hehe. Rata-rata sume kat sini still lagi gila2. Dah nama pun budak lepasan IPT so memang la perangai camni. Asik kena condemn je la, maktab tak nak kitorg bawak budaya IPT masuk sini. IPG n IPT jauh berbeza. IPT sangat bebas, terpulang kat kita nak bawak diri camne, tp IPG... ermmm alim giler! Takleh buat sesuka hati. Strick giler kan? Semata-mata nak mendisiplinkan cikgu. Tapi memang betul la, cikgu yang bagus sebenarnya dilatih di maktab bukan kat IPT. So graduan pendidikan IPT takleh nak lebih2 kalau tak dpt posting sebab cara belajar memang lain. Maktab sangat2 pentingkan cara2 'penjadian' (bahasa lecturer sini) seorang guru bukan pentingkan gred exam macam kat IPT.
Sebab aku ni amik Sains, so subjek minor 1 aku adalah English n satu lagi pilihan minor 2 adalah Pendidkan Kesihatan. Untuk permainan, aku pilih bola keranjang n unit beruniform plak ialah Kadet Pandu Puteri. Sume tu untuk melatih kitorg jadi jurulatih n pengendali unit beruniform kat sekolah nanti. Tapi banyak lagi subjek yang wajib belajar cam bm komunikasi, muzik, ilmu pendidikan, tamadun islam, kenegaraan, pengurusan sumber, pendidikan alam sekitar, pendidkan islam n pendidikan jasmani. Banyak giler subjek. Pening aku dibuatnya. Kalau tengok jadual kuliah lagi aku pening, dr pukul 7.45 pagi sampai petang. Ada 2 hari tu sampai pukul 7. Huhuhu. Tapi okla, cuti kitorg ikut sekolah. Hehe. Sabtu ahad pun takde ape2. Raya cina ni cuti dari 6hb-11hb. Lama gak la.. Hehe. Sebenarnya tempoh belajar dalam kuliah hanya 6 bulan je, pastu sem depan praktikum. Bayangkan banyak mane subjek tu nak sumbat masuk dalam 6 bulan. Huh!
Oklah, nak stop la. Nak rehat lagi, esok pagi nak g PD lawat adik kat PLKN. Bye..
p/s: takde berita orang tgh laut la.. kat mane agaknye ye??? area China lagi kot.. ntahla..
4 comments:
hehe...pakaian 2 wak!!pakaian 2!hehe..emm..plik ar skang anto comment sekor2.bese jd org no 2 ke,no 3 ke...hehe..
org lain takde..awk sorg je la..
Aik aikkk org kat laut hidup lagi cik kak hee heee
hehehe.. org kat laut tu baca plak ye.. ampunnn.. hehe.
Post a Comment