Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
pregnancy

Saturday, April 30, 2011

pokok naga itu sudah berbunga!

Dalam post sebelum ni aku ada cerita pasal pokok naga unik. Kali ni aku nak tunjuk plak perkembangan terbaru pokok naga ni. Sampai2 je kat sekolah pagi semalam terus nampak bunganya sedang berkembang. Apa lagi, terus aku snap gambar cepat2 sebelum ia kuncup. Itupun sekuntum bunga dah kuncup, tinggal 2 je yang masih kembang. Untuk pengetahuan sape2 yang belum tahu, bunga pokok naga ni hanya kembang waktu pagi je.. Oklah, malas nak taip banyak2.. Jom tengok!





--------------------------------------------------------------------









------------------------------------------











--------------------





Musim bunga! hehe..


Tuesday, April 19, 2011

tips untuk menarik perhatian lelaki untuk suka pada kita



Ini adalah hasil daripada pemerhatian dan pengalaman hidup aku, bukan kajian daripada sesiapa pun. Mari kita tengok bagaimana kalau aku nak menarik perhatian lelaki untuk suka kat aku. Bukan menggoda ok, itu taktik kotor dan tipu semata-mata. Ini adalah tips yang boleh digunakan untuk perempuan yang masih single sebagai usaha mencari jodoh. Mari kita lihat...



1.    Penampilan diri.

Kalau sebelum ni anda tergolong sebagai perempuan yang tidak menitikberatkan penampilan diri, cuba berubah dari sekarang. Kalau sebelum ni tak suka make-up, cuba belajar make-up. Bukan nak over, cuma untuk nampak sedikit kelainan. Kalau sebelum ni suka pakai t-shirt je bila keluar, sila ubah supaya nampak lebih bersifat keperempuanan. Pakailah blouse, dress dan sebagainya. Kalau sebelum ni tak penah pakai handbag, mulakan membawa handbag sekarang. Kalau sebelum ni suka pakai flats je, cuba pakai heels pulak. Ini semua dapat menarik perhatian lelaki. Takde lelaki yang tidak sukakan kepada sesuatu yang cantik dan bergaya. Cuma kita jangan berlebihan sehingga menjadi orang lain.

2.    Luaskan pergaulan.

Cuba untuk berkawan dan mengenali seberapa ramai orang yang boleh. Jangan bersikap terlalu sombong dan jual mahal. Apa salahnya berchatting, berbual di telefon dan bersms tapi tatasusila juga perlu dijaga. Ini semua adalah usaha yang membawa kepada perkenalan dan perhubungan yang baru. Tapi nak jadi friendly pun perlu berpada-pada. Lelaki takut kepada wanita yang terlalu berani. Jangan mudah sangat untuk keluar bertemu lelaki, sepatutnya ambil masa sedikit untuk lebih membiasakan diri ketika berbual dan tahu latar belakang diri masing2. Setelah betul2 selesa, barulah bertemu. Jika tidak rasa tak manis bersendirian, bawalah teman.

3.    Pembawakan diri.

Jangan bersikap kebudak-budakan di depan lelaki. Lelaki tak suka perempuan yang tak matang dan mengada-ngada. Kalau suka pun, mereka hanya berniat untuk buat main-main, bukan untuk serius dijadikan teman. Jadi, tonjolkan kematangan bila bercakap dan bergaul. Mesti ada perbezaan ketika bergaul dengan rakan biasa dan teman istimewa. Tunjukkan yang diri kita ni berpengetahuan. Bukan bercerita hal yang remeh-temeh bila berbual. Sepatutnya kita mesti boleh berbual pelbagai jenis topik ketika bersama dengan lelaki. Barulah lelaki tak bosan, seterusya, mereka menganggap anda sesuai dijadikan teman yang lebih serius. Kejujuran dalam tutur kata itu penting. Jangan berbohong.

