Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
pregnancy

Monday, December 29, 2008


I love you so much!



it's been a long time...

Hampir sebulan tak update. Dengan laptop yang bermasalah nak access blog ni, buat aku jadi malas nak update. Lagipun busy la, busy dating. Hehe.

KPLI dah tamat, KISSM pun dah abis. Exam pun dpt result. Lame dah dpt resultnye Ted oiii... Sebelum abis KISSM aritu lagi dah kuar resultnye. Pointer boleh la.. Hehe. Itupun member sms bgtau result aku. Tuan punye diri busy dating.

Tarikh keramat 21 Disember 2008, aku dpt tau posting kat SARAWAK. Time tgh dating jugak la member bgtau. Rase gelap jap dunia ni. Perasaan bercampur baur. Sedih, keliru, excited sumenyer ade. Keseronokan dating selepas 10 bulan tak dating tiba2 rase dah nak tamat. Air mata takyah cakap ler meleleh byk mane. Nasib baik ade tempat nak mengadu n luahkan perasaan. Aku nangis puas2 sampaikan dah tak larat nak nangis dah. And until now, still blom tau biler tarikh aku akan fly ke Sarawak. Sementara blom ke Sarawak tu, dating puas2. Nanti tak dpt jumpe dah 10 bulan. Huhu. Tedot, kitorg takde tempat dah nak g. Citer terbaru kat wayang pun dah abis kitorg tgk. Hehe.

Barang2 utk ke Sarawak aku dah packing dlm 70%. Limit luggage 20 kilo, setakat ni brg aku dah 16 kilo. Haha. Aku perlukan berat tambahan, aku pasti sgt brg aku mesti lebih dr limit.

Aku harap masih ade mase untuk diluangkan dgn org tersayang.

p/s: Nak ke Melaka naik Eye On Malaysia. Luangkan mase tgk hutan2 batu ni puas2, esok2 kena tgk hutan yg btul2 hutan.

Tuesday, December 02, 2008

hi..

Lame sungguh tak merepek kat sini. Ni sume gara2 laptop aku yg takleh nak access blog ni, kalau tidak, memang sini je la tempat melepak. Rindu plak nak menulis something kat sini. Just update tentang diri aku buat sape2 yg berminat nak tau.

Sekarang ni aku sedang menghabiskan minggu terakhir KISSM (Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia). Sabtu ni (6/12) ade ujian akhir kursus and wajib lulus untuk pengesahan jawatan nanti. Surat perlantikan Guru Sandaran Siswazah Terlatih dan dapat lama dah, tapi tempat posting blom tau lagi. Result exam pun blom tau. Ni tgh berdebar-debar tunggu result posting, ramai yg kata minggu ni akan kuar. Huhu.. Risau gak kalau kena gi Sabah Sarawak. Tapi aku redha je la..

Tak sangka Sabtu ni akan berpisah dgn kawan2 sekelas yg lain. Sejak masuk 14 Januari dulu, byk pahit manis yg telah kitorg lalui bersama. Dengan assignment yg bertimbun, kelas yg full dr pagi sampai ke petang n kdg2 sampai malam, aktiviti dalam maktab dan jugak luar maktab, berkayak tgh laut, meredah hutan, berjemur kat padang, bdk2 KPLI sememangnyer tough. Jauh sgt bezanyer dengan kehidupan kat U dulu. Tak cuba memang takkan tau, korang rase sendiri baru korang pecaye ape yg aku cakap ni.

Tapi okla, minggu terakhir ni takla tension sgt walaupun aku rase kursus dr pagi sampai petang lebih memenatkan berbandingkan kelas biase. Kursus just duduk, tgk n dgr je (plus assignment gak), tapi itu cukup meletihkan mata, telinge n otak. Hehe. Orang yg jauh dah balik sini, so memang tenang je jiwa  ni.. Hehehe...

Saturday, November 01, 2008

My 2nd cousin


Nubhan


Monday, October 27, 2008

openhouse nubhan

aku ngan Nubhan
aku ngan Nubhan



Plan aku n Baby sejak 2 minggu lepas, arini nak ke umah Nubhan. Mula2 mak aku taknak g, die kate takde pun mak Nubhan ke, makcik die ke or nenek die ajak. Ler, padahal makcik si Nubhan dah ajak aku n sume sepupu g openhouse tu. Ape guna family tree kitorg dlm Geni.com kalau tak contact2 antara sedara-mara. Bagi mak n Uwan aku, kalau org tak ajak guna mulut tu maknanye tak official. Pulakkk! Last2 semalam mak aku terjumpe mak Nubhan kat kenduri, dah org tu ajak barula mak aku caya. Selama ni aku ckp Nubhan nak buat openhouse die tak caya.


So tgh hari pegila dlm kul 12.30. Nasib tak g awal dr tu, kalau ikutkan aku nak g kul 10 sbb aku ade program lain arini. Hehe. Tp mak aku kate mak si Nubhan jemput dtg tgh hari, so tgh hari la.. Dtg2 je blom ade org pun. Abah Nubhan ade la duk kat bawah khemah borak2 dgn kawan2 die. Si Nubhan plak tgh nyanyi n layan anak2 buah die.. Kiranye kitorg org paling awal sampai. Sampai2 je sepupu mak aku, Auntie Kama (makcik Nubhan) jemput masuk dalam umah. Masuk la kitorg ke dalam borak2.. Agaknye si Nubhan perasan mak n Uwan aku masuk dlm, so die pun dtg n salam2 dgn kitorg. Trus je die duduk dkt kitorg. Auntie Kama duk borak dgn mak aku psl si Nubhan. Cite cmne Nubhan bleh terjebak masuk AF sampaila ke perkembangan Nubhan skrg ni.


Dalam borak2 tu, Nubhan ade je rehat2 kat blkg kitorg. Auntie Kama suh cepat2 ajak Nubhan amik gambar sebelum ramai peminat yg lain datang. Ape lagi, dpt la kitorg bergambar dgn Nubhan secara personal kat dlm umah. Pemalu Nubhan ni, org borak psl die, die duk tenung je... Tak bukak mulut pun. Lama jugak die duk dlm umah, sampaikan org kat luar tu tercari-cari Nubhan katne, padahal ade je die nyorok dlm umah dgn kitorg. Tak lama lps tu abang ipar die panggil keluar sbb ramai org nak jumpe, baru la die keluar n sambung nyanyi semula. Time dpn org die kena jadi peramah la.. Hehe. Auntie Kama ade citer kat kitorg yg die pesan kat Nubhan jgn tggl bahaso nogoghi die tu, kek kampung kono ckp nogoghi.


Lewat gak kitorg makan tgh hari, leka berborak kat dalam, lagipun biarla org jauh kat luar tu makan dulu. Kitorg yg sedara-mara ni lambat skit pun takpe.. Lepas mkn, kitorg tunggu jap sbb Nubhan ajak member2 AF die dtg gak, si Toi n Faizal. Lepas je diorg sampai, kitorg balikla, lagipun time tu dah pukul 3.30 ptg, aku ade hal lain blom settle. Diorg siap buat game lagi lps tu, byk lagi acara smpai ke 5.30 ptg. Aku tak sanggup nak tunggu.. Huhu. Memang sepanjang majlis tu Nubhan menyanyi macam2 lagu utk tetamu yg datang. Sape2 nak berduet pun die layan sume.. Yang nak bergambar pun takkan kecewa punye la, Nubhan siap bg posing yg best2 lagi tu.. Kesimpulannye, die memang seorg yg low profile, anak Ustaz n  bekas imam Masjid Juasseh. Sape sangka anak kampung yg kecik2 dulu slalu lepak2 main kompang sblh umah aku, skrg ni dah ramai peminat cmni. Dulu die gemuk, tak hensem langsung, skrg ni? Hehe. Yang paling best, die dua pupu aku (atuk kami adik beradik). Haha.




Gambar2 sila tgk dlm album friendster sy ye...


P/s: Dua pupu pun still dpt autograf jugak tau... Hehehe..





Sunday, October 26, 2008

kawan bertunang

Program arini g kenduri bertunang Marliza kat Bandar Seri Jempol. Pegi sama2 dengan 5 org rakan sekelas yang lain. Kat sini ade skit gambar.




Selepas bersiap nak ke rumah Mar.




Hantaran.




Hantaran.




Marliza.




Aku, Farhani, Jue and Mar.




PROGRAM ESOK----> OPENHOUSE NUBHAN AF. INSYAALLAH...



Saturday, October 25, 2008

cuti

Cuti Deepavalli. IPRM ramai Indian students kot, sbb tu IPRM bagi cuti Deepavalli kitorg lama skit, sampai 29hb. Lagipun skrg ni kira cam study leave la, takde kelas dah. So, terpulanglah kat diri masing2 nak study sementara blom exam.

Aku baru sampai ni, lepas jamuan raya kat umah lecturer trus je balik. Esok nak pegi umah classmate maktab, Marliza nak bertunang. Ahad pun classmate bertunang jugak, yg ni lelaki plak, si Farid. Tapi teringin gak nak beraya umah Nubhan. Ntahla... Bleh ke nak study cuti2 ni ek? Macam asik nak merayap je keje aku. Duk Seremban takde plak aku nak merayap, bile balik umah plak tak duduk diam. Huhuhu.

Esok nak pegi Seremban kejap kot.. Ade misi yg blom tercapai! Hehe.

p/s: Pagi Isnin lepas TERbangun lambat. Haha. Slalunye pukul 6 pagi dah bertolak balik maktab, kali ni dkt nak pukul 6 baru bangun. Ape lagi, macam lipas kudung la bersiap n drive ke Seremban nak kejar perhimpunan.

Monday, October 20, 2008

all in one

Macam biase la, minggu ni aku balik umah lagi. Mane boleh tak balik, sape nak basuh baju2 aku yg terkumpul selama seminggu tu? Hahaha. Tolong skit, aku basuh sendiri tau, aku ade spesifikasi aku sendiri untuk baju2 aku kecuali la tiba2 aku nak gi membasuh aku tgk baju2 aku dah takde, mak dah basuhkan. Itupun sebab tak sempat nak berkata ape2.

Minggu ni tersangat la bosan. Gi maktab tak bape belajar pun, aku ni plak dah makin malas di saat2 akhir. Dah takde motivasi diri kot.. Hehe. Abis tu takde sape nak tolong bagi motivasi utk aku, nak wat camne kan?

Dalam kelas Khamis lepas, 2 orang rakan sekelas buat pengumuman. Jemputan ke majlis pertunangan diorg hari Sabtu n Ahad minggu dpn. Aduh, cam seronok plak tgk diorg. Selepas pengumuman tu satu kelas plak kecoh bertanya antara satu sama lain biler plak giliran yg lain2. Sume duk mengusik la. Pastu bercerita pulak pasal kawin. Ramai kawan2 sekelas dah bertunang, akan bertunang dan disebabkan tu jugak la sume dah berebut cuti sekolah tahun dpn untuk nikah. Saat dah abis praktikum ni aku tgk kawan2 sekelas aku sume makin happy je dgn hidup diorg. Yg dah kawin, yg akan dpt baby baru, yg dah bertunang, akan bertunang, yg dah merancang majlis kawin, merancang nak bertunang n macam2 lagi la. Muka sume tgh bahagia je.. Hehe. aku pun tumpang sekaki la..

Aku ade aim minggu ni. Nak shopping sesuatu. Hehe. Takleh jadi, nak kena beli gak. Jumaat aritu gi window shopping sorang2. Geram btul tgk handbag. Tapi minggu ni aim aku bkn handbag, takkan nak beli handbag lagi, yg Elle aku beli bln 7 aritu pun blom kuar dr cover die. Kasut or sandal? Tak jugak.. Carlo Rino satu tu blom pakai lagi. Make up? Tiap2 minggu ade je yg aku beli, tak pnh puas. Hehe. Mungkin orang yg tak kenal akan rase aku ni macam boros tapi tidak sebenarnye. Aku ni kalau beli brg bkn trus amik n bayar. Aku survey n pikir byk kali. Kalau btul2 tak lena tido dibuatnye tu, baru la aku beli. Tak baik membazir, duit bkn senang nak dpt. Lain la kalau kaya raya, takyah nak pikir byk.

Aku tengah kecewa ni, bf call tapi aku tak sempat nak jawab. Bkn taknak jawab, aku tgh drive tadi, on the way nak balik dr Melaka. Ingatkan budak2 saje2 call, balik2 tgk no pelik. Sah2 la org penting. Frustnyer... Harap2 die call balik nanti. Malam ni aku tido kat umah lagi, malasla nak balik Seremban. So esok lepas Subuh aku balikla n trus pegi kelas je.

K la, aku nak siap2 masuk barang dalam kereta. Senang esok pagi takyah nak angkut barang dah, start keta trus jalan je. Hehe. Jumpe weekend dpn ye.. Aku cuti Deepavali 5 hari (25-29 Okt). Hehehe.. Best2! Korang cuti bape hari? Hehe.

Sunday, October 19, 2008

rindu

Tersangatlah rindu.

Kadang2 susah nak tido malam.

Asik teringat macam2.

Terngiang-ngiang ayat2 biase drpd kawan2.

"Ha, pakwe dah balik?"

"Kak Ha, bf akak balik tak raya aritu?"

"Camne la akak leh sabar ye? Kalau kite mesti takleh punye."

"Lamanye tak jumpe..."

Tu sume ayat biase yg aku dengar.

Aku tetap sabar, dugaan memang banyak, tak terkira.

Saham makin naik plak. Heh, perasan.

Tapi aku still ok.

Ape aku buat bila rindu?

Aku baca sms2 DIA kat aku.

Aku baca mesej2 DIA kat sini.

Aku belek satu per satu gambar.

Itu je la yg termampu...

Tapi dah akhir2 ni makin tak sabar la pulak nak DIA balik cepat.

Aduhh... Sakit jiwa dah ni..

Wednesday, October 15, 2008

jadual utk saat2 akhir kat maktab

Buat pengetahuan semua, sejak abis praktikum 26 September yg lepas, dan setelah itu kembali semula ke maktab pada 6 Oktober, maka ini adalah bulan dan minggu2 terakhir untuk pelajar2 KPLI. Sekarang ni pun pegi kuliah sekadar nak mencukupkan jam kredit dan memenuhi attendance. Yang fully belajar just Education Studies je..

Ni jadual yang aku dapat.. Gambaran ape yg akan aku tempuhi buat beberapa minggu yang tinggal lagi ni.

30-31 November --->Taklimat BTN/ KISSM

3-5 November --> Exam

6-10 November --> BTN

11-12 November --> Kursus Anti Dadah

13-14 November --> Kursus JAPEIM

17- 6 Disember --> KISSM (Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia)

Selepas 6 Disember --> CUTTTIIIIIII !!!!!!!! Tunggu posting plak..

Tak sangka masa sebenarnya sungguh pantas berlalu. Baru je rasenye aku masuk maktab 14 Januari awal tahun ni, skrg dah nak abis dah.. Alhamdulillah... Doakan aku rajin2 nak study ye.. Sebabnye skrg ni tersangat la malas. Huhu..

