Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
pregnancy

Friday, December 28, 2007

aktiviti hari ini!

Pagi2 tadi aku tinggal sorang kat umah. Mak aku awal2 lagi dah g sekolah, arini ada meeting sbb sekolah dah nak bukak. Tu yang sebelum2 ni banyak jugak la aku tolong mak siapkan macam2 dokumen utk meeting. Pastu dekat pukul 10 adik aku yg baru abis SPM tu plak siap2 nak kuar main bowling dgn kawan2 dia. Nak g enjoy last minute la tu, Sabtu ni dah nak g PLKN dah. Pukul 10.30 lebih kurang cepat2 dia kuar umah, kunci pintu n tunggu bas depan umah. Aku tinggal sorang so lepak minum n tgk tv kat dapur. Ada benda lawak berlaku lepas tu. Tak lama lepas tu adik aku balik jerit2 panggil aku suh bukak pintu. Aku bukak je la pintu, tak tanya pun apesal dia balik semula. Aku anggap dia tertinggal barang je la. Aku pun sambung balik tgk tv kat dapur. Lepas tu aku naik balik tengok adik aku tengah sedap duk depan komputer bertenet. "Hoi, apesal ko ada lagi kat sini! Pegila tunggu bas..", aku cakap kat dia. Adik aku pun jawab, "Lambat lagi, td org ingatkan dah pukul 11.30". Aku pun balas la balik, "Hahahaha.. Ko ni kenape? Dah tak reti tgk jam dah ke? Baru pukul 10.30 la..". Ntah ape2 la adik aku sorang ni. Dekat kul 11.30 lps tu baru la dia kuar tunggu bas semula. Tinggal la aku sorang kat umah. Sunyi sepi je umah, aku pun kuar check peti surat n amik paper. Tengok surat, takde lak surat arini. Masuk umah lepak je la baca paper kat ruang tamu. Tiba2 dgr lak bunyi kuat pokok bergoyang dr arah bilik aku. Amau pun jadi tak tentu arah. Aku tau, mesti ada benda tak kena. Aku tinjau dr tingkap bilik aku, nak tau ape aku nampak? Seekor monyet atas pokok betik kesayangan mak aku. Dah la tu pandang tepat kat aku yg tgh tengok dia. Aku jerit "Oiiii!", terus dia lari. Tak guna punya monyet, dia baru nak mula patah2 kan pucuk2 betik mak aku. Dah la betik tu tengah banyak buah baru blom masak, favourite aku lak tu, saje je simpan nak buat gulai. Nasib baik aku sempat halau. Mak aku balik je pukul 1.30 td, aku citer la pasal adik aku. Mak aku gelak je kate adik aku dah nyanyuk. Hahaha. Pastu aku citer pasal monyet lak, hangin plak mak aku. Hehe.






Pukul 2.30 ptg aku ikut mak aku ajak aku g sekolah dia, pasangkan printer kat ofis n tukar cartridge. Sebenarnya dr hari Selasa aritu lagi mak aku dah cakap, "Kak, esok petang jom g sekolah pasang printer". Aku dah ada program lain ler hari Rabu.. So aku jawab la, "Hehe.. Hari lainlah mak. Esok akak nak kuar berjalan". Mak aku paham ler tu.. So petang tadi lepas pasang printer, macam2 lagi hal yang aku kena buat. Betulkan itu ini, n menaip lagi. Tunggu pulak mak aku abis berborak dengan kerani dia. Macam2 btul citer, aku pun join skali gelak2. Hehe. Oh ye, setem hasil berjumlah RM 50 dah beli sebelum g ofis td. Mak aku la belikan. Hehe. Settle 1 hal. Balik ofis singgah kedai basuh kereta lak. Ni yang best ni, hehe. Dr sebelum raya lagi mak aku suh aku basuh kereta tu petang2. Tapi, aku ni kan petang2 je appointment dgn Spa Q, bila masa la plak aku nak basuh kereta. Haha. Nasib baik time raya aritu musim hujan, ulang-alik g umah Uwan pun asik meredah lecak kat halaman umah Uwan tu. So ada la kebaikan aku tak basuh kereta aritu. Tak la sakit hati aku tgk kereta tu redah lumpur sana-sini. Aku sakit ati tau kalau hasil penat aku dibalas camtu. Hehe. Sebenarnya mak aku g basuh Waja tu sebab esok pagi nak antar kereta tu g servis, mak kata malu la kat orang kedai servis proton tu nanti. Boleh ke camtu? Hahaha. Okla kan.. Kalau tidak, aku yang kena basuh n berus tayar yang berlumpur tu. Hehe.






Balik basuh kereta trus g umah Uwan lak, sebab tengah hari tadi Uwan aku tepon suh datang umah amik ikan sembilang. Camne aku nak pegi, kereta mak guna g sekolah. So, pegi dengan mak la. Balik umah Uwan singgah lak Pasar Malam. Beli makan malam la ape lagi, malas nak ke dapur. Balik umah masih blom terlewat aku layan Spa Q, tertinggal 10 minit awal je. Abis je aku tengok Spa Q, mak aku datang kat aku. "Kau nak tau Kak, pokok betik sebelah bilik kau tu abih dah kono kojo an... Rambutan yang mak balut kat belakang tu pun abih takdo tingga apo dah.. Pisang pun abih.. Monyet tu la tu..". Kuang asam punya monyet! Kitorang sume takde kat umah petang tadi, sedap2 dia balas dendam yer.. Siap la, esok pagi2 aku tunggu ko datang.



5 comments:

botolkosonge said...

ESOK TGGU BAWAK SENAPANG GERENTI MONYET TABIK KAT AWAK HEHH HEHH HEHHH

Hazilah Aini said...

meh la bg senapang 1. hehe. tak psl2 plak kang polis dtg umah.

Zuliati Yanina said...

rasa ted pun ada sms pasal monyet kan hari tu?hehe

uish, umah ted pun sama tp ayah ada letak racun, bila mati kitaorg tak tanam, just sangkut kat tepi pagar tinggi2..nak tahu nape? Bior kawan2 dia tengok, t gerun ahh nak mari..

tu idea ted tu, zalim btol kan?hehe

Hazilah Aini said...

sangkut bangkai monyet tinggi2? uish! patutla zalim giler. idea si ted rupanyer.. hehe..

aNgaH said...

sangkut monyet???zaman pemerintahan polpot pn xmcm 2 kot.hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...