Tak tau la apesal.. Tiap2 minggu mesti badan aku sakit2. Minggu ni pun sama. Main bola keranjang ari Selasa, jari manis aku injured. Sampai bengkak n biru2 kat sendi tu. Arini baru ok btul. Pastu mase buat larian pecut time PJ, kaki aku lak lenguh2. Tapi biler dah lepas sehari la. Time buat tak sakit pun, seronok je. Agaknya sebab aku buat bersungguh-sungguh kot.. Hehe. Minggu ni lagi kelam kabut idup aku. Micro teaching Sains dah mula. Tak tido malam aku buat lesson plan n siapkan teaching aid utk mengajar. Pastu presentation pun dah mula. Letih btul nak prepare macam2. Mestila nak prepare btul2, kang tgh2 present lecturer hentam dgn soalan, kite tak dpt jawab, masalah pulak kan.. Kesimpulannya sehari 24 jam tak cukup bagi aku. I need more time! Huhu.
Saturday, February 23, 2008
Tuesday, February 19, 2008
dari library
Aku kat library skrg ni. Sambil2 buat assignment, bosan2 tu bkk friendster je kejenye.Hehe.Camtu jugak kalau masuk lab science.
Subuh2 semalam org kat Singapore call. Ade ke org gayut subuh2? Kitorg la tu. Hehe. Azan2 subuh je gayut dulu. Dahla pastu menggelabah aku nak g mandi n solat sume. Tengah2 keja g tepon aku lak. Sbnrnye malam tu die kacau dkt nak kul 2 gak la, tp aku dah tido. Angkat tepon pun bleh tau suara mamai, so die halau aku suh g sambung tido dulu. Tu yg pagi2 subuh die kacau plak tu.. Huhu. Ckp time tu je la. Tgh ari die kate nak belayar ke negara2 Arab plak, so lama la tak dpt call nnti. Tp bulan 5 die balik kot.. Upgrade lesen sbb dah lulus exam aritu.
Saturday, February 16, 2008
hi..
Assalamualaikum...
Cam besela, hujung minggu aku mesti balik umah. Time ni la baru sempat nak update blog. Walaupun kat maktab aku online gak kat lab science, tapi tak sempat nak taip2 ni, byk mase abis surf utk wat assignment je. Sekarang ni tiap2 bdk kelas aku ade laptop, sampaikan dlm lab bleh berlaga-laga laptop sbb sesak sgt. Haha.
Kesian aku baca blog Ted kat tempat lagi 1. Sume org menghilang ye Ted? Hehe. Nak wat cmne, Haz mmg busy la tp kadang2 mesej gak Ted bile bosan malam2. Mmg hajat di hati nak tido tp kdg2 jahat gak nak kacau org. Hehe. Baca blog Ted tu teringat lak pasal pilihanraya tak lama lagi. Aku semangat ni nak g mengundi. First time la katakan.. Hehe. Daftar zaman kat UTM dulu lagi, kat pesta konvo. Semangat nak daftar mengundi time tu sbb daftar ramai2 dgn kwn2 aku yg lain. So lepas 1 tanggungjawab, asalkan mendaftar, undi tak undi tu lain citer. Bak kata mak aku la.. Mak bising adik aku Hairi tak daftar2. Hehe. So kalau kuar mengundi, kite dah tunaikan salah satu tanggungjawab kite sbg rakyat Malaysia. Pilihanraya kali ni mak aku jadi kerani mengundi. Dah 2-3 kali gak mak aku g taklimat, dari tahun lepas lg. Aku selama ni tunggu gak bile Pak Lah nak buat pilihanraya, rupa2 nye baru2 ni je die bgtau.
Aku byk assignment la.. Dah la tu, bulan ni gak ade merentas desa. Aku ingatkan dah abis dah merentas desa zaman skolah dulu, ni cikgu2 pun kena gak. Petang Selasa aritu main basketball ganas sgt, sampai sakit2 badan aku. Tambah2 plak bdk2 ni tolak time aku nak shoot, 2 kali aku jatuh terduduk. Ni bulan depan kitorg bdk2 unit Sains kena anjurkan program Sains lak kat maktab. Program besar gak tu. Aku pun pelik biler masenye ntah kitorg nak curik mase buat tu sume. Nak makan, mandi, tido n solat pun dah tak sempat skrg ni. Huhu.
