Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
pregnancy

Thursday, December 13, 2007

sukan

lama dah tak update ek? 3 hari. hehe. bukan ape la, malas nak menaip. tengah selesema ni susah la, tak selesa. hingus ni asik nak meleleh je.. huhu. buat ape musim ujan ni? duduk dlm umah la kan, nak keluar kang makin sakit lak.



oh ye, sekarang kan musim Sukan Sea, favourite aku la tu. petang2 je dah tercongok dpn tv dgn mak aku tgk Sukan Sea. minat sangat tengok sukan2 ni especially olahraga la. nape? dah terbiasa sebenarnye disogokkan dgn bende2 ni. sebab dr kecik dah biasa ikut arwah abah turun padang n pegi stadium. arwah abah aku dulu cikgu PJK n dia pun slalu terlibat jadi pengadil macam2 acara sukan. so kalau ada sukan, mmg dia terlibat la. lebih2 lagi kalau dlm n9. n dia jugak pengadil bola baling peringkat kebangsaan. sebut je ape acara sukan, arwah abah aku master. just anak2 dia je takde yg mewarisi bakat dia. hehe. adik aku saza tu pnh la masuk olahraga skolah2 dulu. aku ni takleh la olahraga, bola jaring n bola baling boleh la.tu pun zaman skolah dulu je, lama2 dah malas. pnh aku lawan bola baling dgn skolah lain, tiba2 tgk arwah abah aku jadi referee. sabar je la. takut aku nak main. haha.



so kitorg adik beradik dr kecik slalu ikut arwah ni g sukan especially sukan sekolah arwah ni mengajar la, skolah menengah. mane2 ada acara yg boleh kitorg menyelit, kitorg masuk la. kadang2 arwah ni saje buat acara sukaneka yg pelik2 utk anak2 dia masuk n bolot hadiah. haha. arwah abah aku ni setiausaha sukan sekolah, so acara sukan n padang tu sume dia yg uruskan. so kitorg ni mmg tiada tandingan la, lagipun 5 beradik kan, ramai. hehe. pastu nanti bila penyampaian hadiah, arwah abah aku gak yg jd juruacara, umumkan pulak nama anak2 die sorg demi sorg. sume binti n bin mohd ghazalli. hehe. slalunya org mmg jeles la, asik anak die je dpt. haha.



kalau sukan kat luar skolah lak, kalau kat stadium pun kitorg suka ikut. zaman kecik2 dulu suka sgt sbb kalau acara sukan je mesti ada milo free. kenyang minum milo je. haha. sampai skrg minat sgt minum milo. hehe. arwah abah aku mmg busy jadi pengadil atas padang la, aku dgn adik2 duk tepi la jadi penonton n tukang sorak. best, seronok. kalau acara sukan besar lak, Sukan Komanwel 1998 dulu, arwah abah bwk gak g tgk walaupun arwah tak terlibat ape2. time tu bagi aku adalah sukan yg paling best sbb rasa bangga sgt malaysia jadi tuan rumah n jadi tumpuan pelancong. jalan2 kat sekitar bukit jalil tu pun rase bangga je.. hehe. pastu tahun 2001 malaysia jadi tuan rumah sukan sea 2001.  3 bulan sblm arwah ni meninggal dunia. kitorg pegi tgk acara olahraga. mmg dah rancang dah nak tgk acara akhir. part paling best adalah kitorg tgk nurherman majid lari buat kali terakhir sblm bersara n dia menang emas. perak plak time tu muhd faiz, dua2 anak negeri 9. sampai ke hari ni takde sape dpt pecahkan rekod nurherman majid tu. kitorg ni sorak mcm nak gila la. arwah abah aku lagi la kuat bersorak. mood bile dlm stadium tu mmg lain. time lagu negaraku tu, mmg best giler la. semangat sgt nak nyanyi kuat2 sebab rasa bangga yg amat sangat. n tak lama lps tu arwah abah meninggal 18 januari 2002.



sume tu tak berakhir setakat tu je. tahun 2004, negeri 9 jadi tuan rumah Sukma plak. yg ni pun lagi la kitorg pegi tgk sbb dalam n9 je. mak plak yg bawak. macam2 acara yg kitorg tgk. renang, tinju. olahraga n konsert penutup pun tgk gak. haha. tu aku la tu, gila sgt nak tgk Ruffedge. hehe. yg paling best tgk final bola sepak Sukama la malam2. negeri 9 lwn ape ntah, dah lupa. penuh giler stadium. hampir2 je aku dpt sakit jantung sbb byk aksi mendebarkan. nasib baik menang. haha. 1st time tgk aksi bdk2 kembar tu la, aidil zafuan n zaquan adha. time tu diorg br awal2 main bola, bakat diorg pun dicungkil time ni. awal2 aku tgk diorg kat padang pun aku dah tau dah muka tu mesti femes nanti, tup2 skrg ni melampau plak femesnye sampai ada gosip dgn rita rudaini? ceh.



hurmmm.. itulah suka dukanya.. sumenye akan tetap jadi kenangan. lain kali kalau ada sukan besar2 lagi yg malaysia jadi tuan rumah, nak g tgk. yg luar malaysia, tgk kat tv je la.. tp aku still tak miss la kalau olimpik ke sukan asia ke. walaupun aku bukan atlit, tapi aku minat tgk tu sume. hehe.



2 comments:

Zuliati Yanina said...

sukan?Ya Allah, ted pun sama..kejenya tegok sukan je..tak penah miss gak kalau ada sukan kat tv 1 n 2 tu,mesti tgk. Kalo olimpik lgla..n kalau ada org main bola tampar lagikla suka..hehehe

Hazilah Aini said...

hahaha.. kite geng la ted..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...