Lame sungguh tak merepek kat sini. Ni sume gara2 laptop aku yg takleh nak access blog ni, kalau tidak, memang sini je la tempat melepak. Rindu plak nak menulis something kat sini. Just update tentang diri aku buat sape2 yg berminat nak tau.
Sekarang ni aku sedang menghabiskan minggu terakhir KISSM (Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia). Sabtu ni (6/12) ade ujian akhir kursus and wajib lulus untuk pengesahan jawatan nanti. Surat perlantikan Guru Sandaran Siswazah Terlatih dan dapat lama dah, tapi tempat posting blom tau lagi. Result exam pun blom tau. Ni tgh berdebar-debar tunggu result posting, ramai yg kata minggu ni akan kuar. Huhu.. Risau gak kalau kena gi Sabah Sarawak. Tapi aku redha je la..
Tak sangka Sabtu ni akan berpisah dgn kawan2 sekelas yg lain. Sejak masuk 14 Januari dulu, byk pahit manis yg telah kitorg lalui bersama. Dengan assignment yg bertimbun, kelas yg full dr pagi sampai ke petang n kdg2 sampai malam, aktiviti dalam maktab dan jugak luar maktab, berkayak tgh laut, meredah hutan, berjemur kat padang, bdk2 KPLI sememangnyer tough. Jauh sgt bezanyer dengan kehidupan kat U dulu. Tak cuba memang takkan tau, korang rase sendiri baru korang pecaye ape yg aku cakap ni.
Tapi okla, minggu terakhir ni takla tension sgt walaupun aku rase kursus dr pagi sampai petang lebih memenatkan berbandingkan kelas biase. Kursus just duduk, tgk n dgr je (plus assignment gak), tapi itu cukup meletihkan mata, telinge n otak. Hehe. Orang yg jauh dah balik sini, so memang tenang je jiwa ni.. Hehehe...
2 comments:
yang, dah habis dunia ke round date ngan bf?hahaha..
amacam result dah kuar ke?
hehe..
abis dah ted.. dah taktau nak ke mane.
tp still menghargai setiap mase yg ade. hehe.
Post a Comment