Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
pregnancy

Wednesday, April 25, 2007

Top 10 Happy Foods!

  1. Wild salmon (rich in omega 3 fats and vitamin D)--> blom penah try tp teringin bila makan sushi.

   2. Spinach (rich in folic acid and soluble fiber)--> slalu gak la makan. masa kat UTM, ni sayur favourite mkn tgh ari selain kangkung goreng belacan. hehe.

   3. Skim milk (rich in Vitamin D and B12)--> aku mmg suka minum susu!

   4. Ground flaxseeds (rich soluble fiber, omega 3 fats and folic acid)--> tak tau ape bende ni!

   5. Blackberries (rich in soluble fiber and folic acid)--> erm.. cam tak best je, lg pun kat M'sia ade ke? dah jd jem ade la..

   6. Omega 3 fortified eggs (rich in omega 3 fats, Vitamin D and B12)--> yup! kat umah mak mmg hanya beli telur omega 3. hampir tiap2 hari aku mkn telur.

   7. Sardines ( rich in omega 3 fats and Vitamin D)--> slalu mkn. menu favourite! kalah lauk lain kalau jumpe sardin.

   8. Soybeans (rich in soluble fiber, folic acid and omega 3 fats)--> tak berapa suka soya!

   9. Beans (rich in soluble fiber and folic acid)--> ntahla..

  10. Sunflower seeds (rich in soluble fiber and folic acid)--> kuaci ke ek? tak suka! mkn susah2 tp tak kenyang, memenatkan lg ade!

Tuesday, April 24, 2007

Saturday, April 21, 2007

good...

Sesiapa yang rasa dia tak tersenarai dalam senarai
kawan2 aku kat sini, tolong beredar dari membaca BLOG aku ni! Blog ni
hanya sesuai dibaca oleh kawan2 aku je, selain daripada tu, anda tidak
layak langsung untuk baca. Walaupun anda masuk untuk baca melalui
profile org lain yang tersenarai sebagai kawan aku, you are still
NOT ALLOWED! Tak malu ke, orang tak bagi masuk tapi nak masuk gak?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dah 3 hari berbaik-baik semula dengan orang yang aku gaduh aritu.. Dia kata tak marah pun. Bila tanya apesal senyap, dia cakap  memang saja. Eloklah tu. Huhu. Malas aku nak kacau org busy peksa. Tau2 je tengah demam teruk. Apesal la ada orang yang selalu sangat demam ek? Aku pelik ar..

Wednesday, April 18, 2007

AMARAN KERAS!

Sesiapa yang rasa dia tak tersenarai dalam senarai kawan2 aku kat sini, tolong beredar dari membaca BLOG aku ni! Blog ni hanya sesuai dibaca oleh kawan2 aku je, selain daripada tu, anda tidak layak langsung untuk baca. Walaupun anda masuk untuk baca melalui profile org lain yang tersenarai sebagai kawan aku, you are still NOT ALLOWED! Tak malu ke, orang tak bagi masuk tapi nak masuk gak?

17.04.07

Tadi baca paper yang pasal orang lemas kat Teluk Kemang PD aritu. Rupanye yang lemas tu jatuh dari banana boat. Pengusaha banana boat lagipun, sah2 tak pakai jaket keselamatan lah tu! Yang buat aku teruja sangat tu sebab BANANA BOAT kat PD tu la. Hehe..

