Tuesday, April 19, 2011
tips untuk menarik perhatian lelaki untuk suka pada kita
Ini adalah hasil daripada pemerhatian dan pengalaman hidup aku, bukan kajian daripada sesiapa pun. Mari kita tengok bagaimana kalau aku nak menarik perhatian lelaki untuk suka kat aku. Bukan menggoda ok, itu taktik kotor dan tipu semata-mata. Ini adalah tips yang boleh digunakan untuk perempuan yang masih single sebagai usaha mencari jodoh. Mari kita lihat...
1. Penampilan diri.
Kalau sebelum ni anda tergolong sebagai perempuan yang tidak menitikberatkan penampilan diri, cuba berubah dari sekarang. Kalau sebelum ni tak suka make-up, cuba belajar make-up. Bukan nak over, cuma untuk nampak sedikit kelainan. Kalau sebelum ni suka pakai t-shirt je bila keluar, sila ubah supaya nampak lebih bersifat keperempuanan. Pakailah blouse, dress dan sebagainya. Kalau sebelum ni tak penah pakai handbag, mulakan membawa handbag sekarang. Kalau sebelum ni suka pakai flats je, cuba pakai heels pulak. Ini semua dapat menarik perhatian lelaki. Takde lelaki yang tidak sukakan kepada sesuatu yang cantik dan bergaya. Cuma kita jangan berlebihan sehingga menjadi orang lain.
2. Luaskan pergaulan.
Cuba untuk berkawan dan mengenali seberapa ramai orang yang boleh. Jangan bersikap terlalu sombong dan jual mahal. Apa salahnya berchatting, berbual di telefon dan bersms tapi tatasusila juga perlu dijaga. Ini semua adalah usaha yang membawa kepada perkenalan dan perhubungan yang baru. Tapi nak jadi friendly pun perlu berpada-pada. Lelaki takut kepada wanita yang terlalu berani. Jangan mudah sangat untuk keluar bertemu lelaki, sepatutnya ambil masa sedikit untuk lebih membiasakan diri ketika berbual dan tahu latar belakang diri masing2. Setelah betul2 selesa, barulah bertemu. Jika tidak rasa tak manis bersendirian, bawalah teman.
3. Pembawakan diri.
Jangan bersikap kebudak-budakan di depan lelaki. Lelaki tak suka perempuan yang tak matang dan mengada-ngada. Kalau suka pun, mereka hanya berniat untuk buat main-main, bukan untuk serius dijadikan teman. Jadi, tonjolkan kematangan bila bercakap dan bergaul. Mesti ada perbezaan ketika bergaul dengan rakan biasa dan teman istimewa. Tunjukkan yang diri kita ni berpengetahuan. Bukan bercerita hal yang remeh-temeh bila berbual. Sepatutnya kita mesti boleh berbual pelbagai jenis topik ketika bersama dengan lelaki. Barulah lelaki tak bosan, seterusya, mereka menganggap anda sesuai dijadikan teman yang lebih serius. Kejujuran dalam tutur kata itu penting. Jangan berbohong.
4. Jangan mendesak.
Lelaki tidak suka ditekan. Mereka lebih suka untuk bebas membuat keputusan. Jadi, sebaik-baiknya janganlah perempuan yang mendesak supaya hubungan menjadi lebih serius dan sebagainya. Sebaiknya, gunakan cara halus sebagai contoh memberi hint2 tertentu. Bukannya dengan cara menyuarakan rasa tidak puas hati. Percayalah, bila lelaki suka, dia akan meluahkannya ataupun memberi hint2 tersendiri. Perempuan perlu lebih aware. Tanpa didesak dan diberikan tekanan, lelaki lebih tenang untuk memikirkan apa yang terbaik untuknya.
5. Jangan suka mencari kesalahan.
Jadilah orang yang lebih berkompromi dalam segala hal. Jangan terlalu negatif. Kita perlu ingat, tidak semua lelaki tu jahat. Tak baik juga menghukum seseorang berdasarkan pengalaman kita yang lalu. Setiap orang itu berbeza, kita perlu lebih bersikap terbuka untuk menerima dan pandai menyesuaikan diri.
6. Berdikari.
Jangan terlalu bergantung kepada lelaki. Lelaki akan berasa rimas sekiranya segala hal perlu dirujuk kepada mereka. Tetapi jangan terlalu independent sehingga lelaki menganggap diri mereka seakan-akan tidak diperlukan. Sebagai contoh, sekali-sekala mintak tolong mereka ambil atau hantar anda ke sesuatu tempat.
Rasanya, itu je yang mampu aku sampaikan buat masa ni. Ingat, semua ini memerlukan usaha. Jika mahukan sesuatu, kita perlu berusaha. Bukan hanya dengan berserah sahaja kepada takdir untuk menentukan segalanya. Sekian, sila tambah jika ada idea lain k...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment