Husband cuti lama. Dari pertengahan bulan 5 sehinggalah lepas raya. Lebih kurang 4 bulan jugak la. Syukur sangat2 dapat beraya sama2 tahun ni. Sekarang husband dah belayar semula, kat India. Tapi aku tak perlu risau sangat dengan keadaan aku yang makin sarat dari hari ke hari ni ditambah plak husband jauh dan aku pun jauh daripada family, sebab husband aku boleh dihubungi bila2 masa je setiap hari sebab dia guna broadband memandangkan kapal Maritime Kelly Anne tu duk pusing2 kat India je. Husband belayar 4 bulan, maybe bulan 1 tahun depan dia off, insyaallah sebelum aku bersalin. Huhuhu. Risau jugak sebenarnyer kalau TERbersalin sorang2.
So far so good. Kesihatan aku ok. Baby pun ok. Badan dah rasa sihat semula, cuma masa bulan puasa je lemah skit sebab asyik loya dan muntah2. Disebabkan tu jugak la, terpaksa cuti puasa sebanyak 3 hari. Kira ok la tu.. Taklah banyak nak mengganti. Sekarang perut pun dah makin membesar. Kalau sebelum ni muat lagi pakai jeans yang biasa2 aku pakai, tapi sejak 3 minggu lepas dah rasa sesak nafas dan terpaksa bertukar ke maternity jeans plak.
Turun naik kapal terbang memang macam biasa. Semasa husband cuti, aku terbang balik ke KL setiap 2 minggu sekali, kadang2 ada jugak tiap2 minggu kalau rasa dah nak buat kerja gila. Sekarang ni sebab dah takde sape kat rumah kat Bandar Bukit Puchong 2 tu, aku balik sebulan sekali je la untuk jenguk dan kemas2 rumah termasuk jugak pegi check up skali. Lagipun dah nak cuti akhir tahun dah ni..
Oklah, aku just nak share gambar2 scan baby setiap kali check up. Awal2 dulu rasa confuse tak tau nak kata ape bila suspek yang aku ni pregnant. Punyalah aku suruh husband aku pegi beli UPT kat farmasi untuk test urine padahal memang aku dah rasakan yang memang aku pregnant pun.. Bila buat test tu pun, dah tak terkejut dah dengan resultnyer.. Sebab 2 minggu sebelum tu lagi aku dah cakap kat husband aku yang period aku tak datang, n period aku tak penah tak tepat tiap2 bulan, so memang ada sesuatu telah berlaku. Hehe. Tapi saje tunggu lagi untuk test urine untuk betul2 confirm. Skali test, memang jelas sekali double line tu, bukan samar2 dah. Waktu tu dah nak masuk 7 minggu. Alhamdulilah, sekarang ni rasa syukur sangat2 kerana Allah berikan aku peluang untuk merasai nikmat mengandungkan zuriat sendiri. Semoga aku dapat mengharungi tempoh 40 minggu pregnant dengan jayanya. Amin..
Heh. Kena telengkan kepala nak tengok. 1st time scan masa baru nak masuk 7 minggu. Comel je belum ada bentuk, tapi dah bleh nampak denyutan jantung. |
2nd scan. Baru nak masuk 11 minggu. Dah nampak kepala, tangan dan kaki. Baby pun dah bergerak-gerak. |
3rd scan. Nak masuk minggu ke-17. Baby dah besar.. |
Tak sabar untuk scan yang seterusnya... Sabtu ni check up lagi.. Yeay!!!!
2 comments:
wahhh congrate....cute betul la tgk gambo2 scan tu...terase mau peknen lagi rasenye....ape pun take care ek
tq jaja.. pregnant la lagi jaja, anak ko pun dah besar dah..
Post a Comment