Monday, October 13, 2008

guess what?

Now, it's already quarter to 9.00. Guess what? I'm still at home in Juasseh. Malas la wei.. Sepatutnye dah ada kat Seremban dah ni, tapi malas nak balik ptg td. So, esok pagi je la aku bertolak ke Seremban n terus ke kelas.

Aktiviti hari ni? Makan kat openhouse lagi. Kali ni kat umah Fizah yg kat Kuala Dioh plak. Disebabkan aku baru je breakfast pukul 12 tgh ari, so aku makan nasi himpit je kat umah Fizah tadi. Tapi makanan sume best2 la aku tgk, cuma aku je dah takleh nak masuk dah.

Bf? Dia baru je call tgh hari tadi dari tengah laut yg tidak dpt dipastikan kat mane. Haha. Btul la, aku tanye kat mane, dia kate kat tgh laut, tak tau kat area mane tapi kat Lautan Pasifik. Call baru lps abis keje. Tengah bosan n dah tak sabar nak balik katenye sbb dah lama sgt belayar.. Padan la muka.. Hehe. Ape taknye, dah nak dekat 10 bulan belayar. Aku pun ape lagi, best je menjeleskan die pasal beraya, jln2 g openhouse n makan2 yg best. Hahaha. Dia lak mengejek aku sbb kena pegi belajar balik esok. Ade 1 benda lawak, dia tanye aku kat sini pukul bape, aku ckp la dkt nak pukul 1, dia pun ckp lbh kurang je waktu dgn dia. Pastu bleh plak dia tanya aku esok hari Ahad nak g mane. Haha. Aku pun, "Hari ni la hari Ahad cik abg!". Dia jawab, "Hari ni Ahad ke? La, lupa la cik kak, kat sini Sabtu malam."

Hehehe.. Itulah dia gara2 dah lama sangat duduk atas kapal. Waktu la bab yg memeningkan. Dia nak call aku kena pandai pilih mase supaya tak kena time aku kuliah or tgh lena tido. So pandai2 la dia.. Insyaallah akhir bulan ni atau awal bulan dpn dia balik la. Aritu kate tgh bulan dpn, maybe kalau bleh dia nak awal lagi. Katenye dah rindu sgt kat tanah daratan Malaysia. Aku tak kisah, yg penting dia balik sini plg lewat pun dalam bulan dpn. Aku dah bosan n buntu ni, dah lama tak g jalan. Lebih2 lagi tak lama lagi aku akan abis exam. So waktu ni la nak enjoy sebelum posting.

p/s: Bila la leh dpt jumpe hang ni Ted? Duit elaun nak abis dah ni, tak jugak jumpe2.. Abg Mail balik ni sure dia gelakkan kita.

Sunday, October 12, 2008

bosan

Bosan la pulak sorang2 kat umah dgn mak. Adik2 sume takde, takde kawan aku nak borak2. Memang bosan..

Tengah hari tadi g kenduri n openhouse umah Kak Siti, guru pembimbing English aku utk praktikum aritu. Pegi dgn mak n Uwan aku sebab cikgu Siti tu kira cam ade kena-mengena gak la dgn family aku.  Kak Ina n Kak Ja pun datang tapi lambat skit la sbb diorg dr Seremban. Ramai cikgu SK Kuala Pilah yg aku jumpe kat situ. Tak kurang jugak anak2 murid mase praktikum. Ade jugak yg datang tegur n salam dgn bekas cikgu2 diorg ni. Gembira semacam je bila nampak teacher diorg ade kat tempat kenduri tadi.

Waktu nak balik ade satu hal plak berlaku. Keta Kak Ina kena selongkar. Dia parking tepi jalan yg sibuk, sama gak dgn keta2 org lain, tapi taktau nape keta tu yg menjadi pilihan. Pdhal keta orang lain jauh lbh hebat. Abis sume brg dlm keta tu kena selongkar tapi nasib takde ape yg hilang, sbb kawan aku ni pun jenis yg berhati-hati, mmg takkan tggl barang berharga dlm keta.  Tapi satu hal plak lagi, keta tak bleh start. Kak Ja call cikgu Safiril, cikgu lelaki yg baik dgn kitorg time praktikum. Dah datang Safiril, dia pun tak tau ape masalah. Pastu datang plak cikgu Maksom bawak jumper, pun tak menjadi. Akhir sekali mak aku dtg bawak mekanik. Dah check2, rupe-rupenye wayar suis kena potong. Memang kurang ajar sape yg buat keje tu. Tak dapayt barang, dia mendengki plak. Kitrong rase mesti org tu nak curi keta tu n bwk lari tp maybe tak sempat sbb ramai org lalu. Takpela, kawan aku takde nak panjangkan citer. Bile keta dah bleh start trus je diorg beraya umah aku plak.

Aku rindu dgn suasana sekolah n anak2 murid. Dah lama tak jumpe diorg. Ramai yg sms tiap2 hari mengadu rindu. Aku plak suka tgk gambar2 diorg n melayan sume sms2 tu. Hehe.

Kat bawah ni salah 1 video yg aku rakam mase praktikum. Budak paling cute dalam video ni bernama Faizal, favourite aku mase praktikum sbb die malas, sgt nakal, suka merepek tapi antara ramai2 dia yg paling bergaya! Hahaha.. Selalu kena marah dgn aku si Faizal ni dulu tp biler dah abis praktikum dia plak yg dulu sms2 aku tiap2 hari tanye kabar. N dia jugak yg bersemangat bawak kwn2 dtg beraya umah aku. Dah dtg beraya, buat spot check kat umah aku n main handset aku, selamba je suh cikgu dia ni hantar balik. Aku lak sgt baik hati tolong hantar diorg balik. Hehe.



Saturday, October 11, 2008

family tree

Salasilah dan asal-usul keluarga aku. Kitorg sekeluarga sedang update lagi family tree kitorg ni supaya lebih lengkap. Sape yg rase2 termasuk dlm family aku bleh la join. And korang juga digalakkan bina family tree korang sendiri supaya kita lebih faham tentang asal-usul diri kita dan lebih menghargai nilai kekeluargaan.




bT*xJmx*PTEyMjM2NTg5ODc4ODQmcHQ9MTIyMzY1OTExODM1MSZwPTExNTg5MSZkPSZuPSZnPTEmdD*mbz1iZTBjY2JkOGI*NjI*MGEwODBiODMwODMyMjZhMWYxNw==.gif

Friday, October 10, 2008

terasa seperti dipermainkan

Sorang anak murid aku ni main2kan aku. Dia sms aku guna dua nombor yg berlainan dan bgtau aku dia orang yg berbeza. Sms plak asik moody je.. Biler aku tak reply die boleh plak merajuk n marah2 aku. Aku pun malas nak layan sgt sebab dia sms bende yg merepek. Ade ke bdk darjah 5 mintak nasihat aku pasal bab2 cinta, gila ape kecik2 dah menggatal! Akhirnya dia bgtau aku 2 nombor tu adalah dia, orang yang sama. Mmg hampeh. Sampai skrg aku tak reply dah sms dia. Aku rase mcm dia psiko pun ade. Hehe.

Tgh hari ni nak pegi openhouse guru pembimbing praktikum aritu. Openhouse n kenduri skali sbb dia baru je dpt baby. 26hb ni openhouse umah Nubhan... Aku dpt invititation! Korang mesti tak tau kan? Aku dgn Nubhan adalah dua pupu. Hahahaha.. Nantila, kalau aku g openhouse tu aku amik gambar dgn die ek.. Pastu upload kat sini. Ramai ni yg suh kirim salam terutama budak2 bwh umur. Hehe.

aku kembali!

Sebulan lebih tak update, bukan busy sgt pun tapi sebab aku takleh nak akses blog ni. Maybe aritu friendster tgh upgrade blog diorg so aku takleh nak akses, tapi biler aku balik n online kat maktab, dah boleh je update. Ni ptg td balik umah aku try nak update lagi tp takleh pulak. Guna laptop aku langsung takleh bukak blog kat friendster, agaknye sebab antivirus aku kot.. Tak reti la plak nak ubah setting Bitdefender tu. So last choice aku online guna laptop mak aku je. Nasib baik ok. Aku tau ramai yg rindu kat aku.Hahahaha.. Perasan sungguh la... :p

So now I'm home.. Dah nama pun weekend, aku wajib balik mengangkut baju2 kotor utk dibasuh kat umah. Duk umah fizah aku tak membasuh langsung! Oh ye, aku sekarang ni dah abis praktikum and kembali semula ke maktab utk 3 minggu sebelum exam final. Sekarang aku dah tak tinggal kat asrama maktab dah, aku duk luar kat umah Fizah kat Paroi Jaya, btul2 sebelah Stadium Paroi. So tiap2 hari berulang ke maktab yang terletak kat Sikamat. Tak la jauh sangat...

Banyak bende yang dah berlaku, lama btul aku tinggalkan blog ni. Btul2 rindu nak bercerita. Bulan puasa dah lepas.. Praktikum pun dah ditamatkan dgn jayanye. Anak2 murid sms tiap2 hari ckp rindu kat aku, suh aku datang melawat diorg kat skolah. Tak kurang jugak yg datang beraya aritu. Tahun ni beraya dgn lebih bermakna. Cuma satu je la tak lengkap, bf kat tgh laut.. Malam raya pertama dia call dari Panama utk wish Selamat Hari Raya. Sekarang aku tengah menghitung hari utk berdating bulan depan, lepas aku abis exam. Hehe.

Tedot, aku sangat jeles dgn ko!

Saturday, August 30, 2008

sambutan merdeka

Hari ni best je g sekolah sebab aku takyah buat lesson plan malam tadi. Hehe. Sebabnye hari ni ade sambutan merdeka kat sekolah, so budak tak belajar. Meriah budak2 g sekolah hari ni sebab pakai pakaian tradisional yang penuh dengan warna warni. Part paling best biler time nyanyi lagu patriotik. Bersemangat sungguh budak2 kalau bab2 nyanyi ni. Suruh ulang banyak kali pun sanggup. Agakye bergegar PPD kat sebelah sekolah tu dengar budak2 nyanyi. Hehe. Aku dah upload gambar, leh tgk kat sana. Nak kutuk seseorang n letak gambar die kat sini tapi akaun aku dah over limit plak untuk upload gambar dlm blog. Tension tul.. Nak kutuk sorang cikgu ni, sebab die suka menyakat aku. Aku siap dah amik gambar candid dah pagi tadi. Haha. Tapi sebab tak dapat upload, aku simpan je la citer tu. Hehe.
Oklah, minggu ni last boleh makan dgn senang lenang. Next week dah mula puase. Weekend ni sume adik2 aku berkumpul ramai2 kat umah. Yg kat Melaka, Shah Alam n Penang sumenye ade untuk sambut Ramadan sama2. So kat sini aku nak ucapkan SELAMAT BERPUASA untuk semua pembaca blog aku ni.



Monday, August 18, 2008

cuti sekolah

Yahooo!!!! Saat yang ditunggu-tunggu, cuti sekolah dah tiba. Walaupun hanya seminggu tapi itu lebih baik daripada takde cuti langsung. Seminggu ni aku haramkan diri aku nak tengok lesson plan. Hahaha. Penat wei hari2 asik menulis lesson plan so seminggu ni ape salahnya bercuti dgn tido sepuas-puasnye or pegi berjalan.



Oh ye, cakap pasal berjalan, semalam aku ke KL umah Mak Long aku kat Desa Pandan. Lepak la kat sana dari tengah hari sampai petang. Petang tu balikla, bukan pegi buat ape pun, hantar buah rambutan n manggis yg banyak sangat kat umah ni je. Pastu lepak2 melayan anak2 buah. Petang tu nak balik tiba2 tersalah jalan masuk highway baru ke Putrajaya plak. Ape lagi, time tu dah Maghrib, trus je la g Masjid Putrajaya solat Maghrib n pastu lepak kat Dataran Putra tunggu bunga api pukul 9.30 malam. Hehe. Itu semua tidak dirancang, dah alang-alang masuk jalan ke Putrajaya, trus je la g tgk bunga api kan? Lagipun semalam pertunjukan bunga api dari negara China. Memang menarik la. Takde pun singgah umah Mak Su aku kat situ, just bgtau die je kitorg ade kat Putrajaya, tersilap masuk jalan n trus tgk bunga api. Time nak balik alhamdulillah kitorg tak terperangkap dlm jam sebab kitorg parking jauh skit, depan pejabat Pak Lah. Sampai umah malam tadi lebih pukul 1 pagi dah.




p/s: Malam ni jom bagi sokongan padu kat Lee Chong Wei!



Sunday, August 10, 2008

5 more weeks to go!

Aku bukan tak suka praktikum, suka sangat2. Tapi kepenatan berpikir n buat lesson plan tu yg buat aku tak sabar nak tamatkan praktikum ni. Kan best kalau terus je jadi cikgu takyah praktikum. Takyah nak tulis lesson plan 6 muka surat buku rekod tu tiap2 hari. Takyah nak buat report itu ini. Takyah kena tulis refleksi tiap2 kali lepas mengajar. Hurmmm... Insyaallah tahun depan. Takyah tahun depan, bulan 12 kot..



Kali ni nak citer pasal anak murid aku. Kembar. Tapi kembar ni special skit. Nape special? Hehe. Diorang ni penah jadi anak saudara Rita Rudaini. Sebenarnya diorg ni anak saudara si Akhbar, pengacara Scoreboard kat TV3 dulu tu.. Yang ade kembar tu.. Ayah diorang abang kepada si Akhbar dgn kembar die tu. Ayah anak2 murid aku ni keja kat pejabat sekolah aku tu je.. Akbar tu plak kan penah kawin dengan Rita Rudaini. Hehe. So anak murid aku 2 orang ni penah la ade makcik nama Rita Rudaini. Pasangan kembar ni mmg ade gen kembar yg kuat dalam famili diorg. Adik2 diorg pun kembar gak, darjah 1 kat sekolah yang sama. Bila aku tanya ade bape pasang kembar dalam famili, diorang cakap dah tak terkira sebab ramai sangat. Bestnye kan ade kembar? Ade kawan. Hehe.



Aku baru balik dr maktab ni. Pagi tadi pukul 7 lebih gi maktab sebab ade 'debriefing' praktikum. Hari ni jugak ade sekolah ganti, tapi memandangkan maktab paggil balik, kitorg dikecualikan la gi sekolah hari ni. Hari ni jugak la teman sepermainan mase sekolah rendah n kawan sekelas kawin. Tapi aku tak dapat pegi. Busy yg teramat sangat sekarang ni. Bersusah payah ayah dia hantar kad ke umah aku, tapi tak dpt nak pegi.Yusnordiana, Selamat Pengantin Baru, semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amir pun beriyer call aku pagi tadi time aku kat maktab, dia ingat bleh la jumpe aku arini kot.. Tapi tak dapat... Kepada kawan2 lain yang berhasrat nak jumpe aku tadi, mintak maaf sgt2 tak dapat nak dtg kenduri n jumpe korang. Memang bertahun tak jumpe, sejak aku meninggalkan sekolah rendah. Dalam 13 tahun jugak la.. Insyaallah umur panjang kite berkumpul ramai2.



Friday, August 01, 2008

lawa ker?

Pejam celik pejam celik, dah abis lagi 1 minggu praktikum. Minggu depan dah masuk minggu ke-6 plak. TInggal 6 minggu je lagi tempoh praktikum, rase macam sekejap je. Maybe sebab aku dah mula rase seronok mengajar budak2 sekolah rendah ni. And maybe jugak aku terlampau busy sampaikan tak sedar masa berlalu dengan pantas.



Semalam ada lagi kata2 pelik dari anak murid aku. Kalau aritu aku ada citer pasal diorg tegur tangan teacher lembut, semalam benda lain plak dah. Yang ni budak dari kelas yang sama, darjah 5 tapi dr sorang murid India nama Yashini. Kawan Yashini ni cakap kat aku sebelum kelas aku tu masuk makmal semalam. Dia cakap camni,





Girl   :   Teacher, Yashini  kan, dia cakap kan...



Aku   :    Dia cakap ape?



Girl   :    Dia cakap dia sayang kat teacher, dia suka teacher.



Aku   :    Oh ye ker? Kenape?



Girl   :    Dia kata teacher cantik, lawa.



Aku   :    Lawa ker? Kenape? Teacher lain tak lawa ker?





Hahahaha.. Si Yashini yang berdiri kat sebelah kawan die tu pun tersipu-sipu malu sebab kawan dia bgtau aku ape yang die cakap. Aduh, macam2 citer mengajar budak2 ni kan? Aku dah terbayang dah ni kad2 raya yang akan aku terima dekat nak raya nanti. Sebab ramai sangat peminat. Padahal garang tu kat kelas. Hehe. Nasib baik birthday aku dah lepas, kalau tak mesti banyak gak dapat hadiah. Sebabnya ramai budak2 tanye birthday aku, puas plak aku menjawab yang birthday teacher ni dah lepas.



Wednesday, July 30, 2008

aktiviti terbaru kat sekolah

Sekarang ni kalau free petang kena stay kat sekolah lukis mural. Huh! Mengganggu waktu rehat aku btul la.. Selalunye balik2 je sekolah aku mesti ganti tido aku sebab malam sebelumnye aku besenyer tido lambat kadang2 sampai pukul 3,4 pagi sebab mengadap lesson plan pastu nak menyiapkan teaching aid. Bile dah kena lukis mural, dapat ganti tido kejap je la.. Tu pun harap2 cuti hujung minggu aku tak diganggu. Sebabnyer? Sebabnyer aku ni hujung minggu je mesti nak kuar berjalan. Bosan ar kalau tak g mane2. Asik2 duk ingat buku rekod mengajar je, tensen gak. So, seboleh-bolehnye mmg akan g jalan. Al-maklumla aku tgh ade geng skrg ni, adik aku si Saza. Hehe. Penghalangnye adalah duit. Nak g mane2 kena kongsi duit minyak dgn adik aku ni. Kitorg berdua ni berkira skit. Hahaha. Oh ye, aku kena mula kumpul duit ni sebenarnye. Insyaallah tahun depan kalau berduit, aku nak temankan mak aku g UK sebelum adik aku grad. Nak g jalan2 kat sana la. So utk percutian yg selesa tambah shopping, I need RM 5K. Banyaknye wei... Kadang2 terpikir plak dengan duit sebanyak tu macam2 aku bleh beli. Hehe.



Sunday, July 27, 2008

hello everyone

Jarang update dah skrg ni sbb terlampau busy dgn praktikum. Aku tinggal sorang je kat umah weekend ni, mak n Saza g Penang melawat Hairi. Alangkah seronoknye kalau aku boleh ikut gak smlm kan? Tapi apekan daya... Tak kesampaian.. Arini kena balik maktab dr pagi smpai petang sebab ada amali sembelihan, sambutan israk mikraj n amali solat jenazah. Pukul  6 lbh aku dah kuar umah bertolak ke Seremban, drive sendiri la tp angkut skali kwn2 satu tempat praktikum. Berlima la 1 kereta td. So arini jumpe kawan sekelas yg dah lama aku tak jumpe sejak lbh sebulan lepas. Macam2 citer terbaru diorg. Yg bertunang la, yang nak kawin la.. Macam2..  Byk perkembangan bdk2 kelas aku ni, kalau jumpe je mesti kena update cite terbaru. Hehe.



Oh ye, tadi amali sembelihan setiap kelas dpt 5 ekor ayam utk disembelih oleh yg lelaki n pompuan gak. Lps sembelih kitorg bersihkan ayam tu n potong2. Pastu ape lagi, masakla utk mkn tgh hari beramai-ramai. Sesi petang lps Zuhur tu plak khas utk solat jenazah. Tp aku ckp yg jujur la, aku tak dgr sgt ceramah tu sume, aku ngantuk giler pastu asik borak2 dgn kwn2 aku. Hehe.



Sempat gak tgh hari tadi aku kuar jap g antar baju kat kedai jahit. Jahit baju punye la sampai nak ke Seremban.. Hehe. Bkn ape, aku rase best baju2 yg makcik tu jahit. Yang terkini, 4 pasang dah aku antar baju utk pakai raya. 1 kain tu aku baru je dpt Khamis kelmarin, kat bungkusan tu tulis 'from M.T MARITIME NORTH'. Hehe. Tau2 je la sape yg bagi tp member die yg tolong poskan, sbb org yg bagi kain tu still blom nak blk sini. Ade 1 lagi kain yg dikirim bersama tp aku tak antar jahit lg sbb aku still tak decide nak buat ape. 1 kain lagi ni lain dari yg lain. Dua2 kain tu aku tunjuk kat mak aku, aku bgtau la sape yg bg pastu mntk pendpt die. Kain yg special tu memang aku mintak pendapat mak aku nak buat baju cmne. Mak aku pun tolong2 la ukur kain tu n bg cadangan. Dah bentang2 kain tu kat ruang tamu umah, adik aku si Saza pun berminat sama. Ade ke patut die suh aku amik separuh je kain tu utk buat baju je, utk kain die cadangkan beli kain lain. Tujuannye, sebab die nak lagi separuh kain yg org bg kat aku tu. Ewah2... Pandai die ek mintak kain yg org bg tu. So skrg aku tak decide lagi nak buat camne, nampaknye simpan utk raya haji je la..



Saturday, July 19, 2008

Dah abis 3 minggu aku berpraktikum. So far so good. Seronok sgt2. Cuma yg tak bestnye sbb byk keja nak buat sblm g mengajar. Sume nak kena tulis, sume nak kena siapkan. Maklumla sebagai cikgu ni lesen kitorg adalah buku rekod mengajar. So kalau kena tangkap tak buat lesson plan dalam buku rekod, mmg kena tindakan disiplin. Buat plak time tgh praktikum ni, maktab bleh bagi surat amaran. Minggu ni 3 kali aku kena observe. First utk English, lecturer minor aku Mr. Samuel dtg observe. Sempoi je Mr. Sam tu.. Die kate 'very good for a minor'. Because English is only my minor subject. Tak perlu pening2 kepala. Tapi aku pening kepala memikirkan kelas aku 3 Mawar 3 yg sgt bising dan tak makan saman, so susah aku nak ngajar. Tiap2 kali masuk kelas tu suara aku mesti rase nak hilang je sbb asik jerit2 suruh diorg senyap. 2nd observation plak dari guru pembimbing subjek major aku, Science, pada hari yg sama gak tu. Yg ni pun ok je tp mmg la byk perlu ditingkatkan. Tapi kelas aku best time tu, aku ajar tentang Constellation and aku tunjuk video Twinkle Twinkle Little Star n nyanyi sama2. Mmg bdk kelas 5 Mawar 2 tu seronok la. My 3rd observation hari Jumaat, lecturer major Science, Puan Raja datang secara mengejut. Tiba2 dah tercongok je depan aku. Nasib baik la aku ni bkn jenis yg mudah terkejut. So aku mengajar je la dgn penuh confident walaupun aku lupa ape yg aku tulis kat lesson plan aku. Hahahaha.. Alhamdulillah... Semuanye ok.
Next week I must be prepared for the minor observation from my guru pembimbing minor. Mengajar English ni penat skit, nak kena pikir aktiviti tu yg makan masa lama. K la, nanti aku citer lagi ye..



P/s: Ramai bdk2 sekolah mintak email, no phone n biodata. Hehehe. Lawak btul la..



Friday, July 11, 2008

sekolah

Dah hampir 2 minggu aku praktikum. Busy giler, tiap2 hari mengadap lesson plan, buat teaching aid n buat worksheet. Tapi seronok g sekolah n jumpe budak2. Walaupun kadang2 pening dgn perangai diorg, bising n mcm2 kerenah tp kadang2 bleh tergelak tgk diorg. Budak2 kat sekolah pun mmg suka cikgu praktikum, maklumla sume muda2 lagi kan.. Hehe. Sampaikan ade yg jeles dgn kawan sbb kelas kawan diorg dpt cikgu praktikum tapi kelas die tak. Oh ye, selama 12 minggu ni, aku mengajar Science utk 2 kelas darjah 5 n English utk darjah 3. Mengajar n masuk kelas tu seronok tp nak buat persediaan tu mmg letih la.. Tadi lecturer aku Puan Raja datang secara mengejut, mmg gelabah gak sbb rase tak bersedia nak kena observe. Tapi lps tu tak jadi lak die nak observe aku sbb observe kwn aku sorg je die dah letih. MAybe die observe aku minggu depan kot.. Paling best jd cikgu ni biler anak2 murid hormat kat kite. Lps abis kelas mesti diorg salam n cium tangan. Aku pun terharu. Hehe. Tp arini pelik skit, sorg bdk pompuan ni salam aku lps kelas, pastu die berpaling semula kat aku n cakap, "Teacher, lembutlah tangan teacher." Hahahahaha...



Sunday, June 29, 2008

rindu

Rindu kat sape? Yang sebenarnye aku rindu sgt kat bdk2 kelas aku kat maktab tu. Hampir 2 minggu tak masuk kelas n hampir 2 minggu tu jugak aku tak jumpe diorg. Semuanye gara2 camping. 4 hari Kem Pemimpin Muda Pandu Puteri Kadet kat Gunung Pulai, Johor n 2nd nye plak 6 hari KAGUM Unit beruniform kat Ulu Bendul, Kuala Pilah. Orang lain pegi kelas seminggu aku g KAGUM tu dpt la setlekan skit pasal praktikum tp aku sedap je berenjoy kat Ulu Bendul, siap mandi sungai. Hehe. Camping KAGUM tu mmg seronok la, dapat bergaul dgn wakil2 unit beruniform dari semua maktab seluruh Malaysia. Seribu lebih tu peserta berkhemah kat Ulu Bendul, meriah giler! Yg kat Gunung Pulai tu bosan skit, dah la jauh! Campur dua2 mmg buat aku letih giler. Sepatutnye aku bleh balik umah Jumaat ptg semalam tp aku tak larat nak angkat brg dah, balik2 maktab je aku letak beg, trus mandi dan selamat tido kat atas katil yg dah lama aku tinggalkan. Ptg td baru aku balik umah.
Anyway, sekarang aku dah balik rumah utk 3 bulan, praktikum dah nak mula Isnin ni. Aku akan ke sekolah tiap2 hari utk mengajar Sains n English dan melayan kerenah murid2. So everybody, start to speak English!



Monday, June 09, 2008

keletihan bercuti!

Rabu hingga Jumaat kat Langkawi, sangat letih sebab aku yang kena drive sepanjang kat sana. Lagi bertambah letih sebab mandi laut n aku g lawan ombak. Arini baru dapat upload gambar, itupun berkurun nak tunggu upload. Upload jugak la sebab ade yg dah bertanye tentang gambar2 ni. Memang seronok berjalan jauh tapi dah tak best sbb dlm kesibukan bercuti, org tersayang dah takleh nak contact aku dah... Last die call awal pagi Khamis bgtau kat Indon n dah nak belayar siang tu gak n bgtau akan lama tak dpt nak call nnti sbb belayar g belah2 Arab sana. Huhuhu. Puasla aku menunggu call dia pasni..



Monday, June 02, 2008

takde keje lain

Tak tentu arah dah waktu tido aku. Start dari hari Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan terakhir hari ni, asik bergayut je la keje nyer. Dua2 orang dah bleh bertukar jadi monyet. Hahaha. Gayut pun ikut time gak la, sama ada lepas Maghrib or Isyak, lepas Subuh n ade gak slps tengah malam. Ikut time bila die dah abis shif la. Itu pun sbb dia kat Singapore tp kebosanan tahap melampau sbb takleh turun dr kapal. Tp at least rase gak dekat dgn tempat sendiri kan. Lastnye malam td la.. Gayut dari sblm pukul 1 sampai dekat nak pukul 5 pagi. Time keja plak tu.. Siap ade background music bunyi2 enjin yg sgt kuat lagi tu. Selama 4 jam abis sume topic dah kitorg ckp drpd citer politik, rancangan tv, isu semasa n sume bende yg terlintas di fikiran smpai dah tak tau nak citer ape. Pagi2 buta duk berdebat. Macam tu lah hidup kitorg ni, kalau org lain sume kuar dating, kitorg dating kat tepon je la yer..  And aku dah bese sgt dah send sms kat nombor2 oversea and org tu bleh buat koleksi sim card dr mcm2 negara. Hehe. Hari ni senyap balik la sbb kapal dah belayar...



Friday, May 30, 2008

aktiviti hari ni??

Makan.. Makan.. Makan.. Tak caya? Meh aku senaraikan utk dinilai.


  1. Pagi, makan cekodok ikan bilis n Nescafe O.


  2. G Seremban, sampai je Jusco g beli tiket Indiana Jones dulu.


  3. Pastu jalan2 n cuci2 mata.


  4. Makan sushi kat Sushi King dengan banyaknye. Lepas geram, dgn tori teriyaki mee soba pun aku order.


  5. Tgk wayang sambil makan caramel popcorn TGV yg sgt sedap tu.


  6. Abis tu g makan plak chicken chop.


  7. Sblm balik, belikan mak cheese cake kat Secret Recipe.


  8. Pastu, BALIK ler..!


  9. Sampai je umahk umah, aku abiskan cekodok pagi td.


  10. Pastu makan nasi plak utk mkn malam.


  11. Akhir skali rase skit2 cheese cake mak aku. Hehe.

Tgk la, byk giler aku makan hari ni..



Wednesday, May 28, 2008

4 hari duk umah

Berat dah naik 2 kilo. Baru perasan sbb baru teringat nak timbang tadi. Huhu. Matila nak turunkan balik..
Macam mane tak makin gemuk, Sabtu dgn Ahad g Lubuk Cina umah makcik, keje aku dgn sepupu2 n anak2 buah asik mkn je NON-STOP. Sebabnye kitorg ade tukang masak yg tersgt rajin di dapur, lain dan tidak bukan Mak Long aku ler.. Sampai2 je Sabtu petang tu aku minum petang makan kuih pau, pastu dihidangkan dgn pizza. Pastu celebrate birthday anak2 buah n semua yg lahir bln 5 termasuklah aku n Maksu. Time tu dihidangkan plak dgn kek coklat n kek lapis jem daripada pakar buat kek dlm family aku, iaitu Maksu. Malamnye plak menu western sambil tgk Konsert AF, ayam goreng dgn sos black pepper tmbh plak dgn fish n chip. Tu sume masak sendiri tu.. Pizza pun ade gak. Ish3.. Esok paginye plak menu melayu. Hehe. Pulut kuning dgn sambal ikan bilis n sambal udang dan jugak kuih-muih lain. Pulut tu masak malam td sblm tido. Tengah hari barula jumpe nasi, berlaukkan ayam goreng, gulai ikan sungai campur rebung(ikannye aku tak makan, pilih rebung je..), gulai udang yg Uwan bwk dr umah, n sayur pucuk manis goreng. Tak lupa cencaluk. Ish, best sungguh!
That's why berat makin bertambah!






p/s: Lupa nak citer la Tedot, Haz dah 2 minggu dah menghias diri dgn make-up baru. Hehehe.. Byk aku melabur kat bende2 tu Ted oi.. Huhuhu.



Friday, May 23, 2008

gempa

Isnin, 19 Mei 2008, lebih kurang pukul 10.20 malam, aku tengah makan kat bilik kat IPRM. Tiba2 je aku tengok lantai simen bilik aku tu beralun-alun dgn badan aku pun ikut skali rase macam tu. Rase macam mase terberhenti sekejap. Fikiran kosong. Pening. Tak lama lepas tu baru aku terfikir ape yg dah jadi, barula aku keluar dari bilik n tanye kat orang lain kat bilik sebelah. Nampak gak budak2 lain meluru keluar dr bilik n macam confuse. Sama gak dgn aku. Hehe. Lepas dapat kepastian yang bukan aku sorang je yang rase barula aku call mak aku. Giler takut time tu. Sepupu yg duk kat Seremban pun aku call. Huhu. Rupa-rupanye gempa kat utara Sumatera sekuat 6.1 skala Richter. Barula aku sedar perasaan orang yg mengalami gempa bumi sebenar. Aku yg baru rase kesan yg kecik tu je dah takut semacam, lagikan diorg yg jadi mangsa gempa kat China baru2 ni. Alhamdulillah Malaysia still bebas dr bencana mcm tu.



Monday, May 19, 2008

back again!

Dah bape lame aku menghilang yek? Hehe. Lama jugak kan.. Aku busy la, byk sgt assingment nak kena siapkan sebelum cuti 3 minggu ni. Bab2 cuti ni mmg aku teruja sgt2 la. Byk dah aktiviti aku dah rancang dlm kepala tp tak pasti lg sama ada dpt dicapai atau tidak. Hehe.
Weekend minggu lps aku tak balik umah tp time tu aku kuar jumpe kwn2 lama time kat UTM dulu, Fizah n Yana. Yana turun Seremban sbb nak g majlis kawin Kak Emi kat Kluang dgn Fizah.Aku je tak dpt pegi sbb kekangan mase n byk hal tak settle. Just dpt lepak2 dgn diorg je la Sabtu tu. Rindu sgt saat2 lepak2 time kat UTM dulu. Tak sangka aritu dpt rase lagi. Best fren kitorg Kak Emi dah selamat nikah, kitorg bertiga ni ntah bile pulak. Hehe. Coming soon la kot.. InsyaAllah..
15 hb aritu adalah birthday aku. Aku ucapkan berbyk terima kasih kat semua yg still ingat n telah antar mesej n komen kat aku. Aku celebrate kat maktab je aritu. Pagi2 lg dlm kelas, semua classmate aku nyanyikan lagu Happy Birthday utk aku. Terharu btul. Pastu petang ade gak member blanja minum ptg kat Secret Recipe, ni gara2 aku sblm ni asik sebut teringin nak mkn cheese cake la tu..
16 hb plak adalah Hari Guru. Bleh dikatekan tahun ni first time sambut Hari Guru walaupun belum rasmi lagi. Lecturer pun ramai yg wish kat kitorg tak kurang juga kawan2.
Weekend ni cuti lama skit la, 3 hari. Aku n family ke Putrajaya petang Jumaat tu sbb nak tgk pertunjukkan layar air kat sana, pastu trus je tido umah Maksu kat Precint 16, btul2 dpn Alamanda. Menarik sgt2 pertunjukkan layar air tu, tak puas sbb kejap sgt 15 minit. Aku suggest kat sape2 yg blom tgk, baik korg g la sblm pertunjukkan tu tamat akhir bulan ni. Tak rugi, mmg menarik. Korang tgk sendiri la mcm mane gabungan percikan air bercampur dgn laser membentuk imej2 3D. Mmg nmpk hidup, sound system pun best. Org pun ramai la.. Aku tgk show pukul 10 sbb tak sempat yg pukul 9 tu, sebok melepak kat umah Maksu n mkn2.
Esok harinye lps sarapan, g melepak kat Alamanda pulak. Maksu aku nak beli beras so kitorg ikut je la. Jln2 n mkn2 lg tu.. Teringat pulak tmpt dating kat situ. Hehe.  Aku geram nak shopping tp kena tahan je dulu, aku rase better aku shopping puas2 time cuti nanti. Petang tu balik rumah tp smpai Seremban singgah maktab jap, minggu ni aku dah mula angkut skit2 brg2 aku bawak balik sbb aku rase satu trip je tak ckup nak bwk semua brg aku mggu dpn. At least mggu ni dah settle separuh brg. Jumaat dpn mak aku dtg n angkut lagi separuh.
Balik rumah ganti tido la ape lagi.. Khamis mlm Jumaat tu mmg aku tak tido smpai la ke Putrajaya. Sebabnye, aku terpaksa siapkan assignment! Pakwe kat China suh tido aku buat tak tau je, sbb mmg aku kena korbankan tido aku hari tu. So tak heran la die call aku time kat umah smlm, aku tgh tido. Kena bebel la, ape lagi.. Die call sbb nak wish happy birthday yg dah basi. Hehe. Smlm dh smpai port br die dpt call, seminggu ni bleh sms je sbb signal ade skit2. Mmg die dah wish aku awal2, sbb takut dah g belayar tak sempat nak call. Tp hari yg sepatutnye die sms gak ptg tu utk wish lg. Utk hari guru lak, aku sms ingatkan die supaya wish kat aku. Hehe. Lagi 5-6 hari die smpai Singapore baru die akan call lagi. Waktu tu aku dah cuti, bestnyer... Hehe..



Ape pengisian cuti aku 24 Mei-15 Jun?
Ni yg dah confirm la..
1.    2 Jun, amik Saza kat KLIA pastu nak shopping baju raya kat Nilai.
2.    4-6 Jun, bercuti ke Langkawi.
3.    7 Jun, g kenduri kawin roommate kat IPRM, Kak Wati. Kenduri umah laki die kat Seremban je.. Tak larat la nak ke Yan, Kedah belah pompuan.. Huhu.



Waktu yg lain2 tu pandai2 la aku isi nnti. Hehe. Yang pasti byk jemputan kawin. K la.. Stop dulu kat sini. Cuti2 ni aku tulis lagi.. Bye..



Sunday, May 04, 2008

blog

Blog. Tempat luahan perasaan aku.  Tapi aku tak suka menjaja ape yang aku tulis kat sini. Sape yg terbaca tu baca je la, nak komen pun komen kat sini je cukup.



Minggu lepas kisah blog aku timbul dalam kelas Teknologi Maklumat dan Komunikasi, sampaikan lecturer suruh aku ke depan n taip url blog aku. Giler! Korang yg baca blog aku pun tau betapa byknya aku merapu dan mengarut dlm ni. Tak sesuai menjadi bacaan utk semua rakan2 sekelas aku dan jugak lecturer. Malu la wei... So aku ke depan tapi aku taip url blog aku yg lain. Blog yg dah lama aku tak update dan kureng komen2 jiwang karat. Hehe. Mmg la blog ni terbuka tp aku tak pernah menghebahkan url blog aku kat tempat2 lain.. Yang tau pun rakan2 dan orang yg dlm frenster ni je, so it's ok. Kalau tersebar sgt la kan, aku rasa tak selesa la nak tulis byk2 kat sini. Segan la.. Hehe.



Cik abg kat China tu aku rase dah bosan sgt dah duk sana lama2. Tak sabar2 nak belayar dah kot.. Aku mestila suka die tak belayar sbb bila2 mase je aku boleh sms die utk mengadu n citer macam2. Hehe. Tapi kesian plak kat die ek, byk mane ntah abis duit utk call aku n gayut. Takpela, lps ni sambung belayar, lama pulak nak dpt borak mcm skrg ni. Nak tunggu die balik bulan puasa pun lama lagi.



Sunday, April 27, 2008

Hi...

Bina Insan Guru dah.. Kursus JPA 3 pun dah.. Ape lagi lps ni? Oh ye, Upacara Perlantikan untuk Pandu Puteri Kadet Rabu ni. Aku tak hafal undang2 lagi ni. Persetiaan ok la.. Assignment pun masih berlambak. Selagi ade kuliah, selagi itu la keja tetap ade. Tak lama lagi ade majlis konvo plak kat maktab. Kelas aku insyaallah akan berniaga lagi utk 2 hari. 14hb nnti aku ade exam utk Pandu Puteri plak. Folio pun dah nak kena antar lps exam tu. Huhu. Mati aku! Sblm cuti bln dpn kena antar folio PJK jugak. Itupun mati gak la sbb tak mula pun lagi. Folio bola keranjang pun kena submit gak. Tu blom lagi assignment individu, rancangan untuk sesi latihan. Adoi... Tension aku!



Tapi kurang skit la tension sbb buat mase skrg ni ade tempat nak mengadu. Org yg belayar tu still duk kat pelabuhan tunggu kapal abis repair. Lega skit hati aku. Sbb dpt bersms anytime  n borak2 gak kdg2 tu. Cam best je die, asik turun kapal g shopping. Aku kat sini asik bergelumang dgn assignment. Shopping pun tak sempat lagi. Huhu. Malam td bergayut lama gak la. Kesian die ek, ntah bape byk abis utk call aku yg jauh ni. Hehe. Yang tak laratnye tu asik kena sakat je la.. Dr mula smpai abis. Geram btul la... N sejak ade atas darat ni, byk gak aku dpt mesej2 cinta die tulis kat sini. Hehe.



Hurmm.. Minggu ni dpt balik umah kejap. Mlm td dkt kul 9 br smpai. Ni jap lg kul 5 lbh nak balik dah.. Tp takpela, dpt gak lps rindu kat Amau, katil n bantal2 aku kat umah ni. Hahahaha.. Okla, nnti sambung lain kali yer.. Bubbye...!



Wednesday, April 09, 2008

update skit

Dah nak masuk 2 minggu aku tak update blog ni. Aku tau mesti ade org rindu sgt2 nak baca blog ni especially nak tau perkembangan aku. Hehe. Perasannye aku.. OKla, balik je maktab, aku kembali ke hidup aku yg sgt busy dan tak terurus. Keje tak penah berkurang malah makin bertambah. Kadang2 tension gak sbb sume nak kena submit. Tak tido malam tu dah bese sgt.



Minggu lepas 2 n 3 April 2008, Jabatan Sains IPRM organize Festival Pengembangan Sains so semua student course sains terlibat dlm menjayakan bende ni. Mmg jaya sgt2 la. Byk sgt pengisian spjg 2 hari tu. Pameran oleh organisasi luar, demonstrasi eksperimen sains yg menarik n macam2 lagi la. Yg best tu jabatan2 lain sume puji program kitorg ni.Sepanjang 2 hari tu IPRM penuh dgn bdk2 sekolah rendah n menengah sekitar Seremban. Diorg datang sini macam nak pegi rombongan. Bdk kelas aku amik kesempatan ni untuk buka gerai. Mmg mendapat sambutan la sbb takde saingan. Hehe. Tapi penat sgt2 la sbb terpaksa masak tak henti2 dari pagi sampai la program abis kul 4.30 ptg selama 2 hari tu. Takpela penat pun sbb seronok sgt2. Program2 camni merapatkan lagi ahli2 kelas kitorg. Untung gerai rasenye nak g jln2 untuk kelas kot.. Hehe.



Weekend baru2 ni tak balik umah pun. Busy sgt2 nak siapkan assignmnet so terpaksa berkorban. Minggu ni pun takleh balik. Sabtu ade Kursus Kejurulatihan Bola Keranjang. Pastu nak kena prepare utk g Bina Insan Guru (BIG) kat PD minggu dpn. Aku plak AJK Makanan, byk keje la wei.. Pastu 26 hb plak ade kursus utk Pandu Puteri Kadet, takleh balik lagi. Aku ni Ketua Patrol, byk plak tugas nak uruskan patrol, dgn laporan lagi, buku log lagi. Adoi..



Dah la ek.. Terpaksa stop dulu ni sbb bdk laki kelas aku ade kat sebelah ni duk usha2 aku mengarut ape. Sebok je die. Hehe. Nanti aku sambung lg ye..



Sunday, March 30, 2008

surat cinta

Ye surat cinta kat inbox frenster ni petang Khamis aritu. Bukan tu je, malah kat gmbr2 yg tak berape baru n blog post yg lama2 pun tiba2 bertambah plak komen2. Kesimpulannya la kan, takkan ade yg balik bln 5 ni. Raya je la nampaknye.. Sabar je aku baca surat tu. Hehe. Tapi takpela kan, ade sebab dan alasan yg kukuh, terima je la. Ade plan besar sbnrnye. Tp buat aku tambah konfius plak. Lps je baca, aku trus tido petang tu. Smpai dah nak maghrib, tepon berbunyi. Aku ni slalu kantoi dgn die la, asal die call je aku besenye tgh tido, pastu mula la mamai n kena marah suh bkk mata. Hehe. Lama gak ar borak smpai dah tak tau nak ckp ape. Agaknye aku still terase  die tak jd balik, tu yg takde nak tanye byk2. Tp org tanye aku marah ke tak, aku ckp tak marah pun. Mmg tak marah. Terase skit je sbb silap aku gak dah tanam dlm kepala otak ni sejak dr bln lps yg die akan balik awl.
EEE... Lama lagi la nak tunggu bulan 10... 



p/s: Cik abg, free2 bln 4 tu meh tulis email pjg2 ye.. Hehe. Rajin ke? Tau sgt la malas menaip. Hehehe.



Tuesday, March 25, 2008

akhirnye..

Inilah yg paling aku tunggu sejak minggu lepas. Pagi ni pukul 7.06 pagi, aku kat dapur nak amik air milo sblm g skolah (tak sudah2 minum milo aku ni, macam budak2. Hahaha..). Terkejar-kejar aku dari dapur naik atas mendapatkan sesuatu yg aku harapkan masih sempat. Penantian selama  38 hari telah berakhir. Tapi tak cukup, kejap sgt la 2 minit! Dan aku terkecoh-kecoh nak ke sekolah. Hampir kena tinggal dgn mak. Hehe.



