Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
pregnancy

Tuesday, April 10, 2007

SPECIAL EDITION - tribute to 'cikgu'.

Cepat wak, meh sini baca! Hari ni sy tulis blog special pasal awk. Awk kan pembaca setia, pagi2 buta lagi dah baca blog sy. Hehe. So sebagai menghargai, yang ni khas sy citer pasal awk je. Tapi kalau ada silap maklumat ke ape2 tak puas hati, bagitau sy. Ok?



'Awk' yang sy maksudkan itu bernama Khairul Nizam. Tapi awal2 dulu tak tau nama pun nama dia, dia sebut 'Angah' je. Ape yang special sangat pasal dia ni? Meh sini nak citer. Dia ni aku kenal dalam tahun 2003 rasanya, ntahla aku pun tak berapa ingat dah bila tapi yang pasti masa tu kat rumah aku dah ada internet dan aku selalu chatting. Kenal dia ni kat YM la mula2nya. Tapi lepas tu bertukar plak ke SMS bila jarang chatting. Sampai la sekarang ni, aku dengan dia tak penah terputus hubungan walaupun aku dulu penah hilang handset sebab jatuh dalam toilet. Huh! Kalau on YM n dia ada, kitorg chatting je kat situ. Tapi kalau tak YM pun, tak kira masa dan tempat, SMS la pulak yang jadi mangsa. Hehe.



Satu benda yang menarik pasal kitorg ni, walaupun dah bertahun chatting n SMS, kitorg tak penah kenal. Hehe. Maksud aku kitorg tak penah jumpa depan2. Bukan setakat tu je, cakap kat telefon pun tak penah. Tapi, bila chatting n SMS bukan main lagi rapatnya! Kelakar jugak kalau dipikirkan. Hehe. Gelak ye wak? Sudah2 la tu, baru je tadi sy chatting dgn awk, gelak sampai tahap guling2.



Kat handset aku, aku save nama dia ni dengan nama penuh dia, Khairul Nizam. Ringtone plak memang dah setting khas lagu In The Shadows dari kumpulan The Rasmus supaya aku senang nak kenal sape yang missed call tanpa tengok handset. Tapi bukan setakat aku sorang je yang kenal ringtone tu, dulu masa study kat UTM pun, kawan2 rapat memang dah tau sangat la kalau dengar bunyi tu. Kalau dengar je lagu tu kawan2 aku mesti cakap camni, "Ha, tu Angah dah miskol dah tu, nak ajak sms la tu.." Macam tu la, sebab SMS dengan dia ni macam dah jadi rutin. Tapi kawan2 aku terutama Kak Emi tau sape yang miskol sebab aku ni dah set setiap orang yang rapat dengan aku ada ringtone khas. Dan ringtone tu aku tak tukar2 sampai la sekarang. Hehe. Sorry la wak, ringtone utk awk dari zaman dulu sampai sekarang tak ubah2. Ketinggalan zaman gak ar, tapi sy takleh tukar wak, nanti sy confuse sape. Hehe.



Oh ye, aku mula tau nama betul dia ni bila dia ni antar SMS Hari Raya yang berbunyi lebih kurang camni, "aku, Khairul Nizam b Ariffin ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada salah silap sepanjang chatting dan SMS." Haha.. SMS mcm sebutan dalam akad nikah. Tahun depannya aku mula hantar kad raya kat dia ni sampai la sekarang. Bukan main excited lagi dia kalau dapat kad raya sebab dia kata tak penah2 dapat kad raya. Hehe.


Banyak citer yang kitorg kongsi dah selama kenal di alam maya ni. Dari citer2 pasal family masing2, kawan2, rahsia2 dan macam2 lagi la. Memang banyak sangat. Tak terkira. Rasa macam dah kenal sangat je tapi sebenarnya blom lg. Hehe. Banyak kan wak rahsia? Macam2. Ni kalau jumpa satu hari nanti memang tak tau nak sorok  muka katne dah. Haha. Paling aku tau dia ni 'kipas susah mati' pasukan bola sepak Perak. Tengok bola mesti gi stadium. Penah citer kat aku sebab excited sangat tengok bola sampai panjat pagar kat stadium. Aku takleh bayang cmne rupa peranagi cikgu ni. Hahaha. Sekarang ni dia kedekut dgn aku pasal satu benda. Dah bape lama aku nak tau maksud 'ke laut' tapi dia tak nak bgtau. Ugut aku macam2. Ni td chatting dah gelak sakan. Orang keliling pun dah anggap gila dah. Sebenrnya selalu gelak sakan ni, ntahla, ada je benda yang lawak. kadang2 tu tengah SMS denagn dia pagi2 buta pun aku boleh lagi gelak besar, padahal mata dah nak tertutup. Bila kena lawaknya, memang segar mata aku, tak jadi tido.



Yang paling penting, dia ni memang sahabat la. Mana2 aku pegi pun dia ada dan aku pun tak penah bosan kalau chatting atau SMS dengan dia ni. Sebab chatting dengan SMS pun selamba je. Aku pun penah kena kutuk dengan budak2 dia, diorg cakap aku ni chatting dengan dia bukan gaya pompuan. Jahat sungguh mulut budak2 tu.. Hehe. Lagi satu, aku dah pusing abis negeri kesayangan dia ni, Perak. sampai ceruk kg dia pun dah sampai dah tp dia plak kate takde sebab untuk sampai ke Negeri Sembilan.  Pastu padan muka sebab minggu depan dia kena kursus kat Port Dickson.



Ala.. Banyak lagi nak citer sebenarnya, takkan abis, tp sy dah letih la wak.. Lain kali sy buat Special Edition second version plak ek??? Haha.



1 comment:

aNgaH said...

sume ok.psl kad raye 2 je.haha..memalukan sngguh ckgu ni..!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...