Aritu aku cakap nak pegi melawat sepupu hari Sabtu kan? Tak jadi. Jumaat petang je dah trus pegi Lubuk Cina. Tak tido sana la, petang tu balik umah semula. Uwan aku sorang je tido sana, hari Ahad baru balik. Sepupu aku tu macam tu je la, still takleh bergerak sangat sebab kepala cam berat skit. Cakap pun macam malas, tak tau la, penat kot dia berfikir nak mulakan percakapan tu. Bila kita tanye je baru dia menjawab tapi kalau nak harapkan dia borak2 happy2 macam dulu2, still blom takleh. Takpela, maybe akan makan masa sebab cedera kat kepala.
Oh ye, sepanjang perjalanan ke Lubuk Cina tu, aku menikmati la alam sekeliling. Sebab tu la jalan dulu aku slalu ulang-alik ke JB. Dari Kuala Pilah melalui jalan Tampin pastu masuk tol kat Alor Gajah trus ke Skudai. Sebenarnye aku cuba nak carik kat mane Gunung Datuk. Haha. Sebabnya, ada seorang kawan ni tanya kat mane gunung tu. Aku tau gunung tu kat Rembau tapi n9 belah2 sana aku tak berape
tau sebab tak penah pegi. Hehe. Adik aku yg last ni penah 2 minggu masuk skolah teknik kat sana, tapi apakan daya, aku kat UTM time tu. Bila aku balik nak melawat je, mak aku cakap adik aku dah balik umah, nangis2 taknak skolah sana. Hehe. So sepanjang perjalanan tu aku mencari sign board ke Gunung Datuk.
Alahai.. Lubuk Cina umah makcik aku tu sempadan Rembau dengan Melaka sebenarnya. Maknanye Lubuk Cina tu ada bahagian yang dalam n9 n ada dalam Melaka. Tapi makcik aku ni yang side Melaka la. Nama je dalam Melaka tapi orang sini tau je cakap n9. Rupa-rupanye simpang ke Gunung Datuk tu masuk ke kanan dari jalan ke Rembau. Nak ke umah makcik aku lak masuk kiri, jalan ke Astana Raja. Hehe. Selama ni aku ingatkan bukit kat tepi tu ape, rupenye tu la dia Gunung Datuk.
Aku : La mak.. Kat sini rupenye Gunung Datuk, ingatkan jauh sangat la kat Rembau tu.
Mak : Gunung Datuk tu sebelah2 dengan Seri Menanti. Orang zaman dulu daki gunung tu la nak pegi istana Seri Menanti.
Aku : Oh ye ke.. Maknanya Bukit Putus pun sebelah sana tu jugak la kan..
Mak : Yelah tu..
Uwan aku lak menyampuk.. Hehe.
Uwan : Sebab tu la nama Seri Menanti, sebab orang sebelah sana tu menanti je orang belah sini datang.
Mak : Yelah, dulu2 kan istana Yamtuan kat Astana Raja, muzium yang kita penah pegi tu, pastu raja pindah pegi Seri Menanti, dengan mendaki bukit tu la.
Aku : Ooo... Patutla..
Tempat yang penuh dengan sejarah. Aku tau skit2 sejak melawat Muzium Raja Melewar yang terletak dalam perjalanan nak gi umah makcik aku tu tahun lepas. Kalau tak aku pun tak tau sangat pasal asal usul orang n raja n9 ni. Korang tau ke sejarah tanah tumpah darah korang? Rajin2 kan la diri melawat muzium atau tempat bersejarah... Hehe. Macam aku ni, zaman skolah dulu aku benci sangat2 blaja sejarah sebab baca buku pasal benda2 yang dah tak wujud. So tak heranla kalau sejarah aku susah dapat A, asik dpt B. Hehe. Tapi sekarang ni ilmu tu datang balik skit2 biler banyak melawat tempat2 bersejarah yang buatkan kita nampak serba sedikit kewujudan ape yang penah dicerita dalam buku.
Kawanku yg di Perak, tempat awak tu lagi banyak kisah sejarah. Tau ke? Hehe. Takyah gi jauh2 la, tanye sejarah tempat paling dekat je la, Menara Condong Teluk Intan tu je.. Tau? Hehe.
1 comment:
hmpes..tau wak.sbb bnjir..nk tnye yg menare pisa yg kt itali pn tau.superman penah tegakkan kejap.kejap je la..haha..
Post a Comment