Bukan duit elaun yg aku maksudkan. Elaun tu hampeh ar.. Ntah bile nak dpt sume.



Tuesday, March 18, 2008

arggghhhh!

Elaun oh elaun, bila nak masuk.. Lama btul nak tunggu. Aku dah kemaruk nak beli  barang2 make-up baru ni. Geram je tgk bende2 tu. Dah lama aku tak update pasal bende tak berfaedah tu. Hehe. Aku pun dah dpt rasekan semenjak masuk maktab ni aku rase macam makin selekeh je. Mane taknye, tak sempat sgt la nak bersiap lama2 dpn cermin. Berhias pun ala kadar je, lagipun takde sape nak tgk pun. Haha. Make-up dlm mase kurang 5 minit tu dah kira ok la tu drpd tak buat langsung kan? Betul tak? Hehe.



first day at PBS

Budak2 darjah 2 panggil aku 'cikgu' tapi budak2 darjah 6 panggil aku 'kakak'.  Hahaha. Hurmmm... Konpius2. Takde ape yg janggal sgt sbb ni skolah aku gak dulu. Cikgu2 pun ade yg cikgu2 aku dari dulu. Lagipun mak aku HEM kat situ, so dah bese la aku jumpe diorg sume. Just td blom dpt nak tgk cikgu mengajar lagi, sebab cikgu2 sains n math ade meeting. Termasuklah mak aku. So td mak aku suh aku tengok2kan budak2 kelas die selama sejam. Kelas math darjah 2. Pening kepala aku tengok budak2 tu. Dahla badan takleh duduk diam, mulut pun takleh diam. Tak makan saman btul. Huhuhu...



Sunday, March 16, 2008

makan2..

Semalam,  kawan2 adik aku Baby dari matrik seramai 7 org dtg kat umah nak merase masakan mak aku. Tp ade gak permintaan diorg suh mak aku perapkan ayam sbb diorg nak buat barbecue. Siap suh beli jagung lagi utk dibakar. So Jumaat tu busy btul la aku dgn mak aku ni siap2. Aku plak yg kena merayap g beli jagung. Selalu byk jual kat gerai2 buah dkt simpang nak masuk Juasseh ni je, tp aritu takde. So aku terpaksa la merayau lagi jauh semata-mata nak penuhi permintaan bdk2 tu.



Bdk2 tu dtg nak tgh hari gak la. Mak aku dah siap2kan tmpt barbecue sume n arang pun dah siap beli. Tinggal tukang bakar ayam je lagi. So mengadap la diorg beramai-ramai membakar ayam. Hujan turun pun diorg tetap setia lagi bakar ayam. Hehe. Aku dgn mak aku plak masak makanan lain kat dapur. Yelah, takkan tgh hari just mkn ayam bakar je kan? Diorg tu nak merasa makanan Negeri 9 sebenarnye. Adik aku slalu duk citer kat kolej la tu, tu sbb diorg nak rasa. So semalam mmg bg diorg makan btul2 la. Jagung yg aku beli sebelum tu sampai tak cukup, sampaikan aku kena kuar lagi g carik jagung. Sama gak cam semalam, kena drive jauh skit nak beli jagung. Time org nak tu la bende yg kite carik tu takde. Biler tak nak berlambak je dpn mata, geram btul! Byk aku beli untuk tambah2. Dptla aku antar kat Uwan aku skit n jiran sebelah jugak.



Hurmm.. Aku ni kat maktab dah kurangkan makan, pastu dah sengaja dah byk melibatkan diri dgn sukan2 n mcm2 aktiviti tu sume. Dgn harapan nak slimkan lagi body ni. Hehe. Tapi balik umah je trus makan tak ingat dunia. Camno ni? Hehe..



Oh ye, Rabu malam Khamis minggu ni aku ade beli buku secara online dr MPH. Buku English, pasal segala lesson planning. Dah aku g carik merata Seremban tak jumpe, aku carik kat internet lagi bagus. Beli trus n byr online. Semalam tgh sibuk memasak, buku yg aku beli tu tiba dgn dihantar oleh GDex. Bagus btul, sgt cepat! Kalau camni, lps ni aku nak beli online je la. Beli lbh RM 80 akan dpt free penghantaran. Jimat masa pun iye. Tp tak dpt la jln2. Hahaha...



Oklah, aku nak g study skit ni. Esok nak g skolah, satu ape pun tak baca lagi. Ntah ke mane ntah teori2 yg aku belajar selama ni pegi sejak aku cuti seminggu ni. Hehe. Piaget, Ausubel.. Gardner Multiple Intelligences.. dan macam2 lagi. Sgt byk! Huhu..



Thursday, March 13, 2008

bored

Today, dah hari Rabu. Sekejap je rasenye. Tapi biler kat maktab, lama btul nak abiskan seminggu. Huhuhu. Semalam g amik adik aku balik dr PLKN kat Rachado Bay Camp, PD. Lepas tu jalan2 kat Teluk Kemang jap, tgk org mandi-manda, tgk laut. Kitorg nak gak mandi sebenarnye, tp memandangkan berdua je, cam tak best lak. So tgk je la gelagat org cuti skolah berkelah kat tepi pantai. Ramai gak tu org kat pantai.. Meriah! Lama dah ni tak mandi laut, tp risau gak berjemur, nanti abis gelap dgn sekelip mata. FYI, aku dah gelap skit la. Muka pun dah nampak bekas tudung, cmtu gak dgn tangan sbb aku suka sinsing lengan t-shirt. Bekas jam tangan lagi la ketara. Kat maktab slalu berjemur la. Gara2 main bola jaring aritu la ni.. And PJK gak kot..



Semalam pun ronda2 kedai buku 1 Seremban tu carik buku. Buku lain yg aku nak carik, buku lain yg aku g beli. Tak jumpe pun buku yg aku nak, tak tau la mane nak carik. Takkan la nak g KL semata-mata beli buku kot.. Pastu semalam beli kasut gak. Hehe. Beli kasut pun 1 hal, susah sgt nak jumpe kasut tumit tinggi, hitam, tajam, lawa n best dipakai. Camne plak kalau tak beli, mggu dpn nak g skolah takde kasut nak pakai. Kasut aku g kuliah tu dah nazak dah.. Hehe. Cepat je nazak, sebab kasut bertumit, pakai g kuliah hari-hari, pastu berjalan plak serata maktab seharian dgn kasut tu, jalan tar, bersimen sume aku redah, mane tak nazak kan? Sayang btul kasut beli mahal2, tp main lanyak je. Tp nak wat cmne, sume nak kena cepat. Huhu.



Assignment berlambak ni tp tak tau nak mula kat mane. Asalkan masuk bilik n nampak buku2 n fail2 yg menimbum aku bwk balik aritu, trus aku takde mood, tido je yang best. Hehe. By the way, adik aku Syaza dah beli tiket flight pegi balik utk kitorg ke Langkawi cuti bln 6 nanti. Bercuti la, ape lagi.. Tak jadi la plan nak g Sabah, sbb adik aku balik Malaysia nanti dah suntuk sgt nak bukak skolah, tak sempat nak jln jauh2 sgt. Aku sedang menanti kasut Clark dr UK ni. Hehe. Tiba2 je adik aku baik hati nak bg kasut. Aritu kate tahun ni die balik takde buah tgn utk kitorg dh.. Tp nmpk gaya die mcm kaya la tahun ni. Aku pun pelik mane die dpt duit nak g jln2 satu Europe. Nnti die kaya lg aku nak mntk die support tiket g UK plak la. Hahaha.



Sabtu ni kwn2 adik aku Baby nak dtg umah buat BBQ. Bdk2 tu yg mntk nak dtg umah, bkn kitorg yg jemput pun. Hehe. Siap buat permintaan macam2 lagi tu nak buat kat umah kitorg. Nak mkn n masak mcm2. Macam umah kitorg ni jd tempat anjurkan parti plak kan? Haha. Mak aku pun ok je. Citer pasal mak aku, mak tgh busy study nak exam PTK esok. Haha. Mggu ni memang die tak masak la, buku2 nota PTK n pasal HEP penuh kat depan tv. Aku g kedai bli buku, mak pun sama, pdhal bkn sempat dah nak baca sgt pun. Tp mak semangat btul menjwb contoh2 soalan utk score PTK Tahap 4. Dah tua2 pun kena amik exam. Tp hebat gak mak aku, sekali exam je dpt Tahap 4 utk part yg sblm ni. Orang lain berkali-kali gak la exam, tu pun nak dpt 3 pun susah.



Hurmmm.. Org atas kapal dah 3 minggu lbh takde kabar berita. Aku pun tak tau die kat lautan mane. Hehe. Kejamnye aku.. Ade la tu.. Tak sampai2 kat negara Arab lagi la tu.. Rindunyer..




-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Korang jgn pening baca ayat aku.Teruk sgt aku susun ayat skrg ni. BM pun ntah ape jd ntah. Ikut suka hati aku je, sbb aku malas nak buat ayat yg perfect. Pastu malas nak susun ikut kronologi. Aku taip ikut ape yg aku teringat je. Hehe. Sebut psl BM ni, semalam aku try la baca buku yg aku baru beli tu, pasal cara pembelajaran sains, buku dlm BM la. Selama ni dlm kelas blaja n presentation sume dlm English, so smlm aku baca dlm BM, tak phm! Hehe. Pelik sungguh bunyinyer kalau dah translate ke BM. Lagi complicated aku nak pikir utk phmkan ayat tu. Huhu.



Sunday, March 09, 2008

pilihanraya

Assalamualaikum..



Arini semangat btul kuar mengundi sbb first time. Hehe. Pukul 10 lbh td dah kuar dah dgn Uwan aku. G berdua je la sbb mak aku bertugas kat tmpt aku mengundi tu. Sblm Subuh, pukul 5.30 pg lg mak aku dah kuar g amik peti undi kat pjbt daerah. Kebetulan lak aku mengundi kat bilik saluran 2 yang mak aku bertugas tu. Sempat lagi borak2 time mak aku check IC. Hehe. Abis mengundi dpt lak duit sbb aku ni dikira org tinggal luar tmpt mengundi tp balik mengundi kat kg. Pdhal tiap2 minggu pun aku balik kg. Haha. So, malam ni kita tunggu je result camne. Tgk kat tv ade rusuhan tu sume. Aku pelik btul la kat penyokong fanatik diorg ni, kate alim sgt, tp apesal suka menyusahkan orang, buat huru-hara sana-sini? Pikir sendiri la ye..



Seminggu sblm ni aku teramat la busy. Byk assignment nak kena hantar. pastu maktab pun sibuk dgn karnival sukan mini. Isnin tu aku terlibat la jadi penjaga masa utk bola keranjang. Selasa plak, semua bdk pompuan kelas aku terlibat dgn bola jaring. Kelas kitorg hantar 2 team. Sakit2 badan aku main bola jaring. Pelik kan? Sepatutnye bola jaring tak ganas pun, byk peraturan. gerak skit takleh, sentuh skit pun takleh. Tp sebab lawan dgn org yg tak tau undang2 bola jaring, permainan jd ganas. Aku pun mane boleh sabar, aku pun balas la balik keganasan diorg tu. Mane tak sakit2 badan n kaki2 aku, langgar sana-sini. Geram gak aku lawan team bdk2 Pengajian Tamil, ganas nak mampus tak reti peraturan langsung. Aku pun ape lagi, sebagai WD, time pengadil tak nampak tu aku tarik bdk tu, rampas bola, tolak2 skit n langgar die smpai jatuh. Hahahaha. Balas balik ape diorg buat kat Center kelas aku. Sampai Injured kaki kwn aku tu kena lutut diorg. Berbaloi gak la, team aku dpt no. 4.



So, minggu ni cuti nak rehat2 dulu, ganti tido sbb spjg minggu ni aku tido 2-3 jam je 1 malam. Minggu dpn dah mula PBS and kena pikir pasal assignmnet yg bertimbun nak hantar lps balik PBS plak. Hurmm... Slow2 la ek..



Saturday, March 01, 2008

hehe

Aku ckp aku taknak balik umah miggu ni kan? Aku tipu. Huhu. ptg smlm dlm kul 4 lbh aku nekad nak blk gak. So lps dpt sume kertas soalan assignment, aku balik bilik kemas2 skit, angkut laptop n keje yg aku nak buat n trus je kuar maktab. Kul 7.30 mlm smpai umah. Puas ahti aku. Hehe. Ni arini nak g PD lagi ni. Keje ade lagi tak siap, minit mesyuarat. Malam ni sah2 takleh tido kena siapkan gak sbb nak antar esok. Esei agama pun ade skit lg kena edit, kena antar esok gak. Selasa ptg plak kena main bola jaring. Esok ptg pun kena bertugas utk bola keranjang. Buku scrap enviromental studies pun tak siap lagi, nak kena antar jumaat ni. Kertas kerja pengurusan GERKO dah siap tp aku blom edit btul2. Tu pun kena antar ari jumaat gak. Aduhhh! Pening aku dibuatnye.



tak balik

Huhuhu.. Tak dapat nak balik umah mggu ni sebab aku busy teramat sgt dgn assignmnet. Banyak yg nak kena submit mggu dpn sblm aku balik umah selama 3 mggu. Hehe. Tu yg mggu ni kena berkorban ni. Bosan la duk sini, dari ptg Jumaat je mesti dah sunyi sepi sbb ramai yg balik umah. Yang tinggal hanya manusia2 yg busy dgn assignment je. Tp best gak. Dah 2 ptg aku main bola jaring dgn bdk2 pompuan kelas aku. Mggu dpn hari Rabu, kat sini ade karnival sukan mini, so setiap unit kena antar wakil main mcm2 permainan la. Yg bestnye tu, abis sume bdk pouan kelas aku antar nama nak main bola jaring, boleh buat 2 team lagi. So ptg2 kitorg berlatih la.. Sbb aku pun dah lama tinggalkan bola jaring ni. Zaman muda2 dulu ade la.. Hehe. Lama sgt dah..





Alamak, bateri dah low la pulak. Terpaksa stop dulu la. Lain kali bile free aku update lagi.







Saturday, February 23, 2008

citer minggu ni

Tak tau la apesal.. Tiap2 minggu mesti badan aku sakit2. Minggu ni pun sama. Main bola keranjang ari Selasa, jari manis aku injured. Sampai bengkak n biru2 kat sendi tu. Arini baru ok btul. Pastu mase buat larian pecut time PJ, kaki aku lak lenguh2. Tapi biler dah lepas sehari la. Time buat tak sakit pun, seronok je. Agaknya sebab aku buat bersungguh-sungguh kot.. Hehe. Minggu ni lagi kelam kabut idup aku. Micro teaching Sains dah mula. Tak tido malam aku buat lesson plan n siapkan teaching aid utk mengajar. Pastu presentation pun dah mula. Letih btul nak prepare macam2. Mestila nak prepare btul2, kang tgh2 present lecturer hentam dgn soalan, kite tak dpt jawab, masalah pulak kan.. Kesimpulannya sehari 24 jam tak cukup bagi aku. I need more time! Huhu.