Last aku pegi PD tahun lepas, cuti Hari Buruh. Pegi ramai2 dengan family2 belah mak. Pakcik, makcik dengan sepupu2 and anak2 buah sume ada. Kitorg stay kat Rumah Peranginan Persekutuan kat Blue Lagoon 3 hari 2 malam. Tapi family aku dpt 1 malam je sebab sebelum tu kitorg pegi Taiping. Balik Taiping trus pegi sana. Aku ni mmg excited sangat2 kalau tengok laut. Sampai2 je kat PD petang dah kul 6 lebih dah pun, rumah takde org, sume kat laut. Ape lagi, tukar baju, trus la terjun masuk air. Jumpa plak geng, sepupu2 aku sume. Mandi sampai senja. Yang best nyer tu, kat dalam air ramai2 bincang nak booking banana boat utk pagi esok. Siap dah tanye n ngorat abg banan boat yg ulang-alik kat situ. Hahaha. Tu sume sepupu2 aku punye keje la tu. Dah la booking utk byk trip, pastu mintak harga murah. Diorg dah survey, kat Teluk Kemang sorg 10 ringgit tp kat abg tu 5 ringgit je tp nak pusing byk2 kali. Hahaha. Ayat2 punye ayat, janji dgn abg tu esok paginye pukul 7.30 pg kitorg tunggu nak naik banana boat. Kitorg ni plak pesan kat diri masing2, "esok pagi masing2 turun laut bawak duit, sape tak bawak duit takyah naik banana boat". Hahaha.. Malam tu buat barbecue ramai2. Uncle aku bawak ayam percik yang dah siap perap dari Melaka. Bakar la ramai2, pastu borak2. Sambil2 tu kira gak bape ramai nak naik banana boat esok, sbb nak bahagi2 trip. Makcik2 dgn mak aku pun nak naik gak tu.. Huhuhu.. "Yang penting, esok bawak duit!," pesan bdk2 ni.

Paginye, pukul 6.30 pagi aku dah siap2 nak turun ke laut. Pastu aku sms sepupu2 aku yg lain, diorg duk umah sebelah, sume blom bangun. Diorg kate aku bangun awal sgt. Memang la awal, air tengah pasang, aku nak mandi time air pasang, air surut watpe, tak mencabar langsung! Lambat sgt menunggu diorg, aku turun dulu dengan  2 orang adik aku. Lama lepas tu baru la nampak segerombolan sepupu2 aku turun. Masing2 bawak duit, pastu bile nak mandi sume carik tempat nak sorok duit tu. Sorok dalam pasir je. Hahaha. Pukul 8 lebih tak sampai2 gak abg banana boat tu. Hangin la masing2. Bila sampai je kena bebel ngan kitorg. Hehe.

2 trip banana boat untuk kitorg. Satu trip utk 8 org. First trip bdk2 muda sebaya aku je yang naik, best giler. Siap mintak kat abg tu bawak pusing jauh2. Pastu puas jugak abg tu nak terbalikkan banana boat kitorg sebab masing2 pandai kawal, siap ada sorang yg bagi arahan utk mengiring belah mane. Bisingnye takyah ckp ar, siap jerit dgn melambai org. Last2 kesian kat abg tu, dah pusing byk kali nak buat kitorg terbalik tapi tak terbalik gak, kang abis plak minyak bot dia, so kitorg terbalikkan sendiri. Tak adventure skit ar..! Hehe. Yang second trip tu ada 2 org makcik aku dgn mak aku. Yang selebihnya sepupu2 aku yg lelaki. Kitorg pesan kat abg tu kalau nak terbalikkkan, buat kat tmpat cetek, kang lemas pulak mak2 kitorg. Komen sepupu2 yang lelaki lps tu, tak best naik dgn org2 tua. Sume takut, senyap je atas banana boat tu. Hahahaha. Kesian korang ek..

Itulah citer tahun lepas masa kat PD. Orang yg lemas aritu bukan naik banana boat kat tempat kitorg tu. Yang tu kat Teluk Kemang. Kitorg kat tempat lain, jauh skit ar, dekat dengan Rumah Api Tanjung Tuan. Teluk Kemang tak best ar, ramai sgt manusia, pantai pun sesak. Aktiviti sukan air kat situ pun jauh lebih mahal dari bahagian2 lain kat PD tu. Kepada Cikgu Nizam tu, semoga bergembira!

Oh ye, pagi tadi dapat sms dr orang yang aku tengah gaduh tu. Nak berdamai ke ek? Ntahla, aku biarkan je, tak reply pun.. Hehe..

Tuesday, April 17, 2007

PD

Monday, April 16, 2007

15.04.07

Hari ni pegi Shah Alam tengok Hairi. Kitorg lepak2 kat TESCO tu je pastu gi makan pizza. Bertolak balik pukul 3 lebih, aku yg drive. Adik2 aku lagi 2 org tu sibuk mencari dan mengira kapal terbang. Hahaha.. Kan nampak kapal terbang amik lap bila lalu kat highway tu, dekat2 nak sampai KLIA la, area Dengkil. Pastu berenti plak kat R&R Dengkil, puasla diorg mengira kapal terbang yang lalu. Hehe.