4.    Jangan mendesak.

 Lelaki tidak suka ditekan. Mereka lebih suka untuk bebas membuat keputusan. Jadi, sebaik-baiknya janganlah perempuan yang mendesak supaya hubungan menjadi lebih serius dan sebagainya. Sebaiknya, gunakan cara halus sebagai contoh memberi hint2 tertentu. Bukannya dengan cara menyuarakan rasa tidak puas hati. Percayalah, bila lelaki suka, dia akan meluahkannya ataupun memberi hint2 tersendiri. Perempuan perlu lebih aware. Tanpa didesak dan diberikan tekanan, lelaki lebih tenang untuk memikirkan apa yang terbaik untuknya.

5.    Jangan suka mencari kesalahan.

Jadilah orang yang lebih berkompromi dalam segala hal. Jangan terlalu negatif. Kita perlu ingat, tidak semua lelaki tu jahat. Tak baik juga menghukum seseorang berdasarkan pengalaman kita yang lalu. Setiap orang itu berbeza, kita perlu lebih bersikap terbuka untuk menerima dan pandai menyesuaikan diri.

6. Berdikari.

Jangan terlalu bergantung kepada lelaki. Lelaki akan berasa rimas sekiranya segala hal perlu dirujuk kepada mereka. Tetapi jangan terlalu independent sehingga lelaki menganggap diri mereka seakan-akan tidak diperlukan. Sebagai contoh, sekali-sekala mintak tolong mereka ambil atau hantar anda ke sesuatu tempat.



Rasanya, itu je yang mampu aku sampaikan buat masa ni. Ingat, semua ini memerlukan usaha. Jika mahukan sesuatu, kita perlu berusaha. Bukan hanya dengan berserah sahaja kepada takdir untuk menentukan segalanya. Sekian, sila tambah jika ada idea lain k...

Sunday, April 17, 2011

pokok naga unik

Unik!

Gambar pokok naga ni aku ambil sendiri dekat tiang rumah warden sekolah. Cuba korang perhatikan betul2 gambar ni. Adakah pokok ni ditanam di atas tanah? Tidak sama sekali. Ianya melekat pada dinding papan rumah tersebut dan akarnya merayap ke serata dinding pada papan dan juga tiang. Sangat unik.

Biasanya aku tengok orang tanam pokok naga ni mesti atas tanah pastu kena letak banyak baja barulah pokok ni subur dan mengeluarkan buahnya. Tapi aku pelik bila tengok pokok ni. Dahlah bukan kat atas tanah, baja lagi la jauh... Tapi dia boleh hidup subur. Kalau tak subur takkan lah boleh keluarkan bunga.

Yang nampak kat dalam gambar ni hanya satu je bunga yang dah layu. Tapi ada 4 lagi putik bunga yang masih kecil kalau mata korang hebatlah dapat tengok yang kecil2 kat hujung dahan yang lain tu. Lepas ni aku nak tunggu pokok ni berbuah pulak. Kalau buah dia menjadi, memang hebatlah. Bolehlah aku nak cerita kat mak dan uwan (nenek) aku. Hehe. Uwan aku tanam pokok ni punyalah bertahun, siap letak banyak2 baja tahi ayam tapi masih jugak payah nak merasa buahnya. Nasib... nasib...

Sunday, April 10, 2011

mulakan hari anda dengan bijirin sarapan

Sekarang ni belum lagi waktu sarapan, tapi aku nak bercerita pasal sarapan. Sebabnya, aku tengah online ni sambil makan Jacob's Sunlife Chocolate Flavoured yang sepatutnya dimakan untuk sarapan, tapi aku hentam je buat makan malam. Hehe.

Untuk pengetahuan anda semua, sarapan aku setiap hari sudah semestinya bijirin sarapan Nestle Cornflakes. Sejak dari kecil mak aku dah didik aku serta adik-beradik yang lain untuk bersarapan dengan bijirin/cereals. Terpulanglah bijirin apa pun, ada adik2 aku makan Coco Crunch tapi aku suka yang tak manis sebab aku makan dengan air milo. Kalau Coco Crunch, padanan yang terbaik adalah susu. Kenapa perlu sarapan dengan bijirin?
Ini yang aku suka. Tak manis dan sedap dicampur dengan milo ataupun susu.  Image source: Google

Bijirin ni sangat banyak khasiatnya. Pelbagai zat dan vitamin ada dalam bijirin. Bila dimakan bersama susu, maka lebih banyaklah zat yang diperolehi melalui sarapan. Bijirin juga kurang kolestrol. Korang bayangkan kalau korang bersarapan dengan mee goreng or nasi lemak, banyak kolestrol dan lemak yang korang ambil di waktu pagi, seterusnya boleh menyebabkan otak jadi lembab untuk berfikir dan bekerja.