Oklah.. Nak ganti tido dulu la. Ngantuk n letih sgt2 minggu ni, rase cam nak pengsan je. Bye sume..
----> Org atas kapal kat Singapore skrg ni. Menyakat je kejenye bile dpt borak lame.
Monday, February 11, 2008
ape aku buat waktu cuti?
Ntah... Aku duk relax je kat umah. Assignment pun aku tgk n buat skit2 je, tak siap pun.. Hahaha. Itula tabiat aku sejak sekolah dulu. Tak penahnye aku siap keja sekolah kalau cuti2. Cuti2 aku tau enjoy je. Hehe.
Tahun ni cuti raya cina aku best gak ar. Best sbb adik2 aku sume ade kat umah berkumpul ramai2. Last kitorg berkumpul raya puasa aritu, dah lama dah. Adik aku Hairi pun balik dr Penang, so byk bende bleh citer. Aku dgn die tu mane penah berpisah dr kecik. Skolah tadika same2, sekolah rendah same2, skolah menengah pisah kejap sbb aku skolah pompuan n then sama2 masuk MRSM tp die kat Kuantan aku lak kat Jasin, pastu masuk U pun same2 kat UTM Skudai. Hehe. So cuti2 ni byk bende nak borak. Aku pun sejak dulu byk menuntut ilmu komputer dr die. Ape2 kalau pasal komputer ni aku wajib rujuk die dulu, maklumlah lelaki arif pasal gadget2 ni. So beli laptop aku pun die la yg pilih n beli. Hehe.
Arini umah kembali sunyi. Hairi dah balik Penang pagi td lagi. Tgh hari td aku dgn mak antar Baby balik matrik, pastu lak ke PD antar Kenet balik kem PLKN. Balik dr PD, alang2 lalu Seremban singgah maktab jap antar barang2 aku sebab ptg esok aku balik naik bas je so antar brg2 dulu la. Byk lagi brg2 aku, sebab minggu ni aku start mengangkut printer, laptop n segala perkakas komputer. My hectic life will start this week. Huhu.
Sekarang ni aku dah terbayang cuti sekolah seminggu bulan 3 lak. Hehe. Serabut btul la pikir asignment. Lagipun lepas cuti seminggu tu bleh duk umah lagi 2 minggu sebab kitorg bdk2 maktab ada SBE (School Based Experience). Pegi sekolah terdekat dgn umah la buat pemerhatian pastu siapkan assignment khas utk 45 jam. Tgk! Assignment gak lagi! Huhuhu. Cepatlah habis setahun ni wei..
Ted, selamat menempuh minggu2 test. Good luck!
Saturday, February 09, 2008
cuti
Happy Chinese New Year n selamat bercuti walaupun aku sebenarnye dah terlewat. Busy la, sampai terlupa. Hehe. Skrg ade je kat umah sampai Isnin. Selasa ni baru ade kuliah semula. Banyak assignment sebenarnye, tapi satu habuk pun aku tak mula lagi. Hahaha. Bile banyak sgt keja, aku jadi malas sbb aku tak tau nak mula yang mane satu. So, tak mula langsung la. Hehe.
Aku baru beli laptop. Import dari Penang, suh adik aku Hairi belikan. Jauhnye beli laptop, sampai ke Penang. Hehe. Sebab aku suruh orang yg pakar belikan, kalau aku yg beli sendiri, sah2 la senang kena kelentong. Aku bukan paham pun bahasa2 hardware computer ni. Orang yg pakar tu plak duk kat Penang, so terserah kat die je segalanye, org kat sini kirim duit je. Yg aku tau, bile die balik laptop dah ade depan mata aku. Hehe. Tu pun aku buat loan dengan mak aku, untuk laptop n everything yg berkaitan dengannye. Sume serba baru. Elaun aku lagi 3-4 bulan kot baru dpt, so terpaksa la tunggu dulu. Desktop kat umah ni adik aku dah gabungkan isi2 dalamnya dengan desktop aku, so sekarang 2 cpu dah combine jadi 1 je. Takdela menyemak byk sgt cpu dlm umah ni. Hehe. Mak aku bising gak skit aritu aku mintak laptop, mak cakap asik beli komputer je, padahal kat umah byk dah komputer. Hehe. Tapi pastu mak ok je, siap suh aku beli yg mahal2 tp aku taknakla melampau sgt, mampus aku nak byr loan kat mak aku nanti. Hahaha. 2 hari ni keje menggodek laptop, pelik la windows vista ni, pastu pakai plak office 2007, sumenye jadi pelik sebab kite tak bese lagi.