Tuesday, February 19, 2008

dari library

Aku kat library skrg ni. Sambil2 buat assignment, bosan2 tu bkk friendster je kejenye.Hehe.Camtu jugak kalau masuk lab science.



Subuh2 semalam org kat Singapore call. Ade ke org gayut subuh2? Kitorg la tu. Hehe. Azan2 subuh je gayut dulu. Dahla pastu menggelabah aku nak g mandi n solat sume. Tengah2 keja g tepon aku lak. Sbnrnye malam tu die kacau dkt nak kul 2 gak la, tp aku dah tido. Angkat tepon pun bleh tau suara mamai, so die halau aku suh g sambung tido dulu. Tu yg pagi2 subuh die kacau plak tu.. Huhu. Ckp time tu je la. Tgh ari die kate nak belayar ke negara2 Arab plak, so lama la tak dpt call nnti. Tp bulan 5 die balik kot.. Upgrade lesen sbb dah lulus exam aritu.



Saturday, February 16, 2008

hi..

Assalamualaikum...



Cam besela, hujung minggu aku mesti balik umah. Time ni la baru sempat nak update blog. Walaupun kat maktab aku online gak kat lab science, tapi tak sempat nak taip2 ni, byk mase abis surf utk wat assignment je. Sekarang ni tiap2 bdk kelas aku ade laptop, sampaikan dlm lab bleh berlaga-laga laptop sbb sesak sgt. Haha.



Kesian aku baca blog Ted kat tempat lagi 1. Sume org menghilang ye Ted? Hehe. Nak wat cmne, Haz mmg busy la tp kadang2 mesej gak Ted bile bosan malam2. Mmg hajat di hati nak tido tp kdg2 jahat gak nak kacau org. Hehe. Baca blog Ted tu teringat lak pasal pilihanraya tak lama lagi. Aku semangat ni nak g mengundi. First time la katakan.. Hehe. Daftar zaman kat UTM dulu lagi, kat pesta konvo. Semangat nak daftar mengundi time tu sbb daftar ramai2 dgn kwn2 aku yg lain. So lepas 1 tanggungjawab, asalkan mendaftar, undi tak undi tu lain citer. Bak kata mak aku la.. Mak bising adik aku Hairi tak daftar2. Hehe. So kalau kuar mengundi, kite dah tunaikan salah satu tanggungjawab kite sbg rakyat Malaysia. Pilihanraya kali ni mak aku jadi kerani mengundi. Dah 2-3 kali gak mak aku g taklimat, dari tahun lepas lg. Aku selama ni tunggu gak bile Pak Lah nak buat pilihanraya, rupa2 nye baru2 ni je die bgtau.



Aku byk assignment la.. Dah la tu, bulan ni gak ade merentas desa. Aku ingatkan dah abis dah merentas desa zaman skolah dulu, ni cikgu2 pun kena gak. Petang Selasa aritu main basketball ganas sgt, sampai sakit2 badan aku. Tambah2 plak bdk2 ni tolak time aku nak shoot, 2 kali aku jatuh terduduk. Ni bulan depan kitorg bdk2 unit Sains kena anjurkan program Sains lak kat maktab. Program besar gak tu. Aku pun pelik biler masenye ntah kitorg nak curik mase buat tu sume. Nak makan, mandi, tido n solat pun dah tak sempat skrg ni. Huhu.



Oklah.. Nak ganti tido dulu la. Ngantuk n letih sgt2 minggu ni, rase cam nak pengsan je. Bye sume..




----> Org atas kapal kat Singapore skrg ni. Menyakat je kejenye bile dpt borak lame.



Monday, February 11, 2008

ape aku buat waktu cuti?

Ntah... Aku duk relax je kat umah. Assignment pun aku tgk n buat skit2 je, tak siap pun.. Hahaha. Itula tabiat aku sejak sekolah dulu. Tak penahnye aku siap keja sekolah kalau cuti2. Cuti2 aku tau enjoy je. Hehe.



Tahun ni cuti raya cina aku best gak ar. Best sbb adik2 aku sume ade kat umah berkumpul ramai2. Last kitorg berkumpul raya puasa aritu, dah lama dah. Adik aku Hairi pun balik dr Penang, so byk bende bleh citer. Aku dgn die tu mane penah berpisah dr kecik. Skolah tadika same2, sekolah rendah same2, skolah menengah pisah kejap sbb aku skolah pompuan n then sama2 masuk MRSM tp die kat Kuantan aku lak kat Jasin, pastu masuk U pun same2 kat UTM Skudai. Hehe. So cuti2 ni byk bende nak borak. Aku pun sejak dulu byk menuntut ilmu komputer dr die. Ape2 kalau pasal komputer ni aku wajib rujuk die dulu, maklumlah lelaki arif pasal gadget2 ni. So beli laptop aku pun die la yg pilih n beli. Hehe.



Arini umah kembali sunyi. Hairi dah balik Penang pagi td lagi. Tgh hari td aku dgn mak antar Baby balik matrik, pastu lak ke PD antar Kenet balik kem PLKN. Balik dr PD, alang2 lalu Seremban singgah maktab jap antar barang2 aku sebab ptg esok aku balik naik bas je so antar brg2 dulu la. Byk lagi brg2 aku, sebab minggu ni aku start mengangkut printer, laptop n segala perkakas komputer. My hectic life will start this week. Huhu.



Sekarang ni aku dah terbayang cuti sekolah seminggu bulan 3 lak. Hehe. Serabut btul la pikir asignment. Lagipun lepas cuti seminggu tu bleh duk umah lagi 2 minggu sebab kitorg bdk2 maktab ada SBE (School Based Experience). Pegi sekolah terdekat dgn umah la buat pemerhatian pastu siapkan assignment khas utk 45 jam. Tgk! Assignment gak lagi! Huhuhu. Cepatlah habis setahun ni wei..



Ted, selamat menempuh minggu2 test. Good luck!



Saturday, February 09, 2008

cuti

Happy Chinese New Year n selamat bercuti walaupun aku sebenarnye dah terlewat. Busy la, sampai terlupa. Hehe. Skrg ade je kat umah sampai Isnin. Selasa ni baru ade kuliah semula. Banyak assignment sebenarnye, tapi satu habuk pun aku tak mula lagi. Hahaha. Bile banyak sgt keja, aku jadi malas sbb aku tak tau nak mula yang mane satu. So, tak mula langsung la. Hehe.



Aku baru beli laptop. Import dari Penang, suh adik aku Hairi belikan. Jauhnye beli laptop, sampai ke Penang. Hehe. Sebab aku suruh orang yg pakar belikan, kalau aku yg beli sendiri, sah2 la senang kena kelentong. Aku bukan paham pun bahasa2 hardware computer ni. Orang yg pakar tu plak duk kat Penang, so terserah kat die je segalanye, org kat sini kirim duit je. Yg aku tau, bile die balik laptop dah ade depan mata aku. Hehe. Tu pun aku buat loan dengan mak aku, untuk laptop n everything yg berkaitan dengannye. Sume serba baru.  Elaun aku lagi 3-4 bulan kot baru dpt, so terpaksa la tunggu dulu. Desktop kat umah ni adik aku dah gabungkan isi2 dalamnya dengan desktop aku, so sekarang 2 cpu dah combine jadi 1 je. Takdela menyemak byk sgt cpu dlm umah ni. Hehe. Mak aku bising gak skit aritu aku mintak laptop, mak cakap asik beli komputer je, padahal kat umah byk dah komputer. Hehe. Tapi pastu mak ok je, siap suh aku beli yg mahal2 tp aku taknakla melampau sgt, mampus aku nak byr loan kat mak aku nanti. Hahaha. 2 hari ni keje menggodek laptop, pelik la windows vista ni, pastu pakai plak office 2007, sumenye jadi pelik sebab kite tak bese lagi.



Perjanjian guru aku tak settle lagi. Lepas raya cina ni baru maktab nak semak. Petang tadi aku dgn mak g rumah ketua kampung mintak tandatangan saksi. Disebabkan ketua kampung tu kenal family aku, tujuan asal kitorg nak mintak tandatangan trus jadi macam2. Borak2 n makan2 pun ade. Padahal nak g kejap je, tapi lama giler la mak aku g berborak dgn bini ketua kampung tu. Aku pun awal2 tu segan gak sebab aku bawak banyak giler borang nak kena sign n pastu banyak giler salinan medical check up nak suh die sahkan. Dahla die pun busy nak dekat pilihanraya ni. Nasib la atuk (aku pun confuse nak panggil ape, mak aku panggil ketua kg tu abang, bini die lak akak. diorang lak panggil uwan aku akak. hentam je la..) tu ok je, die kate perkara biase. Hehe.



Best cuti ni sebab adik2 aku sume ade kat umah except Saza la. Tapi sebab sume kat umah, nak guna internet pun kena la beratur kalau korang nak tau. Bayangkan kalau sorang berjam-jam, penat giler yang lain nak tunggu turn, sampai tido2. Hahahaha. Aku tak tipu, btul ni. Ni pun baru sampai turn aku, dr siang td menunggu. Huhu. Oklah, nak stop dulu la. Adik aku pun tgh tunggu turn die lak ni. Baik hati aku ni sebagai kakak, guna kejap je pastu bagi adik. Iye sgt la tu, padahal adik aku bising, die kate aku tiap2 minggu balik umah, so boleh guna internet lain kali. Hehe. Ok la, bye..




p/s: org atas kapal ade call aku lbh kurang kul 8 td. katenye kat vietnam. lagi seminggu sampaila ke singapore. harap2 die kat singapore nanti boleh borak lama skit. sebab sekarang ni dpt ckp kejap je..



Sunday, February 03, 2008

3 minggu macam 3 bulan

Itulah apa yg aku rasa sekarang ni. Lambatnya masa berlalu... Ni baru 3 minggu, macam mana plak setahun? Huhu. Terlalu banyak assignment and class plak full. 24 jam sehari tak cukup. Letih n tension je manjang. Aku tak sabar nak cuti  walaupun hanya cuti hujung minggu sebab bila cuti aku dapat balik rumah n lupakan segala benda yang aku busykan. Insyaallah tak lama lagi aku beli laptop. Benda yang aku sangat2 perlukan sekarang ni sebab aku tak sanggup nak angkut desktop. So, kena buat loan dengan mak la. Hehe.


Kawan2 sekelas best sangat2. Dah 3 minggu ni masing2 dah semakin mesra walaupun berbeza umur. Lecturer pun best. Yang tak best bila lecturer sebut bab assignment je la. Terus semua buat muka masam. Haha. Mana taknye, kalau  tempoh masa nak siapkan assignment tu lama takpa gak, ni tak. Kalau korang nak tau, planner aku untuk bulan Februari lepas cuti Tahun Baru Cina sampai bulan April ni, hampir penuh dengan due date assignment n presentation, termasuklah micro n macro teaching. Mencabar fizikal dan metal betul la.. Huhu.


Sebab tu aku tak sabar nak cuti lama bulan Mei Jun nanti. Mak aku dah mula rancang nak pegi berjalan ke Sabah. Saza pun balik bercuti dari UK time tu so aku memang berharap sangat adik-beradik aku cukup 5 orang untuk makan angin nanti. Tak kisahla mana2 pun, asalkan dalam Malaysia tapi nak yang jauh2. Hehe. Pikir berjalan je aku ni! Hehe.



Cik abang ada call aku Isnin lepas. Dari China. Mula2 dia call pagi tu tapi aku dah masuk kuliah so aku tengok je la phone tu, takleh nak jawab. Huhu. Nasib baik petang tu dia call lagi. Tengok nombor pelik naik je, cepat2 aku jawab. Dia yang mula2 nak tepon kejap je tiba2 jadi terlebih dari kejap. Tengah best2 mengadu terputus lak. Hehe. Pastu aku pegi mandi dia call balik. Aku balik mandi tengok ada miskol je la. Huhu.



Hmmm.. Lambatnya masa berlalu.... Aku letih..



Sunday, January 27, 2008

letihnye...

Aku balik umah arini tapi lewat petang la sebab arini IPRM ada kelas ganti untuk ganti cuti 11 Februari. Abis je kelas kul 4.30 ptg td, aku terus cabut balik. Hehe. Letih btul minggu ni. Baru je tak sampai seminggu kuliah, assignment dah berlambak giler2. Dah la kelas full dr kul 7.45 pagi hingga 4.30 petang kecuali hari Selasa n Rabu sampai kul 7 malam. Huhuhu. Bayangkan la letihnye perah otak. Malam2 blom pun pukul 11 aku dah mengantuk. Tido pun lena je sebab memang terlampau letih tak terkata. Kalau dulu2 aku boleh berjaga sampai kul 2-3 pagi, sekarang ni, NO WAY! Masa tido tu terlalu berharga bagi aku sekarang ni. Hehe.


Aku rase nak citer pasal kelas aku, Sains 1. KPLI Sains tahun ni ade 3 kelas. Aku Sains 1, kawan aku Yati aritu Sains 2 n Munira lak Sains 3. Setiap kelas ada lebih kurang 20 orang. Kelas aku 19 orang je tapi sepatutnya ada 21, lagi 2 orang tu tak mendaftar means diorg tolak tawaran la. So maybe tak lama lagi ada la 2nd intake masuk. Kat sini kelas2 tu diorg panggil unit contohnya aku ni unit Sains 1. Ketua kelas dipanggil Ketua Unit. Daripada 19 orang kawan2 seunit aku tu, 5 orang lelaki, selebihnya pompuan la. 2 orang je non-Malay, sorang pompuan Chinese mix Siam sebijik rupa Melayu n sorang lagi bumiputera Sarawak. Yang paling tak sangka, satu unit dengan aku ada cousemate aku kat UTM dulu, Zila. Majoriti unit aku ramai dr N9. Tapi dalam kelas aku ni 3 orang je yang dah kawin, itupun sume pompuan. 2 orang je ade anak, yang sorang lagi tu baru kawin. Umur paling muda 24 n paling tua 30. Ape yang bestnye, kawan2 baru ni sume terdiri daripada pelbagai latar belakang n umur so menarik la. Assignment kat sini 90% secara berkumpulan so banyak masa dihabiskan untuk perbincangan dengan ahli2 kumpulan. Takde mase pun, pandai2 la curik2 mase malam yg ade.



