Friday, January 21, 2011
cerita malam new year
Takde plan pun nak kuar di malam tahun baru, baru2 ni. Balik dari kampung pun dah petang, singgah umah Maksu kat Putrajaya lagi, pastu singgah plak umah kakak ipar. Dah maghrib baru sampai umah kat Bandar Bukit Puchong. Mandi, solat n makan jap ape yg ada kat umah, pastu trus kuar menghala ke KL. Encik Mail taknak kuar sebenarnya, tapi dah aku ni muka muncung semacam asik cakap bosan duk umah je, terpaksalah dia bawak jugak aku g jalan2. Dah tau jalan sure jam tak hengat tapi nak jugak masuk KL malam tu. Target ke KLCC. Kuar dari Smart Tunnel, amik kau jalan jam teruk tak gerak2! Sbb ada jalan yg ditutup untuk sambutan new year. So kitorg parking je la kat parking lot dekat2 dengan Ampang Park tu dgn bayaran RM10. So, berjalan kaki la kami berdua ke KLCC. Jauh jugak la, penat. Tapi sebab pegi dgn cik abang, teruas terubat kepenatan. Hehe. Ku redah jua walaupun sakit kaki.
Baru pukul 10.45 malam tapi sekitar KLCC dah full. Kat taman tu lagi la.. Dah takde ruang. Masing2 dah amik port nak tengok bunga api. Ramai yang datang dengan famili, bawak anak2. Yang bawak anak kecik naik stroller pun ada. Tak dapat aku bayangkan camne budak tu rasa dalam lautan manusia yg penuh sesak n panas. Mat salleh n Arab pun ramai jugak.
Sambil tunggu tengah malam, layan je la pertunjukan air ni. Takleh lawan la Songs of The Sea kat Sentosa Island, Singapore. Kat sana jauh lebih hebat tak terkata kekagumannya. Nak tengok, sila selak video dalam facebook aku.
Kalau nak tengok video bunga api new year tu, sila tengok kat facebook je la yer.. Malas nak upload kat sini la, file besar sangat. Huhu.
Lepas tengok bunga api, tunggu keadaan reda and lengang jap sebelum berjalan keluar dari Taman KLCC. Manusia terlalu ramai, pegang tangan laki aku kuat2 pun still rasa nak terlepas gak sebab berhimpit-himpit dgn orang. So, biarkan je orang lain balik dulu. Yang kami ni, meronda tengok2 apa yang boleh dibeli.
Encik Mail beli tanduk setan ni and ada satu lagi perhiasan lampu untuk letak kat umah. Berapa banyak perhiasan lampu kat umah daa...
Lepas tu kami pun mula berjalan kaki balik la.. Kereta parking jauh plak tu.. Huhuhu.. Ooopss.. Belum lagi.. Tak sah kalau tak cuci mata malam2 new year ni.. Wajiblah ke tempat2 yang happening untuk tengok gelagat2 manusia. Hobi kami la tu tengok orang.. So, berjalan kaki la kami dari KLCC ke Jalan Sultan Ismail, terus ke Jalan Bukit Bintang. Best bila jalan kaki ni, macam2 orang yang kami nampak dari dekat. Cerah bijik mata. Haha. Sesaje je jalan2 tengok orang gila pegi clubbing. Tengok sejauh mana warga KL ni rosak. Hard Rock Cafe, Zouk, Aloha n ntah ape2 lagi club sepanjang jalan tu. Banyak! Pengunjung pun ramai. Bau arak sepanjang jalan. Adeh, rosak2 orang zaman sekarang. Selama ni tengok dari dalam keta je, arini kami betul2 jalan sebelah club tu, just tak masuk je. Tapi sebab kat situ open, memang nampak la ape yang berlaku kat dalam. Tapi mujur la yg kami nampak tu takde yang Melayu. Mungkin tak nampak sgt muka melayu. Cina n mat salleh la yg ramai. Dah tempat pun jenis high class, bukan calang2 orang yang dapat masuk.
Itulah gelagat manusia di malam new year. Ada yang datang dengan family bawak anak2 bersiar-siar tengok bunga api tu memang bagus la. At least ia aktiviti sihat yang merapatkan hubungan kekeluargaan. Tapi bila aku tengok gelagat budak2 umur belasan tahun belum abis sekolah berkepit dengan awek n pakwe masing2, tu yg sangat menyakitkan mata. Pandai2 la kita semua nak bezakan baik buruk, apa yang patut dan tak patut dibuat. Semua yang aku lihat tu patut dijadikan iktibar supaya ianya tidak berlaku pada ahli keluarga kita. Insyaallah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment