Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
pregnancy

Friday, November 09, 2007

penang here i come again..

Hurmm.. Dah pukul 11.45 malam tapi aku blom pun mula berkemas untuk ke Penang pagi esok. Untuk apa ke Penang? Sepupu aku belah arwah abah nikah malam esok n kendurinye pulak hari Sabtu. Pegi pun berdua dengan mak aku je, tambah Mak Long aku kat Desa Pandan sorang, maknanye bertiga pompuan satu kereta. Gilir2 la drive dengan mak. Adik2 tinggal dengan Uwan sebab yang sorang tu nak SPM Isnin ni, takutla kang jalan jauh sangat tiba2 balik demam lak, nak peksa besar lak tu kan...



Arini aku jadi driver untuk adik2 aku. Petang tadi bawak je la ke mane diorang nak pegi. Sorang tu nak pegi gunting rambut, pastu sorang lagi rindu nak pegi Watson. Hahaha. Bleh ke rindu ke Watson? Hehe. Tu tempat wajib singgah kalau pegi shopping mane2. Last skali kedai buku. Tu pun tempat wajib adik aku yang last tu lebih2 lagi kalau Popular. Tiap2 kali kalau pegi kedai camtu mesti aku nampak dia beli pemadam, pen n pembaris. Aku pelik dengan adik aku yang sorang ni, tak pandai jaga barang, selalu hilang. Aku dulu time sekolah beli pembaris masa form 2, sampai sekarang pembaris tu ada lagi n aku guna sepanjang kat matrik n UTM. Macam tu jugak pensel mekanikal Pilot. Memang aku sayang sangat, itulah pensel yang aku guna dari dulu sampai sekarang. Korang bayangkan betapa aku sayang sangat2 kat barang2 aku. Kalau hilang memang sedih giler. Itu namanye sentimental value. Lagipun zaman tu aku tau bukan senang nak dapat sesuatu. Adik aku? Aku rasa dia tak penah tau apa itu sentimental value. Semua barang pakai kejap je, bila dah tak suka, tinggal or buang. Susah nak menasihatkan anak bongsu sorang ni. Aku dengan mak aku memang dah boleh target apa dia akan beli kalau kat tempat alat tulis. Tapi hari ni aku bleh terima sebab dia nak exam minggu depan, kalau tidak, memang panas telinga dia dengar aku membebel.



Hari ni kat rumah tak hujan pun tapi aku pegi jalan2 dengan adik aku kat Bahau, memang hujan lebat. Kitorang redah je, ape nak kisah. Asalkan tak basah kuyup naik kereta. Hehe. Balik rumah apa lagi, kenala basuh kereta mak aku tu. Kan esok nak berjalan jauh.. Hurmm.. Tak best sebab adik2 aku takda, aku takde geng! Huhu.




Hurmm.. Terpaksa la tak online untuk beberapa hari. Rasa-rasanye ada ke yang rindu? Hehe.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...