Pastu berenti plak kat Seremban 2, saje2 je aku melencong singgah kat City Park tu sebab budak2 ni nak tengok layang2 lagi. Sempat la kejap bagi ikan kat kolam tu makan. Panasnye bukan main lagi petang ni. Selain tu, si cikgu tu ke PD arini, kursus. Tanye aku kondo TNB katne, aku pun tak tau batu bape, mak pun tak tau gak. Last2 dengar cite dah landing dah pun kat bilik. Okla tu, jumpe la jugak.. Hehe.

Hari ni pun genap seminggu gaduh. Hurmm, gaduh la kot, dua2 senyap je. Gaduh tak semestinye bertumbuk kan.. Aku ni jenis gaduh yang senyap, nak lawan cakap buat ape, lagi sakit hati.. Baik senyap tanpa kabar berita. Biar padan muka dua2. Buk, kena kat batang hidung aku!Bile nak baik pun aku tak tau la..

Sunday, April 15, 2007

Amau and friends

Img_2088

Friday, April 13, 2007

kesian burung ni..

Img_2074_1

Burung ni Amau tangkap untuk buat main. Bergolek-golek la kucing tu kalau burung tu bagi response. Bila burung tu cam dah nak mati, terus Amau biarkan je.

Thursday, April 12, 2007

operasi menurunkan Amau dr atas silling

Sejak rumah ni dah btul2 siap renovate, blom ada lagi kejadian Amau naik atas siling.Tapi masa belum siap dulu, time cina2 keja tu nak pasang siling, kecoh gak ar sebab Amau suka naik kat situ sampaikan kontraktor cina yang renovate rumah kitorg tu pun tolong skali bawak Amau turun.

Ahad aritu dia lepas naik lagi. Tak tau la mana lubang dia ikut tapi memang dia tak reti nak turun sendiri. Puas la kitorg adik-beradik carik Amau sebab dah tengah hari tapi still tak nampak muka. Panggil punye panggil kitorg dengar dia mengiau kat atas siling. Mak aku amik tangga, adik aku panjat bukak penutup siling dan angkat Amau bawak turun.

Hari ni dia buat lagi. Mak dengan Kenet pegi sekolah. Aku tengah best tido tiba2 terdegar bunyi benda berjalan kat atas siling. Aku bangun pastu tanya Amau katne kat Baby yg tengah main komputer. Dia pun cakap yang dia dengar bunyi2 kat atas siling. Sah2, memang Amau tak lepas turun. Kitorg panjat sinki dapur yang kat atas, nampak Amau dari celah lubang tengah golek2 sambil mengiau. Kaki dia plak dia hulurkan kat celah lubang tu macam nak suruh kitorg tarik dia. Kesiannye Amau.. Aku pun pegi ke stor untuk amik tangga. Pastu aku panjat bukakkan lubang siling tu. Pastu kitorg tengok gelagat Amau nak turun. Memang tak reti nak turun kucing tu, tapi naik pandai plak! Baby plak sibuk amik gambar.

Img_2073 

Img_2074 

Img_2075_1

Img_2078 

Img_2080

Akhirnya, aku yg angkat dia. Gambar yg ni aku dah potong skit.
Img_2082

Wednesday, April 11, 2007

aarrrggghhh!

Marah ni.. Nak upload gambar masuk kat blog tp takleh. Lembab nak mampos! Nak kena tunggu bape lama? Malas la aku..

---------------------------------------------------------------------------------------------------

edited at 5.37 pm 11 April 2007

Img_2198_5

Hehehe.. Comel tak Amau ni? Adik aku pakaikan tudung saji kecik kat kepala die.

Tuesday, April 10, 2007

hahaha

Img_2198_5

Hehehe.. Comel tak Amau ni? Adik aku pakaikan tudung saji kecik kat kepala die.

SPECIAL EDITION - tribute to 'cikgu'.

Cepat wak, meh sini baca! Hari ni sy tulis blog special pasal awk. Awk kan pembaca setia, pagi2 buta lagi dah baca blog sy. Hehe. So sebagai menghargai, yang ni khas sy citer pasal awk je. Tapi kalau ada silap maklumat ke ape2 tak puas hati, bagitau sy. Ok?

