Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
pregnancy

Tuesday, April 17, 2007

PD

Tadi baca paper yang pasal orang lemas kat Teluk Kemang PD aritu. Rupanye yang lemas tu jatuh dari banana boat. Pengusaha banana boat lagipun, sah2 tak pakai jaket keselamatan lah tu! Yang buat aku teruja sangat tu sebab BANANA BOAT kat PD tu la. Hehe..


Last aku pegi PD tahun lepas, cuti Hari Buruh. Pegi ramai2 dengan family2 belah mak. Pakcik, makcik dengan sepupu2 and anak2 buah sume ada. Kitorg stay kat Rumah Peranginan Persekutuan kat Blue Lagoon 3 hari 2 malam. Tapi family aku dpt 1 malam je sebab sebelum tu kitorg pegi Taiping. Balik Taiping trus pegi sana. Aku ni mmg excited sangat2 kalau tengok laut. Sampai2 je kat PD petang dah kul 6 lebih dah pun, rumah takde org, sume kat laut. Ape lagi, tukar baju, trus la terjun masuk air. Jumpa plak geng, sepupu2 aku sume. Mandi sampai senja. Yang best nyer tu, kat dalam air ramai2 bincang nak booking banana boat utk pagi esok. Siap dah tanye n ngorat abg banan boat yg ulang-alik kat situ. Hahaha. Tu sume sepupu2 aku punye keje la tu. Dah la booking utk byk trip, pastu mintak harga murah. Diorg dah survey, kat Teluk Kemang sorg 10 ringgit tp kat abg tu 5 ringgit je tp nak pusing byk2 kali. Hahaha. Ayat2 punye ayat, janji dgn abg tu esok paginye pukul 7.30 pg kitorg tunggu nak naik banana boat. Kitorg ni plak pesan kat diri masing2, "esok pagi masing2 turun laut bawak duit, sape tak bawak duit takyah naik banana boat". Hahaha.. Malam tu buat barbecue ramai2. Uncle aku bawak ayam percik yang dah siap perap dari Melaka. Bakar la ramai2, pastu borak2. Sambil2 tu kira gak bape ramai nak naik banana boat esok, sbb nak bahagi2 trip. Makcik2 dgn mak aku pun nak naik gak tu.. Huhuhu.. "Yang penting, esok bawak duit!," pesan bdk2 ni.


Paginye, pukul 6.30 pagi aku dah siap2 nak turun ke laut. Pastu aku sms sepupu2 aku yg lain, diorg duk umah sebelah, sume blom bangun. Diorg kate aku bangun awal sgt. Memang la awal, air tengah pasang, aku nak mandi time air pasang, air surut watpe, tak mencabar langsung! Lambat sgt menunggu diorg, aku turun dulu dengan 2 orang adik aku. Lama lepas tu baru la nampak segerombolan sepupu2 aku turun. Masing2 bawak duit, pastu bile nak mandi sume carik tempat nak sorok duit tu. Sorok dalam pasir je. Hahaha. Pukul 8 lebih tak sampai2 gak abg banana boat tu. Hangin la masing2. Bila sampai je kena bebel ngan kitorg. Hehe.


2 trip banana boat untuk kitorg. Satu trip utk 8 org. First trip bdk2 muda sebaya aku je yang naik, best giler. Siap mintak kat abg tu bawak pusing jauh2. Pastu puas jugak abg tu nak terbalikkan banana boat kitorg sebab masing2 pandai kawal, siap ada sorang yg bagi arahan utk mengiring belah mane. Bisingnye takyah ckp ar, siap jerit dgn melambai org. Last2 kesian kat abg tu, dah pusing byk kali nak buat kitorg terbalik tapi tak terbalik gak, kang abis plak minyak bot dia, so kitorg terbalikkan sendiri. Tak adventure skit ar..! Hehe. Yang second trip tu ada 2 org makcik aku dgn mak aku. Yang selebihnya sepupu2 aku yg lelaki. Kitorg pesan kat abg tu kalau nak terbalikkkan, buat kat tmpat cetek, kang lemas pulak mak2 kitorg. Komen sepupu2 yang lelaki lps tu, tak best naik dgn org2 tua. Sume takut, senyap je atas banana boat tu. Hahahaha. Kesian korang ek..


Itulah citer tahun lepas masa kat PD. Orang yg lemas aritu bukan naik banana boat kat tempat kitorg tu. Yang tu kat Teluk Kemang. Kitorg kat tempat lain, jauh skit ar, dekat dengan Rumah Api Tanjung Tuan. Teluk Kemang tak best ar, ramai sgt manusia, pantai pun sesak. Aktiviti sukan air kat situ pun jauh lebih mahal dari bahagian2 lain kat PD tu. Kepada Cikgu Nizam tu, semoga bergembira!


Oh ye, pagi tadi dapat sms dr orang yang aku tengah gaduh tu. Nak berdamai ke ek? Ntahla, aku biarkan je, tak reply pun.. Hehe..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...