First week start lecture ni, masing2 cam confuse skit la, maklumla dah lama tinggal zaman study. Itu baru bagi aku yg umur baru nak masuk 25 tahun, bayangkan kawan2 yang lebih tua dr aku tu. Asal masuk kelas je lecturer sure soal macam2 la berdasarkan latar belakang kitorg. Contohnya kalau budak degree engineering, sure la kena tanya macam2 hukum fizik. Memang lawak la, awal2 ni sume blur je. Hahahaha. Byk bende yg dipelajari dulu dah takde dalam kepala dah termasukla aku. Hehe. Tapi bagi aku la, memang aku suka kosongkan kepala dulu sebab aku nak masukkan bende baru. Tak larat la nak simpan banyak2. Hehe. So skit2 ingat balik la. Try bukak buku balik. Cuti Thaipusam aritu abis semua kedai buku kat Seremban tu aku redah dgn budak2 sains yang lain sebab nak carik buku. Buku rujukan kitorg sekarang ni ialah buku2 teks sains sekolah rendah dari darjah 1-6. Begitu jugak silibus, hari2 dalam kelas study sillybus n curriculum specifications untuk Subjek Major Sains, minor English n Pendidikan Kesihatan. Kelas banyak teori lak ialah Ilmu Pendidikan, lebih kurang subjek tu macam Organizational Behavior kat UTM dulu la. Mengkaji sifat2 orang. Tapi subjek tu bahaya giler la, kalau fail exam memang tak dpt langsung la diploma pendidikan di samping kena gak lulus exam subjek major.



Aku ni balik umah kejap je ni, esok petang aku balik la. Saje je, daripada aku kuar merayap, lebih baik aku naik bas terus balik umah. Duit tambang pegi balik umah lagi kurang drpd duit makan kat sana, so aku lebih suka balik. Hehe. And daripada aku abis duit kat cc guna internet,baik aku menggunakan streamyx kat umah yg bayar tiap2 bulan takde orang guna ni. Hahaha. Oklah, aku lapar la, nak makan. Tengah hari tadi tak makan pun, tak sempat sebab nak kejar kelas. Kesian aku... Hehe. Tapi serius aku cakap, aku rase badan macam naik je sebab aku asik lapar je. Hahaha. Okla, jumpe lain kali ye.. Bye..



Sunday, January 20, 2008

kejap je aku balik

Esok nak balik IPRM dah. Tapi tadi balik dari PD pun singgah IPRM gak hantar barang. Hehe. Nasib baik IPRM tu tak jauh dgn umah, keje aku balik je la nanti kalau ada peluang.



Tadi gi Hari Terbuka PLKN kat Rachado Bay Camp Tanjung Tuan. Bernasib baik arini sebab Tan Sri Lee Lam Thye yang datang melawat kem tu so layanan memang bagus la. Sempoi je Tan Sri tu, layan borak2 je dengan mak bapak, memang peramah betul dia. Rasa macam dia tu orang biasa je. Balik dari kem tadi tetap ronda2 PD gak lagi tengok laut n pantai. Rindu la pulak nak mandi laut. Huhu. Tapi takut gelap la pulak. Hehe. Aku balik umah tapi tak duduk umah pun. Sampai ke PD sana. Sepatutnya aku takyah balik pun takpe, just tunggu je mak aku datang amik pastu baru trus g PD. Tapi aku gatal nak balik semalam sebab aku tengok budak2 lain excited giler packing2 nak balik especially roommate aku. Aku pun ikut la. Haha. Tapi aku tak balik sendiri la, aku tumpang keta Yati. Munira pun ada. Dah nama pun satu jalan. Nak gi umah dia kena lalu umah aku dulu, so balik skali la senang. Balik umah tak sempat langsung nak tengok Spa Q sume episod minggu lepas yang aku dah tertinggal. Takpela, aku KIV dulu la, lain kali aku tengok la. Esok nak balik naik bas je sebab aku nak merayap dulu la. Malas nak sampai awal2 kat IPRM, roommate aku bukannya ada kat bilik pun nak layan borak2.



Oklah, aku dah ngantuk la. Baru lepas makan ni. Banyak btul makan lepas orientasi sebab aritu penat sgt. Ni yang aku tak suka ni, kalau study mesti asik nak makan je rasanye. Huhu. Chow dulu la. Raya cina ni aku cuti lama skit, 6-11hb. Ok2.. Tak larat dah ni. Nak tido. K.. Bye.. Nite..



Saturday, January 19, 2008

byk nak citer..

Yup, baru je sampai umah selepas 5 hari menghadapi Minggu Pengurusan Pelajar Baru Institut Perguruan Raja Melewar. Banyak benda nak citer sebenarnya ni, tapi bagilah aku masa bernafas jap yek? Penat.. Nanti aku sambung lagi.





                                                                                                      on 4.30 pm



^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^




Ok.. Sambung balik. Tadi penat sangat ar, rehat2 dulu pastu sempat gak amik kunci keta, kuar berjalan jap. Hehehe.


Tengah hari tadi baru je abis orientasi, start dari tarikh daftar aritu 14hb, memang takde rehat. Sumenye nak cepat. Aku tido 4 jam je tiap2 hari, padahal penat sangat2 aktiviti dari start solat subuh berjemaah sehinggalah ke taklimat abis dekat pukul 11 malam. Tu blom lagi masa untuk kena brain wash. Aku nak citer la ni pasal KPLI tahun ni seperti yang diberitahu oleh pihak atasan IPRM dalam taklimat. Bilangan yang apply seluruh negara berjumlah 120 000 orang, bilangan yang berjaya masuk hanya 10 200 orang, n yang kat IPRM je 652 orang, intake paling ramai jika dibandingkan dengan semua IPG dalam Malaysia. Intake tahun ni meningkat sekali ganda berbanding biasa.



Hari pendaftaran letih betul la, banyak sangat borang nak kena isi time tu jugak. Manusia yang datang dah la ramai. Parking pun kena jauh2, dah full. Pukul 2 petang  lepas daftar tu dah mula orientasi. Pakaian kitorg? Besela, pakaian formal baju putih kain hitam, kasut kulit hitam bertutup keliling plus tumit. Bayangkan la betapa letihnya nak jalan dari asrama ke dewan tiap2 hari dengan kasut bertumit. Nasib baik tak melecet kaki aku, sebab aku pakai stokin tapi sakit tetap ada, yang tu takyah cakap ar.. Memang lenguh!



Dalam setiap taklimat, semua penyampai dah panggil kitorg dengan title 'cikgu' coz nak suh kitorg biasakan diri dengan panggilan tu. Even nak panggil nama kawan2 pun kena letak 'cikgu'. Kadang2 aku rasa kelakar lak dengan panggilan tu. Hehe. Oh ye, umur aku tahun ni 25 tahun, tapi kat sini macam antara yang muda gak la. Rata-rata kawan2 kat sini sumenye atas 27 tahun. And aku terkejut gak dapat tau hampir 2/3 daripada bilangan kitorg ni dah kawin. Aku tak sangka seramai tu, sebab KPLI ni menuntut pengorbanan yang sangat2 tinggi. Yelah, terpaksa tinggalkan family sebab kursus kitorg full time. Plak tu, memang kena lasak la sebab wajib kena gi kem Bina Insan Guru. Pastu nanti dah kuar kena hantar posting jauh2. Selalunya yang bujang2 la sepatutnya rela benda2 camni tapi kali ni memang lain. Aku amik course Pengajian Sains Sekolah Rendah, tapi kitorg dipecahkan kepada 3 kelas. Aku kelas sains 1 seramai 19 orang. Dalam 19 orang tu, 3 yang dah kawin. Umur paling muda 24, n paling tua 30 tahun. Kelas roommate aku lak, course Pengajian B. Melayu 1, 20 orang. Dalam ramai2 tu, just 3 orang je termasuk roommate aku yang tak kawin lagi. Hahaha. Environment betul2 lain la kat sini.



Satu hal lagi, lecturer ume asik pesan suh kitrog ni jaga imej profesion perguruan.  Bab tingkah laku n pakaian la paling penting. Pasal pakaian pun nak kena ajar. Kena pakai lawa2, makeup skit. Takleh seksi2 nanti budak tak belajar tapi asik tengok cikgu. Hehehe. Banyak benda nak kena ubahla.. Skit2 la kan.. Hehe. Rata-rata sume kat sini still lagi gila2. Dah nama pun budak lepasan IPT so memang la perangai camni. Asik kena condemn je la, maktab tak nak kitorg bawak budaya IPT masuk sini. IPG n IPT jauh berbeza. IPT sangat bebas, terpulang kat kita nak bawak diri camne, tp IPG... ermmm alim giler! Takleh buat sesuka hati. Strick giler kan? Semata-mata nak mendisiplinkan cikgu. Tapi memang betul la, cikgu yang bagus sebenarnya dilatih di maktab bukan kat IPT. So graduan pendidikan IPT takleh nak lebih2 kalau tak dpt posting sebab cara belajar memang lain. Maktab sangat2 pentingkan cara2 'penjadian' (bahasa lecturer sini) seorang guru bukan pentingkan gred exam macam kat IPT.



Sebab aku ni amik Sains, so subjek minor 1 aku adalah English n satu lagi pilihan  minor 2 adalah Pendidkan Kesihatan. Untuk permainan, aku pilih bola keranjang n unit beruniform plak ialah  Kadet Pandu Puteri. Sume tu untuk melatih kitorg jadi jurulatih n pengendali unit beruniform kat sekolah nanti. Tapi banyak lagi subjek yang wajib belajar cam bm komunikasi, muzik, ilmu pendidikan, tamadun islam, kenegaraan, pengurusan sumber, pendidikan alam sekitar, pendidkan islam n pendidikan jasmani. Banyak giler subjek. Pening aku dibuatnya. Kalau tengok jadual kuliah lagi aku pening, dr pukul 7.45 pagi sampai petang. Ada 2 hari tu sampai pukul 7. Huhuhu. Tapi okla, cuti kitorg ikut sekolah. Hehe. Sabtu ahad pun takde ape2. Raya cina ni cuti dari 6hb-11hb. Lama gak la.. Hehe. Sebenarnya tempoh belajar dalam kuliah hanya 6 bulan je, pastu sem depan praktikum. Bayangkan banyak mane subjek tu nak sumbat masuk dalam 6 bulan. Huh!



Oklah, nak stop la. Nak rehat lagi, esok pagi nak g PD lawat adik kat PLKN. Bye..



p/s: takde berita orang tgh laut la..  kat mane agaknye ye??? area China lagi kot.. ntahla..




Monday, January 14, 2008

bye..

Ni malam last aku melepak kat umah update blog. Lepas ni tak tau lagi la yer, tengok keadaan la. Kalau kat maktab busy, balik umah nanti baru aku update blog. Aku tau ramai yang minat sangat membaca blog aku ni. Haha. Perasan sungguh la aku ni. Yang pasti aku ada 3 orang pembaca setia, tu yang ada tinggalkan komen la kan, yang baca tapi senyap2 je tu aku tak tau la. Harap2 bleh la tinggalkan komen gak nanti yer.. Aku nak tinggalkan pesanan la untuk pembaca setia.. Hehe.


Cik abg,
Sentiasa la ingat2 orang kat sini ni yer.. Belayar la jauh mane pun, asalkan ingat kat sy. Kalau online tapi sy takde, tinggal2kan la komen ke ape yg patut. At least sy tau.. Sms atau call kadang2 takpe la. Kalau selalu sangat taknak la ek, nanti bleh bankrupt. Kang tersasar plak 'budget negara' tu.. Hehe. Hmmm.. Akhir tahun turun kapal balik sini yer.. Setakat beberapa hari ni ok je sebab slalu lagi contact, lepas ni tak tau la kan.. Nangis je la yg dpt.. Huhu. Sy akan selalu ingat orang yg jauh kat laut tu. Sama2 je la doa.


Ted,
Nanti free2 kite sms la yer.. Nanti haz rindu la nak baca blog ko ted.. Hehe. Tak lupa jugak, jaga diri tu baik2. Sama2 la kita belajar dah tua2 ni pun.. Hehe. Tak sabar la nak jumpe. Hehe.


Angah,
Selamba je ek sy panggil awk nama tu? Hehe. Tak kisah kan wak? Dah lama kenal sy kan? Hehe. Teringat-ingat lagi sms kite tadi. Kahkahkahkah. Lawak sangat2 la wak.. Takpela, esok2 sy try la jual nombor awk. Ada niat nak tolong n ada niat nak buat jahat gak ni. Hehe. Untung2 berderet awek yang datang ngorat. Tapi payah la nak carik budak2 muda wak.. Hehe. Nanti bosan2 bleh la praktise miskol2 dengan hebat. Hahaha.



Hmmm.. Dah lewat malam dah ni. Aku nak tidur dengan lena kat atas katil kesayangan n peluk bantal kesayangan gak. Hehe. Esok nak bangun pegi mendaftar masuk IPRM. Harap2 sumenye ok je.. Okla.. Bubbye!



Saturday, January 12, 2008

bla.. bla.. bla..

Hmmm.. Aku dah kembali single. Untuk tempoh setahun kot.. Hihihi. 'cik abg' tu dah bertolak ke Taiwan petang semalam. Aku sayu gak la.. Adik dia Suraya pun sedih  gak tu.. Sebab dah berbulan lama abg dia ada kat umah, tiba2 dah tak dapat jumpe setahun. Malam sebelum tu sempat gak lagi kitorang balas dendam gayut lama2. Sambil dia buat 'budget negara', sambil tu gayut dengan aku. Ntah mane satu nak kejar. Hehe. Tapi takdela nak dendam sampai siang kan, pukul 2.30 pagi tu stop la, kesian orang nak siap2 nanti nak bangun awal. Berbakul-bakul la pesanan terakhir yang aku dapat. Huhu. Esoknya kata nak call aku masa dia dah kat KLIA, tapi takde pun.. Busy n kelam kabut melayan anak2 sedara. Takpela, aku pun waktu tu dengan mak aku mengalahkan budak2 bujang. Makan tengah hari kat kedai, pastu kuar berjalan sampai petang, berdua je dengan mak. Hehe. Tau2 je 'cik abg' tu mesej pukul 8.30 malam bagi tau dah turun flight. Tapi transit utk 2nd flight lak. Sambil2 makan, dia sms aku. Pukul 9.30 malam stop, pastu dekat pukul 12 dapat sms lagi bagitau dah sampai hotel, stay situ n arini baru akan naik kapal. Aku pun tak kacau sangatla, kena halau sebenarnya, dia nak tido. Huhu. Jahat! Pastu tengah hari tadi aku tengah masak kat dapur dia call lak. Hehe. Budget aku tak bangun tido lagi la tu, nak mengacau je kejenyer, tapi silap la, aku dah lama bangun. Call pun sebab dah tak tau nak ke mane, tak tau nak watpe. Lama lagi nak kena tunggu naik kapal malam ni. So, jumpe public phone, gayut la. Member dia sorang lagi pun camtu. And masa tengah menaip blog ni, dia sms bagitau dah sampai kat kapal. Tapi tengah rehat2 dulu la, blom start keja.. Tengah malam ni baru mula keja, sampailah pukul 6 pagi esok. sempat lagi main sms tu. Chief engineer suruh naik rehat2, dia g bercinta. Hehe. Aku pesan kat dia, keja baik2 kumpul duit, jangan nak mengabiskan untuk contact aku je.. Aku tau kos tinggi kalau jauh2 ni. Pandai lak dia menjawab, "setakat sms je ape la sangat, n pandai2 la nak buat 'budget negara' nanti". Hehe. Biar je la, takleh cakap lebih2. Nanti aku lak kena marah. Dulu dah penah kena tau, sebab aku cakap dia membazir selalu call aku lama berjam-jam. Dia jawab, "biarla, bukan duit awak pun yang bayar bil". Huhu.. Terkedu aku. Takpela.. Ni sebab still kat tepi daratan lagi, ada signal boleh ar calling2. Esok2 dah tengah2 laut senyap la..


