6/4/2007
Petang2 selepas abis tengok Amarte Asi, adik2 aku akan kuar main layang2 kat depan rumah. Ataupun lari pindah kat kawasan belakang rumah kalau2 ada anak2 jiran yg sebok nak tengok. Hehe. Hari ni angin kuat sangat sebab nak hujan. Layang2 pun terbang mengganas. Kucing kitorg Amau pun excited join. Tengah best2, hujan turun plak, terus la stop, kang kena panah petir plak masing2. So, kitorg pegi depan rumah semula. Hujan kejap je, lepas tu malas nak main dah. Mak plak mesin rumput. Aktiviti kitorg seterusnya adalah membasuh kereta2 mak aku. Anak dara tiga orang ni yg buat semuanya. Adik2 aku nak buat yg senang je, yang aku ni kena la berus tayar. Hebat tau kitorg basuh kereta, dua2 kereta, siap polish lagi lepas tu! Tukang polish 2 org je, Baby tak aci, dah abis part dia, terus je masuk rumah. Bahagian dalam tak sempat nak vakum sebab hari dah senja. Nyamuk semua dah kuar, gatal2 kaki aku. Esok je la vakum. Hahaha...
7/4/2007
Malas la pulak nak sambung keja semalam, vakum kereta. Hehe. Petang lepas Asar ,ikut mak aku pegi Pilah pegi beli pasu bunga kat nursery. Pasu utk orkid la tu, banyak anak orkid kat rumah yang blom ada pasu. Lepas tu singgah supermarket jap beli makanan untuk Amau. Kucing aku ni maintainance tinggi btul, mesti nak Friskies je. Whiskas ke atau jenama lain memang dia tak sentuh sikit pun. Pastu ngada2 pulak nak makan nasi lauk ikan rebus. Ikan rebus je yang boleh bagi sebab ikan goreng akan membuatkan bulu gugur.
8/7/2007
Hari ni lepak dpn tv tgk F1. Tahun ni aku confuse skit nak sokong mana. Sebabnya, my favourite driver Kimi Raikonnen dah pindah masuk Ferari. Sebenarnya aku suka dia stay dengan McLaren. Aku tak minat Kimi join team merah tu, tengok merah je mesti teringat kat Micheal Schumacher, favourite driver semua 4 org adik2 aku dan jugak kwn2 aku yang minat F1. Bosan tul.. Huhu. Anyway, Schumi dah bersara dan mari kita lupakan dia. Hehe. So far so good, hari ni 1st Fernando Alonso, 2nd plak orang kulit hitam pertama dlm F1, Louis Hamilton n 3rd Kimi Raikonnen. Setakat dua race ni Kimi n Alonso berkongsi mata. Hehe. Best btul kalau ckp pasal F1 ni, kalau disuruh hurai panjang2 pun aku sanggup! Tapi blom berkesempatan lagi pegi tengok LIVE kat Sepang. ***** kate tiket dah murah, RM30 je sekarang ni tapi aku balas balik kat dia, "Memang la murah, duk tengah panas. Tak nak! Nak duk kat Grand Stand yang tiket riban2 tu. Haha..." Dia gelak je kat aku.
Aku banyak makan la hari ni. Pukul 2 aku makan nasi lauk ayam masak kari. Pastu masa tengok F1 kul 3 lebih aku makan plak aiskrim coklat. Lepas tu terus plak makan semangkuk pengat pisang. Pukul 6 lebih aku buat air Nescafe makan dgn biskut kering. Tapi nasib baik malam ni aku tak teringin nak makan dah. Hehe..
Aduh... Sebab internet n blog (bkn blog aku, but SOMEONE's blog), aku byk gaduh dgn *****. Masa tengah tulis ni, memang tengah gaduh. Macam2 tulisan dalam blog tu sgt2 menyakitkan hati aku. Aku plak selalu serang ***** bila aku sakit hati lepas baca hasil tulisan budak tu. Aku tak tau nak percaya yg mana satu. ***** kate semua tu rekaan budak tu. Dan aku percaya kat *****. Dia pun pesan kat aku jangan tengok lagi blog tu. Tapi aku ni memang degil, bila dah lama skit je aman damai, mula la aku carik pasal. Dulu ***** dah penah marah budak tu pasal blog dia tu, sampai kena suruh delete blog dia. Tapi sejak bulan November lepas, dia buattt laggiii blog baru. Dan aku ni plak jadi pembaca setia. Aduhhh... Sakit jiwa aku dibuatnya! Hazilah Aini bt Mohd Ghazalli, tolong la jadi seorang yang waras. Jangan amik kisah hal2 remeh-temeh ni. Budak tu obses sangat kat ***** kot, sebab tu dia reka citer macam2 walaupun perkara tu memang tak pernah berlaku pun sebenarnya. Ke aku ni yang obses? Huhu...
-------> Cikgu, baca gak ek? Hehe.. Mesti tengah confuse tu, tapi abaikan je la..
No comments:
Post a Comment