Bagi aku, zaman kanak-kanaklah penting kepada ibu bapa untuk menjaga pemakanan anak-anak. Pada masa ini sel-sel otak sedang giat berkembang, maka dengan pemakanan yang betul, ia membantu proses perkembangan otak ke tahap yang optimum. Jika tiada kawalan dari segi pemakanan, maka tidak hairanlah jika kemampuan otak anak itu tidak berada pada tahap yang sepatutnya. Contohnya, cuba mak bapak bagi anak-anak makan maggi dari kecik, tengoklah bila anak tu besar nanti mereka jadi macam mana. Adakah boleh menjadi bijak dalam pelajaran? Aku yakin tidak.

Aku masih ingat macam mana mak aku kawal pemakanan kami adik-beradik sewaktu kami masih bersekolah terutama semasa si sekolah rendah. Jangan haraplah kami ni dapat makan maggi kat rumah. Kat rumah memang takda simpan stok maggi. Tak penah jugak mak belikan kami jajan2 macam Twisties, Double Deckers dan sewaktu dengannya. Kami nak beli pun susah sebab mak bagi duit belanja setiap hari cukup2 je untuk makan di kantin sekolah. Memang tak cukup duit nak beli ais krim dan lain2. Tapi kami kadang2 degil jugak, beli jugak makanan tak berkhasiat tu bila balik sekolah, tapi kena makan sebelum sampai rumah sebab takut dimarahi oleh mak. Itupun tak selalu, jarang sangat sebab takut mak dapat tahu.

Macam itulah strictnya mak jaga pemakanan aku dan adik-adik. Setiap pagi mesti minum milo sebelum pegi sekolah. Kalau tak sempat sangat, mak bagi coklat Cadbury yang kecik2 tu untuk ganti sarapan. Bukankah coklat tu sangat baik untuk otak? Yup. Pastu kami memang digalakkan minum susu segar. Mak selalu cakap, orang yang kurang minum susu, dalam kelas nanti akan kurang penumpuan. Berkat ketegasan mak aku ni, kami adik-beradik cemerlang setiap kali peperiksaan sehinggalah sekarang pun. Aku bangga dengan apa yang mak aku telah buat. Bila aku ada anak nanti, aku nak ikut cara mak aku ni.

Image source: Google

Berbalik kepasa Corn Flakes tadi, sehinggalah aku dewasa umur dah nak masuk 28 tahun pun, aku masih amalkan. Payah nak lupakan cereals ni. Tinggallah kat ceruk mana pun, aku mesti pastikan stok Corn Flakes mesti ada berkotak-kotak. Macam tu jugak aku tengok adik-adik aku yang lain. Walaupun masing-masing dah hidup sendiri, aku tengok semua masih ikut apa yang mak aku penah ajar, mesti ambil sarapan (milo+cereals). At least minum milo kalau tak sempat pun.. Tak sempat nak bancuh, standby banyak2 air kotak milo. Mesti kena ada tenaga di waktu pagi, lebih2 lagi jika kita ni masih belajar. Ingat tu, tak ambil sarapan, bererti takda tenaga. Maka kuranglah oksigen disalurkan ke otak maka otak mejadi lembap dan malas berfikir.

Ingat tu pelajar2 atau adik2 sekalian, mesti bersarapan. Dan jaga pemakanan. Ingat, pemakanan kita tu mempengaruhi perkembangan otak kita. Kalau nak jadi pandai, jauhilah maggi dan segala jajan2 dan makanan yang ada MSG/ajinomoto. Buat yang nak ambil peperiksaan penting, makananlah paling perlu dititik beratkan. Jangan makan yang bukan2. Kalau rasa nak lembab belajar, takpe, makanlah... Siapa yang susah nanti? Haaa.. Jawablah sendiri.


p/s: Milo tu minuman kegemaran aku. Hehe. Husband pun dah paham sangat dah, kalau suruh dia beli air, takyah sebut pun air ape, sudah semestinya milo.

