Semalam, kawan2 adik aku Baby dari matrik seramai 7 org dtg kat umah nak merase masakan mak aku. Tp ade gak permintaan diorg suh mak aku perapkan ayam sbb diorg nak buat barbecue. Siap suh beli jagung lagi utk dibakar. So Jumaat tu busy btul la aku dgn mak aku ni siap2. Aku plak yg kena merayap g beli jagung. Selalu byk jual kat gerai2 buah dkt simpang nak masuk Juasseh ni je, tp aritu takde. So aku terpaksa la merayau lagi jauh semata-mata nak penuhi permintaan bdk2 tu.
Bdk2 tu dtg nak tgh hari gak la. Mak aku dah siap2kan tmpt barbecue sume n arang pun dah siap beli. Tinggal tukang bakar ayam je lagi. So mengadap la diorg beramai-ramai membakar ayam. Hujan turun pun diorg tetap setia lagi bakar ayam. Hehe. Aku dgn mak aku plak masak makanan lain kat dapur. Yelah, takkan tgh hari just mkn ayam bakar je kan? Diorg tu nak merasa makanan Negeri 9 sebenarnye. Adik aku slalu duk citer kat kolej la tu, tu sbb diorg nak rasa. So semalam mmg bg diorg makan btul2 la. Jagung yg aku beli sebelum tu sampai tak cukup, sampaikan aku kena kuar lagi g carik jagung. Sama gak cam semalam, kena drive jauh skit nak beli jagung. Time org nak tu la bende yg kite carik tu takde. Biler tak nak berlambak je dpn mata, geram btul! Byk aku beli untuk tambah2. Dptla aku antar kat Uwan aku skit n jiran sebelah jugak.
Hurmm.. Aku ni kat maktab dah kurangkan makan, pastu dah sengaja dah byk melibatkan diri dgn sukan2 n mcm2 aktiviti tu sume. Dgn harapan nak slimkan lagi body ni. Hehe. Tapi balik umah je trus makan tak ingat dunia. Camno ni? Hehe..
Oh ye, Rabu malam Khamis minggu ni aku ade beli buku secara online dr MPH. Buku English, pasal segala lesson planning. Dah aku g carik merata Seremban tak jumpe, aku carik kat internet lagi bagus. Beli trus n byr online. Semalam tgh sibuk memasak, buku yg aku beli tu tiba dgn dihantar oleh GDex. Bagus btul, sgt cepat! Kalau camni, lps ni aku nak beli online je la. Beli lbh RM 80 akan dpt free penghantaran. Jimat masa pun iye. Tp tak dpt la jln2. Hahaha...
Oklah, aku nak g study skit ni. Esok nak g skolah, satu ape pun tak baca lagi. Ntah ke mane ntah teori2 yg aku belajar selama ni pegi sejak aku cuti seminggu ni. Hehe. Piaget, Ausubel.. Gardner Multiple Intelligences.. dan macam2 lagi. Sgt byk! Huhu..
No comments:
Post a Comment