'Awk' yang sy maksudkan itu bernama Khairul Nizam. Tapi awal2 dulu tak tau nama pun nama dia, dia sebut 'Angah' je. Ape yang special sangat pasal dia ni? Meh sini nak citer. Dia ni aku kenal dalam tahun 2003 rasanya, ntahla aku pun tak berapa ingat dah bila tapi yang pasti masa tu kat rumah aku dah ada internet dan aku selalu chatting. Kenal dia ni kat YM la mula2nya. Tapi lepas tu bertukar plak ke SMS bila jarang chatting. Sampai la sekarang ni, aku dengan dia tak penah terputus hubungan walaupun aku dulu penah hilang handset sebab jatuh dalam toilet. Huh! Kalau on YM n dia ada, kitorg chatting je kat situ. Tapi kalau tak YM pun, tak kira masa dan tempat, SMS la pulak yang jadi mangsa. Hehe.

Satu benda yang menarik pasal kitorg ni, walaupun dah bertahun chatting n SMS, kitorg tak penah kenal. Hehe. Maksud aku kitorg tak penah jumpa depan2. Bukan setakat tu je, cakap kat telefon pun tak penah. Tapi, bila chatting n SMS bukan main lagi rapatnya! Kelakar jugak kalau dipikirkan. Hehe. Gelak ye wak? Sudah2 la tu, baru je tadi sy chatting dgn awk, gelak sampai tahap guling2.

Kat handset aku, aku save nama dia ni dengan nama penuh dia, Khairul Nizam. Ringtone plak memang dah setting khas lagu In The Shadows dari kumpulan The Rasmus supaya aku senang nak kenal sape yang missed call tanpa tengok handset. Tapi bukan setakat aku sorang je yang kenal ringtone tu, dulu masa study kat UTM pun, kawan2 rapat memang dah tau sangat la kalau dengar bunyi tu. Kalau dengar je lagu tu kawan2 aku mesti cakap camni, "Ha, tu Angah dah miskol dah tu, nak ajak sms la tu.." Macam tu la, sebab SMS dengan dia ni macam dah jadi rutin. Tapi kawan2 aku terutama Kak Emi tau sape yang miskol sebab aku ni dah set setiap orang yang rapat dengan aku ada ringtone khas. Dan ringtone tu aku tak tukar2 sampai la sekarang. Hehe. Sorry la wak, ringtone utk awk dari zaman dulu sampai sekarang tak ubah2. Ketinggalan zaman gak ar, tapi sy takleh tukar wak, nanti sy confuse sape. Hehe.

Oh ye, aku mula tau nama betul dia ni bila dia ni antar SMS Hari Raya yang berbunyi lebih kurang camni, "aku, Khairul Nizam b Ariffin ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada salah silap sepanjang chatting dan SMS." Haha.. SMS mcm sebutan dalam akad nikah. Tahun depannya aku mula hantar kad raya kat dia ni sampai la sekarang. Bukan main excited lagi dia kalau dapat kad raya sebab dia kata tak penah2 dapat kad raya. Hehe.

Banyak citer yang kitorg kongsi dah selama kenal di alam maya ni. Dari citer2 pasal family masing2, kawan2, rahsia2 dan macam2 lagi la. Memang banyak sangat. Tak terkira. Rasa macam dah kenal sangat je tapi sebenarnya blom lg. Hehe. Banyak kan wak rahsia? Macam2. Ni kalau jumpa satu hari nanti memang tak tau nak sorok  muka katne dah. Haha. Paling aku tau dia ni 'kipas susah mati' pasukan bola sepak Perak. Tengok bola mesti gi stadium. Penah citer kat aku sebab excited sangat tengok bola sampai panjat pagar kat stadium. Aku takleh bayang cmne rupa peranagi cikgu ni. Hahaha. Sekarang ni dia kedekut dgn aku pasal satu benda. Dah bape lama aku nak tau maksud 'ke laut' tapi dia tak nak bgtau. Ugut aku macam2. Ni td chatting dah gelak sakan. Orang keliling pun dah anggap gila dah. Sebenrnya selalu gelak sakan ni, ntahla, ada je benda yang lawak. kadang2 tu tengah SMS denagn dia pagi2 buta pun aku boleh lagi gelak besar, padahal mata dah nak tertutup. Bila kena lawaknya, memang segar mata aku, tak jadi tido.

