Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
pregnancy

Tuesday, December 04, 2007

cuti2 di Melaka (1st day)

Yup, aku baru balik dr Melaka petang semalam. Puas betul buat exercise dgn berjalan kaki sepanjang 2 hari 1 malam kat sana. Tapi itu la kepuasan. Celah2 lorong pun abis diredah kalau jalan kaki ni.



Img_2085
Sampai Ayer Keroh dalam 11 pagi hari Sabtu. Sebab ikut highway, tu yg singgah Ayer Keroh dulu. Lagipun mak aku dah sebut2 nak g Taman Botani sbb Jumaat aritu kuar kat tv yg Pak Lah datang melawat, lgpun ada gerai2 orkid kat situ. Tempat wajib utk pencinta orkid macam mak aku. Rupa-rupanya Taman Botani tu dulu Hutan Rekreasi Ayer Keroh yg aku penah g. Kat sana ada Canopy Walk yg sgt menguji ketahanan mental bg org yg gayat tmpt tinggi. Aku dgn Baby mmg nak naik. Tp mak dgn adik taknak, sbb takut tinggi sgt. Aku pujuk, last2 naik gak sume 4 org. Hehe. Sampai atas tu, mak dgn adik aku kecut perut sbb time tu angin kuat giler. Pokok2 bergoyang, dgn titian tu pun berayun-ayun gak. Kalau adik aku Syaza la kot, mmg meraung la nak patah balik turun kat tmpt naik td. Itupun jalan slow2 je dgn jarak 5 meter antara satu sama lain. Aku paling belakang.



Img_2080_1
Ada monyet yg dengki, aku jalan ke dpn, dia dtg lg dekat dgn aku, bkn dia nak undur ke blkg ke, lari ke. Aku dah la kat tgh2 Canopy Walk tu. Pelantar tmpt stop kejap pun jauh lg. Monyet dah makin dekat. Aku takut kalau monyet jantan, takut dia gigit. Last2 mmg takleh jadi, monyet tu mmg nak datang kat aku ikut kabel tmpt aku berpegang. Risau wei, org lain jauh kat dpn. Aku trus mencangkung, tunduk kepala senyap2 sambil doa harap monyet tu lalu je, jgn sentuh aku. Adik aku plak lg bgtau aku yg monyet tu stop dkt atas aku. Nasib baik kejap je, pastu dia lompat kat pokok sblh. Mencabar gak Canopy Walk tu, jarak 200 meter lbh terasa mcm lama sgt2 nak abis. Turun dr Canopy Walk, jalan2 la kat sekitar taman tu. Last skali, mak aku wajib la beli anak2 orkid..



Dalam pukul 1.30 ptg gerak ke Bandar Melaka sbb aku dah janji masa booking hotel, nak check in pukul 2 ptg. Tak susah pun carik hotel tu, btul2 tengah bandar, dpn dgn balai polis. Masuk letak brg n solat jap, trus kitorg kuar balik. Org hotel tu pun tunjukkan arah mana kitorg nak jalan. Oh ye, kitorg blom mkn tgh hari lg. 3 minit jalan kaki dah sampai kat Stadhuys. Ramainya org kat situ. Dgn gerai2 souveniernya, beca2, n pelancong asing yg lepak2. Aku tanya kat pakcik beca tu kat mane nak naik River Cruise n pakcik tu ckp just seberang jln tu je, btul2 tepi sungai. Tunggu punye tunggu bot tak lalu2 pun. Dah la lapar, blom makan. Puas dah bergambar, jalan2 tepi sungai pun dah. Aku ni siap jd cameraman 1 couple cina ni nak bergambar tepi sungai tp bot tak gak lalu. Mak aku suh aku tunggu bot. Dia dgn adik aku sedap2 je mkn cendol n pisang goreng kat gerai atas tebing. Takleh jadi, aku malas dah nak tunggu, aku lapar. Join la makan pisang goreng.
Img_2100
Tengah syok2 makan, bot lalu. Aku dgn Baby pegi dulu tinggalkan mak n adik yg blom abiskan cendol diorg. Hehe. Byk sgt bot nak berenti, ramai yg nak turun kat situ so bot lg 1 ni berenti kat tmpt yg takde tangga. Pakcik bot tu tegur aku, suh aku naik bot dia. Aku tak kisah, yg mane peramah aku layan la. Tp pakcik tu takleh nak rapatkan sgt bot dia, besar jugak jaraknya dia suh aku lompat. Aku dgn Baby lompat la ape lagi.. Hehehe. Agaknya family2 lain dlm bot tu mesti mengata aku kan?  Ape jenis pompuan la ni.. Haha. Ala, selamba je.. Yg mak dgn adik aku yg sorang lg lak, org dah dlm bot, dia baru nak tinggalkan gerai. Cendol dah la blom abis, sume main tinggal je. Pastu nak naik bot satu hal, muda2 cam aku boleh la selamba lompat, kalau mak aku takkan nak lompat gak kot.. Hehe. Nasib baik pakcik tu memahami. Dia rapatkan bot tu btul2 sampai mak aku bleh naik. Ces, pakcik tu saje je td suh aku lompat2 tak tentu pasal. Haha.
Img_2101
Pukul 3.30 naik bot. Perjalanan lama gak la, sampai Kg. Rempah. Kat situ bot stop jap 15 minit amik penumpang lagi, pastu patah balik ke tempat yg kitorg naik td. Kitorg tak nak turun situ, aku ckp kat pakcik tu aku nak turun dpn lagi nak nampak laut, pakcik tu senyum je. Hehe. Kitorg turun kat Quayside. Turun bot trus makan kat Quayside Retaurant. Pukul 5 lebih baru nak makan tgh hari. Lps makan, berjalan ke Bandar Hilir, tak jauh, sebelah bukit je.. Dah ada macam2 muzium kat situ. Muzium Islam, Muzium Setem, Muzium UMNO, Muzium Kecantikan pun ada. Sebab dah dkt pukul 6 ptg, muzium sume dah tutup. So jalan2 je la n bergambar. Bukit St. Paul tu pun dah malas nak daki sbb dulu2 dah penah naik, sama je kan.. Esok baru melawat muzium plak. Then trus je la masuk ke tempat Shopping Dataran Pahlawan n then seberang jalan ke Mahkota Parade. Lepak shopping n jalan2 kat sana sampai malam. Pastu malamnya nak balik ke hotel dah malas nak jalan, so naik BECA dr Bandar Hilir ke hotel 10 ringgit 1 beca. Nasib baik beca yg bukan main lagu dangdut Indon. Haha. Taknak aku klu lagu dangdut Indon tu, malu org sume tgk. Hehe. Beca aku naik lagu Jujur Radja. Tak abis lagu dah sampai hotel.
Img_2119Img_2121





Nanti aku sambung citer utk 2nd day plak ye.. Aku nak stop tgk Spa Q dulu. Hehe.



1 comment:

Zuliati Yanina said...

alah, melompat tu besela..hehe..takkan a ada nak mengata..g melaka tak penah jumpa tempat nak naik boat pun?jeles

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...