Perjanjian guru aku tak settle lagi. Lepas raya cina ni baru maktab nak semak. Petang tadi aku dgn mak g rumah ketua kampung mintak tandatangan saksi. Disebabkan ketua kampung tu kenal family aku, tujuan asal kitorg nak mintak tandatangan trus jadi macam2. Borak2 n makan2 pun ade. Padahal nak g kejap je, tapi lama giler la mak aku g berborak dgn bini ketua kampung tu. Aku pun awal2 tu segan gak sebab aku bawak banyak giler borang nak kena sign n pastu banyak giler salinan medical check up nak suh die sahkan. Dahla die pun busy nak dekat pilihanraya ni. Nasib la atuk (aku pun confuse nak panggil ape, mak aku panggil ketua kg tu abang, bini die lak akak. diorang lak panggil uwan aku akak. hentam je la..) tu ok je, die kate perkara biase. Hehe.
Best cuti ni sebab adik2 aku sume ade kat umah except Saza la. Tapi sebab sume kat umah, nak guna internet pun kena la beratur kalau korang nak tau. Bayangkan kalau sorang berjam-jam, penat giler yang lain nak tunggu turn, sampai tido2. Hahahaha. Aku tak tipu, btul ni. Ni pun baru sampai turn aku, dr siang td menunggu. Huhu. Oklah, nak stop dulu la. Adik aku pun tgh tunggu turn die lak ni. Baik hati aku ni sebagai kakak, guna kejap je pastu bagi adik. Iye sgt la tu, padahal adik aku bising, die kate aku tiap2 minggu balik umah, so boleh guna internet lain kali. Hehe. Ok la, bye..
p/s: org atas kapal ade call aku lbh kurang kul 8 td. katenye kat vietnam. lagi seminggu sampaila ke singapore. harap2 die kat singapore nanti boleh borak lama skit. sebab sekarang ni dpt ckp kejap je..
Sunday, February 03, 2008
3 minggu macam 3 bulan
Itulah apa yg aku rasa sekarang ni. Lambatnya masa berlalu... Ni baru 3 minggu, macam mana plak setahun? Huhu. Terlalu banyak assignment and class plak full. 24 jam sehari tak cukup. Letih n tension je manjang. Aku tak sabar nak cuti walaupun hanya cuti hujung minggu sebab bila cuti aku dapat balik rumah n lupakan segala benda yang aku busykan. Insyaallah tak lama lagi aku beli laptop. Benda yang aku sangat2 perlukan sekarang ni sebab aku tak sanggup nak angkut desktop. So, kena buat loan dengan mak la. Hehe.
Kawan2 sekelas best sangat2. Dah 3 minggu ni masing2 dah semakin mesra walaupun berbeza umur. Lecturer pun best. Yang tak best bila lecturer sebut bab assignment je la. Terus semua buat muka masam. Haha. Mana taknye, kalau tempoh masa nak siapkan assignment tu lama takpa gak, ni tak. Kalau korang nak tau, planner aku untuk bulan Februari lepas cuti Tahun Baru Cina sampai bulan April ni, hampir penuh dengan due date assignment n presentation, termasuklah micro n macro teaching. Mencabar fizikal dan metal betul la.. Huhu.
Sebab tu aku tak sabar nak cuti lama bulan Mei Jun nanti. Mak aku dah mula rancang nak pegi berjalan ke Sabah. Saza pun balik bercuti dari UK time tu so aku memang berharap sangat adik-beradik aku cukup 5 orang untuk makan angin nanti. Tak kisahla mana2 pun, asalkan dalam Malaysia tapi nak yang jauh2. Hehe. Pikir berjalan je aku ni! Hehe.
Cik abang ada call aku Isnin lepas. Dari China. Mula2 dia call pagi tu tapi aku dah masuk kuliah so aku tengok je la phone tu, takleh nak jawab. Huhu. Nasib baik petang tu dia call lagi. Tengok nombor pelik naik je, cepat2 aku jawab. Dia yang mula2 nak tepon kejap je tiba2 jadi terlebih dari kejap. Tengah best2 mengadu terputus lak. Hehe. Pastu aku pegi mandi dia call balik. Aku balik mandi tengok ada miskol je la. Huhu.
Hmmm.. Lambatnya masa berlalu.... Aku letih..