Petang tadi aku buat sauna kat rumah. Ada orang datang rumah bawak alat suana tu sume. So aku, mak, uwan n 2 orang kawan mak pun try la. Bahan ramuan sume semulajadi je, sumenye kitorg ada tanam sendiri kat rumah. Best sangat, banyak btul kuar peluh n ringan je badan. Bleh kurus kalau buat selalu. Kahkahkah. Bukan untuk kurus je la, tujuan utama untuk sembuhkan segala penyakit, kurus tu sampingan je. Hehe. Tapi kalau banyak duit bleh ar beli, RM 3998. Mak aku kata tunggu dia pencen la, bleh buat bisnes. Mak aku ni kan, sume bende die nak lepas pencen nanti. Aritu ada gak dia suh aku tanya Fizah, mesin jahit sulam Apple yang Fizah jual tu bape harganya. Mak cakap boleh la beli bile pencen nanti. Aku cakap kat mak, "Bila masenyer la mak nak menyulam, asik berkebun je..". Tu la dia mak aku. Banyak btul angan2 lepas pencen nanti. Malangnya lama lagi,  4 tahun. Tapi asik cakap kat aku kalau boleh esok je dia nak pencen. Hahahaha.


Tinggal 2 hari je lagi aku nak masuk maktab dah. Lepas ni maybe jarang2 dapat online, tak dapat la nak update blog selalu. Tapi kalau sape2 rindu2 tu, n tau nombor aku, sms je la aku malam2 k.. Insyaallah aku ada je.. K..











p/s: "budget negara' = kira2 duit gaji mane nak support skit2 adik Suraya sambung degree, mane nak bayar bil, mane nak bayar rumah, mane nak bg mak ayah, mane utk simpan, mane utk enjoy, mane utk tunang, mana utk kawin bla bla bla... sumenye ada. hahahaha.. tabik giler belanjawan PM sorang ni. ni baru RMK 10, dia ckp kat aku ada RMK 11 dah. hahaha...



Wednesday, January 09, 2008

medical check up

Pagi2 pukul 8.30 lagi tadi dah pegi Klinik Kesihatan Kuala Pilah untuk buat medical check up. Semangat giler! Hehe. Pegi dengan kawan aku si Yati tu la n sorang lagi kawan dia yang dapat satu maktab n satu course dengan kitorg gak, Munira. Sampai pukul 1 tadi baru balik. Banyak btul procedure n banyak borang lagi nak kena isi kat klinik tu. Tapi ape yang bestnyer, layanan sume bagus la, ramah. Berbeza sangat2 dengan bertahun yang dulu. Hehe.



Part paling ntah ape2, pemeriksaan am, check tinggi n berat. Makcik nurse siap lagi komen kat aku, "Dik, berat awk 54 ni tak cukup lagi ni, kena 61 kilo baru sesuai dgn tinggi. Kena tambah berat lagi.". Hah? Biar betik! Aku lagi nak turunkan berat bawah 50 kilo, makcik nurse tu ckp camtu lak. Aku buat muka pelik la, pastu nurse tu cakap lagi, "Btul ni, tinggi awk 16x cm, kalau berat camni awk tergolong kategori kurus, kena tambah lagi baru normal".  Ehhh, taknak aku..  Sekarang ni pun dah gemuk, kalau 61 ntah macam mane la.. formula BMI ape yang nurse tu guna ek? Aku kira BMI aku sekarang ni dah ok la. Ish3.. Paling best check gigi la, doktor pompuan muda,  baik n lembut je. "Gigi awak sume ok, takde masalah. 6 bulan sekali datang check gigi yer..". Hehe. Dah kuar dari bilik doktor tu, pembantu doktor tadi, lelaki, pulangkan borang medical check up kat aku. Sempat gak dia cakap, "Gigi ok yer..". Hahaha..



Anyway, pengalaman buat x-ray sangat menyeronokkan. Hehe. Ape taknyer, kitorg  bertiga sekali  masuk buat x-ray. Kecoh semacam la bilik tu. Dah la tu, nak bersiap x-ray pun lama. Puas pakcik tu panggil kitorg, tak gak siap2 lagi pakai baju khas tu. Haha. Sebelum x-ray tu, kitorg menghilang g makan. Dah pakcik tu kata hantar je borang pastu bagi die tempoh 30 minit, pegi je la mana2 dulu. Ape lagi, kitorg g la melantak. Lama lak tu. Masuk je bilik x-ray pakcik tadi panggil, "Ha.. Dah ada dah 3 orang ni? Hazilah, Nurul Hayati dgn Siti Munira". Hahaha. Nampak sangat la dah banyak kali nama kena panggil tapi orangnyer takde. Kahkahkah.. Tapi medical check up blom siap full lagi la. Lagi 2 minggu kena datang balik sebab kena tunggu result urine test untuk dadah. Ada rupa amik dadah ke kitorg ni ek? Hehehe. Tapi zaman sekarang memang takleh caya pun kan.. Muka je nampak baik. Tapi ntah2 positf dadah. Tapi aku tak la.. Hehe.



Monday, January 07, 2008

Ada seorang member lama time aku kat UTM call tadi. Dalam minggu ni aku tengok dia banyak miskol aku. Petang tadi aku kacau balik ar antar testi kat frenster dia, " apesal ko tiba2 carik aku? nak jemput makan nasi minyak ke?". Pelik giler ar dia ni.. Haha. Apesal aku kata dia pelik? Sebabnya, dia ni dari dulu selamba je membongok2 kan aku. Tak kira la dalam mesej ke, call ke. Asal dapat je mesti 'bongok' tu kuar. Nasibla dia tu lelaki, aku bleh terima la jugak. Kalau pompuan, memang kurang ajar la.. Hehe. Tadi aku sms dia pulalk. 'apesal ko tiba2 carik aku?'. Terus je dia call. Oh ye, aku panggil dia ni 'atuk'  sbb dia ni dulu panggil ada sorang kwn aku 'nenek'. Hehe.


Atuk: Hello.. Hoi..
Aku: Oi.. Apesal ko tiba2 carik aku?
Atuk: Oi... (dia tak dgr kot.. trus je dia letak n call balik)
Atuk : Oi.. Hello..
Aku: Yer.. Hello..
Atuk: Bomgok ko, aku call ko senyap.
Aku: Ape pulak? Ko la tak dgr.
Atuk: Ko katne?
Aku: Aku kat umah la.. Apehal?
Atuk: Ko ni tak abis2 kat umah. Bila nak turn KL?
Aku: Watpe nyer? Aku slalu la turun KL tapi tak bgtau ko je. Bkn nak jumpe ko pun. Haha.
Atuk: Oi bongok, dtg tak bgtau. Cepatla datang sini abiskan duit aku. Ko nak makan apepun aku belanja.
Aku: Hahaha.. Ooo.. Ko makin banyak duit ek? Aku busy la nak masuk study balik. Nanti2 la.
Atuk: Datang la sini woi.. Mana kawan2 ko dulu? Bawak la ramai2. Kita kumpul ramai2.
Aku: Takpe.. Ko simpan dulu duit ko tu. Nanti aku datang abiskan. Hahaha.
Atuk: Hahahaha.. Ko kalau turun KL patut carik aku ni.
Aku: Apesal lak? Tak kuasa aku nak carik ko.
Atuk: Yelah.. Dulu lauk2 yg ko makan kat cafe tu sume air tangan aku tu. Aku dah seluk2 tgn aku dlm sume lauk tu. Hahaha.
Aku: Oooo.. Patutla asik teringat je ek.. Hahahaha.. Sampai bila2  pun la takleh lari dr ko ek? Hahaha..
Atuk: Tu ar.. Sampai bila2 pun takleh lari la.. Wahahaha..
Aku: Jahatla ko.. Yelah.. Nantila.. Aku baru nak masuk maktab ni.. Daftar pun blom.
Atuk: Ko nak jadik cikgu? Nanti dah abis ko carik aku lagi.
Aku: Apehal lagi nak carik ko?
Atuk: Aku ramai member kat Kementerian Pelajaran bleh tolong posting. Bini adik aku dpt mengajar sekolah sebelah rumah je kat JB. Hahaha.
Aku: Oh ye ker? Bagusla tu.. Nanti kalau aku kena hantar Sabah Sarawak aku carik ko ek mintak pindah dekat2? Hahaha.
Atuk: Hahahaha.. Datang la wei..
Aku: Nanti la.. Aku busy ni.. Medical check up pun tak buat lagi.
Atuk: Buat la kat KL..
Aku: Banyak la ko..
Atuk: Aku ramai member keje HKL tu.. Senang je..
Aku: Sudah la ko.. Nantila.. Lain kali aku carik ko.
Atuk: Oklah2..


Hehe. Ganas giler kalau bercakap dgn 'atuk' ni. 'Atuk' ni anak pengusaha cafe Kolej 13 time aku duk UTM dulu. Bapak dia byk amik tender cafe dlm UTM tu la. Tiap2 hari aku dgn geng2 aku makan kat cafe dia, so dah jadi kawan baik sgt dah. Dulu2 kalau dia jaga kaunter, kitorg kena caj murah je la. Tapi kalau bapak dia jaga, caj bese la.. Hehe. Dari 2 tahun lepas dia kata nak blanja aku. Tapi kena carik dia la. Ada sekali tu aku datang UTM tak bgtau pun, byk hal. On the way balik br bgtau dia, so aku dapat la hadiah 'bongok' tu sebijik. Hehe. Time datang konvo pun tak sempat nak carik dia kat cafe nak tuntut blanja. Huhu. Takpela.. Tahun ni la baru tuntut. Hehe. Kawan2 ku FIzah, Yana n Kak Emi (atuk still panggil Hawa.. hehe..), jika anda membaca blog ni, 'atuk' ajak kita berkumpul ramai2 dgn dia. Nantila kita bincang ek.. Kita ketuk dia habis-habisan. Nak sangat abiskan duit tu kan.. Biar kita abiskan btul2. Hehe. Rasa-rasanya "atuk' tak baca blog ni kot.. Kalau baca, mati aku! Huhu. Shhh... Anyway, geng2 baik kat UTM dulu sume best2. Dgn bdk cafe ke, bdk kedai air ke, abg2 pakcik2 drebar bas ke, sume kitorg baik2. Ape la citer Kido n Bain ek?






p/s: 'atuk' kata dia nak kawin 08.08.08 ni. taktau la btul ke tak. aku kureng pecaye ckp dia sebab dia suka main2kan aku. tp tgk frenster kemain plak dgn awek dia. yelah tu kot..



DIA

Semalam seharian aku tak online langsung. Letih betul pegi berjalan, tapi aku tak patut kata aku  letih yang teramat sangat, sebab ada orang yang pastinya lebih letih. Aku cuma mengantuk sebab tak cukup tido or maybe aku tak tido pun malam sebelum tu.



 



Selama ni aku tak penah citer kat blog ni if aku keluar dengan orang lain selain daripada family or kawan2 rapat (cover ar tu.. kuar dating dalam kata lainnya. hehe..). Aku diamkan je, kalau tulis pun, kias2 skit je, takde citer banyak. Sape2 yang terperasan tu tau la kot.. The truth is, YES, I AM SEEING SOMEONE. Siapa? Korang cari la sendiri. Dah bape lama dah aku asik ulang alik ke KL tu untuk jumpa DIA.. Sementara DIA tengah ada ni la. Pagi2 lagi, kadang2 sebelum subuh pun dah bangun, siap2 n tunggu bas ke Seremban. Dari Seremban amik komuter sampai KL. Selalunya dalam pukul 10 lebih dah sampai la. Pastu petang dah abis jalan2, balik semula. Tapi tak tentu la, kadang2 aku balik sendiri, kadang2 dihantar balik sampai depan rumah. Kalau kena balik sendiri, awal2 mesti aku dah kena halau suh balik. Hehe. Sebab perjalanan tu makan masa.. DIA budget aku kena sampai rumah sebelum Maghrib la.. Tapi memang terlajak la. Balik2 je mengadu letih jalan. Hehe. Kalau kena hantar,  bestla.. Lewat2 skit baru nak bertolak. Aku pun tak penat. Hehe. Kalau ni, si DIA yang menghantar tu sure terasa la. Aku pun paham macam mana letihnya.  Cik abang, letih kan bila kena hantar sy balik sampai rumah? Hehe.










Semalam aku naik komuter sampai Serdang je. Sampai sana tunggu orang tu datang amik, tapi lama giler. Padan la muka, aku sampai awal sangat kot, tren laju semacam je. Haha. Pastu jalan2 kat Putrajaya je, dah tak tau nak jalan ke mana dah kat KL tu. Puas tau aku pikir, sampai mintak idea dari seorang teman rapat. Hahaha. Pastu petang skit ntah macam mana boleh plak teringin ke Port Dickson. Pegi jugak tu dah petang2 pun. Pukul 5.30 lebih kot kitorg sampai sana. Lepak kat Teluk Kemang tu tengok orang mandi-manda, minum2 n borak2. Ada benda baru yang aku blaja la, jenis2 kapal yang nampak lalu kat Selat Melaku tu. Tengok orang mandi-manda, teringat lak dah lama gak aku tak mandi laut, tapi taknak la mandi laut, nanti gelap kulit aku. Hehe. Nak dekat pukul 7 baru la bertolak balik. Pukul 8 lebih baru sampai kat rumah. Mak kat dapur tengah makan sorang2 sambil tengok tv. Mak cakap kat aku, arini Amau gelisah semacam sebab rumah sunyi sepi. Haha.. Kesian Amau.










Semalam tu last la kitorg keluar. DIa nak mula belayar balik selepas cuti lama. Dah rindu sangat dah tu dengan kapal and lautan yang luas tu. Belayar lebih kurang setahun kot.. Aku pun nak masuk blaja balik ni. Setahun gak. So, adil la kan..  Sabar je la..










Hari ni tadi ke PD lagi. Hehe. Tapi bukan dating la, melawat adik aku yang baru masuk PLKN kat Kem Rachado Bay tu je. Betul2 sebelah Rumah Api Tanjung Tuan tu. Kalau korang yang blom penah tengok rumah api tu, pegila jalan2 kat sana, lawa tau pemandangan laut dr situ. Senang je nak pegi, sekarang dah banyak signboard. Aku dah pegi bertahun-tahun dulu lagi, dengan family, pakcik makcik n sepupu2 aku semua. Lagipun kitorg selalu stay kat Rumah Peranginan Persekutuan dekat2 situ gak. Tapi takde chance lagi dapat masuk dalam rumah api tu la, kawan Pak Su aku yang keja kat situ cuti lak time tu. Kalau tak, lagi best la.. Dah melalut dah aku ni, stop kat sini dulu la yer.. Jumpa lagi..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...