Yang paling penting, dia ni memang sahabat la. Mana2 aku pegi pun dia ada dan aku pun tak penah bosan kalau chatting atau SMS dengan dia ni. Sebab chatting dengan SMS pun selamba je. Aku pun penah kena kutuk dengan budak2 dia, diorg cakap aku ni chatting dengan dia bukan gaya pompuan. Jahat sungguh mulut budak2 tu.. Hehe. Lagi satu, aku dah pusing abis negeri kesayangan dia ni, Perak. sampai ceruk kg dia pun dah sampai dah tp dia plak kate takde sebab untuk sampai ke Negeri Sembilan.  Pastu padan muka sebab minggu depan dia kena kursus kat Port Dickson.

Ala.. Banyak lagi nak citer sebenarnya, takkan abis, tp sy dah letih la wak.. Lain kali sy buat Special Edition second version plak ek??? Haha.

Monday, April 09, 2007

simple note.. hurmm.. not simple, really long entry!

6/4/2007

Petang2 selepas abis tengok Amarte Asi, adik2 aku akan kuar main layang2 kat depan rumah. Ataupun lari pindah kat kawasan belakang rumah kalau2 ada anak2 jiran yg sebok nak tengok. Hehe. Hari ni angin kuat sangat sebab nak hujan. Layang2 pun terbang mengganas. Kucing kitorg Amau pun excited join. Tengah best2, hujan turun plak, terus la stop, kang kena panah petir plak masing2. So, kitorg pegi depan rumah semula. Hujan kejap je, lepas tu malas nak main dah. Mak plak mesin rumput. Aktiviti  kitorg seterusnya adalah membasuh kereta2 mak aku. Anak dara tiga orang ni yg buat semuanya. Adik2 aku nak buat yg senang je, yang aku ni kena la berus tayar. Hebat tau kitorg basuh kereta, dua2 kereta, siap polish lagi lepas tu! Tukang polish 2 org je, Baby tak aci, dah abis part dia, terus je masuk rumah. Bahagian dalam tak sempat nak vakum sebab hari dah senja. Nyamuk semua dah kuar, gatal2 kaki aku. Esok je la vakum. Hahaha...

7/4/2007

Malas la pulak nak sambung keja semalam, vakum kereta. Hehe. Petang lepas Asar ,ikut mak aku pegi Pilah pegi beli pasu bunga kat nursery. Pasu utk orkid la tu, banyak anak orkid kat rumah yang blom ada pasu. Lepas tu singgah supermarket jap beli makanan untuk Amau. Kucing aku ni maintainance tinggi btul, mesti nak Friskies je. Whiskas ke atau jenama lain memang dia tak sentuh sikit pun. Pastu ngada2 pulak nak makan nasi lauk ikan rebus. Ikan rebus je yang boleh bagi sebab ikan goreng akan membuatkan bulu gugur.

8/7/2007

Hari ni lepak dpn tv tgk F1. Tahun ni aku confuse skit nak sokong mana. Sebabnya, my favourite driver Kimi Raikonnen dah pindah masuk Ferari. Sebenarnya aku suka dia stay dengan McLaren. Aku tak minat Kimi join team merah tu, tengok merah je mesti teringat kat Micheal Schumacher, favourite driver semua 4 org adik2 aku dan jugak kwn2 aku yang minat F1. Bosan tul.. Huhu. Anyway, Schumi dah bersara dan mari kita lupakan dia. Hehe. So far so good, hari ni 1st Fernando Alonso, 2nd plak orang kulit hitam pertama dlm F1, Louis Hamilton n 3rd Kimi Raikonnen. Setakat dua race ni Kimi n Alonso berkongsi mata. Hehe. Best btul kalau ckp pasal F1 ni, kalau disuruh hurai panjang2 pun aku sanggup! Tapi blom berkesempatan lagi pegi tengok LIVE kat Sepang. ***** kate tiket dah murah, RM30 je sekarang ni tapi aku balas balik kat dia, "Memang la murah, duk tengah panas. Tak nak! Nak duk kat Grand Stand yang tiket riban2 tu. Haha..." Dia gelak je kat aku.

