Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
pregnancy

Friday, February 11, 2011

2 bulan sudah berlalu

Macam tak percaya je arini dah genap 2 bulan aku kawin. Tak terasa macam dah kawin pun, sebab masih hidup single. Pegi jalan kat mane2 pun, orang still ingat aku ni blom kawin. Ramai plak orang kat kedai panggil aku ni 'dik' bukannyer 'kak'. Maklumlah aku ni suka shopping sorang2. Hahaha.. Diorang tak tau yang sebenarnya tahun ni umur aku nak masuk 28 tahun dah pun.. Hehe.

Awal tahun ni bila balik ke sekolah, dapat title 'Puan Hazilah' la pulak bila dalam meeting.. Cis! Rasa janggal betul dengan panggilan tu. First time diorang panggil Puan tu memang aku terkejut dan buat muka pelik, pastu barulah sedar diri. Mungkin bunyinya tak berapa best. Dah terbiasa dengan panggilan Cik Hazilah dan ia nampak muda. Tapi nak buat macam mana, kenalah terima hakikat yang masa sudah berlalu.

Tutup bab kawin, tengah menunggu bila la cik abang aku ni nak sambung sms. Tak sampai2 ke Selat Melaka lgi agaknya. Hmmm...

Dah lebih sebulan mulanya sesi persekolahan. Tahun ni aku dapat 3 kelas Sains iaitu Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5. Yang lain2 tu subjek sampingan untuk mencukupkan waktu. Aku suka ajar subjek Sains, tak kisahlah orang bagi banyak kelas pun sebab aku suka bercakap pasal benda yang kukuh berdasarkan fakta. Aku tak suka ajar subjek yang aku perlu bercerita dan berceloteh panjang dalam kelas dan perlukan huraian contohnya macam Pendidkan Moral dan Pendidikan Sivik. Tapi aku suka ajar PJK dan Pendidikan Seni Visual sebab subjek tu santai dan budak2 suka. Walaubagaimanapun, sebagai guru sekolah rendah, semua subjek kita perlu tahu dan bersedia untuk mengajar.

Sebelum cuti aku ada tunjuk gambar2 kawin aku kepada kelas Tahun 6 ketika aku sit in kat kelas tu. Kelas si Aimmie la kalau sape2 ada tengok gambar diorang kat Facebook aku. Tahun lepas aku banyak ajar kelas diorang semasa diorang di Tahun 5, tapi tahun ni, takde satu subjek pun aku ajar Tahun 6. Sebab  tu la diorang selalu merayu-rayu aku masuk kelas diorang, takpun lepak2 dengan diorang bila di perpustakaan. Diorang ni dah macam adik2 aku dah. Tahun ni diorang panggil aku 'Cikgu Bajik'. Bajik dalam Jaku Iban bermaksud cantik. Tiap2 hari kalau terserempak kat mana2 mesti diorang duk menyakat aku, "Cikgu ni semakin hari semakin cantik". Hahaha... Tengoklah perangai budak2, pandai diorang amik hati kita supaya kita ajar dia.

Tu blom lagi murid2 Tahun 1. Kadang2 aku suka tengok telatah diorang dan dengar perbualan sesama diorang sewaktu aku mengajar Pendidikan Seni Visual. Cute sangat! Walaupun diorang bercakap Bahasa Iban, aku tetap paham.. Pernah suatu hari tu, sedang diorang mewarna lukisan, aku terdengar perbualan diorang bermaksud. "Aku suka cikgu ni sebab cikgu ni pakai gincu". Hahahaha.. Kelakar sungguh. Memang memandang luaran btul budak2 zaman sekarang. Cuba tengok ni gambar curi daripada Cikgu Jennifer.

Cute tak? Hehe. Aku suka tengok budak perempuan paling kiri tu, namanya Peggy.

Cute memanglah cute tapi suka menjerit-jerit tak tentu pasal bila dalam kelas. Bila dah jadi camtu, terus tak cute. Sampaikan nak suruh dia senyap kena cakap dengan dia yang suara dia tak sedap, terus dia tutup mulut. Hahaha. Tahun 1 jugak sekrang ni mencatat rekod paling banyak menghadap Guru Besar sebab terlalu nakal sewaktu cikgu mengajar. Ada yang suka bergaduh sesama sendiri, ada yanh kuat mengejek kawan, ada jugak yang tak mau ikut cakap cikgu. Bila dah mengadap Guru Besar dan di 'reverse psycology' oleh Guru Besar, menangis melalak la diorang. Baru diorang tahu! Akibar bergaduh, GB beri sorang batang penyapu dan sorang lagi pisau potong daging. Pastu GB ajak diorang lawan btul2 dalam pagar Pra Sekolah. Terus melalak budak2 tu taknak bergaduh lagi. Kes satu lagi plak banyak bermain dalam kelas, tak nak ikut belajar. Sampai kat GB, GB trus bagi sehelai borang konon2 tu permohonan berhenti sekolah. Senang citer, sebab tak nak belajar,  terus je suruh berhenti sekolah. Apa lagi, tersedu-sedan budak tu cakap tak nak berhenti sekolah. Hehe.

Macam2 kan? Itulah kisah suka duka awal tahun.

3 comments:

norinaomar said...

Ha..ko jangan taktau zaman sekarang budak dah pandai menilai kecantikan tau..tapi bagusnya cara GB ko tu,mesti bestkan?
Kawan aku pernah kena masa kitorang ngaja kat KL dulu,dia kena komplen dengan kelas tahun 2,"saya rasa lipstik cikgu macam pekat sangatlah"..lepas tu,terus berhati2 je kalo nak masuk kelas tu sebab kecik2 dah pandai menilai kecantikan..sabo jelaa

Hazilah Aini said...

betul tu noi.. sekarang ni cikgu2 takleh selekeh2 pegi kelas. kena jaga penampilan elok2. budak2 sekarang ni mmg memandang luaran tu lbh. masuk kelas tu mmg diorg tgk dr atas sampai ke bawah. kasut or sandal kita pun dia tilik cukup2. bdk2 aku siap berdiri sebelah aku nak banding ketinggian diorg dgn aku. hampeh..

norinaomar said...

ko yang tinggi pun diorang nak compare tinggi apatah lagi aku yang ketot ni,hehe.
Aku dah warning awal2 dengan aku jangan berani nak ukur tinggi,tak berani seyh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...