Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
pregnancy

Friday, January 04, 2008

persediaan

Buat pengetahuan korang, aku ni blom dapat lagi surat dari IPRM. Lembab giler ar diorg antar surat. Tiap2 hari aku menunggu pakcik posmen tapi selalunya hampa. Hahaha. Macam pagi tadi la kan, awal2 lagi aku dah menjenguk peti surat tp takde ape2, yg ada just surat khabar yg muka dpn still citer Chua Soi Lek. Rupa-rupanyer pukul 1 lebih tadi baru posmen dtg. Dia masukkan surat dlm peti, so aku cepat2 la pegi tgk. Hampehh! Surat tu nama adik aku pasal J-Card Day Jusco Klang. Surat aku takde pun.. So skrg ni aku berpandukan info dr website IPRM je la. Camni..



PENDAFTARAN PELAJAR KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH
(KPLI) DAN KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) MOD LATIHAN PERGURUAN
BERASASKAN SEKOLAH (LPBS) j-QAF AMBILAN JANUARI 2008

 

 

 

Maklumat Am

 

 

 

Tarikh

 

14 Januari 2008 (Isnin)

 

 

 

Masa

 

8.30 – 12.30 tengah hari

 

 

 

Tempat

 

Balai Kerapatan

 

Institut Perguruan Raja Melewar,

 

Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

 

 

 

Pakaian (Pendaftaran)

 

Sesuai sebagai seorang guru

 

 

 

Pakaian (Minggu Pengurusan Pelajar Baru (14 – 18 Januari 2008)

 

Lelaki : Kemeja lengan panjang (putih) dan seluar (hitam/biru gelap)

 

Perempuan : Pelajar Islam – Baju Kurung (putih) dan berkain (hitam/biru gelap)

 

Pelajar Bukan Islam – Blaus lengan panjang (putih) dan berkain labuh (hitam/biru gelap)












Dokumen dan Peralatan yang perlu disediakan dan dibawa pada hari pendaftaran

 
  1. Kad pengenalan, sijil      lahir (asal dan 9 salinan yang disahkan)


  2. Sijil SAP/SPM/SPVM/STPM      (asal dan 9 salinan yang disahkan)


  3. Surat berhenti sekolah      (asal dan 2 salinan yang disahkan)


  4. Diploma      Pendidikan/Ijazah/Surat Pengesahan Senat Universiti. Surat
    Pengiktirafan Nilai Taraf Ijazah (JPA) bagi kelulusan luar negara
    (untuk KPLI sahaja) (asal dan 9 salinan yang disahkan)


  5. Borang
    pemeriksaan doktor untuk pelantikan ke perkhidmatan kerajaan yang
    disahkan oleh pegawai perubatan (asal dan 5 salinan yang disahkan


  6. Surat
    nikah (asal dan 4 salinan yang disahkan) dan surat majiukan
    suami/isteri mengesahkan tempat kerja (jika berkenaan) (asal dan 4
    salinan yang disahkan)


  7. Setem Hasil (RM10.00 X 5      keping)


  8. Salinan Akaun Bank      Simpanan Nasional (Akaun GIRO) yang telah dikemaskinikan pada tahun ini (3      salinan yang disahkan)


  9. Surat berhenti kerja      daripada majikan (jika berkenaan)


  10. Pakaian secukupnya,      sarung bantal, cadar, bantal dan kunci mangga pintu.


  11. Gambar berwarna ukuran      pasport
          (nama, kursus, major, dan nombor kad pengenalan ditulis di belakang      gambar) (14 keping)


  12. Senaskah Al Quran (bagi      pelajar beragama Islam)


  13. Sepasang Baju Melayu      lengkap untuk pelajar lelaki Islam warna biru gelap (biru seragam sekolah      rendah)

Dalam banyak2 tu, bab pakaian minggu orientasi yg paling aku risau. Ape taknye, kalau takde, mane sempat nak buat ke ape. So dr smlm aku duk sms adik2 aku tanye pasal baju kurung putih diorang, aku nak pinjam. Dengan Saza yg kat UK tu pun aku tanye. Sumenyer ngaku ade baju putih tu tapi dah tak tau letak kat mane. Pergghh! Masalah plak aku nak mencari. Tanye plak pasal kain hitam time aku matriks dulu, pnh nmpk tak? Sorg pun tak tau. Aku pun ape lagi, mula la selongkar almari aku. Puah mencari, tak jumpe ape. Sbbnye, aku dah kuarkan sume baju2 lama sejak aku balik dr UTM thn lps. Selongkar plak almari adik2 aku, jumpe baju putih Saza yg dah tak bape putih. Tp amik je la. Hehe. Arini sambung selongkar almari lagi. Almari Baby plak. Sbb Baby ckp baju putih die baru lagi, kain licin lak tu. Hehe. Tak jumpe gak bile aku cari. Mak balik sekolah aku tanye lak kat mak. "Mak, nampak tak baju kurung putih bdk2 ni? Pastu lagi 1 kain itam akak mase matrik dulu. Dalam almari akak takde pun, ke Saza pnh pakai masa kat matrik dulu?". Mak aku jawab camni, "Cuba la ko cari kat stor bawah, ko yg suka antar baju yg elok2 lagi masuk stor tu mak tgk". Hahaha. Padan muka aku. Aku pun pegila carik kat stor tu, abis plastik2 tu aku bkk, cari n tgk. Sampai baju2 arwah abah aku pun aku jumpe. Hehe. Yang aku jumpe hanya sehelai baju putih yg aku pakai time orientasi masuk UTM tahun 2002 dulu. Okla, baju tu putih lagi, pakai kat UTM pun mase orientasi tu je. Masuk je umah muka monyok je tak jumpe kain hitam. Mak aku tanye lagi, "Jumpa tak kain hitam ko?". "Mana ada kat stor tu. Baju putih dah byk dah ni, kain takde.". Aku menjawab la. MAk aku pun masuk bilik die selongkar almari die lak. Yg aku ni bkk frenster melepaskan perasaan. Tiba mak aku panggi, "Kak, ni kain sape ni haa.. Hitam ke biru gelap ni? Kat almari tepi katil tu mak jumpa.". Hehe. Gembira aku sebab mak dah jumpa 1 kain hitam n 2 kain biru gelap uniform aku kat MRSM dulu. Tambah lagi 2 helai baju putih Baby, kain licin. Sumenye dah masuk mesin n basuh bg nampak macam baru. Haha. Kesimpulanye, jimat je, takyah beli baju. Untung la sebab adik2 aku badan lebih kurang je, cuma labuh baju tu kurang la kot sbb adik2 aku rendah dr aku. Hehe.


p/s; akaun BSN dah g buat smlm. sbnrnye aku tutup akaun lama n bkk yg baru. hehe saje mengade. sbb akaun aku tu dh berkurun dr thn 1999, buku pun klasik giler, kad ntah ke mane. tp duit ada lagi. so tahun baru ni aku nak yg baru, buku baru n kad pun nak baru. haha. akak BSN tu bengang je dgn aku sbb menambah keje die. suka hati aku la kan? akaun aku hak aku. suka hati aku la nak tutup ke, bkk akaun baru ke. bkn guna duit die pun. ntah ape2 je BSN ni la..



2 comments:

botolkosonge said...

haaa haaaa lain kali letak GPS kat baju2 lama tu senang nak cari kahhh kahhh kahhhhh

Hazilah Aini said...

awk buat dulu.. nnti sy ikut. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...