Aku banyak makan la hari ni. Pukul 2 aku makan nasi lauk ayam masak kari. Pastu masa tengok F1 kul 3 lebih aku makan plak aiskrim coklat. Lepas tu terus plak makan semangkuk pengat pisang. Pukul 6 lebih aku buat air Nescafe makan dgn biskut kering. Tapi nasib baik malam ni aku tak teringin nak makan dah. Hehe..

Aduh... Sebab internet n blog (bkn blog aku, but SOMEONE's blog), aku byk gaduh dgn *****. Masa tengah tulis ni, memang tengah gaduh. Macam2 tulisan dalam blog tu sgt2 menyakitkan hati aku. Aku plak selalu  serang ***** bila aku sakit hati lepas baca hasil tulisan budak tu. Aku tak tau nak percaya yg mana satu. ***** kate semua tu rekaan budak tu. Dan aku percaya kat *****. Dia pun pesan kat aku jangan tengok lagi blog tu. Tapi aku ni memang degil, bila dah lama skit je aman damai, mula la aku carik pasal. Dulu ***** dah penah marah budak tu pasal blog dia tu, sampai kena suruh delete blog dia. Tapi sejak bulan November lepas, dia buattt laggiii blog baru. Dan aku ni plak jadi pembaca setia. Aduhhh... Sakit jiwa aku dibuatnya! Hazilah Aini bt Mohd Ghazalli, tolong la jadi seorang yang waras. Jangan amik kisah hal2 remeh-temeh ni. Budak tu obses sangat kat ***** kot, sebab tu dia reka citer macam2 walaupun perkara tu memang tak pernah berlaku pun sebenarnya. Ke aku ni yang obses? Huhu...

-------> Cikgu, baca gak ek? Hehe.. Mesti tengah confuse tu, tapi abaikan je la..

Thursday, April 05, 2007

pegi interview GSTT td..

Dlm surat pukul 2.30 tp aku di'interview' lps kul 6.30. Sabar je la menunggu..

Ape soalan diorg tanye? Ya allah.. Macam2.. Sampai aku pun tak tau dah skop die. Sesuka hati je ape diorg nak tanye. Ape yg teragak kot. Dr wakil rakyat tmpt aku, ahli parlimen, menteri besar, bekas menteri besar, kes bekas menteri besar (sbb die ade kes la..), pasal hal ehwal sekolah, PIPP, huraikan teras2 dlm PIPP, terms2 dlm perguruan, and mcm2 lg la.. Aku pun tak ingat dah sbb byk sgt die tanye and bertubi-tubi soalan tu sampai. Huhu. Tp alhamdulillah, sume boleh jawab.

Bdk2 sblm aku ade yg kena tanye Rukunegara, Perlembagaan Malaysia, Dewan Negara, Dewan Rakyat n pasal course yg pnh dibelajar n macam2 lg yg kdg2 tak terpikir akan ditanye. Mcm tu la kot kalau interview kerajaan.. Sume penting!

Monday, April 02, 2007

Sunday is a FUNDAY..

Seminggu ni adik2 aku 2 org ni Baby n Kenet asik ajak g tgk Mr Bean's Holiday. Rancang nak g smlm tp yg sorg tu skolah la pulak, ada sambutan Maulidul Rasul. So pegi la arini..

Rancang2 pegi awal sbb nak tgk wayang yg kul 11.30 pg. Aku malas lewat2 sbb aku tau sgt hari Ahad cmni, cmne keadaan kat TGV Seremban 2 tu. Tp sbb byk sgt urusan, singgah mcm2 tmpt, sampai dah lebih kul 11.30 pg. Jangkaan aku tepat, parking kat JUSCO dah full. Pastu nak beli tiket wayang yg kul 1.30 ptg lak, tmpt duduk dah hampir full. Lps kitorg tu, tinggal 4 je lg tmpt kosong. Huh..! Kitorg pun dpt 3 baris dr dpn. Tak kisah ar, malas lak nak lepak tunggu kul 3 lebih.

