Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 14, 2011

pengalaman melihat tapak tragedi kebakaran

Siapa sangka petang Selasa 10 Mei 2011 yang lalu, cuaca panas sejak pagi tiba-tiba bertukar gelap disertai ribut dan angin kencang serta kilat pada sebelah lewat tengah hari dan berakhir dengan tragedi yang tidak diduga. KEBAKARAN! Walaupun aku tak terlibat, tetapi anak-anak muridku dan keluarga mereka terlibat dalam peristiwa hitam itu. Anak-anak murid yang tinggal di asrama tidak tahu pada awalnya bahawa rumah panjang yg keluarga mereka diami iaitu Rumah Umpang telah hangus terbakar dengan sekelip mata. Pada awalnya jentera Bomba yang sesat masuk ke sekolah disangkakan hanya kesilapan semata-mata, sebaliknya ianya memang realiti cuma ia tersesat masuk jalan yang salah.

Dengan rasa prihatin dan bertanggungjawab, kami semua staf sekolah telah melawat kawasan kebakaran keesokkan harinya utk meilihat dengan lebih dekat kesusahan akibat bencana yang telah menimpa penghuni-penghuni rumah panjang tersebut.

Jalan ke Rumah Umpang sempit, maka kami hanya kongsi kenderaan supaya tidak mengalami masalah untuk pusing di sana nanti.

Terkejut melihat tiada apa yang tinggal.

Hanya sebuah rumah yang terletak di seberang jalan sahaja yang tidak dimakan api.

Kereta yang tidak sempat dialihkan hangus dijilat api.

Walaupun berpanas terik ditambah haba tempat kebakaran yang masih belum hilang, kami tetap gagahi melawat tapak kebakaran.

Padi yang disimpan turut hangus terbakar.

Paling menyedihkan, padi yang disimpan pada awalnya berjumlah 70 guni tetapi kini hanya tinggal 4 guni. Itupun dikutip dari tempat kebakaran dan telah berbau hangit. Sudah tidak boleh digunakan lagi, tetapi sayang utk dibiarkan begitu saja.

Makcik yang berkemban ni betul-betul hanya tinggal sehelai sepinggang. Hanya kain batik dan tuala yang tersarung pada badannya saja yang tidak dijilat api.

Paling menakutkan, tong gas terbakar. Ada juga tong gas yang telah meletup.

Kebakaran berpunca daripada litar pintas akibat petir dan kilat yang berlaku pada petang tersebut. Kebakaran pada mulanya berpunca dari sebuah bilik yang berkunci kerana penghuninya berada di pasar untuk berniaga, kemudian terus merebak dengan cepat ke bilik-bilik yang lain dibantu dengan ribut dan angin kencang pada waktu tersebut. Ditambah pula dengan jentera Bomba yang lewat tiba akibat tersesat masuk ke sekolah aku, maka semuanya tidak dapat diselamatkan. Mujur tiada kehilangan nyawa, cuma cedera ringan akibat melecur sahaja. 

Sesungguhnya, melihat kejadian ini di depan mata buat pertama kali menimbulkan keinsafan kepada aku tentang kesusahan mangsa akibat bencana. Sedih dan kasihan melihat nasib mereka memandangkan Hari Gawai yag akan disambut 2 minggu lagi. Oleh itu, kami warga sekolah sepakat untuk menghulurkan bantuan sebagai tanda simpati kami kepada mereka pada hari Isnin ini. Semoga Tuhan tabahkan hati mereka yang ditimpa bencana.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...