Friday, April 01, 2011

alahai anai2...

Hampir sebulan aku menyepi. Takde mood nak menaip sebab mood bercuti melampaui segalanya. Hehe. Selama bercuti seminggu di semenanjung, banyak perkara pernting yang telah diselesaikan. Alhamdulillah.. Walaupun masa sangatlah terbatas. Bayangkan, dalam 9 hari bercuti, 7 hari tu memang aku tak lekat duduk kat rumah, ada saja tempat tujuannya.

Perkara pertama yang wajib dilaksanakan setiap kali balik bercuti ke semenanjung ialah menjenguk rumah di Puchong. Ingatkan balik kali ni takde la nak kemas2 rumah tu sangat, sebab cuti bulan Februari aritu dah kemas betul2. Tapi, lain yang dirancang, lain yang menimpa. Alangkah terkejutnya aku bila aku bukak bilik di sebelah dapur yang menempatkan barang2 hadiah perkahwinan kami yang masih di dalam kotak. ANAI-ANAI telah bermaharajalela kat situ. Tak kusangka rumah batu pun boleh mengalami keadaan yang sebegitu teruk. Dah la aku ni takde persediaan, taktau nak buat ape tapi mujurlah mak aku ada skali. Pukul 8 malam terus keluar ke kedai berdekatan beli Baygon. Puaslah pulak aku kena mengangkat kotak satu per satu. Bahagian kotak yang bersentuhan dengan lantai semuanya habis dimakan anai-anai. Pinggan-mangkuk dalam kotak yang dimakan anai2 abis diselaputi tanah akibat sarang anai2. Kotor giler! Sebuah album gambar hadiah perkahwinan telah abis terkorban. Seluruh bilik berpasir. Bukan tu saje, bila aku check kat dalam bilik air di bahagian dapur, siling pun dipanjat anai2! Tak guna punya anai2!!!!! Dahlah suami aku tak dapat dihubungi kerana kat tengah laut, aku pun taktau nak buat ape. Ape yang aku dapat buat ialah bersihkan semua sarang, buang kotak2 yang telah rosak dimakan anai2, selamatkan barang2 dan letak di tempat yang lebih tinggi dan tidak bersentuhan dengan lantai. Kemudian aku spray seluruh bilik tu termasuk toilet dengan 2 botol Baygon. Harap2 bila aku balik bulan ni, takde lagi anai2 berkuasa. Kat sini aku letak gambar2 bilik dan barang2 yang telah rosak dikerjakan anai2, tapi gambar2 ni semua setelah aku kemas bilik tu. Masa keadaan teruk tu terlupa nak snap gambar, sebab terlampau serabut tengok keadaan yang tak diduga. Harap2 Blogger kat sini boleh bantu beri tips menghapuskan anai2 di rumah batu tanpa perlu melibatkan kos yang mahal, tidak merosakkan rumah, mudah dan mampu dilakukan oleh seorang wanita. Maklumlah saya hanya sebatang kara sekarang ni.. Hehehe. Takut2 nanti roboh plak rumah kami tu akibat anai2 yg durjana tu. Sekian, terima kasih..


Album gambar yang dah terkorban. Nak buang pun sayang, so letak je kat luar rumah. Huhu.

Antara set pinggan-mangkuk yang kotor akibat kotaknya telah habis hancur dimakan anai-anai.

Bahagian tepi2 dinding menjadi laluan serangga jahanam tu.

Tengok ni! Dinding ni pun diorang panjat. Skit lagi langsir pun nak menjadi mangsa.

Ni ok dah ni, sebab aku dah buang semua tanah2. Tinggal kesan2 jenayah je..

Terpaksa susun barang2 atas tangga.

Yang ni plak bahagian siling dalam toilet. Tension betul tengok sarang2 tu. Aku nak bukak lubang tu pun takut!

Sila beri tips jika anda kesian dengan nasib malang rumah kami ni. Huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...