Sambil nak tunggu kul 1.30 tu, merayap la kitorg.. Kul 1.30 masuk panggung. Ramai giler org. Sume bawak anak2. Ramai satu family yg duduk sebaris, pjg je. Seronok lak tgk diorg, meriah. Hehe. Start je cite, mmg gelak je kejenye. Letih aku! Mmg ade part2 dlm cite tu yg mmg aku takleh tahan nak gelak je kalau ingat balik. Dgn muka bodoh Mr Bean tu, sudah cukup buat satu panggung gelak sakan. Sesedap hati je aku ckp Mr Bean tu bodoh ek? Hehe. Tak patut tul.. Sbnrnye sejak cite Mr Bean kuar kat tv dulu2, ingatkan die tu mmg berlakon buat lawak bodoh je. Tp rupa2nye, Mr Bean tu seorg yg berpelajaran tinggi. Arwah abah aku penah ckp kat aku adik bradik. Mmg btul pun, Rowan Atkinson tu amik Electrical Engineering kat Newcastle University. And die pun ade  Master of Science dr Queens College, Oxford. Hebat..

Penat tergelak sejam lebih, dah absi tu kitorg kuar jln2 lg. Kali ni beli2 ape yg patut. Pastu gerak nak balik kul 4 lebih. Tp kuar je JUSCO, melencong plak nak g City Park kat area tu jugak. Dah lama kitorg teringin nak g situ, tgk org main layang2. Hehe. Sampai2 je adik2 aku geram nak beli layang2 sbb tgk ramai org kat situ main layang2. Tp sabar je dulu, jln2 pusing2 taman tu, pegi kat tasik nmpk plak org bg ikan2 kat situ mkn. Gatal plak nak bg ikan mkn. Pegi ler beli roti expired yg mmg dijual utk bg kat ikan. Dah abis, aku ajak adik2 aku cepat2 nak balik. Yelar, letih ar, ptg2 sgt nak drive nnti aku mengantuk. Diorg sambar beli 2 layang2. Giler btul, bdk pompuan main layang2 ke? Lantak korang la... Hehe.

Lain kali nak dtg lg kat City Park tu la, lepak2. Hehe. Cam best je, leh gantikan Lake Garden kat tgh2 bandar Seremban tu yg dah sesak.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Arini APRIL FOOL tp aku tak terkena pun dr sape2. Hehe selamat.. Kalau tak tahun lps aku kena dr Usin. Mane mamat tu pegi ek? Bape ari ni senyap semcm je.. Mlm td pun wish nak tido je. Buat jahat kat aku, siapla.. Hehe.

Sunday, April 01, 2007

ni lagu yg dicari sejak sekian lama

Arini nak kongsi lirik lagu yg sgr femes kat Mix.fm. Dah lbh dr 5 tahun aku slalu dgr lagu ni kat radio tu tp tak penah tau tajuk dan penyanyi. Kalau dgr Mix.fm mesti aku tunggu2 lagu ni. Mlm td sbb takleh nak lelapkan mata, aku layan la dgr walkman. Dgr Mix.fm kalau mlm2 sbb lagu kat situ sume best2. Dr zaman dulu2 sampai skrg. Tiba2 kuar plak lagu yg mmg aku tunggu2 ni."Land Down Under". Sape2 lg yg tak tau, 'land down under' tu refer to Australia

. So arini wat research skit kat internet pasal lagu ni. Hehe. Dah siap download pun. Rupa2nye lagu ni hit pada tahun aku lahir, 1983. Patutla mcm dekat je.. Haha.  Diorg pun dah menang Grammy tahun tu jugak untuk Best New Artist.

80s3

10943426

Artist: Men At Work
Title: Land Down Under

Traveling in a fried-out combie
On a hippie trail, head full of zombie
I met a strange lady, she made me nervous
She took me in and gave me breakfast
And she said,

Do you come from a land down under?
Where women glow and men plunder?
Cant you hear, cant you hear the thunder?
You better run, you better take cover.

Buying bread from a man in Brussels
He was six foot four and full of muscles
I said, do you speak-a my language?
He just smiled and gave me a vegemite sandwich
And he said,

I come from a land down under
Where beer does flow and men chunder
Cant you hear, cant you hear the thunder?
You better run, you better take cover.

Lying in a den in Bombay
With a slack jaw, and not much to say
I said to the man, are you trying to tempt me
Because I come from the land of plenty?
And he said,

Oh! do you come from a land down under? (oh yeah yeah)
Where women glow and men plunder?
Cant you hear, cant you hear the thunder?
You better run, you better take cover.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...